|
WANITA mempunyai hak untuk keluar bekerja dan bergiat dalam masyarakat dan hak itu telah diberikan oleh Islam. Pada zaman dahulu wanita hanya keluar bekerja apabila benar-benar perlu, mereka boleh membantu badan sosial yang memerlukan perkhidmatan mereka. Dengan kata lain Islam membenarkan kaum wanita bergiat dalam pelbagai aktiviti luar apabila mereka benar-benar perlu berbuat demikian. Mereka tidak boleh sesuka hati untuk melakukan kegiatan sosial seperti yang dilakukan di Negara Barat dan Komunis. Kita beruntung mendapat kebebasan di negara kita. |






