VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
WANITA ITU ISTIMEWA
Written by Administrator
Monday, 31 October 2011 08:32
PDF Print E-mail


 
WANITA itu istimewa mempunyai banyak pilihan dan kelebihan. Mereka mempunyai kekuatan jiwa dan ketabahan hati yang luar biasa dibandingkan dengan kaum lelaki. Semua ini adalah kurnia Allah s.w.t.

Ramai wanita telah membuktikan kejayaan mereka. Jadi harus bersyukur jika ditakdirkan menjadi seorang Wanita, jangan rendah diri walaupun ada yang mengatakan kaum wanita itu lemah.

Petang Ahad kelmarin Babu Purun -saudara kami di sebelah Mama datang menemui saya di rumah kami di kampung Selupoh – Tuaran.  Masa itu kebetulan saya sedang  tidur &dia sanggup menungu sehingga saya bangun.

“Maaf Bu, saya penat semalam kurang tidur- saya terlupa temu janji kita, pagi ini baru sampai dari Mimpian Jadi mengurus rombongan ‘Purpet’ dari Taiwan...” kata saya, selepas bersalaman denganya.

“Kamu jadi beli lembu tu untuk sembeli – Korban” soalnya, sejurus saya duduk di sofa ruang tamu bawah.

Saya benar-benar terlupa, mujurlah saya ada bawa wang untuk membayar harga lembu itu untuk raya Korban minggu depan. Dia tersenyum dan tidak menampakan sebarang tanda marah, ada  garis-garis halus menempel wajahnya.

Babu memang seorang wanita yang mulia - rajin berkerja dan meneruskan kehidupan biasa,  selepas berpencen menjadi guru sekolah rendah di SK Termenung, Tuaran beberapa tahun yang lalu.

Wanita ini istimewa, hidupnya  sebatang kara tidak pernah menyusahkan orang lain. Walaupun  begitu dia tidak pernah meminta apa-apa bantuan dari saya.  Dia berusaha sendiri  menambah pendapatan dengan menternak lembu.

Kata Allah swt. “Wanita itu istimewa  itu mudah masuk  ke dalam syurga dan mereka juga  mendapatkan kelebihan dan keistimewaan iaitu:

Wanita  yang taat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga untuknya.

Wanita yang taat kepada suaminya, ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya akan beristighfar baginya masuk syurga.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang istimewa yang memberati auratnya.

Saya masih ingat kata Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail Al-Qudsi dalam sebuah ceramahnya  Anggun FIzikal & Interaktif, baru-baru ini di Kuala Lumpur:

“ Ramai Wanita memiliki Personaliti angun tetapi tidak diringi dengan budi pekerti dan tingkah laku yang baik. Seseorang wanita sepatutnya  harus ada sikap dalaman yang bersih dan tulus iaitu:

-       Anggun Minda    - Anggun minda terdiri dari 3 komponen iaitu akal, hati /jiwa dan jasad. Semuanya harus diisi dengan ilmu.  

Wanita itu istimewa, baik dan bijaksana kerana mampu membantu menyelamatkan orang lain dari gangguan lisan dan penghinaan. Wanita seperti ini boleh mengubah gurun sahara yang gersang menjadi taman yang indah dan segar.  Wanita seperti ini teguh imannya, tidak mudah goyah dan resah bila dikritik.

Sekian dulu kali ini semoga kita tergolong dari wanita yang istimewa.
 
Wassalam.
 
DRErom.