![]() DALAM sibuk-sibuk kita bekerja, tidak terasa rupanya kita sudah masuk dalam minggu ketiga bulan ramadhan, tidak lama lagi kita akan merayakan hari Raya. Ramai yang sudah membuat persediaan awal barangkali, sebagai ibu saya faham keadaan ini. Alhamdulillah!, Bagus juga tu, setidak-tidaknya tidaklah mengelabah di saat-saat akhir. Sebenarnya hidup ini perlu ada perancangan untuk mencapai kesempurnaan. Apa lagi bulan ini banyak mengajar kita tentang disiplin diri - untuk melakukan sesuatu, kalau dulu kita boleh makan sesuka hati, tak kira bila-bila masa tapi dalam bulan puasa kita perlu makan mengikut waktu. Alangkah indahnya ramadhan, kita boleh muhasabah diri, mengenal erti bersyukur dan meningkatkan ilmu untuk mendekati Allah SWT. Bulan ini juga banyak mengajar kita membina semangat kerana kesibukan tidak boleh menghalang kita dari membahagikan waktu untuk pulang makan bersama keluarga. Dalam bulan ini, kita sama-sama berlapar tidak kira miskin atau kaya untuk mencari keredhaan Allah supaya menjadi orang yang bertakwa, dalam surah Al-Baqarah : 183, Tuhan mengingatkan kita; “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa” Dalam bulan ini juga pintu Syurga dibuka dan pintu neraka ditutup – dalam riwayat Al-Bukhari dan Muslim ada mengatakan: “apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syura dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan” Kita digalakan untuk membelanjakan harta ke jalan Allah, seperti sebijih benih yang tumbuh menghasilkan tujuh tangkai dan setiap tangkainya pula mengandungi seratus bijih. Kerana Tuhan akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaknya dan rezeki Allah Maha Luas (rahmatnya) meliputi ilmu pengetahuanya ( Surah Al-Baqarah: 261 Kita akan dapat pahala yang berlipat ganda pada bulan ramadhan – Dalam Firman Allah “Segala amal Kebajikan anak Adam itu dilipatgandakan pahalanya kepada sepuluh hingga ke 700 kali ganda. Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk ku dan Aku akan memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku” (Hadith Riwayat Muslim) Dalam hadith riwayat Imam Ahmad ada mengatakan “Puasa itu adalah perisai yang dipergunakan oleh seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka” Doa dalam bulan ini juga sangat mustajab; “Tiga doa orang yang sangat mustajab; doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang musafir...(Hadith Al-Bukari, Ahmad dan Tirmidzi) Semua dosa-dosa kita yang lalu akan diampunkan - “Siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan necaya akan diampunkan segala dosanya yang lalu...” (Hadith Riwayat An- Nasa’e) Pahala berlipat ganda “Segala amal Kebajikan anak Adam itu dilipatgandakan Jauh dari api Neraka: “Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah necaya Allah akan jauhkan mukanya dari Api neraka sejauh perjalanan 70 tahun ” (Hadith AL-Bukhari) Dan bagi orang-orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: iaitu ketika ia berbuka, ia gembira dengan waktu berbukanya dan apabila ia bertemu Tuhanya dia bergembira dengan puasanya.. (Hadith Al-Bukhari dan Riwayat Muslim) Kita akan mendapat pahala yang berlipat ganda kerana kata Allah “Segala amal Kebajikan anak Adam itu dilipatgandakan. Dan sesiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah necaya Allah akan jauhkan mukanya dari api neraka sejauh perjalanan 70 tahun” (Hadith AL-Bukhari) Kita akan berolah dua kegembiraan “ Dan bagi orang-orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: iaitu ketika ia berbuka, ia gembira dengan waktu berbukanya dan apabila ia bertemu Tuhanya dia bergembira dengan puasanya..” (Hadith Al-Bukhari dan Riwayat Muslim) Yang akhir ialah masuk ke dalam Syurga. “Di dalam syurga ada satu pintu yang dikenal dengan ar Rayyan; pada hari kiamat kelak –Orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya dan tidak seorang selain mereka boleh memasukinya...”(Hadith Al-Bukhari) Kesempurnaan seseorang itu bukanlah kerana dia telah memiliki segala-galanya dalam hidup tetapi kerana dia tahu bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT bagi. Begitu juga dengan kebahagiaanya, kebahagiaan itu letaknya di hati bukan pada harta dan wang ringgit. Bagi orang miskin, bukanlah ia tidak berharta tetapi mereka yang senantiasa merasa tidak culup dengan apa yang dimiliknya. Sekian dulu Salayang Pandang kali ini dengan ingatan "Kita jangan bermimipi untuk mendapatkan kebahagiaan jika kita tidak mampu memupuk sifat sabar dalam diri kita, semoga puasa kita senantiasa terpelihara dan dapat ganjaran yang lebih besar dari Allah SWT..." Amin. Wassalam, DRErom. |






