VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

PERKENALKAN SEMULA SISTEM KUOTA PENCALONAN JAWATAN PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN UMNO: SALLEH

News image

KOTA BELUD: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak menyarankan supaya diperkenalkan semula sistem kuota pencalonan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno, yang pernah...

Ilustrasi | Administrator | Saturday, 8 June 2013

READMORE

KENAPA KITA HARUS BAHAGIA?

News image

BAHAGIA itu bukan milik bagi mereka yang tidak tahu bersyukur. Tuhan selalu memberikan kita rezeki, nyawa, mata, telinga dan banyak lagi untuk membolehkan kita menjalani kehidupan seperti biasa.Kenapa kita harus...

Selayang Pandang | Administrator | Wednesday, 5 June 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
DAIRI WANITA
Written by Administrator
Tuesday, 06 March 2012 04:53
PDF Print E-mail

WANITA sering membiarkan pengalaman hidupnya beredar begitu saja, apa salahnya ia dicatat dalam dairi sebagai kenangan. Seperti catatan kawan:- “Datuk nak tau, saya tidak menanggis di hari kematian anak saya...” saya hanya diam, petang kelmarin kami bertemu di majlis harijadi Mama yang ke 79 di kampung Selupoh.

"Kenapa kakak tidak menangis?....” Saya pula sibuk bertanya. Dia meneruskan ceritanya.

Saya pandang jenazah anak saya Mirzan yang terbaring kaku. Mukanya sembap,  perutnya membusung namun wajahnya tenang, beersih. Saya memotong baju T yang tersarung di tubuhnya kerana tidak boleh dibuka melalui perutnya yang ‘buncit’, baju terakhir yang dia pakai.

Saya akan simpan baju itu, saya tak akan cuci, nanti bolehlah saya mencium baju itu ketika merinduinya. Kemudian suami saya mengendong tubuhnya ke pangkin, lalu kami mandikanya.Biar tangan saya dan suami saya yang menjiruskan air ke tubuhnya buat kali terakhir.

Setelah mandi, kami kapankan jenazahnya. Itu pun hanya kami berdua juga, biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain pada tubuhnya untuk kali yang terakhir.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!" Saya berpesan pada anak-anak yang lain semasa mengucup dahinya.

Saya tersenyum semasa mengucup dahinya buat kali terakhir:

"Tunggu mama di syurga ya sayang...." Akhirnya kami menutup wajahnya sebelum dia disembahyang kan.

Banyak sungguh memori yang tercatat dalam dairi ini. saya membacanya satu persatu, ianya sangat meruntun jiwa untuk kembali mengenangkan perjalanan deritanya sehingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.


1hb.Januari 2012- Perutnya semakin membusung kerana hatinya membengkak. kata doktor, semua organ dalamanya sudah rosak dan tidak boleh diselamatkan lagi.
2hb. Febuari 2012- Hari ini ulang tahunya yang ke-4. Dia nakkan kek Lori sampah. Ha!...saya terkejut. Puas saya  mencari tapi tak ada juga kek macam itu. Tidak ada yang sanggup membuatnya. Saya kecewa!...saya hanya belikan kek coklat sebagai ganti. Dengan perut membusung, dadanya yang berombak, dia masih boleh tersenyum - mungkin inilah harijadinya yang terakhir.

7 hb. Febuari 2012- Keadaanya semakin kritikal. Perutnya semakin membesar. Dia tidak mampu lagi bergerak. Saya membawanya  ke IJN, kata doktor: “tiada apa yang boleh dilakukan ...” Dia hanya menanti waktu. Saya redha dengan ketentuan ilahi.

13hb. Febuari 2011- Hari ini – Ahad, saya minta kebenaran doktor untuk membawanya pulang. Biarlah dia habiskan waktu bersama keluarga. Di saat akhir ini saya tunaikan apa saja permintaanya.

“Saya nak naik kereta bomba!" Saya mengajak suami saya ke balai bomba. Pegawai Bomba bingung.

Di hari lain, saya bertanya lagi...Nak tengok gajah?.. burung? kita ke zoo. Walaupun dia tak larat jalan, tak apa saya dan suami silih berganti untuk mendukungnya. Setiap hari juga saya bertanya:- nak makan apa? Macam-macam dia teringin nak makan..saya tunaikan, walaupun pukul 3.00 pagi.

17hb.Febuari, 2012- Keadaanya semakin kritikal!... sudah tidak mampu untuk berkata-kata, matanya kuyu dan hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayanganya. saya segera membawanya ke hospital.

20hb. Febuari, 2012 – saya telefon anak-anak di asrama, saya meminta mereka pulang. Saya mahu mereka berada di sampingya pada saat dia menghembuskan nafas yang terakhir.

27 Febuari, 2012- Pagi ini Dr. Rani datang melawat, kemudian Dr. Rani memberikan ‘surprise’ untuk nya tengah hari ini. Rupa-rupanya Dr. Rani membawa kek lori sampah yang dia mahukan dulu yang tak sempat saya berikan itu, saya terharu.

Malam itu, saya berdua denganya berada di dalam bilik. Saya melihat sayu wajahnya yang semakin lesu, saya peluk dan usap rambutnya. Saya  menangis teresak-esak bagai anak kecil. Saya tahu dia akan pergi.

“Pergilah nak....saya sudah siap, saya redha menghadapinya. Saya bersyukur kerana Allah telah menghadirkan kau dalam hidup saya walaupun seketika"

29hb Febuari,2012- Pagi itu,  masa sudah dekat, wajahnya sudah biru, lebam, dadanya berombak dan tercungap-cungap cuba menarik nafas.

- Pukul 8.00 pagi,  kami membacakan Ya’asin tapi suara kami tersekat-sekat, menahan kesedihan.

- Pukul 3.00 petang, badanya semakin lesu. Lalu saya mengajak dia keluar berjalan-jalan, untuk turun ke kantin. Dia hanya minum seteguk air coklat, kemudian dia lentukkan kepala di atas bahu saya. Dia angkat kepala dan lalu menguap.

"Saya ngantuklah Mak..." katanya kemudian kepalanya terlentuk semula pada bahu saya. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Cepat-cepat saya membawanya naik dan baringkan dia di atas katil. Dia merintih dalam lemah....

 "Makkkk!..sakit perut.."

Anak-anak saya yang lain menanggis, saya marah, saya menyuruh mereka keluar, saya tak mahu dia melihat  mereka menangisi pemergianya. Suami saya hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan tangisannya. Jururawat juga menangis, saya juga menyuruh dia keluar.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.." saya sudah pasrah. Segalanya telah ditentukan.

Sekian perkongsian coretan Dairi kawan saya, mudah-mudah kita dapat kongsikan bagaimana ketabahanya menghadapi saat-saat getir, sedih kehilangan anak yang yang dikandung sembilan bulan dan dijaga empat tahun dua bulan dan akhirnya pergi buat selama-lamanya...Al-Fatihah!.

 

Wassalam,

DRErom.