| Nasib Golongan Cacat Penglihatan Di Sabah Sentiasa Terbela |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Monday, 25 January 2010 23:38 |
|
TUARAN: Nasib golongan cacat penglihatan di Sabah sentiasa terbela dan diberi perhatian oleh kerajaan negeri, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Azizah Mohd Dun.
Beliau berkata pelbagai bantuan termasuk kewangan dan latihan diberikan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Azizah berkata bagi orang-orang buta yang bekerja, elaun bulanan sebanyak RM300 diberikan manakala mereka yang tidak bekerja memperolehi bantuan am sekitar RM100 sebulan. "Kita amat prihatin dengan nasib golongan ini dan kita akan terus mencari jalan untuk membantu di mana yang perlu termasuk kemudahan tambahan. "Kita tahu mereka juga ada peranan dalam negara kita dan menyumbang kepada pembangunan negara. Oleh itu tidak ada sebab, mengapa mereka dipinggirkan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Orang-Orang Buta di sini Isnin. Katanya terdapat kira-kira 1,500 orang buta yang berdaftar di seluruh Sabah dan kebanyakan mereka menikmati bantuan itu. Selain itu, Azizah berkata kementerian juga telah menyediakan latihan bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang kraftangan, dan seterusnya membantu memasarkan hasil produk kraftangan golongan kurang upaya itu. |
| Last Updated on Monday, 25 January 2010 23:39 |









