VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

PERKENALKAN SEMULA SISTEM KUOTA PENCALONAN JAWATAN PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN UMNO: SALLEH

News image

KOTA BELUD: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak menyarankan supaya diperkenalkan semula sistem kuota pencalonan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno, yang pernah...

Ilustrasi | Administrator | Saturday, 8 June 2013

READMORE

KENAPA KITA HARUS BAHAGIA?

News image

BAHAGIA itu bukan milik bagi mereka yang tidak tahu bersyukur. Tuhan selalu memberikan kita rezeki, nyawa, mata, telinga dan banyak lagi untuk membolehkan kita menjalani kehidupan seperti biasa.Kenapa kita harus...

Selayang Pandang | Administrator | Wednesday, 5 June 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
JANGAN MENANGGIS TAPI BERSYUKURLAH....
Written by Administrator
Tuesday, 10 July 2012 01:01
PDF Print E-mail

 
SABAR itu lebih indah jika diiringi dengan rasa syukur. Jangan menanggis tetapi bersyukurlah dengan setiap kejadian yang menimpa hidup kita. Jangan merasa kecewa dengan apa yang telah berlaku.

Jangan bersedih kerana sesungguhnya masa itu silih berganti, Tuhan tidak pernah membuat aniaya terhadap umatnya. Keindahan dunia ini tidak akan kekal. Segala kesulitan dan kesengsaraan yang ada bukanlah merupakan harga mati.

Apa bila rumah telah ranap dilanda banjir dan kita kehilangan orang yang tersayang, jangan menanggis kerana semuanya ini adalah ujian dan cabaran dari Allah SWT. Dunia ini hanyalah  rumah persingahan sementara.

 “Bukankah kita tahu kita semua perlu melalui ujian darinya?... Bukankah setiap kejadian ini ada hikmahnya? Setiap orang akan menemui  ajalnya? Cepat atau lambat kita pasti akan pergi tanpa mengira  keadaan kita sakit atau pun sihat....masya Allah, ini ketentuanya.
 
Sepanjang perjalanan hidup ini, kita akan bertemu dengan berbagai tingkahlaku dan perangai manusia? Semua ini akan mematangkan hidup kita dan ia adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan yang Tuhan Maha Esa, untuk mengajar kita erti kedewasaan.

Saya cuba memujuk Messa teman saya, agar tidak mengalirkan air mata ketika memandu keluar dari kawasan kampus tempat kami belajar dulu. Di sinilah kami mula bertemu, kami sama-sama belajar dan ditakdirkan pula menjadi teman sebilik.
 
Namun, akhirnya dia gagal menyeka airmata yang bertakung, dia menanggis ketika   getaran dakapan rakan-rakan yang lain memeluknya. Dia akan terpaksa meninggal kan kami kerana pulang ke Pulau Pinang untuk memikul satu tugas berat menjaga adik-adiknya yang kehilangan tempat bergantung.
 
Kedua ibubapanya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya, dasyat!....Lori bertembung Kelisa. Hidup mereka menjadi yatim piatu, mereka terpaksa belajar untuk berdikari - hidup sendiri.  Keluarga mereka sedarhana dan tidak ada  harta pusaka.  
 
Dia anak sulung dari lapan adik beradik. Saya tahu dia dia cekal, mempunyai keyakinan yang tinggi, kuat berusaha dan selalu membantu orang lain.  Bapanya seorang peniaga kecil dan ibunya hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa. Dia terpaksa menangguhkan pengajianya sementara.
 
Saat itu, perasaan saya amat sedih melihatnya pemergianya. Saya takdapat berbuat apa-apa. Namun saya tetap menerima kenyataan. Saya mula membandingkan kehidupan saya denganya.Saya jauh lebih beruntung, walaupun miskin tapi masih ada Mama dan bapa tempat  kami bergantung.
Meskipun hidup saya dalam kekurangan (saya sendiri bergantung dengan derma siswa dari Yayasan Sabah) namun saya tetap bersyukur dengan apa yang ada. Saya terpaksa menulis untuk siaran Radio sekadar untuk mendapatkan duit bayar sewa bilik.

Jiwa saya tenang dan saya tidak menyesal. Saya tidak pernah mengenal erti susah “Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang...” kekadang kami terpaksa mencari kayu api jauh ke dalam hutan belantara untuk dijadikan kayu api untuk memasak  nasi kerana saat itu rumah kami belum ada bakalan letrik.

Hidup ini ibarat belantara tempat kita mengejar impian dan  keinginan. Kita memang dicipta untuk mempunyai kehendak dan keinginan tetapi bukan semua keinginan kita akan tercapai, sesungguhnya bukan mudah menyedari bahawa semua yang bukan hak kita tidak perlu ditangisi.

Bertapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa semua itu pada hakikatnya adalah pemberian Tuhan sehingga membuat kita menjadi sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga dengan kegagalan yang kita hadapi.  Kita sering tidak dapat menerimanya. Pada hal demensi tuhid dari kegagalan itu adalah, itu bukan hak kita sebenarnya.

Apa yang menjadi milik kita di dunia ialah sama ada rezki atau jawatan pasti Tuhan telah tentukan. Dia telah memberikanya tetapi yang bukan menjadi milik kita, kita tidak mampu memilikinya  meski pun kita bermati-matian untuk mendapatkanya.
Jangan menanggis kerana kegagalan untuk mendapatkan apa yang kita mahu tetapi berusahalah sehingga mampu menentang kemalasan dengan penuh kesabaran dan keberanian.

Sekian dulu Selayang Pandang kali ini, semoga sedikit imbasan cerita ini dapat menjadi pedoman bersama.
Wassalam.
DRErom.