VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

PERKENALKAN SEMULA SISTEM KUOTA PENCALONAN JAWATAN PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN UMNO: SALLEH

News image

KOTA BELUD: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak menyarankan supaya diperkenalkan semula sistem kuota pencalonan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno, yang pernah...

Ilustrasi | Administrator | Saturday, 8 June 2013

READMORE

KENAPA KITA HARUS BAHAGIA?

News image

BAHAGIA itu bukan milik bagi mereka yang tidak tahu bersyukur. Tuhan selalu memberikan kita rezeki, nyawa, mata, telinga dan banyak lagi untuk membolehkan kita menjalani kehidupan seperti biasa.Kenapa kita harus...

Selayang Pandang | Administrator | Wednesday, 5 June 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
PESANAN UNTUK WANITA
Written by Administrator
Monday, 13 February 2012 21:11
PDF Print E-mail


SEMUA wanita yang dilahirkan dalam keadaan yang sempurna tetapi jangan pula mudah berpuas hati sebelum menilai kelemahan yang ada di dalam diri. Tidak ada manusia yang sempurna kita masih ada kekurangan ; jahil, buta hati dan lidah kasar.

Wanita dahulu dan sekarang jauh berbeza tetapi yang tidak pernah berubah ialah kefahaman agama yang dipegang seiring dengan peredaran zaman dan masa. Dunia kini semakin maju dan teknologi & informasi telah pun tersebar dengan pesat dan cepat.

Tidak dinafikan ramai wanita yang kelihatan cantik, anggun dilengkapi dengan perhiasan yang beranika corak dan kosmetik tetapi sayang penampilan itu hanya di luaran saja yang memukau manakala di dalam sangat berbeza dan memalukan.

Dunia jahil yang membuatkan mereka jadi hodoh, jahil tentang ilmu dunia dan juga akhirat. Hanya ilmu yang boleh merubah sejarah hidup serta martabat manusia dan mengangkat status ilmu dunia jika tidak diiringi dengan ilmu akhirat (agama) hidup ini akan jadi pincang.

Wanita yang mempunyai ilmu dalam bidang perubatan, ekonomi, sosiologi, antroplogi, politik Sains dan lain-lain akan tersesat tanpa bimbingan ilmu agama yang sahih, inikan pula wanita yang tidak ada ilmu pengetahuan tentang kosmetik dan butik, hendak ke mana mereka pergi membawa anak-anak yang bakal lahir?

Wanita yang cantik tetapi buta hati tidak akan selamat bagi mereka yang mahu mendampingi wanita seperti ini. Yang penting hatinya baik kerana hati adalah  merupakan pusat tenaga pada diri seseorang. Jika baik hatinya maka baiklah amalannya dan begitulah disebaliknya.

Hanya lelaki hidung belang saja tidak mementingkan keperibadian seseorang wanita. Apa yang penting buat mereka adalah seksi dan boleh memuaskan nafsu kejinya tetapi mereka yang beriman tidak akan sanggup mengambil  seorang wanita yang jahil, busuk hati dan lidah yang kesat, sebagai isteri pendamping hidupnya.

Ada juga yang mengambil risiko untuk mencuba nasibnya, manalah tahu si wanita cantik ini boleh berubah perangainya di suatu hari nanti tetapi sebaliknya nahas pula yang diperolehinya. Habis ‘uwang’  melabur supaya isteri berubah tetapi akhirnya usaha untuk ‘turn over’ hati dan sikapnya tidak pernah berubah.

Apa pula yang menyebabkan mereka menghidap buta hati? Mungkin dia tidak pernah mengenal Allah s.a.w dan juga Rasul. Bukan sukar untuk mengenal Allah s.a.w. dan Rasul hanya perlu mempelajari al-Qur’an dan hadis serta mengkaji dan memahaminya serta memperjuangkanya.

Hati yang tidak disentuh ayat-ayat Allah dan ilmu-Nya, semakin lama akan menjadi semakin kotor, sakit dan tenat kerana tabiat hati diciptakan Allah swt. memerlukan makanan. Makanan hati adalah al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Ingatlah Wanita, jangan terlalu berlebihan dalam perkara mubah, percaya tentang tahyul, BOMOH, makan terlalu banyak sehingga selalu mengantuk atau sibuk dengan hiburan, permainan, ‘shopping’ dan menghias rumah yang berlebihan mengalahkan kewajipan untuk sembahyang. Hal ini akan merosakan hati dan jiwa.

Agama tidakpernah melarang manusia bersenang-senang, tetapi hidup ini mesti seimbang antara dunia dan akhirat. Jika setiap hari keletihan akibat mengikut segala kemahuan hawa nafsu sehingga tidak larat untuk beribadah, tentu keadaan sebegini akan menyebabkan seseorang menjadi lalai. Jika sudah lalai, hati menjadi keras dan kotor, tidak mampu membezakan yang baik dan buruk dalam perbuatannya.

Al-Quran telah memberi amaran seksa bagi orang yang mengumpat saudaranya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”
- (Surah al-Hujurat ayat 12)

Sesungguhnya jahil, buta hati dan kasar lidah adalah sehina-hina perangai yang dibenci makhluk apatah lagi Allah Ta’ala yang Maha Suci. Kecantikan perlu diusahakan dan dicari, maka berhiaslah dan berubatlah untuk kecantikan zahir dan batin.

Ingatlah:
“Mereka yang engkar derhaka ialah orang yang tetap menerima hukuman  bersama-sama dengan umat yang terdahulu daripada mereka daripada kalangan jin dan manusia; kerana sesungguhnya mereka menjadi orang-orang rugi” (Surah al-Ahqaf 46:18)
Sekian, jumpa lagi minggu depan.

Wassalam.

DRErom.