VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

PERKENALKAN SEMULA SISTEM KUOTA PENCALONAN JAWATAN PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN UMNO: SALLEH

News image

KOTA BELUD: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak menyarankan supaya diperkenalkan semula sistem kuota pencalonan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno, yang pernah...

Ilustrasi | Administrator | Saturday, 8 June 2013

READMORE

KENAPA KITA HARUS BAHAGIA?

News image

BAHAGIA itu bukan milik bagi mereka yang tidak tahu bersyukur. Tuhan selalu memberikan kita rezeki, nyawa, mata, telinga dan banyak lagi untuk membolehkan kita menjalani kehidupan seperti biasa.Kenapa kita harus...

Selayang Pandang | Administrator | Wednesday, 5 June 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
MEMBAZIR ITU SATU PENYESALAN
Written by Administrator
Monday, 30 July 2012 08:48
PDF Print E-mail


 
ALHAMDULILLAH!... Kita  sudah masuk dalam minggu kedua menjalani ibadah puasa, nampaknya saya masih boleh bertahan walaupun mengalami sakit perut hari pada kedua berbuka. Ini gara-gara tersalah pilih makan, ikutkan selera terus makan jambu air. Apa lagi, terpaksalah menahan kesakitan beberapa hari.

Puasa kali ini saya banyak mengatur jadual makan di rumah, walaupun terpaksa juga menghadiri majlis berbuka di tempat lain. Ikutkan hati saya lebih suka berbuka di rumah kerana dapat menentukan 'menu' sendiri. Pada hari pertama kami berbuka dengan nasi berlaukan ikan masin goreng, ikan masak asam pedas dan bubur ubi kayu. Hari kedua dan seterusnya sekadar Mee Rebus, Mee Goreng,Sup - kueh teaw Goreng.

Semua orang tahu membazir itu sifat yang keji dan wajip kita hindari, Islam melarang keras umatnya mengamalkan cara hidup yang suka membazir dalam semua urusan. 
Perbuatan ini merupakan satu tabiat buruk manusia yang sering terjadi apabila mereka dikurniakan rezeki yang banyak apa lagi di bulan Ramadan ini.
 
 "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan dan Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya". 
                         
Islam sebenarnya sangat menggalakkan amalan hidup yang bersederhana kerana ia akan menjadi asas kepada kesejahteraan dan kebahagiaan hidup kita. Disamping ia mendorong supaya mudah membantu dan menolong orang-orang yang memerlukan.
 
Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 26 :
 
"Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang-orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau".
 

Ibnu Qayyim al-Jauziyah rahimahullah, mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya ialah:
 
Pertama  :  Pembaziran ilmu pengetahuan iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
 
Kedua     :  Pembaziran amalan iaitu membazir jika melakukannya dengan hati yang tidak ikhlas.
 
Ketiga     :  Pembaziran kekayaan iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah S.W.T.
 
Keempat  :  Pembaziran hati iatu membazir jika hati yang kosong kerana tidak mengasihi Allah S.W.T.
 
Kelima     :   Pembaziran tubuh badan iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
 
Keenam   :   Pembaziran cinta iaitu membazir jika kita mencintai orang atau perkara lain melebihi cinta kepada Allah S.W.T.
 
Ketujuh    :   Pembaziran masa iaitu membazir jika tidak digunakan dan  diurus dengan sebaiknya.
 
Kelapan   :   Pembaziran akal iaitu membazir jika memikirkan sesuatu yang hanya untuk dunia semata-mata tanpa bermanfaat  kepada agama.
 
Kesembilan : Pembaziran zikir iaitu membazir jika tidak menyebutnya  dengan betul, hilang tumpuan, bermain-main atau sambil lewa sahaja dan sebagainya. 
   
Apabila kita teliti, kita dapati pembaziran itu akan membawa kesan yang buruk terhadap rohani dan jasmani seseorang. Sesungguhnya Allah SWT amat murka ke atas individu yang tidak pernah bersyukur di atas nikmatnya dan mereka ini akan menerima balasan buruk daripada Allah SWT di atas kelalaian menjaga amanat harta kurniaan Allah. Kita harus ingat bahawa harta yang kita miliki bukan hak mutlak kita bahkan sebenarnya adalah hak Allah SWT.
 
Kita hanya sebagai pengurus yang pasti akan ditanya dari mana harta yang kita perolehi dan ke mana kita belanjakan harta tersebut. Janganlah kita menganggap harta yang kita miliki itu sebagai milik kita yang mutlak dan kerana itu kita berbelanja sesuka hati.
 
 Akhirnya, marilah kita mengamalkan sifat berjimat-cermat dan bersederhana, berbelanja secara berhemat serta menjauhi sifat membazir bagi tujuan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Mengamalkan sifat berjimat dan tidak suka membazir akan mendatangkan banyak faedah dalam kehidupan kita. Antaranya ialah;
 
Pertama     :  Dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam berbelanja  atau pekerjaan akan mendapat pahala dan keberkatan dari   Allah SWT.
 
Kedua        :  Dengan mengamalkan sikap berjimat-cermat dan bersederhana dapat menyelamatkan kita daripada muflis akibat hutang yang bertimbun kerana berbelanja secara berlebihan menurut hawa nafsu.
 
Ketiga        :  Dengan mengamalkan sikap bersederhana membolehkan kita mampu untuk bersedekah pada jalan Allah, lebih-lebih lagi menunaikan zakat yang pastinya melengkapkan lagi penyempurnaan rukun Islam.
 
Keempat   :   Kita akan mempunyai simpanan yang dapat menjamin hidup kita di saat menghadapi kesusahan.
 
Sekian untuk selayang Pandang kali ini, semoga kita senantiasa memastikan diri kita tidak termasuk di kalangan orang-orang yang suka membazir. Insya Allah, selamat menjalani ibadah puasa....
 
Wassalam.
 
DRErom.