PERSIAPAN HADAPI BANJIR BERTAMBAH BURUK PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 25 January 2010 23:27

 SANDAKAN: Semua Pusat Kawalan Operasi Banjir di daerah yang sering dilanda banjir di negeri ini diarahkan supaya bersiap sedia dan mengaktifkan pusat itu apabila keadaan memerlukan.
  Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata langkah itu penting bagi memastikan pemantauan keselamatan dan bantuan makanan kepada mangsa banjir di kawasan mereka dapat dilakukan dengan cepat.
  Katanya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa sekarang, agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang terlibat perlu berjaga-jaga dan bersiap sedia bagi membantu penduduk kampung yang terjejas akibat banjir.

  "Kita perlu memberikan khidmat yang terbaik bagi memastikan rakyat berada di dalam keadaan selamat dan mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku apabila berlaku banjir," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kepimpinan Pelajar dan Ceramah Keibubapaan di Sekolah Menengah Elopura Bestari di sini pada Isnin.
  Beliau berkata penduduk kampung di kawasan yang terjejas banjir juga diminta berpindah ke kawasan selamat atau ke pusat pemindahan banjir dan mengikut arahan pihak keselamatan jika mereka diarahkan untuk berpindah.
  Katanya ia perlu bagi memastikan pihak keselamatan dapat memantau keadaan keselamatan mereka dan memudahkan bantuan makanan diagihkan.
  Ditanya mengenai kelewatan membina empat buah pusat penempatan mangsa banjir di Kinabatangan, Musa berkata beliau telah mengarahkan pegawai yang terlibat menyediakan laporan mengenai kelewatan pelaksanaan membina empat penempatan itu.
  "Saya telah meminta pegawai berkenaan menyediakan laporan itu dan memberikan kepada saya kenapa pelaksanaan pembinaan empat penempatan baru itu lambat dimulakan," katanya.
  Empat penempatan tersebut ialah di kampung Bukit Garam, Muhibbah, Mengaris dan Balat bagi menempatkan penduduk yang menghadapi masalah banjir setiap tahun.

 

Last Updated on Monday, 25 January 2010 23:41
 

Weather

Sabah Travel Map Guide

Hotel Booking & Reservations