VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

PERKENALKAN SEMULA SISTEM KUOTA PENCALONAN JAWATAN PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN UMNO: SALLEH

News image

KOTA BELUD: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak menyarankan supaya diperkenalkan semula sistem kuota pencalonan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno, yang pernah...

Ilustrasi | Administrator | Saturday, 8 June 2013

READMORE

KENAPA KITA HARUS BAHAGIA?

News image

BAHAGIA itu bukan milik bagi mereka yang tidak tahu bersyukur. Tuhan selalu memberikan kita rezeki, nyawa, mata, telinga dan banyak lagi untuk membolehkan kita menjalani kehidupan seperti biasa.Kenapa kita harus...

Selayang Pandang | Administrator | Wednesday, 5 June 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
WANITA MENGIMPIKAN KEBAHAGIAAN
Written by Administrator
Tuesday, 31 January 2012 02:40
PDF Print E-mail

SEMUA orang mengimpikan kebahagiaan. Siapa yang tidak mahu bahagia?...kalau ditanya erti kebahagiaan?saya pasti semua orang mempunyai jawapan yang berbeza-beza tetapi yang pasti ia mempunyai maksud yang sama - iaitu satu tahap dimana kita dapat mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup.
Ada orang bahagia bila orang yang dia minati akhirnya menjadi miliknya. Selepas menjadi kekasih hati dia mula merasa bahagia, apa lagi bila tercapai hasrat untuk dia berkahwin untuk sebuah ikatan kasih sayang. Di sinilah mereka dapat menikmati kebahagiaan itu.

Ada orang bahagia apabila menimang cahaya mata, setelah bertahun-tahun menunggunya akhirnya mereka berjaya mendapatkanya. Cahayamata itu ditatang dengan penuh kasih sayang dan kehidupan mereka dipenuhi dengan kebahagiaan. Itulah kebahagian yang indah dalam hidup mereka.

Ada orang bahagia apabila mendapat kereta yang dia idam-idamkan, ia seakan-akan mendapat kekasih baru. Setiap hari kereta itu dijaga dengan penuh hati-hati, ia dicuc dengan sabun dan lapnya dengan penuh penuh perhatian. Silap haribulan dia akan marah jika ada orang cuba mengotorkan keretanya itu. Di sinilah timbul rasa kebahagiaan orang yang mendapat apa yang dia impikan.

Ada orang bahagia apabila mendapatkan kerja yang dia minat. Apa lagi dia bekerja dengan penuh semangat, dedikasi dan berdisiplin.  Setiap hari datang lebih dari orang lain. Dia tersenyum setiap masa, hatinya berbunga senang dan wajahnya cerah setiap kali berjumpa dengan orang/pelanggan. Sampai dia lupa untuk bersyukur dengan yang maha kuasa kerana baginya kerja itu adalah segala-galanya.

Begitulah juga dengan mama, dia menikmati kebahagiaan itu bila melihat  kami kesemua adik beradik pulang ke pangkuanya pada hari Sabtu yang lalu. Kebetulan waktu itu kami semua bercuti untuk pulang memperingati hariulang tahun kepergian Bapa yang ke11. Alangkah riangnya hati Mama walaupun Bapa sudah lama tiada namun ikatan kekeluargaan kami tetap sama, Mama bangga dengan sikap kami. 
Kami sedih kerana Baba tidak ada lagi bersama-sama kami saat itu tapi apakan daya yang pergi tetap pergi yang ada hanya tinggal kenangan. Bapa sudah tiada tetapi semangat Bapa masih ada bersama kami anak-beranak. Kami tetap teruskan perjuangan hidup demi Mama kami meneruskan tradisi seperti ini setiap tahun, didahului oleh Abang tua- Aldrin Balanting  bersama isterinya Theresa Anjam, Kakak Mariam, Dayang, abang Rantis Deminggu, adik Demsih  dan Rinjin. Masing-masing mengambil peranan untuk membawa makanan kesukaan mama. Kami mahu Mama terhibur.
Mama tersenyum walaupun kedut di pipinya sudah bertambah dua kali ganda dari dulu, maklumlah usianya sudah lewat 75 tahun. Namun dia kelihatan gembira melihat kami berkumpul dengan anak-anak, cucu dan cicitnya. Saya hanya sempat memasak kicap daging, Sup Asam Pedas kepala ikan dan tiga jenis pudding. Comel pula membawa kek suatu kejutan untuk harijadi Syeera yang ke 9.

Mama berkongsi kebahagiaan dengan kami anak beranak.Kami mahukan Mama bahagia, biarlah dia bahagia menghabiskan sisa-sisa kehidupanya. Maklumlah keadaan Mama bukan macam dulu lagi. Kuasa pendengaranya pun sudah kurang, mahu bawa dia jalan-jalan pun susah.

Saya perhatikan Mama sibuk mengeluarkan gambar-gambar lama, dia mula memperlihatkan gambar-gambar itu kepada kawan-kawan Comel (anak saya yang kedua) Wani, Suzaini dan anak cucunya yang lain. Dia sibuk bercerita tentang hal-hal masa dulu, apa lagi kisah sayalah yang menjadi tajuk utamanya.
Sesungguhnya kebahagian sesebuah keluarga itu tidak akan tersemai tanpa kerjasama disemua pihak. Sebab itulah kami semua cuba sebaik mungkin menjaga hati Mama. Hanya dia saja satu-satunya nya kami ada. Kami menginginkan Mama tetap bahagia.
 
Sesiapa yang inginkan kebahagiaan haruslah membantu orang lain untuk bahagia. Sesungguhnya Tuhan senantiasa bersama orang-orang yang jujur, ikhlas dan bersih hati untuk mendapatkan kebahagiaan. Tuhan juga tidak pernah menjanjikan langit senantiasa cerah dan mentari selalu bersinar namun ketahuilah bahawaTuhan selalu memberikan Pelangi disetiap badai,senyum setiap kali kita bersedih dan keberkatan di setiap cubaan dan jawapan pada setiap doa.
 
Sekian dulu Selayang Pandang kali ini, sehingga berjumpa minggu depan ingat pesanan ini: Orang yang dengki sukar untuk bahagia, rezekinya tertolak ke tepi, wajahnya senantiasa hodoh, mudah ditmpah penyakit, dijauhi kawan dan solatnya senantiasa tak khusyuk...
 
Wassalam.
 
DRErom.