| PUSAT KESIHATAN TAWAU RM35 JUTA |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Monday, 01 February 2010 23:36 |
|
TAWAU: Sebuah pusat kesihatan baru bernilai RM35 juta yang mampu menyediakan rawatan kepada 700 orang pesakit luar akan dibina di daerah ini pada tahun depan. "Oleh kerana terlalu ramai di kaunter pesakit luar, mereka akan menggunakan kaunter kecemasan untuk mendapatkan rawatan," jelas beliau. Mengenai kekurangan doktor di Sabah, Liow berkata pihaknya menyedari kekurangan itu namun masalah ini bukan di Sabah sahaja malah di seluruh negara. Katanya, kementeriannya akan menambah bilangan doktor di Sabah antaranya dengan mengambil doktor dari India, Pakistan, Mesir dan Indonesia di samping Kementerian Pengajian Tinggi akan menambah jumlah pengambilan penuntut perubatan daripada 700 orang setahun kepada 3,000 orang setahun mulai tahun lepas. "Pada masa ini kita hanya ada 40 peratus doktor dan pakar kesihatan. Kita kekurangan 60 peratus lagi," katanya. Liow dalam ucapannya menolak dakwaan setengah pihak yang mengatakan kementeriannya menganak-tirikan Sabah dalam bidang kesihatan, sambil menambah kenyataan seumpama itu adalah semata-mata untuk memburukkan kerajaan. Mengenai Klinik 1Malaysia di Bandar Sri indah yang beroperasi sejak 7 Jan lalu, katanya klinik itu telah merawat 449 orang pesakit sehingga 25 Jan lepas. |
| Last Updated on Monday, 01 February 2010 23:39 |









