Archives

You are currently viewing archive for December 200599
Category: General
Posted by: keruak
KOTA BELUD: Kawasan Parlimen Kota Belud menjadi fokus segmen `Kawasan Saya’ menerusi program Selamat Pagi Malaysia TV1, Sabtu ini (30 Disember) mulai jam 9 pagi.

Rancangan selama kira-kira setengah jam itu memberi fokus kepada pembangunan Kota Belud secara keseluruhannya, termasuk dalam bidang ekonomi dan pendidikan selain mengetengahkan masalah dan potensi di daerah itu.

Pengacara rancangan berkenaan, Norazli Noh, sendiri turun padang bersama penerbit dan krew baru-baru ini bagi memberi liputan fokus secara terperinci.

Sepanjang berada di Kota Belud, mereka menemuramah Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan tiga ADUN di situ, iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Tempasuk), Datuk Japlin Akim (Usukan) dan Herbert Timbun Lagadan (Kadamaian).

Pegawai Daerah Kota Belud, Edris Yahya, memberi taklimat pembangunan kepada krew RTM itu, manakala tinjauan ke sekitar kawasan Parlimen Kota Belud dibantu oleh beberapa pegawai daripada Pejabat Daerah Kota Belud.



Pegawai Daerah Kota Belud, Edris Yahya memberi taklimat kepada krew RTM.



Pengacara, Norazli Noh bersama krew RTM membuat penggambaran di Sungai Tempasuk yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Tabung Haji Plantations Bhd atau TH Plantations Bhd membayar zakat perniagaan berjumlah RM1,226,901.59 kepada Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini.

Pembayaran diserahkan kepada Pengerusi MUIS, Datuk Syed Abas Syed Ali oleh Ahli Lembaga Pengarah TH Plantations Bhd, Hafez Datuk Musa Aman. Jumlah kutipan zakat perniagaan tersebut adalah untuk tahun 2005.

Dalam pada itu, Syed Abas menyeru syarikat-syarikat di negeri Sabah termasuk anak syarikat milik kerajaan negeri agar tampil menunaikan zakat perniagaan.

Menurut beliau, kutipan zakat harta di negeri Sabah boleh dipertingkatkan sekiranya semua golongan yang berkelayakan di negeri ini tampil menunaikan tanggungjawab mereka.

Beliau berharap golongan kaya, korporat dan profesional Islam di negeri ini terus membuat bayaran zakat harta dan pendapatan mereka selain zakat fitrah.

‘Semakin banyak kutipan zakat yang dapat dipungut akan membolehkan semua lapisan masyarakat khususnya golongan fakir miskin menikmati kehidupan yang lebih selesa,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Setiausaha Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS, Awangku Raimi Pg. Abdul Rahman dan Awang. Jurih Awang Tahir.



Syed Abas (dua dari kanan) menerima zakat perniagaan daripada Hafez sambil diperhatikan Agku Raimi (kiri sekali) dan Awg. Jurih Awg Tahir (kanan).

Category: General
Posted by: keruak
SANDAKAN : Seramai 50 ketua keluarga dari kawasan pilihan raya DUN Sukau menerima bantuan Kekurangan Zat Makanan (KZM) sumbangan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sandakan, baru-baru ini.

Bantuan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Datuk Aklee Abbas yang diadakan di pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Sukau, Bandar Ramai-Ramai, Sandakan .

Selain menyampaikan bantuan itu, Aklee turut menyampaikan sumbangan kerajaan kepada lima orang ketua keluarga mangsa angin ribut dari Kampung Sumayang dalam kawasan yang sama.

Berucap pada majlis itu, Aklee yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sandakan atas bantuan yang diberikan khusus kepada ketua-ketua keluarga dari kawasan pilihanraya Dun Sukau.

Menurutnya, bantuan yang telah diagih-agihkan itu jelas membuktikan kerajaaan dibawah kepimpinan Barisan Nasional sentiasa peka dan prihatin terhadap setiap masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan Sukau.

“Janji kerajaan BN bukan hanya janji pilihan raya, sebaliknya bantuan seumpamanya berkesinambungan mengikut keperluan,” katanya.

Dalam pada itu, Aklee turut mengingatkan mangsa angin ribut yang menerima bantuan berupa sedikit kewangan daripada kerajaan agar bijak menggunakan bantuan mengikut tujuan asal.

“Gunakanlah bantuan yang diberikan untuk membeli zink dan keperluan berkaitan…jangan salah gunakan bantuan yang diberikan, utamakan dahulu kerosakan yang perlu diperbaiki demi keselesaan keluarga,” katanya.

Hadir sama Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sandakan, Jais Asri; Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Sukau, Abdul Agas; Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Sukau, Ariffin Masdan, dan Ketua Penerangan Pemuda Umno Kinabatangan, Johari Datuk Aklee.



Aklee (empat dari kanan)I menyampaikan bantuan KZM kepada seorang penerima sambil diperhatikan Jais (tiga dari kanan), Abdul ( lima dari kanan) serta kakitangan Unit UPKR Sukau pada majlis itu

Category: General
Posted by: keruak
PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin telah menyampaikan Bantuan Khas Bagi Orang Susah kepada seramai 77 orang penerima dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas yang beliau wakili.

Penerima bantuan itu terdiri daripada orang kurang upaya, pesakit kronik, balu,anak yatim, cacat, daif dan juga mangsa bencana alam.

Penerima bantuan khas itu masing-masing menerima antara RM200 hingga RM300 seorang bagi membantu meringan beban golongan orang susah.

Berucap di majlis itu, Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna berkata,pemberian bantuan khas itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) amat prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

Katanya, selain pelbagai jenis bantuan am yang diberikan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan kepada golongan tersebut, Bantuan Khas Bagi Orang Susah merupakan bantuan khas kerajaan yang disalurkan menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN.

“Kita bersyukur kerana golongan yang kurang bernasib baik ini terus diberi bantuan yang sewajarnya oleh kerajaan,” katanya yang mahu rakyat terus mengekalkan perpaduan dan persefahaman yang sedia terjalin.

Turut hadir di majlis itu Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Petagas, Datuk Mohd Din Sulai, Penolong Pegawai Daerah Kecil Putatan, Awang Abd.Ghani Pg.Yusof dan pemimpin masyarakat setempat.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Dua ekor kerbau dan dua ekor lembu akan disembelih pada Hari Raya Korban, 31 Disember ini di perkarangan Masjid Layang-Layangan, dekat sini.

Menurut Setiausaha Masjid Jamek Layang-Layangan (MJLL), Hamir Zahari, ibadah korban itu akan dilaksanakan pada hari raya pertama iaitu selepas solat Aidil Adha kira-kira pukul 9.00 pagi.

Katanya, ibadah korban itu adalah kali kelima sejak 2002 diadakan di masjid itu hasil daripada kesedaran dan kemahuan masyarakat setempat dalam memenuhi syariat Islam.

Hamir berkata hasil kerjasama AJK Masjid yang dipimpin Datuk Yusuf Mahal, ibadah korban itu berjaya dilaksanakan mengikut jadual yang dirancang pada setiap tahun.

Pada masa sama, beliau berkata pengagihan daging korban kepada mereka yang memerlukan termasuk anak yatim dan golongan kurang berkemampuan akan dibuat pada hari tersebut juga.

Sehubungan itu, Hamir berharap anak kariah kampung, penghuni Taman Perumahan, Telekom dan Jabatan Bomba supaya bersama-sama menghadiri majlis korban tersebut selepas menunaikan solat sunat Aidil Adha.

“ Ibadah korban itu mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan masyarakat setempat selain menunaikan syariat yang ditetapkan agama kita, “ katanya.

Category: General
Posted by: keruak
NABAWAN: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Bobbey Suan menggesa ketua masyarakat di daerah itu agar sentiasa memberi kerjasama kepada semua pihak khususnya pemimpin Barisan nasional (BN).

Katanya, sokongan yang diberikan oleh ketua-ketua masyarakat terbabit akan memudahkan usaha kerajaan membawa pembangunan kepada kampung mereka agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

"Sekiranya mereka sentiasa memberi kerjasama erat dan jitu kepada pemimpin mereka seperti Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, pegawai kerajaan dan ketua-ketua jabatan negeri serta persekutuan pelbagai masalah akan mudah diselesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Seminar Ketua-Ketua Masyarakat Daerah di bangsal Daerah Kecil Pagalungan di sini.

Menurutnya, sokongan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin masyarakat itu akan mendokong dasar kerajaan tanpa mengira mana-mana parti dalam BN.

Disamping itu, Bobbey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Nabawan menasihati agar Pemimpin masyarakat ini agar sentiasa berwaspada dengan anasir yang cuba menggugat ketenteraman rakyat.

Katanya, pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya pembangkang akan sentiasa cuba mengelirukan rakyat dengan memutarbelitkan fakta berhubung dasar-dasar kerajaan hari ini.

"Saya menasihati agar mereka sentiasa berwaspada dengan pihak yang cuba mengelirukan dan meracuni fikiran rakyat, terutama sekali pada masa kini di mana pihak pembangkang yang tugasnya hanya suka mengkritik," katanya.

Hadir sama Pengarah Majlis Hal Ehwal Anak Negeri, Mohd Said Hinayat dan Penolong Daerah Kecil Pagalungan, Sukiang Ensing.

Category: General
Posted by: keruak
BEAUFORT: Anggota perkhidmatan awam diingat agar mempertingkatkan integriti serta keupayaan mereka dalam melaksana tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan bagi membantu kerajaan melaksana segala dasar serta program pembangunan negara berjalan lancar.

Wakil Rakyat Kawasan Klias Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata, integriti serta keupayaan anggota perkhidmatan awam sebagai pelaksana di peringkat bawahan terutamanya dalam sistem penyampaian amat penting kerana ia akan menentukan segala program pembangunan dapat dijayakan dan mencapai matlamatnya.

“Sebagai anggota perkhidmatan awam yang menjadi ejen kerajaan di peringkat pelaksanaan, komitmen, kewibawaan serta ketelusan setiap anggota perkhidmatan awam begitu penting bagi memastikan segala dasar serta program pembangunan dirancang dapat dilaksana sepenuhnya,” katanya berucap merasmikan Malam Riang Ria Warga Majlis Daerah Beaufort di Dewan Masyarakat Pa Musa Beaufort malam kemarin.

Teks ucapannya disampaikan oleh Wakilnya Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Nurnikman Abdullah. Majlis turut dihadiri Pengerusi Majlis Daerah Beaufort Wong Foo Ten, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Apok LaiTui dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort Ahmad Mohd.Yaakub.

Sehubungan itu, Lajim yang juga Ketua Umno Bahagian Beaufort meminta anggota perkhidmatan awam khususnya di daerah ini mempertingkat keupayaan serta komitmen dalam melaksana tugas terutamanya dalam menjayakan Misi Nasional kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan.

“Kita kini berada dalam gelanggang menjayakan Misi Nasional kerajaan khususnya dalam usaha mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 di mana agenda ini perlu dijayakan bersama di peringkat kerajaan pemimpin politik dan tidak terkecuali anggota perkhidmatan awam,” katanya.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Ribuan masyarakat pelbagai kaum menghadiri rumah terbuka Krismas oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan di Hongkod Koisaan, Penampang kelmarin.

Hadir sama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah.

Beberapa menteri Kabinet negeri, pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) turut hadir bagi memeriahkan sambutan berkenaan.

Di LABUAN, majlis sambutan Malam Christmas 2006 peringkat Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) disambut secara sederhana tetapi meriah.

Pelbagai acara diadakan termasuk persembahan nyanyian, koir, tarian, drama, cabutan nombor bertuah dan multimedia menyerikan majlis itu yang dianjurkan Jawatankuasa Program dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Alpha dan Jakmas Beta.

Majlis tersebut dirasmikan Pengerusi Sky Group Company, Dato’ Francis Tee Chee Hok.

Hadir sama Timbalan Dekan Akademik, Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL), Muzaffar Hamzah; Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pembangunan, SSIL, Carolyn Salimun dan Pengarah Program, Isaac Rajaseelan.



Pairin menerima kunjungan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk V K Liew yang mengunjungi rumah terbuka Krismas itu.



Muzaffar (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Francis selepas merasmikan sambutan Malam Christmas di Dewan Utama UMS-KAL Labuan .

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Kerajaan sentiasa meneruskan usaha membangunkan kawasan luar bandar, termasuk menyediakan kemudahan lengkap seperti sekolah dan guru terlatih bagi kepentingan generasi akan datang.

Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kerajaan BN mahu memastikan pelajar di luar bandar berjaya supaya mereka dapat meningkatkan ekonomi keluarga masing-masing seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian 60 tangki air kepada penduduk Kampung Purak di Balai Raya Kampung Purak, di sini. Turut hadir Ketua Kampung Purak, Julius Agang.

Menurut beliau, usaha kerajaan menyediakan pembangunan infrastruktur menunjukkan kerajan Barisan Nasional memang prihatin terhadap masalah rakyat di luar bandar.

“Justeru usaha pembangunan luar bandar akan diteruskan agar lebih ramai anak luar bandar berjaya pada masa akan datang,” katanya.

Untuk mencapai hasrat itu, Rosnah meminta penduduk membantu kerajaan dalam usaha pembangunan di peringkat kampung, mukim, daerah, negeri dan negara.

Pada majlis itu, Rosnah turut meluluskan bantuan peralatan dapur dan dua mesin jahit untuk kegiatan dan aktitivti kepada kaum ibu di kampung tersebut.



Rosnah menyempurnakan majlis penyerahan tangki air kepada penduduk Kampung Purak

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL), Lydia Koh Li Po menerima biasiswa Maybank berjumlah RM7,000 setahun untuk dua tahun pengajian di universiti tersebut.

Lydia, 22, pelajar jurusan Kewangan Antarabangsa, Sekolah Perniagaan Kewangan Antarabangsa Labuan (SPKAL) akan menerima biasiswa RM3,500 untuk satu semester daripada Maybank.

Beliau yang ditemani bapa, Dennis Koh Tong Haw dan ibu, Ng Mee Mee menerima biasiswa itu pada satu majlis di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur , baru-baru ini.

Pada majlis itu, seramai 50 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam menerima biasiswa itu daripada Pengerusi Maybank, Tan Sri Bashir Alias.

Dalam ucapannya, beliau berharap semua penerima biasiswa itu akan menunjukkan prestasi cemerlang, sekali gus menjulang imej universiti masing-masing serta Maybank sebagai penyumbang biasiswa.



Lydia (kanan sekali) bersama ibu, Ng Mee Mee, bapa, Dennis Koh Tong Haw dan adik, Marcus Koh Eu Zu selepas menerima biasiswa Maybank di Kuala Lumpur.

Category: General
Posted by: keruak
SEMPORNA: Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Sakaran menyampaikan bantuan Kebajikan kepada 26 penerima bagi kawasan DUN Senallang.

Bantuan berbentuk wang tunai berjumlah RM30,000 sumbangan kerajaan itu adalah untuk bantuan pembaikan rumah serta keperluan keluarga penerima.

Hadir sama sempena majlis itu PKR Senallang, Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna, Musa Sabani’ dan Pegawai Kemajuan Masyarakat,Lassim Gerawan.

Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang menasihatkan semua penerima memanfaatkan bantuan yang diterima untuk keperluan keluarga serta pembaikan rumah.



Nasir (dua kiri) diringi OKK Musa (kiri) dan CDO Lassim Gerawan (dua kanan) menyampaikan bantuan kebajikan kepada seorang warga emas DUN Senallang di Inabah Kamal Semporna.

Category: General
Posted by: keruak
MENGGATAL: Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Jainab Datuk Ahmad mengingat belia di negeri ini supaya tidak bergantung kepada kerajaan bagi mendapatkan peluang pekerjaan setelah tamat pengajian.

Sebaliknya, kata beliau, belia seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang betul dan berani meneroka peluang pekerjaan di sektor swasta.

“Jangan kita jadi belia ‘pemalas’ memandangkan kerajaan banyak menyediakan pelbagai peluang kemahiran antaranya seperti Politeknik, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Giat Mara, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan sebagainya untuk belia yang kurang cemerlang dalam akademik.

“Golongan belia mesti tahu berdikari dan rebut peluang yang disediakan itu,” katanya pada perjumpaan dengan penduduk Kampung Unggun, Menggatal kelmarin. Program adalah anjuran bersama Unit PKR Karambunai dengan JASA. Hadir sama Pegawai Luar Jasa, Wan Maridah Chomar.

Jainab berkata belia mesti mempunyai alternatif lain seperti meneroka peluang untuk bekerja sendiri jika mempunyai kemahiran diri.

Menurut beliau, apabila belia atau generasi itu telah mendapat pekerjaan, mereka tidak seharusnya berpuas hati tetapi berusaha meningkatkan lagi jawatan dalam kerjaya yang diceburi.

Jainab yang juga Adun Karambunai menambah, belia yang tiada wawasan untuk menjadi individu berjaya serta cemerlang dalam hidup, diibaratkan menanam pokok yang tidak berbuah dan ia tidak ubah sekadar memenuhi ruang serta menyakitkan mata memandang.

“Mereka perlu menjadi individu yang berjaya dan cemerlang dalam hidup tanpa hanya bergantung kepada wawasan berbentuk peribadi dan kepentingan sendiri.

"Setiap apa yang berlaku sememangnya memerlukan perancangan serta proses terperinci dan jika individu itu benar-benar dibuktikan, mereka sebenarnya memiliki keupayaan untuk memajukan diri," katanya.



Jainab menerangkan sesuatu kepada kaum ibu mengenai peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk belia di negeri ini.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata beberapa projek pembangunan yang menjadi keperluan asas rakyat di kawasan itu sudah disenaraikan bagi mendapatkan peruntukan kerajaan.

Katanya, antara projek pembangunan tersebut termasuk jalan raya, jambatan, bekalan air dan api serta kemudahan asas lain.

"Kita maklum masih terdapat sebilangan kecil kampung di kawasan Klias yang belum menikmati sepenuhnya kemudahan asas dan kita berusaha mendapatkan peruntukan kerajaan bagi melaksanakan projek berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan sebagai mengulas laporan sebuah akhbar tempatan berhubung kerosakan jambatan di Kampung Takuli, dekat sini.

Laporan itu memetik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung berkenaan, Yusuf Kuncin, yang melahirkan rasa kecewa terhadap kelewatan membaiki jambatan berkenaan.

Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berkata, jambatan itu telah disenaraikan bagi mendapatkan peruntukan kerajaan dan akan dilaksana secepat mungkin apabila peruntukan diperolehi.

"Walaupun jambatan ini rosak, penduduk masih mempunyai alternatif lain menggunakan jambatan lain sebagai laluan seharian mereka dan saya harap mereka bersabar menunggu peruntukan memperbaikinya," katanya.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak mempengerusikan mesyuarat kedua Kelab Golf dan Rekreasi Kota Belud di sebuah hotel di sini hari ini.

Salleh merupakan Presiden penaja kelab berkenaan, manakala timbalannya, Anjin Gagah dan Setiausaha, Iskandar Yahya.

Mesyuarat tersebut adalah yang kedua dan pelbagai perkara serta kegiatan yang akan dilaksanakan telah dibincangkan.



Salleh (depan) bergambar dengan sebahagian ahli kelab berkenaan.



Salleh (kiri) ketika mempengerusikan mesyuarat itu.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Bidang sukan bukan sahaja medan melahirkan ahli sukan semata-mata, tetapi sebenarnya juga berperanan menjadi landasan memupuk perpaduan antara kaum dan mewujudkan budaya hidup sihat di kalangan rakyat.

Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata menerusi sukan, semua rakyat dapat bersatu dan berinteraksi tanpa mengira pangkat, budaya, agama, bangsa dan pendidikan serta mampu menangani masalah sosial.

Katanya, kejohanan sukan sepak takraw di daerah ini dapat membantu memartabatkan bidang sukan itu sendiri.

“Ia juga memberi manfaat besar kepada Sabah ke arah melahirkan ahli sukan berbakat serta dapat bersaing di peringkat lebih tinggi seperti kejohanan kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Pemilihan Papar sebagai tuan rumah membuktikan keyakinan serta kepercayaan Persatuan Sepak Takraw Negeri Sabah (ASTAKA) dan kita berharap ASTAKA dapat melaksana tanggungjawabnya serta memanfaatkan peluang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kejohanan Sepaktrakraw Remaja Sabah 2006 di Dewan Masyarakat Papar semalam. Kejohanan tersebut bermula pada hari semalam berakhir esok.

Enam pasukan menyertai kejohanan tersebut terdiri pasukan Pantai Barat Selatan, Pantai Barat Utara, Pedalaman Atas, Pedalaman Bawah, Tawau dan Akademi Sepaktakraw Astaka 2010. Kejohanan adalan anjuran ASTAKA dengan Jabatan Pelajaran Sabah.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan negeri, Penyuki Matta, Naib Presiden ASTAKA, Datu Jafrin Datu Anggol, dan Setiausaha Agung, Ag Raini Ag Hashim.

Rosnah berkata secara umumnya sukan sepak takraw adalah permainan tradisi dan melalui kejohanan seumpama itu ianya boleh membantu memartabatkan sukan ini kepada satu taraf yang tinggi.

“Penganjuran kejohanan seumpama ini pada dasarnya memberi makna yang besar dan bermanfaat bagi mempastikan sepak takraw terus diminati dan dipelopori semua pencinta sukan ini,” katanya.

Beliau menambah, melalui kejohanan ini pasti dapat melahirkan bakat baru yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.



Rosnah bersalaman dengan pemain sambil diiringi Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan negeri, Penyuki Matta serta Naib Presiden ASTAKA, Datu Jafrin Datu Anggol.

Category: General
Posted by: keruak
KINABATANGAN : Kebersihan Pekan Kinabatangan dan setiap kampung dalam daerah itu merupakan aset utama yang mampu menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara melawat ke daerah berkenaan.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Datuk Aklee Abbas berkata sebagai sebuah daerah yang memiliki pelbagai khazanah dan tempat menarik perhatian pelancong, maka aspek kebersihan adalah faktor yang perlu dititikberatkan.

Menurutnya, kebersihan Pekan Kinabatangan dan setiap kampung dalam daerah ini merupakan kriteria pertama yang akan mencerminkan cara hidup masyarakat kita.

“Jika amalan kebersihan ini tidak dapat dipraktikan atau dijadikan budaya setiap masyarakat, sudah pasti usaha menjadikan Kinabatangan sebagai pusat pelancongan terkenal akan terjejas.

“Oleh itu, peranan menjaga kebersihan bukan sahaja terletak dibahu pihak Majlis Daerah Kinabatangan semata-mata malah ia juga adalah merupakan tanggungjawab seluruh anggota masyarakat di daerah ini untuk sama-sama mengembleng tenaga menjaga kebersihan secara konsisten,” katanya. Beliau berkata demikian kepada Media selepas merasmikan majlis Program Gotong Royong Dan Kempen Kesedaran Kebersihan Peringkat Kampung Paris, di sini.

Aklee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau menambah, budaya menjaga kebersihan selain daripada sebagai agenda untuk menarik pelancong datang ke daerah ini ia juga merupayakan satu cara hidup yang mampu menghidari masyarakat daripada dijangkiti pelbagai penyakit akibat mengabaikan kebersihan.

Menurutnya lagi, untuk mencapai sebagai sebuah daerah maju setanding daerah lain di negara ini, faktor kebersihan juga merupakan penentu penting. Ini kerana tanpa kesedaran kebersihan sudah pasti akan menjejaskan kesihatan masyarakatnya yang akhirnya turut membantutkan usaha yang dirancangkan.



Aklee (dua dari kanan) bersama Ahli Majlis Daerah Kinabatangan bergotong royong membersihkan tapak tamu Kampung Paris.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA BELUD: Bekas Ketua Menteri Sabah , Datuk Seri Salleh Said Keruak menggariskan tiga perkara penting untuk dijadikan panduan oleh umat Islam dalam menjalankan kegiatan dakwah Islamiah.

Katanya, perkara utama ialah dakwah hendaklah dilaksana dengan niat ikhlas tanpa niat lain melainkan untuk menegakkan syiar Islam.

“Kedua, umat Islam perlu memperbanyakkan ilmu pengetahuan sama ada ilmu pengetahuan Islam mahupun ilmu lain bagi memudahkan usaha meningkatkan syiar Islam lebih berkesan.

“Dan ketiga umat Islam perlu menyesuaikan pendekatan dakwah dengan cara yang dapat diterima oleh masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Minggu Festival Dakwah Islamiah daerah Kota Belud di sini malam tadi.

Daerah Kota Belud merupakan satu-satunya daerah di Sabah yang menganjurkan program berkenaan yang diperkenalkan sejak tahun 2004. Ia dijalankan selama seminggu dengan pelbagai kegiatan keagamaan dan acara kemuncaknya pada sambutan Hari Raya Haji, 31 Disember ini.

Hadir sama pada majlis itu Pegawai Daerah Kota Belud, Edris Yahya.

Salleh yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata tiga aspek berkenaan menjadi prasyarat bagi perkembangan dakwah, sekali gus untuk meningkatkan syiar Islam di negeri ini.

Menurutnya, program pembangunan dakwah adalah kewajipan bagi semua umat Islam dan ia perlu dijalankan secara bijaksana menerusi pendekatan yang dapat diterima dengan sepenuh hati oleh masyarakat Islam.

“Kita tidak boleh menggunakan pendekatan kekerasan atau memaksa umat Islam mengikut sesuatu. Kita perlu bersifat fleksibel dalam pendekatan yang dijalankan,” katanya.

Salleh memuji inisiatif menganjurkan festival berkenaan yang disifatkannya sebagai bukti kesungguhan umat Islam dalam program pembangunan dakwah. – ENDS



Salleh menerima cenderakenangan daripada Edris selepas merasmikan majlis itu.



Salleh menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta yang turut menjayakan festival berkenaan.



Salleh ketika berucap merasmikan Festival Dakwah Islamiah Kota Belud 2006.



Persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid daerah Kota Belud



Johan deklamasi puisi merdeka, Dulamid Hussin turut mendeklamasikan puisi pada malam berkenaan.



Salleh bersalaman dengan sebahagian yang hadir pada majlis itu.



Satu lagi kumpulan nasyid yang mengadakan persembahan nasyid pada festival itu.

Category: General
Posted by: keruak
RANAU: Projek pembinaan bangunan Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) Cawangan Ranau yang bernilai RM4.5 juta dijangka siap sepenuhnya Mac tahun depan.

Pembinaan bangunan itu di tanah seluas 2 ekar yang dimulakan sejak akhir tahun lalu, kini siap 75 peratus.

Dengan keluasan 24,000 kaki persegi, setelah siap PNS Cawangan Ranau akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pembaca dan pengguna PNS Ranau.

Projek pembinaan bangunan PNS cawangan Ranau telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8). Ia merupakan projek sambungan dibawah RMK-9.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna dimaklumkan perkara itu semasa mengadakan lawatan kerja dan meninjau projek itu, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian, Michael Emban, Pengarah PNS, Wong Vui Yin dan timbalannya, Maria Sinti, pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR), juruperunding dan pemaju projek.

Menurut Yahya, pembinaan perpustakaan cawangan itu seiring dengan hasrat kerajaan ke arah pembangunan masyarakat dan minda rakyat.

“Dengan mempunyai perpustakaan yang luas, selesa dan koleksi buku dan terbitan berkalah yang lengkap, PNS dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat”, katanya.

Katanya, selain menempatkan koleksi buku, terbitan berkala, bahan alat pandang dengar, perkhidmatan pinjaman, rujukan dan maklumat, pejabat pentadbiran dan kewangan, PNS Cawangan Ranau akan turut dilengkapi dengan kemudahan computer dengan ekses internet.

Kemudahan lain yang terdapat dalam PNS cawangan Ranau ialah bilik serbaguna yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 100 orang, bilik aktiviti kanak-kanak, perkhidmatan multimedia dan pejabat Perpustakaan Bergerak.



Yahya diberi taklimat oleh juruperunding sambil diperhatikan oleh Michael Emban (tiga dari kiri), Wong Vui Yin dan Maria Sinti semasa melawat projek pembinaan bangunan PNS cawangan Ranau.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Keluarga merupakan unit asas yang memainkan peranan sebagai agen perubahan dan nilai murni, justeru ibu bapa perlu menjadi `role model’ kepada generasi muda, kata Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata keluarga juga mempunyai fungsi amat penting bagi memastikan kesinambungan sistem niai agama dan akhlak dari satu generasi ke satu generasi.

“Ibu bapa merupakan individu paling rapat dengan anak-anak dan lebih banyak masa dengan mereka. Sekiranya pendekatan yang diambil dalam mendidik dan membimbing anak-anak ini kurang tepat, pastinya timbul masalah yang boleh membuatkan mereka terjebak dalam gejala kurang sihat.

“Sebab itu, ibu bapa perlu menjadi role model kepada anak-anak ini dengan memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan didikan yang sempurna,” katanya pada majlis penutupan Seminar Kemahiran Keibubapaan anjuran Kumpulan Yayasan Sabah di Rumah Rehat Papar semalam.

Turut hadir Pembantu Eksekutif Kumpulan Yayasan Sabah, Paul Wong Engson, Ketua Pusat Perkembangan Kanak-Kanak, Nabsiah Yusof, dan Ketua Anak Negeri (KAN) Papar, Mahmud Osman.

Rosnah yang juga Naib Ketua Puteri UMNO berkata dalam Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK-9), Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menekan aspek modal insan sebagai ciri utama membangun dan memajukan negara.

“Pada Bajet 2007 sebanyak RM159.4 bilion diperuntukkan bagi mengurus pembangunan modal insan. Untuk menjadi negara yang berdaya saing dan berdaya maju, kita perlu membina modal insan yang lengkap dari segi ilmu, kemahiran dan keperibadian unggul,” katanya.



Wakil peserta seminar, Mahmud Osman mewakili peserta menerima sijil penyertaan daripada Rosnah sambil diperhatikan Paul Wong Engson.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA BELUD: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyarankan kepada Datuk Dr Jeffrey Kitingan supaya mencontohi cara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mengemukakan pandangan dan syor mereka kepada kerajaan bagi menyelesaikan isu berkaitan pendatang asing di negeri ini.

“Jika Jeffrey benar-benar serius untuk membantu menyelesaikan masalah pendatang asing ini, ikutlah cara dan pendekatan BN (follow BN way) kerana itu cara terbaik dan lebih berkesan menangani isu ini,” katanya selepas merasmikan Seminar Kesihatan dan Penjagaan Warga Emas serta Penyampaian Bantuan Untuk Ibu Tunggal, Anak Yatim dan Warga Emas di sini hari ini.

Menurutnya, perbuatan Jeffrey mensensasikan isu dan menonjolkan dirinya sebagai seorang hero bukan saja tidak menyelesaikan masalah, malah ia sangat berbahaya kerana boleh mencetuskan kegelisahan rakyat.

Salleh turut menolak cadangan Jeffrey supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung isu pendatang asing kerana masalah berkenaan boleh diselesaikan mengikut mekanisme yang ada dalam sistem kerajaan.

“Kerajaan BN Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman telah dan sedang membawa isu ini ke pengetahuan Kerajaan Persekutuan yang juga berusaha mencari penyelesaian jangka panjang.

“Sebagai seorang yang terpelajar, saya percaya Jeffrey tahu saluran terbaik untuk menyelesaikan masalah ini jika beliau benar-benar serius untuk membantu menyelesaikannya dan tidak menjadikannya sebagai permainan politik,” katanya.

Beliau berpendapat adalah elok bagi Jeffrey untuk menunggu perangkaan terkini dan rasmi daripada kerajaan berhubung isu itu sebelum terus membuat kritikan secara melulu.

Dalam pada itu, Salleh yang juga Ahli Parlimen Kota Belud mempertahankan kritikannya terhadap Jeffrey dan menegaskan bahawa isu yang dipertikaikannya ialah perangkaan 1.7 juta pendatang asing di Sabah yang digunakan Jeffrey termasuk konon 600,000 yang dikatakan sudah memiliki kad pengenalan Malaysia .

Ini, katanya, disebabkan perangkaan yang digunakan Jeffrey itu terlalu besar, tidak logik dan tidak berasas walaupun memang diakui kehadiran ramai pendatang asing, termasuk segelintir yang mungkin memiliki dokumen pengenalan negara ini.

“Jeffrey telah mengelirukan rakyat dengan fakta tidak betul, kemudian memutarbelitkan isu yang dibangkitkannya dengan mengaitkan Umno, dan kini dia cuba pula untuk lari daripada isu sebenar.

“Apa yang kita pertikaikan ialah angka 1.7 juta pendatang asing dan 600,000 yang kononnya memiliki kad pengenalan Malaysia . Ia satu angka yang mencemaskan dengan mengambil kira penduduk Sabah kira-kira 3 juta orang,” katanya.

Salleh menegaskan semua pihak di Sabah sememangnya memahami dan memandang serius isu berkaitan pendatang asing ini, tetapi Jeffrey tidak sepatutnya mensensasikannya pula.

Sehubungan itu, beliau meminta Jeffrey berhenti daripada terus mengelirukan rakyat dan memutarbelitkan isu, sebaliknya menjawab persoalan bagaimana dia memperolehi angka 1.7 juta dan 600,000 itu.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Salleh mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam pemilihan ubat-ubatan atau pengambilan produk kesihatan yang semakin banyak berlambak di pasaran ketika ini.

Menurutnya, setiap orang perlu meneliti kandungan sesuatu produk dan mendapatkan pengesahan pihak berwajib sebelum mencuba atau mengambilnya.

“Kita jangan mudah terpedaya dengan iklan, promosi dan testimoni mengenai keberkesanan sesuatu ubat atau produk bagi mengelak kita terperangkap dan akhirnya menyesal sepanjang hayat,” katanya.

Salleh berkata kebelakangan ini memang semakin banyak syarikat pengeluar produk kesihatan, sama ada dari dalam mahupun luar negara yang bersaing dalam pasaran.

Begitu juga, katanya, dalam hal berkaitan ubat-ubatan di mana semakin banyak diniagakan, sama ada dijual di pasaran, dijaja dari rumah ke rumah dan malahan di kaki-kaki lima kedai, justeru orang ramai perlu berhati-hati.



Datuk Seri Salleh Said Keruak

Category: General
Posted by: keruak
KENINGAU: Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah telah berkenan merasmikan sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Masyarakat Keningau, Selasa lalu.

Majlis itu diadakan sebagai pengiktirafan terhadap warga emas yang memberi sumbangan kepada negara, menggerakkan komuniti supaya mempertingkatkan kemudahan untuk warga emas dan untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan warga emas.

Pelbagai acara diadakan sempena sambutan itu antaranya ialah persembahan tarian, deklamasi puisi,persembahan kebudayaan dan penyampaian hadiah khas kepaa warga emas.

Hadir sama di majlis itu ialah isteri TYT, Toh Puan Datin Seri Panglima Dayang Masuyah Awang Japar, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Sairin Karno, Ahli Parlimen Tenom, Raime Unggi, ADUN Bingkor, Justin Guka.



Ahmadshah memukul gong merasmikan sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan Peringkat Negeri sambil diperhatikan oleh Yahya dan Sairin.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin menghadiri majlis sambutan Perayaan Krismas 2006 Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna di bilik mesyuarat kementerian di Wisma Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, pagi ini.

Majlis itu diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silatulrahim diantara pegawai dan kakitangan semua peringkat kementeran itu disambing memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Krismas.

Majlis itu turut dihadiri Pembantu Menteri, Jornah Mozihim, Setiausaha Tetap Kementerian, Michael Emban dan Timbalan Setiausaha Tetap, Janet Chee.

Pelbagai acara diadakan sempena sambutan itu, antaranya persembahan koir, cabutan tiket bertuah dan pertukaran hadiah.



Yahya (tengah) bersama Jornah dan Michael memotong kek di majlis sambutan itu sambil diperhatikan kakitangan kementerian yang lain.

Category: General
Posted by: keruak
NABAWAN: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Bobbey Suan berkata, pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi memainkan peranan penting dalam memastikan halatuju dan kemajuan pembangunan kampung masing-masing.

Beliau berkata fungsi mereka selaku Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung berkenaan.

Pada masa sama, katanya, mereka juga akan duduk semeja bagi membincangkan masalah-masalah yang di hadapi disamping mengemukakan kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Justeru, masyarakat setempat harus memberikan kerjasama yang padu kepada mana-mana pemimpin akar umbi yang dilantik bagi mewakili mereka demi keharmonian dan kesejahteraan semua.

“Saya yakin hanya dengan kerjasama yang erat antara semua pihak seperti pemimpin-pemimpin, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin-pemimpin akar umbi dan masyarakat akan membawa kepada kejayaan perlaksanaan program pembangunan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Dialog Alam Sekitar dan Pengurusan Hutan Mampan di FMU Idris Hydraulic (M) Berhad, Pohon Batu di sini.

Turut hadir dalam majlis tersebut CEO Idris Hydraulic (M) Berhad, Prof. Madya Ashari Moktar, Penolong Pegawai Daerah, Aloysius Anthony, Pegawai Kemajuan Masyarakat Jubilin Kilan, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta ketua-ketua masyarakat setempat.

Terdahulu itu, satu majlis ceramah telah diadakan oleh pihak Idris Hydraulic bagi menyampaikan maklumat disamping mendapat maklumbalas penduduk terlibat dalam FMU tersebut.

Dalam majlis itu juga beliau telah menyerahkan beberapa alat pertanian seperti mesin mengisar ubi dan padi serta mesin memotong rumput bagi kegunaan masyarakat kampung itu.



BOBBEY (tengah) bersama sebahagian penduduk yang menghadiri majlis dialog itu.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Badan Induk Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) mengambil pendekatan lebih proaktif untuk menjadikan golongan belia Islam di negeri ini sebagai kelompok berilmu, berwawasan serta beriman.

Ketuanya Datuk Sairin Karno berkata ini dilakukan melalui kalendar gerak kerja serta kegiatan belia USIA yang akan dilaksana mulai awal tahun depan, merangkumi pelbagai bidang antaranya dakwah, pendidikan, ekonomi, sosial dan sukan

“Kita telah memasukkan kegiatan Belia USIA Pusat sepanjang 2007 ke dalam Taqwim belia yang bakal kita laksanakan mengikut keutamaan serta keperluan bagi menyediakan belia Islam di negeri ini sebagai modal insan yang perlu diperkasakan,” katanya.

Beliau ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pertama Belia di ibu pejabat USIA Sembulan kelmarin.

Sairin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Liawan berkata bagi mendekatkan kefahaman belia terhadap konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan kerajaan, Slot Seminar Islam Hadari akan dilaksanakan oleh Belia Usia di seluruh negeri bermula pada awal tahun depan.

“Selain itu kita juga akan meneruskan program seminar belia Negara ,Konvensyen Belia Peringkat Negeri kursus fardu kiyaha dan radu ain ,Karnival Sukan Belia Usia disamping aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh Biro Biro Belia Usia,” katanya.

Beliau berkata dalam menentukan keberkesanan serta kejayaan setiap program yang bakal dilaksanakan ini ianya amat bergantung kepada semangat bekerjasama bukan sahaja di kalangan kepimpinan tertinggi Belia Usia, namun ia melibatkan sokongan serta kerjasama dari Belia Usia di peringkat Bahagian dan Cawangan khususnya di kalangan belia Islam di negeri ini

Terdahulu Sairin yang memenangi jawatan Ketua Belia tanpa tanding turut mengumumkan barisan kepimpinan tertinggi Belia Usia untuk sesi 2006-2009.

Beberapa pemimpin lama dikekalkan untuk menerajui kepimpinan tertinggi Belia Usia Pusat yang dahului jawatan Naib Ketua Belia yang kekal disandang Madalie Basri; Setiauasaha Ismail Bidin, Bendahari Jadmin Mohamaed Soon dan Ketua Penerangan Mohd.Syum Abdul Majid

Turut diumumkan pelantikan Ketua Ketua Biro didahuli Biro Perhubungan Antarabangsa oleh Mohamad Datuk Mohd.Ayid; Biro Pendidikan Jimdar Lamdah, Biro Dakwah Latihan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut Mohd.Ariifin Arif , Biro Ekonomi dan Pembangunan Mohd.Murtaza Amirdat dan Biro Sukan dan kebudayaan Saidin Jalaludin

Turut dilantik menjadi ahli jawatankuasa tertinggi Belia Usia Pusat ialah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau Azman Ruslan, Mohammed Ayong. Sharif Adul dan Asmuni



Sairin bersama Naibnya Madaile, Setiausaha Kerja Usia Pusat Edul Maulud dan setiausaha Belia Ismail bergambar kenanganselepas mesyuarat tersebut

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang pengeluaran makanan amat diperlukan bagi mencari pembaharuan dalam mengeluarkan makanan yang berkualiti tinggi dan mampu berdaya saing.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, hanya dengan R&D sahaja kita akan memperolehi semua itu seterusnya setanding dengan negara-negara lain diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

Katanya, R&D akan dapat memberi nilai tambah ke atas produk-produk hasil pertanian, perikanan dan penternakan di negeri ini agar mempunyai kualiti tinggi serta selamat untuk dimakan.

"Ini menguntungkan bukan sahaja pengeluar makanan tetapi turut memberi pulangan yang lumayan kepada petani, peladang dan penternak di sini.

"Kesannya, kualiti hidup para petani, penternak dan nelayan dapat dipertingkatkan dan begitu juga rakyat Sabah secara umumnya," katanya ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan Sains Makanan dan Pemakanan di sebuah hotel di sini.

Hadir sama Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin, Timbalan Naib Canselor Akademik UMS, Prof. Dr. Sanudin Haji Tahir dan Dekan Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan merangkap pengerusi persidangan, Prof. Madya Dr. Mohd Ismail Abdullah.

Persidangan itu menemukan penyelidik, pembuat dasar dan ahli industri untuk meneliti perkembangan terkini dalam sains dan teknologi makanan, dan pemakanan di peringkat tempatan dan kebangsaan.

Objektif persidangan itu antara lain ialah membincangkan isu-isu dan perkembangan sains dan teknologi terkini dalam bidang sains makanan dan pemakanan.

Pada masa sama, persidangan itu turut mengulas perkembangan berkaitan sains makanan dan pemakanan di negara ini serta mengenalpasti faktor dan punca masalah yang dihadapi oleh masyarakat tempatan dan industri.

Abdul Rahim menjelaskan menerusi penyelidikan juga akan dapat mengatasi pelbagai masalah pengeluaran makanan yang sedang dihadapi pada masa kini.

Di samping itu, beliau turut menggesa kepada Institut Pengajian Tinggi (IPT) agar menjadikan penyelidkan sebagai satu budaya.

Katanya, lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk memperluaskan budaya R&D agar dapat melahirkan idea-idea bernas bagi membantu sektor industri makanan di Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

"Penyelidikan perlu dijadikan budaya di IPT seperti UMS agar menjadi organisasi yang berani dalam membela satu kualiti kehidupan yang sempurna melalui peningkatan pemikiran baru berasaskan ilmu pengetahuan yang dijana menerusi R&D.

"UMS perlu lebih berani untuk mencari bagaimana aktiviti R&D boleh ditingkatkan dan diperluaskan dengan cara lebih inovatif dan mempunyai nilai tambah untuk terus bersaing.

"Tidak cukup UMS hanya bertekas cemerlang, tetapi seharusnya mengandakan usaha untuk menjadi universiti yang gemilang dan terbilang," katanya.

Dalam majlis itu, Abdul Rahim turut menjelaskan usaha dan kemajuan yang telah dicapai bagi merealisasi halatuju dan pembangunan Kerajaan Negeri khususnya dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK9).



Abdul Rahim pada Persidangan Kebangsaan Sains Makanan dan Pemakanan sambil disaksikan oleh Datuk Dr. Mohd Noh (kanan), Dr Sanudin (kiri sekali) dan Dr Mohamad.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, Sabah mempunyai potensi yang besar untuk dijadikan sebagai Pusat Pembiakan Nasional.

Katanya, langkah itu adalah selaras dengan status Sabah sebagai negeri bebas daripada penyakit utama haiwan.

"Kita hendak mensyorkan kepada Kerajaan Pusat untuk menjadikan Sabah sebagai Pusat Pembiakan Nasional khususnya bagi ternakan lembu pedaging dan tenusu.

"Ini kerana Sabah mempunyai kelebihan iaitu tidak mempunyai penyakit kaki dan mulut serta diperakui di peringkat antarabangsa melalui sijil pengiktirafan yang dikeluarkan oleh Office International des Epiozooties (OIE) yang berpusat di Paris," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pengagihan Ternakan di Dewan Masyarakat Papar di sini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT), Datuk Awang Sahak Pengiran Salleh, Pegawai Daerah, Iman Ali dan Pengerusi Majlis, Ir. Harun Abas.

Beliau berkata, pewujudan pusat itu juga tepat pada masanya bagi mengurangkan kos pengimportan baka ternakan haiwan ruminan dari luar negara yang semakin tinggi setiap tahun.

"Kita telah kenalpasti kawasan yang sesuai untuk pusat berkenaan di Sook, Keningau selaras dengan pewujudan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang berteraskan kepada ternakan haiwan ruminan," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Rahim menggesa kepada kementeriannya melalui Setiausaha Tetap dan Pengarah JPHPT supaya mewujudkan kertas cadangan dan membentuk jawatankuasa bertindak berhubung perkara itu untuk diteliti oleh Kabinet Negeri sebelum diserahkan kepada Kerajaan Pusat.

"Pewujudan kertas cadangan itu kelak akan melibatkan ahli-ahli professional daripada pelbagai pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan yang relevan," katanya.

Pada majlis itu, seramai 376 penternak menerima bantuan ternakan berjumlah 16,778 ekor ternakan melalui Program Pembangunan Ternakan JPHPT.



Abdul Rahim menyampaikan sijil kepada para penternak yang menyertai Program Pembangunan Ternakan.

Category: General
Posted by: keruak
NABAWAN: Masyarakat di kawasan luar bandar digesa supaya menguasai sains dan teknologi kerana ia tidak dikhaskan kepada golongan tertentu sahaja.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Bobbey Suan berkata, penggunaan dan penguasaan sains dan teknologi hari ini amat penting dalam usaha untuk memajukan diri, keluarga dan negara.

"Sains dan teknologi kini boleh dikuasai oleh sesiapa sahaja dan tidak dikhaskan kepada golongan elit atau masyarakat di bandar sahaja tetapi juga masyarakat di luar bandar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Pameran Sains dan Teknologi di Dewan Masyarakat Daerah di sini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Unit Sains dan Teknologi, Jabatan Ketua Menteri, Singih Panamba, Pegawai Daerah, Mohd Farid Yamin, Penolong Pegawai Daerah, Aloysius Anthony dan Pemimpin Kemajuan Rakyat, Awong Lukap.

Pameran sehari itu merupakan anjuran Unit Sains dan Teknologi, Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama Pejabat Daerah Nabawan.

Unit Sains dan Teknologi di bawah Jabatan Ketua Menteri bertanggungjawab untuk membantu kerajaan mempromosikan sains dan teknologi di kalangan masyarakat awam terutamanya di kawasan luar bandar di negeri ini.

Pameran itu antara lain bertujuan mempertingkatkan kesedaran, kefahaman dan pengetahuan sains dan teknologi di kalangan masyarakat luar bandar.

Kumpulan sasar pameran itu adalah semua lapisan masyarakat khususnya pelajar sekolah, anak-anak kecil, remaja dan belia, orang dewasa serta warga tua.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu ialah ceramah, pertandingan puzzle untuk dewasa, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, kuiz sains dan cabutan tiket bertuah untuk para pengunjung.

Bobbey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Nabawan berkata, golongan belia harus sedar betapa pentingnya memahami bidang sains dan teknologi dengan menjadikannya sebati dengan kehidupan seharian.

Pada masa yang sama katanya, para ibubapa juga harus mengetahui kepentingan dan kelebihan menguasai sains dan teknologi khususnya kepada anak-anak mereka.

"Ibubapa boleh memainkan peranan penting dengan menyambut baik aktiviti di pameran sains dan teknologi ini agar dapat menyalurkan ilmu kepada anak-anak mereka serta membantu dalam proses merubah sikap masyarakat terhadap sains dan teknologi," katanya.

Di samping itu, bobbey meminta agar tanggapan bahawa sains dan teknologi sukar untuk dipelajari serta membosankan dapat dikikis.



Bobbey mencuba kecanggihan teknologi yang dipamerkan dalam program tersebut.

Category: General
Posted by: keruak
TAMBUNAN: Tugu Tambunan sebagai mercu tanda baru bagi Pekan Tambunan merupakan simbol kepada kejayaan masyarakat awal daerah itu, sekali gus meletakkan `perpaduan’ sebagai prinsip utama kehidupan bermasyarakat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata jika ingin mengenali latar belakang ciri-ciri keperibadian masyarakat Tambunan, mereka perlu mempelajari cerita lengkap yang terkandung di sebalik lagenda Tugu Tambunan.

“Tugu Tambunan didirikan berasaskan kepada mitos awal pembukaan daerah ini, yang merupakan gambaran kepada nilai-nilai murni kehidupan masyarakat Daerah Tambunan pada zaman lampau,” katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan berkata demikian ketika berucap merasmikan Tugu Tambunan di hadapan Pisompuruan Square di pekan ini petang tadi.

Menurut Pairin, kata nama “Tambunan” merupakan gabungan dari dua nama iaitu “Tamadon” dan “Gombunan”. Tamadon adalah nama satu puak, manakala Gombunan adalah nama seorang pahlawan terbilang.

“Kacau-bilau antara puak telah berlaku di mana satu lagi puak bernama ‘Tonsudung’ memerangi perkampungan orang-orang Gombunan sehingga pahlawan ini ditawan dan dibunuh.

“Atas kesedaran untuk mengembalikan ketenteraman, puak Tamadon dan orang Gombunan menggabungkan kekuatan sehingga berjaya mematahkan kekacauan yang dilakukan oleh puak Tonsudung,” katanya.

Pairin berharap daerah Tambunan dapat menarik kedatangan lebih ramai pelancong kerana daerah itu juga memiliki keunikan tersendiri, antara lainnya terdapat pelawat luar negara yang menyamakan keindahan dataran lembah Tambunan sebagai menyerupai keadaan di Switzerland dan menggelar tempat itu sebagai “ Switzerland of The East”.

Dataran Lembah Tambunan dikelilingi Banjaran Crocker dan Banjaran Trusmadi. Dari kawasan Pekan Tambunan panorama indah Gunung Kinabalu dapat dilihat dengan jelas, manakala Gunung Trusmadi, gunung kedua tertinggi di Sabah dapat didaki dari Kg Kaingaran Tambunan.

Kata Pairin, masih banyak daya tarikan lain di daerah itu seperti keaslian pusat rekreasi Air Terjun Mahua, Batu Gong Solibog, tajau legenda Gantung Sorili di Kg Widu, monumen kubu Mat Salleh di Tibabar, pusat industri parang di Kg Libang dan Nukakatan serta banyak lagi.

Tugu Tambunan yang mula didirikan pada awal tahun ini merupakan hasil desain dan rekabina oleh Stanislaus Kassun, penduduk dari Kg Mogong, Tambunan. Kira-kira seribu orang hadir semasa perasmian termasuk Pegawai Daerah, Thomas Angor, selaku pengerusi penganjur.



Pairin bersama jawatankuasa penganjur bergambar di hadapan Tugu Tambunan

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah merupaka negeri pertama mengwujudkan ‘blue print’ mengandungi dasar dan sasaran dalam mengwujudkan usahawan Bumiputera.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Jainab Datuk Ahmad, berkata ‘blue print’ itu tidak bermakna dan hanya satu pelan tindakan jika tidak dilaksana mengikut perancangan.

“Jabatan dan agensi berkaitan hendaklah memantau dan melaksana dengan penuh teliti agar ia menjadi satu kenyataan yang dibangga kemudian hari,” katanya pada majlis penutupan Seminar dan Bengkel Pelan Tindakan Pembangunan Usahawan Bumiputea Sabah (2006-2015) di sini semalam.

Beliau berkata usaha mengwujud dan melaksanakan sesuatu perancangan tidak semudah mata memandang dan mulut menyebut.

“Beberapa faktor termasuk sumber manusia berilmu, berpengalaman dan berwibawa perlu diambil kira. Faktot kedua mengenai kewangan merupakan faktor yang tidak kurang pentingnya,” katanya.

Jainab berkata Sabah juga telah bersetuju dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk mewujudkan sebuah Majlis Pembangunan Usahawan Negeri yang dipengerusikan Menteri Pembangunan Perindustrian sendir.



Jainab hadir pada seminar pembangunan usahawan di Kota Kinabalu semalam

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Dasar kerajaan terhadap pendatang asing adalah jelas – mereka yang tiada dokumen mesti dikenakan tindakan tegas dan mesti diusir, kata bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Sehubungan itu, katanya, adalah lebih baik bagi Timbalan Pengerusi Keadilan Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan menyenaraikan nama 1.7 juta rakyat asing yang didakwanya berada di Sabah, termasuk 600,000 kononnya memiliki kad pengenalan Malaysia.

“Ini penting kerana angka 1.7 juta dan 600,000 yang digunakannya itu sangat serius dan amat mencemaskan (alarming).

“Dengan menyenaraikan keseluruhan nama tersebut akan membolehkan pihak berkuasa meneliti, mengenal pasti, menapis dan seterusnya mengambil tindakan untuk menanganinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Salleh yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, jika benar jumlah rakyat asing di Sabah mencapai 1.7 juta seperti didakwa Jeffrey dan mengambil kira perangkaan penduduk negeri ini kira-kira 3 juta, bermakna nisbah rakyat asing sudah mengatasi rakyat tempatan dan ia sesuatu yang mencemaskan.

Beliau bagaimanapun mengakui kehadiran rakyat asing di negeri ini bukan lagi satu rahsia, tetapi jumlahnya tidak sebanyak yang disebutkan Jeffrey.

“Kita tidak boleh menganggap tulisan dalam sesebuah buku sebagai satu perangkaan tepat dan menjadikannya rujukan rasmi jika tidak disertakan bukti sahih.

“Begitu juga jika ada satu dua kes PTI yang membabitkan parti politik diheret ke mahkamah ia tidak boleh dijadikan sebagai kesimpulan bahawa ramai rakyat asing menyertai parti politik berkenaan,” katanya.

Di pihak kerajaan, katanya, pelbagai tindakan dan langkah tegas sedang dilaksanakan, malahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika melawat Sabah baru-baru ini, sudah menyatakan komitmen Kuala Lumpur untuk membantu Sabah menangani isu berkaitan pendatang asing.

Salleh berkata kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menerusi Majlis Keselamatan Negeri mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa untuk mencari penyelesaian terhadap masalah itu.

“Pada masa sama, pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Imigresen terus meningkatkan operasi dan pemeriksaan terhadap PTI. Ini merupakan usaha berterusan yang dilakukan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Oleh itu, katanya, soal menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menangani isu berkenaan tidak berbangkit lagi memandangkan kerajaan negeri dan Pusat telah dan sedang mengambil langkah penyelesaian.

Mengenai dakwaan Jeffrey bahawa ramai rakyat keturunan Pakistan menjadi pengundi di Kota Belud, Salleh berkata: “Jika beliau (Jeffrey) mempunyai bukti mengenainya, adalah menjadi tanggungjawab beliau melaporkannya kepada pihak berkuasa supaya tindakan boleh diambil.”

“Setakat pengetahuan saya semua yang disenaraikan sebagai pengundi dalam Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah rakyat Malaysia ,” katanya.



Datuk Seri Salleh Said Keruak

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman who is also the State Finance Minister thanked the staff and senior officers of the State Finance Ministry led by the Ministry’s Permanent Secretary, Datuk Yusof Mohd. Kassim for their tireless efforts and good work in preparing the State Budget 2007.

The Chief Minister said that the State Budget 2007 was well received by many especially among the public, business community and State Assemblymen as a good budget projection in which they expected could rejuvenates better economic developments and income to Sabah thus paving for better revenues to the State.

Musa who is still on leave, said the purposed of today’s meeting with senior officers of the State Finance Ministry, among others is to inform them to be well prepared for a better financial planning and prudent spending for the State next year.

He also urged the public and private sectors in the State to keep their good work and working hand in hand with the State government for the better future of the State and its people.

The Chief Minister also wish the people in Sabah a happy merry Christmas, Selamat Hari Raya Aidil Adha and happy new year 2007.



Musa (centre) meeting the senior officers of the State Finance Ministry led by Datuk Yusof (4th right) at Wisma Kewangan.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Kakitangan perkhidmatan awam diminta meningkatkan kecekapan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata kecemerlangan merupakan pencapaian daripada hasil usaha dan pengorbanan tinggi dari kalangan kakitangan awam.

“Saya berharap setiap kakitangan kementerian dapat bergerak aktif dan proaktif dengan kesungguhan yang sangat tinggi ketika melaksanakan tugas dan tanggungjawab,” katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis empat dalam satu kementerian itu pada Isnin. Majlis itu melibatkan perhimpunan bulanan, majlis anugerah perkhidmatan cemerlang, sambutan Krismas dan Tahun Baru 2007.

Seramai sembilan kakitangan menerima anugerah bagi mengiktiraf prestasi kerja mereka sepanjang tahun lalu.

Mengenai sambutan Krismas, Pairin berkata keperluan terhadap penganjuran upacara keagamaan dan budaya di Malaysia merupakan hasrat yang terkandung di dalam ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Menurut Pairin, berdasarkan penekanan di dalam pembentangan itu, sambutan perayaan pelbagai kaum dan agaa di negara ini amat penting.

Justeru sambutan Krismas sebagai salah satu peristiwa penting di dalam sejarah dunia memiliki mesej tersendiri ke arah perdamaian, kasih sayang dan semangat muhibah di kalangan masyarakat sejagat.

Turut hadir Setiausaha Tetap Datuk Ghulam Jelani. Pelbagai acara turut diadakan termasuk pertandingan nyanyian karaoke dan cabutan tiket bertuah.



Pairin bersama pegawai kanan kementerian memotong kek bersama sempena majlis empat dalam satu pada Isnin

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Sakaran mempengerusikan mesyuarat Persiapan Pelancaran Pusat Pungutan Zakat Negeri Sabah (PPZNS)di Bangunan Innoprise Jalan Sulaman.

Majlis pelancaran itu akan dilakukan pada awal Januari 2007 dan dijangka dilancarkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Hadir sama dalam mesyuarat itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),Amri Suratman; Setiausaha Rendah 1, Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ag.Sahrin Alimin; Ketua Pendakwah Syarie, Sakaria Samela; Penolong Setiausaha Zakat Fitrah MUIS, Ag.Juri Ag.Tahir; dan Setiausaha Perhubungan MJKM, Sham Solo Baharry Kairin.

Nasir yang juga menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam di Sabah menjelaskan PPZNS itu ditubuhkan selepas kajian terperinci dilakukan dan telah dibincang secara mendalam melalui satu jawatankuasa zakat di peringkat negeri bagi membolehkan penubuhan Lembaga Pengurusan Zakat itu.

Katanya, pusat itu akan memudahkan kerajaan menerima bayaran zakat terutama zakat perniagaan dan zakat pendapatan seperti dilaksanakan di negeri-negeri lain di Semenanjung.

Ketika ini urusan pungutan zakat di Sabah dilakukan oleh Bahagian Zakat, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).



Nasir (tiga kanan) bersama Ag.Sahrin (dua kanan) mendengar taklimat Amri (tiga kiri) sambil diperhatikan Zaini Jefri dan Zainab Nasip ketika mesyuarat itu di Bangunan Innoprise Kota Kinabalu.

Category: General
Posted by: keruak
SANDAKAN: Sandakan Umno division will organize more sporting activities through its wing of Wanita, Youth and Puteri Umno beginning next year spearheaded by its youth members at branch level.

Speaking at the presentation of sports attire to Umno youth branches¢ chairmen of the division yesterday, its division chief, Datuk Seri Panglima Ampong Puyon said such activities could enhance better rapport not only among the party¢s grassroot members but also with the community at their respective areas.

Also present at the ceremony were the vice-chief of the Sandakan Umno division, Alipudin Puyon, its youth division head, Awang Kadin Tang and also other party leaders of the division.



Ampong (2nd right) presenting the sports attire to one of the branches’ chairmen of the Sandakan Umno Youth. At left is Awang Kadin while Alipudin is at right.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah telah menahan 13 kereta sapu yang beroperasi secara haram di pulau ini.

Pengarah JPJ Sabah, Md Yahya Basimin berkata kereta berkenaan ditahan dalam satu operasi 48 jam diketuai Abd Rahman Datuk Zakaria bersama 17 anggota penguatkuasa hasil pemantauan anggota JPJ Labuan sejak tiga bulan lalu.

Katanya, pihaknya mengenalpasti empat kawasan kereta sapu beroperasi iaitu di Sun Mini Mart, Labuan Supermarket, Jupiter dan Jalan Bunga Kemuning di pusat bandar.

Beliau berkata terdapat kira-kira 30 kereta sapu beroperasi di pulau ini yang kebanyakannya dipandu oleh orang lain bukan pemilik sebenar tetapi disewakan kepada pihak ketiga.

“Selain 13 kereta tersebut, JPJ Sabah telah mengenal pasti beberapa lagi kereta akan dipanggil untuk ditemu siasat dan diambil tindakan,” katanya kepada pemberita di bilik mesyuarat JPJ Labuan, di sini, semalam.

Turut hadir Ketua JPJ Labuan, Jamaludin Sharif.

Md Yahya berkata jika didapati bersalah mereka akan didenda tidak kurang RM1,000 tetapi tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 33 Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) 1987.

Beliau berkata anggota JPJ Sabah dan Labuan telah menyamar untuk mengenalpasti pemandu dan operasi kereta sapu berkenaan di pulau bebas cukai itu.

Katanya, adanya permintaan daripada orang ramai terutamanya penduduk Kampung Muslim dan Kiamsam merupakan antara punca utama berlakunya kegiatan kereta sapu itu.

Selain itu, beliau berkata tambang kereta sapu yang agak murah berbanding teksi yang mengenakan tambang mahal serta pemandunya boleh menghantar penumpang hingga ke rumah hingga lewat malam selepas teksi tidak beroperasi pada waktu berkenaan.

Dalam pada itu, Md Yahya berkata sebanyak 46,877 kenderaan telah berdaftar di pulau ini sehingga 30 November lalu iaitu 2,200 pada 2004, 2,364 (2005) dan 1,957 antara Januari hingga Ogos lalu.



Pengarah JPJ Sabah, Md Yahya Basmini ketika sidang akhbar di Labuan

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Ahli Parlimen Labuan , Datuk Suhaili Abdul Rahman meminta pengguna agar tidak mudah terpedaya dengan kebanjiran ubat tiruan di pasaran yang bukan sahaja tidak berkualiti malah boleh memudaratkan kesihatan.

Katanya, sejak akhir-akhir ini ramai pengguna terutamanya penduduk luar bandar telah disogok dengan ubat-ubatan yang tidak bermutu serta tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan.

“Ubat-ubatan ini selalunya dijual dengan gimik kebaikan yang dinyatakan oleh penjual semata-mata untuk menarik perhatian pengguna, “ katanya pada majlis penutupan Seminar Kesedaran Pengguna Peringkat Negeri Sabah dan Labuan di Dewan Serbaguna Jabatan Kerja Raya, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Yunus Haji Kurus.

Turut hadir Pengurus SIRIM Cawangan Sabah dan Labuan, Khairan Untoh dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan, Nur Iskandar Nur Dzainudin.

Seminar sehari yang bertemakan Ke Arah Menyemai Sikap Kepenggunaan Yang Bijak bertujuan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat agar lebih prihatin terhadap keselamatan dan kesihatan dari segi penggunaan disertai kira-kira 100 peserta dari Sabah dan Labuan .

Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan menasihatkan pengguna supaya sentiasa berwaspada kerana apa juga yang dinyatakan oleh jurujual perlu terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada pihak yang bertanggungjawab.

Selain itu, beliau mahu pengguna mendapatkan nasihat atau membuat rujukan daripada Kementerian Kesihatan mengenai ubat-ubatan yang hendak dibeli atau digunakan bagi mengelak kejadian tidak diingini yang boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak malam ini meraikan 80 peserta program lawatan integrasi Rela ke negeri ini di Restoran Kampung Nelayan di pinggir bandaraya ini.

Peserta terbabit termasuk rombongan dari Rela Melaka yang menganjurkan program anak angkat di Kampung Pirasan, Kota Belud, yang berakhir semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Rela Malaysia , Datuk Zaidon Asmoni dan semua Pengarah Rela negeri seluruh negara.

Selain menjamu selera dengan hidangan makanan laut, mereka turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan pelbagai tarian masyarakat berbilang kaum di Sabah.

Dalam ucapannya pada majlis penyerahan semula keluarga angkat Negeri Melaka di Kampung Pirasan semalam, Salleh menyarankan agar anggota pasukan Rela terus mengembleng usaha membantu jabatan dan agensi penguatkuasa kerajaan dalam menangani isu berkaitan pendatang tanpa izin (PTI).

Beliau berkata kerjasama sedemikian penting bagi menjamin keamanan dan kemakmuran yang merupakan prasyarat bagi mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek.

Katanya, Rela sebagai sebuah pasukan yang dekat dengan masyarakat dan terdapat di setiap daerah, maka peranan mereka adalah sama penting dengan jabatan dan agensi penguatkuasa lain.

“Kita berharap Rela akan terus memainkan peranan penting ini, termasuk dalam usaha menangani masalah PTI di negara kita,” katanya, sambil meminta masyarakat bekerjasama dalam menjaga keamanan dan kemakmuran.

Beliau turut memuji inisiatif Rela Melaka menganjurkan program anak angkat sebagai sebahagian daripada pengisian lawatan integrasi ke negeri ini.

Katanya, program sedemikian akan mendekatkan perhubungan antara rakyat dan membolehkan mereka saling mengenali, sekali gus memupuk integrasi nasional antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Salleh turut berjanji untuk menghantar rombongan dari Kota Belud untuk program lawatan integrasi dan anak angkat ke Melaka, tahun depan.



Zaidon berbual dengan Salleh pada majlis makan malam meraikan mereka malam tadi.



Salleh beramah mesra dengan sebahagian peserta yang hadir pada majlis itu



Salleh bersama Zaidon dan beberapa pegawai kanan Rela.

Category: General
Posted by: keruak
CHIEF Minister Datuk Seri Musa Aman attended the wedding reception of Diana Mahadi to Arman Imam Ariffin at the Sanbay hotel in Sandakan last night.

The bride is the daughter of Mahadi bin Bajau, an Umno committee member of Libaran Umno division. Musa is the divisional chief of the division.



Picture show Musa (left) performing the `majlis berinai’ to the wedding couple.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Setiausaha Agung Pertubuhan Sabah Bajau Bersatu (Usbo) Tan Sri Pandikar Amin Mulia, akan mewakili Usbo ke mesyuarat Majlis Ekuin Malaysia (MEM) di Hotel Hilton Kuala Lumpur , hari ini (19 Disember).

MEM ialah sebuah majlis yang ditubuh untuk memberi galakan terhadap perkembangan sukan dan aktiviti ekuin di peringkat kebangsaan.

Penolong Setiausaha Agung Usbo, Dr Liddy Sallun, dalam satu kenyataan berkata Usbo yang sebelum ini dikenali Persatuan Sabah Bajau Bersatu (PSBB) telah menjadi ahli MEM sejak 1993 lagi.

Katanya, keahlian Usbo dalam MEM adalah selaras statusnya sebagai sebuah badan yang terlibat dalam aktiviti equestrian, selain hakikat bahawa masyarakat rumpun Bajau sememangnya sinonim dengan kuda.

“Kita menerima jemputan daripada MEM untuk menghadiri mesyuarat itu dan memutuskan untuk menghantar Tan Sri Pandikar Amin sebagai wakil kita,” katanya.

MEM berfungsi sebagai badan perunding kepada kerajaan dalam hal-hal berkaitan dengan aktiviti ekuin.

Sebagai langkah meningkatkan kemahiran menunggang kuda, ia mengadakan skim latihan untuk melatih penunggang kuda tempatan sebagai jurulatih dan pegawai bertauliah dalam usaha meningkatkan semua jenis kegiatan ekuin.

MEM turut menggalakkan penyertaan sukan ekuin di peringkat akar-umbi, iaitu menerusi penubuhan Program Menunggang di sekolah-sekolah dan Pergerakan Kelab Poni Malaysia .



TAN SRI PANDIKAR AMIN MULIA

Category: General
Posted by: keruak
PENAMPANG: Kerajaan akan terus memperkasa wanita selaras sumbangan besar golongan itu kepada pembangunan negara, kata Ketua UMNO bahagian Penampang, John Ambrose.

Beliau berkata wanita tidak akan didiskriminasi dalam apa juga bidang termasuk perjawatan dalam sektor awam dan peluang mendapat pendidikan.

Ini, katanya, terbukti dengan pelbagai jawatan tinggi sekarang dipegang wanita termasuk ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah.

“Perjuangan untuk meningkatkan taraf dan kedudukan wanita bagi mencapai kesaksamaan gender tidak akan diperolehi sepenuhnya, sekiranya rakyat masih tidak memahami konsep gender dan seterusnya, tidak menerapkannya dalam semua proses pembangunan negara.

“Konsep gender berkait rapat dengan tanggapan dan persepsi masyarakat terhadap tugas dan peranan antara wanita dan lelaki,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Seminar Gender Agenda dan Ringgit Bestari Dewan Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Penampang semalam.

Program Gender Agenda dan Ringgit Bestari adalah anjuran MPWK Penampang dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah.

Lebih 100 orang hadir terdiri parti-parti komponen BN dari PBS, UPKO dan MCA, ahli jawatankuasa Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Penampang (MPWK) dan ahli-ahli Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Hadir sama Pengerusi MPWK Penampang, Nining Ballard, Timbalan Pengerusi, Flora Juin, Pengerusi Biro Keluarga Muda, Hafiz Abdullah serta ahli-ahli jawatankuasa MPWK Penampang.

Ambrose berkata pada satu masa dahulu, taraf pendidikan wanita tidak setinggi warga lelaki, tetapi kini wanita mendahului lelaki di institusi pengajian tinggi.

“Dengan perubahan keupayaan wanita, tanggapan masyarakat terhadap peranan wanita juga harus berubah.

“Cabaran utama negara kita ialah untuk merubah tanggapan, persepsi serta mentaliti masyarakat supaya sesuai dengan situasi baru. Wanita di Malaysia amat bertuah kerana kerajaan mengiktiraf peranan penting mereka dalam ekonomi dan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Nining Ballard berkata golongan wanita sendiri, harus menyedari bahawa wanita hari ini bukan hanya berperanan sebagai ibu, isteri dan pengurus tugas-tugas rumahtangga tetapi juga berperanan sebagai pekerja, usahawan dan penyumbang ekonomi, seiring bersama golongan lelaki.

Katanya, program yang dianjurkan MPWK itu adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan ia merupakan program untuk semua wanita dan kaum di negeri ini.



John Ambrose menerima cenderahati daripada Pengerusi MPWK Penampang, Nining Ballard sambil diperhatian Ketua-ketua Wanita Komponen BN Penampang.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Noriza Abu Bakar menjadi juara pertandingan Radio Oke Juara bertemu Juara 2006 anjuran Labuan FM di Dewan Konvensyen, Kompleks Ujana Kewangan, semalam.

Pada pertandingan akhir, Noriza yang menyanyikan lagu Bunga Tanjung dan Pertemuan menewaskan Wyerdayanah Hasyim yang juga menyanyikan Bunga Tanjung dan Tak Tercapai Akal Mu.

Noriza yang juga Juara 1 (Februari hingga Mei) menerima wang tunai RM1,000, trofi dan jambangan bunga manakala Wyerdayanah, Juara 2 (Julai – November) menerima trofi dan jambangan bunga.

Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Munah Madar menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Hadir sama Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan,Yunus Kurus, Pengarah Jasa, Rahimah Lamat, Ketua Stesen Kejuruteraan, Abdul Salleh Ahmad dan Pengelola Rancangan, Mohd Jadean Daham.

Artis terkenal tanahair seperti Farah Wahidah, Deja Moss, Nikki, Pretty Ugly dan Shazzy serta tiga penyanyi tempatan, Zaidi Zakaria, Noraida Abu Bakar dan Noranisa Saiman, serta persembahan tarian Badan Budaya Perbadanan Labuan dan personaliti Remaja Dot.Com memeriahkan lagi pertandingan akhir itu yang disaksikan kira-kira 3,000 penonton.



Munah (dua dari kanan) dan Salleh Ahmad (kanan sekali) bersama Juara Radio Oke Noriza Abu Bakar (kiri) dan Wyerdayanah (dua dari kiri) pada pertandingan akhir Radio Oke Labuan FM

Category: General
Posted by: keruak
KOTA BELUD: Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Salleh Said Keruak mengingatkan Timbalan Pengerusi Keadilan Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, supaya jangan mengelirukan rakyat dengan fakta tidak sahih berhubung jumlah rakyat asing yang didakwanya memiliki dokumen pengenalan Malaysia di negeri ini.

Beliau berkata dakwaan yang dilemparkan Dr Jeffrey itu adalah serius, justeru perlu disertakan dengan bukti sahih dan bukan dengan membuat tuduhan liar begitu saja.

“Tanpa bukti, sesuatu dakwaan itu tiada asas (locus standi) dan merupakan sebagai satu andaian semata-mata,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Semula Keluarga Angkat Rela Negeri Melaka di Kampung Pirasan, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Rela Malaysia , Datuk Zaidon Asmoni dan semua Pengarah Rela negeri seluruh negara.

Laporan media hari ini menyiarkan mengenai dakwaan Dr Jeffrey bahawa terdapat kira-kira 1.7 juta rakyat asing di negeri ini, termasuk kira-kira 600,000 daripada mereka memiliki dokumen pengenalan Malaysia.

Beliau juga mendakwa kebanyakan rakyat asing berkenaan menganggotai parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.

Salleh yang juga Ahli Parlimen Kota Belud membidas Dr Jeffrey kerana cuba mengaitkan Umno dengan pendatang asing dengan mendakwa bahawa sebahagian besar rakyat asing ada menyertai parti itu.

“Beliau (Dr Jeffrey) tidak boleh bersikap prejudis dan membuat kenyataan berbentuk andaian. Proses keahlian Umno adalah menerusi tapisan yang rapi, bukan sembarangan masuk sebagai ahli,” katanya.

Justeru, katanya, Dr Jeffrey perlu `menyertakan bukti yang melepasi tahap keraguan’ supaya apa yang didakwa itu dapat dicari jalan penyelesaian terbaik dan tidak mencetuskan polemik.

“Sesiapa pun boleh membuat dakwaan atau tuduhan jika sekadar mahu menjadikannya sebagai permainan politik,” katanya, sambil berharap rakyat Sabah jangan mudah terpedaya dengan taktik pembangkang yang cuba meniupkan pelbagai sentimen.

Beliau membidas Dr Jeffrey kerana cuba mengaitkan Umno dengan pendatang asing dengan mendakwa bahawa sebahagian besar rakyat asing

Beliau berkata memang tidak dinafikan kehadiran ramai rakyat asing di negeri ini, tetapi jumlahnya tidaklah sebesar sebagaimana yang didakwa oleh Dr Jeffrey itu.

Menurutnya, kepimpinan kerajaan di peringkat negeri dan Pusat sudah dan sedang berusaha menangani isu berkenaan, termasuk menerusi saluran diplomatik.

“Jika beliau (Dr Jefrey) ada bukti sahih, ia boleh disalurkan melalui jabatan dan agensi kerajaan berkaitan supaya ia dapat ditangani secara berkesan.

“Kita sepatutnya memberi sokongan padu kepada kepimpinan negeri dan Pusat serta menaruh sepenuh kepercayaan kepada agensi penguatkuasa untuk menyelesaikan isu berkaitan rakyat asing ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Salleh menyifatkan kesediaan Perdana Menteti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengkaji kakitangan perkhidmatan awam sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan mereka.

“Kesediaan Perdana Menteri itu sudah pasti melegakan kakitangan perkhidmatan awam, sekali gus memberi mereka motivasi untuk terus meningkatkan prestasi dan produktiviti.

“Selain itu, ia juga membuktikan kerajaan kita sentiasa prihatin dan responsive kepada kehendak umum,” katanya.

Beliau berkata soal sistem penyampaian dan kejayaan Misi Nasional Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) adalah bergantung kepada kakitangan perkhidmatan awam sebagai jentera penggerak utama.



Salleh ketika berucap pada majlis penyerahan semula keluarga angkat Rela Melaka di Kampung Pirasan, Kota Belud.



Salleh menerima cenderamata kenangan daripada Zaidon pada majlis itu.



Salleh (tengah) bergambar kenangan dengan Zaidon serta sebahagian daripada pengarah-pengarah Rela negeri seluruh Malaysia .

Category: General
Posted by: keruak
SANDAKAN: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman visited the site for the proposed of the Muhibbah new township project at mile 12 in Sandakan on Sunday.

In spite of being on a two-week leave, the Chief Minister wanted to check the progress of the RM60 million project.

The Chief Minister was briefed by architect Ariffin Sudin and Sungai Sibuga’s people development officer (PKR), Haji Basra Abdul Rahman who informed him that leveling of the Muhibah new township project site was 95% completed while construction on the new mosque at the site was 10% completed.

Musa advised those given the task must ensure the quality of work upheld and completed within the stipulated time frame.

Musa who is also Umno Libaran divisional chief and Sungai Sibuga State Assemblyman also visited his supporters at Kampung Batu Putih near Sandakan Airport to check development projects there especially the resurfacing of road led to the village and attending a wedding reception of the daughter of one of his supporters.

Earlier, Musa chaired the Umno Libaran meeting at his residence here.

Among those accompanied the Chief Minister at today’s visit were Libaran member of parliament, Datuk Juslie Ajirol, State Assemblyman for Gum-Gum, Datuk Zakaria Edris and Sandakan Municipal Council's secretary, Mohd. Hamsan Awang Supain.



Musa (with songkok) visited Kampung Batu Putih to check development projects there especially the resurfacing of road led to the village.

Category: General
Posted by: keruak
PUTATAN: Perpaduan rakyat berbilang kaum merupakan pemangkin kepada kestabilan sosial dan pembangunan negara, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.

Beliau berkata perpaduan dan integrasi rakyat di negara ini perlu terus dipertuguhkan demi mewujudkan sebuah negara yang maju.

“Perpaduan dan integasi rakyat sebenarnya satu kekuatan yang disimpulkan sebagai perpaduan dalam kepelbagaian,” katanya ketika merasmikan Program Gotong Royong Perdana di Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas, hari ini.

Program itu yang disertai hampir 1,000 orang dianjurkan bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Putatan.

Turut hadir Pengarah Perpaduan Negara Negeri Sabah, Baharin Idris; Penolong Pegawai Daerah Kecil Putatan, Awang Abd.Ghani Pg.Yusof dan pemimpin masyarakat setempat.

Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna berkata, perpaduan jitu rakyat telah membolehkan negara mencapai kemajuan dan pembangunan sosio-ekonomi seperti yang dinikmati sekarang.

Menurutnya, asas-asas perpaduan yang telah kita warisi hasil pengorbanan dan toleransi pemimpin-pemimpin terdahulu telah menyumbang kepada kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi dalam pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu dan sejahtera.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat agar tidak alpa dengan keamanan, kesejahteraan dan kemewahan yang dinikmati sekarang.

“Sebaliknya, kita perlu berusaha dengan lebih gigih dan sentiasa meneruskan semangat “muhibbah” agar perasaan prasangka dan curiga mencurigai tidak mempengaruhi hubungan dan persefahaman sesama rakyat,” katanya.

Yahya berharap nilai-nilai perpaduan dan kejiranan yang dipupuk dan diterap oleh kerajaan menerusi program kemasyarakat seperti Program Gotong Royong Perdana akan terus dihayati dan diamalkan oleh setiap anggota masyarakat.

Menurutnya, Program Gotong Royong Perdana merupakan platform kepada kerajaan bagi mendekati dan memahami rakyat bagi mewujudkan perpaduan yang lebih kukuh.

Pelbagai acara diadakan sempena pelancaran Program Gotong Royong Perdana, antaranya ialah senamrobik, pertandingan mewarna kanak-kanak, sukaneka, demonstrasi cara memadam api dapur gas oleh pihak Bomba dan upacara menanam pokok.



Yahya menanam pokok sempena pelancaran Program Gotong Royong Perdana.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Golongan penulis berperanan dalam menentukan kejayaan pembinaan modal insan cemerlang dalam mengisi keperluan pembangunan untuk menjadi sebuah negara maju dan bertamadun.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Membakut, Mohd.Ariffin Arif, berkata ia boleh diterjemahkan dalam bentuk penghasilan karya karya kreatif yang membawa mesej terhadap nilai positif pada karya yang dihasilkan yang menjadi bahan bacaan masyarakat umum.

“Di samping memperagakan unsur seni kreatifnya, masej yang disampaikan dalam karya juga perlu menerapkan nilai-nilai positif yang menjurus kepada kebaikan, kemajuan, perpaduan serta nilai kemanusian dan persekitaran,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku Baru terbitan Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP) dan Forum Wadah Kesempurnaan Bahasa dan Persuratan di Dewan Besar DBP Cawangan Sabah , di sini.

Hadir sama Pengarah Dewan Bahasa dan Pusataka Cawangan Sabah Zubaidi Abas, Yang Dipertua Badan Bahasa Sabah Datuk Ismail Abas dan Ketua I Ikatan Penulis Sabah Sukor Usin.

Sehubungan itu, Ariifin yang juga Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah mengajak golongan penulis di negeri ini agar lebih prolifik menghasilkan karya terutama karya berlatarbelakangkan adat serta sisiobudaya masyarakat tempatan.

Katanya melalui penghasilan karya seperti ini bukan sahaja dapat memperagakan sisio budaya masyarakat tempatan kepada masyarakat luar namun ia dapat membantu kerajaan mempromosi negeri ini sebagai destinasi pelancongan menarik untuk dilawati, terutama pelancung dari luar negara.

“Kita masih banyak bahan tempatan khususnya sisiobudaya yang boleh diolah dalam bentuk penulisan kreatif yang bukan sahaja unik namun mempunyai nilai seninya tersendiri untuk diketengahkan serta dimasyarakatkan,” katanya.

Sebanyak lapan buah buku dilancarkan di majlis itu, antaranya Gendala karya Noraini Osman, Pusaran Lurah V karya Rasimi Linggang, Kumpulan Puisi Sinar Soirna karya Sukor Usin, Sepasang Kasut dan Selipar Jepun di Bumi Abu Sayyaf karya Jackson Sawatan, Antologi Puisi Sumur Mahmudah, Mawaddah dan Anugerah karya Ony Latifah Osman.Sahara Jais dan Rosnah radin, Sungai Hayat karya Penyir Jair Sulai, Orang Orang Pulau karya Hassan Saprin dan Memoir Karyawan Tamu DBP Cawangan Sabah Selingkar Kenangan Karya Dg.Salmah Salam.



Ariffin menerima naskhah puisi dari tiga penulis yang buku mereka turut dilancarkan di majlis berkenaan.

Category: General
Posted by: keruak
PUTATAN: Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (CASH) dinasihatkan agar memberi tumpuan terhadap tugas dan tanggungjawab selaras matlamat penubuhannya.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, berkata CASH wajar membela nasib rakyat dengan menyuarakan masalah kepenggunaan kepada pihak berwajib dan kerajaan.

“Sebaliknya, sebagai persatuan pengguna, CASH tidak wajar melampaui batas dan tanggungjawab yang dipatutnya,” katanya selepas melancarkan Program Gotong Royong Perdana di Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan CASH di sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengenai pelantikan tiga jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah adalah tidak terdapat dalam perlembagaan negeri, begitu juga jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Saya berpendapat CASH sudah melampaui batas. Dia patut tumpu kepada tugas membela isu-isu penggunaan melibatkan kepentingan rakyat seperti harga barangan keperluan dan bekalan.

“Sebaliknya bukan melaung-laungkan isu-isu tententu seperti seorang `Ahli Politik’,” katanya.

Mengenai pelantikan jawatan dalam kabinet negeri, Yahya berkata, kerajaan tidak akan melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang yang ada.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Kanak-kanak berumur bawah enam tahun berhak menerima pendidikan awal yang sempurna bagi memastikan mereka membangun sebagai insan berguna.

Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata pendidikan awal berkualiti mampu mencorakkan masa depan kanak-kanak melalui pemikiran bernas, kematangan dan nilai-nilai murni.

Katanya, kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah merupakan peringkat umur paling mudah menerima tunjuk ajar dan mengadaptasi perubahan persekitaran.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa dan guru-guru prasekolah supaya meningkatkan keupayaan masing-masing dengan mmeberi bimbingan dan asuahn sempurna.

“Pendidikan awal kanak-kanak tidak sepatutnya menyebabkan mereka tertekan, sebaliknya proses pembelajaran perlu disertai dengan keriangan,” katanya, sambil berharap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut sama memainkan peranan penting.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmiaan Konvokesyen dan Penyampaian Hadiah Tadika Seri Bintang Papar di Dewan Serbaguna Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Papar hari ini.

Hadir sama Pengerusi PIBG Tadika Seri Bintang, Zuraidah Salleh; dan Guru Besar Tadika Seri Bintang, Francisca Simon.

Rosnah berkata ibu bapa dan komuniti juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kualiti pendidikan prasekolah, justeru mereka harus memahami dan menyokong pendidikan yang dilaksanakan.



Rosnah menyampaikan Hadiah Pelajar Terbaik dalam Akademik Tadika Seri Bintang Papar sambil diperhatikan Pengerusi PIBG, Zuraidah Salleh

Category: General
Posted by: keruak
TUARAN: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Sakaran Dandai mengingatkan masyarakat Islam agar memberi keutamaan kepada kecemerlangan ilmu pengetuhan melalui pendidikan bagi membolehkan mereka bersaing dalam arus kemajuan perdana negara.

Katanya, setiap umat Islam perlu melakukan jihad bagi memperkasa pendidikan dan memenuhi keperluan melahirkan modal insan cemerlang dalam usaha mengisi keperluan pembangunan negara, sekali gus membebaskan umat Islam daripada belenggukemunduran.

“Memperkasa pendidikan merupakan langkah terbaik memacu proses pembangunan negara selaras wawasan untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020,” katanya berucap pada perjumpaan kepimpinan tertinggi USIA bersama USIA Bahagian Tuaran di Masjid An Nur Tuaran, di sini.

Turut hadir di majlis itu Naib Yang Dipertua USIA Datuk Matussin Awang Damit, Setiausaha Agung USIA Abdullah Hussin, Penolong Setiausaha Agung Usia, Uda Sulai dan Ketua Usia Bahagian Tuaran, Amin Ibrahim.

Sehubungan itu Sakaran mengajak ibu bapa agar memberi tumpuan serta perhatian sepenuhnya terhadap usaha memberikan pendidikan sempurna kepada anak-anak mereka dengan memanfaatkan sepenuhnya peluang serta ruang yang disediakan kerajaan..

“Dalam misi nasional kerajaan, perkara pokok yang turut diberikan keutamaan ialah pembangunan modal insan yang bukan sahaja berilmu pengetuhan tapi memiliki jatidiri serta akhlak mulia yang dipacu melalui pendidikan agama yang sempurna,” katanya



Sakaran berbual mesra dengan ahli Usia Tuaran sebaik sahaja tiba di majlis tersebut

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Pemimpin masyarakat diminta meningkatkan usaha melaksana agenda kerajaan, khususnya merancang pembangunan dan meningkatkan kualiti hidup penduduk di kawasan tanggungjawab mereka.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Jainab Datuk Ahmad, berkata usaha kerajaan menangani masalah pendatang tanpa izin masuk ke negeri perlu dilaksana dengan kerjasama pemimpin masyarakat setempat, termasuk Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung bagi memantau keadaan kampung masing-masing.

Beliau berkata, setiap pemimpin msyarakat perlu menyalurkan maklumat terkini kepada pihak berkuasa jika ada perkara mencruigakan di kawasan mereka.

“Tanggungjawab berat itu perlu mereka pikul selaras kehendak kerajaan yang mahu memasitkan kebanjiran PTI ke negeri dapat ditangani bersama bersepadu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penutupan Bengkel Generasi Pendakwah di perkarangan Masjid Kampung Tebobon, Menggatal kelmarin. Lebih 121 peserta bengkel terdiri pemimpin mayarakat dan belia menyertai bengkel sehari tetsebut.

Hadir sama PKR Karambunai, Manjah Awang Bahar, Imam Daerah Kota Kinabalu, Asli Karim dan peserta kursus serta pemimpin masyarakat.

Dalam pada itu, Jainab yang juga Adun Karambunai turut mengalu-alukan kehadiran dua kapal peronda KD Pahang dan KD Kedah TLDM untuk memantau keselamatan di perairan Sabah .

Katanya, kehadiran dua kapal peronda itu bukan sahaja dapat menangani masalah kemasukakan PTI ke negeri ini tetapi secara tidak langsung TLDM dapat membantu hasrat kerajaan menjaga keselamatan kapal-kapal dagang termasuk kapal-kapal di negeri ini.

“Saya juga meminta nelayan dan pengusaha bot membantu TLDM untuk menjadi mata dan telinga kerajaan seperti mana pemimpin masyarakat di peringkat kampung supaya melaporkan kegiatan yang menggugat keselamatan negara,” katanya.



Jainab (kiri) menerima cendera kenangan daripada pengerusi penganjur majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
TAMBUNAN: Cabaran Golf merebut Piala Waz Lian Group of Companies di Kelab Golf Tambunan (TNGC) kelmarin berakhir dengan kemunculan Sabjik Gugau sebagai juara keseluruhan daripada 98 peserta.

Sabjik mengungguli kejuaraan tersebut setelah mencapai pukulan bersih 61 yang sekaligus membawanya kepada handicap baru 17. Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan pada kejohanan tahunan itu.

Kategori Gross dimenangi Welly Arimput dengan pukulan bersih 76 dan membawa kepada handicap baru 8. Agustin Palikat pula menjadi pemenang kepada kategori Jemputan Terbuka, manakala kategori Jemputan Waz Lian dimenangi Presiden TNGC Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. Pairin mengumpul 68 nett dengan handicap baru 20.

Sementara bagi kategori Veteran dimenangi Yap Yun Choi, Juliana Kitingan (Wanita), Alini Lansing (Jemputan Wanita), Bittie Basinau (Super Veteran) dan Fitzroy Albertus (Junior).



SABJIK Gugau (kiri) menerima trofi dan hadiah kejuaraan yang disampaikan oleh Pairin,

Category: General
Posted by: keruak
LAHAD DATU: Lebih 8,000 orang masyarakat pelbagai kaum di pantai timur menghadiri majlis perjumpaan Pertubuhan Sabah Bajau Bersatu (USBO) di Dewan Tun Mustapha di sini hari ini, iaitu program jelajah kedua di pantai timur negeri ini.

Pelbagai sepanduk dan kain rentang dikibarkan oleh mereka yang hadir sebagai mengalu-alukan kedatangan Presiden Usbo, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan rombongan, yang tiba kira-kira jam 9 pagi.

Orang ramai datang seawal jam 7 pagi dan memenuhi keseluruhan ruang dewan, manakala ramai lagi terpaksa berdiri di luar dewan berkenaan.

Perjumpaan itu adalah yang kedua selepas lawatan pertama ke Tawau dan Kunak yang diadakan sewaktu bulan puasa dahulu.

Hadir sama pada perjumpaan itu ialah Setiausaha Agung USBO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; Bendahari Agung, Datuk Amirkahar Tun Mustapha; dan bekas wakil rakyat Lahad Datu, Datuk Yusuf Amat Jamlee selaku pengerusi penaja Usbo Lahad Datu.

Pada majlis itu, Salleh turut menerima 10,000 borang permohonan keahlian Usbo yang diserahkan oleh Yusuf Jamlee.

Majlis turut diserikan dengan beberapa acara kebudayaan termasuk pencak silat dan tarian kebudayaan pelbagai etnik rumpun Bajau.

Dalam ucapannya, Salleh yang juga bekas Ketua Menteri berkata tidak ada muslihat tersembunyi di sebalik perjuangan USBO melainkan sekadar untuk menggerakkan masyarakat menyertai proses pembangunan negara.

Beliau berkata apa yang dilaksanakan oleh USBO adalah jelas dan berdasarkan objektif yang termaktub dalam perlembagaan pertubuhan itu sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

“Saya ingin menekankan bahawa tidak ada yang tersirat di sebalik yang tersurat dalam perjuangan USBO ini kerana misi dan objektif kita sudah jelas,” katanya, sambil disambut tepukan bergemuruh hadirin.

Beliau mengulangi komitmen USBO memberi sokongan bagi memperkukuhkan kedudukan Umno di Sabah dan menegaskan bahawa pihaknya juga menyokong padu kepimpinan negeri yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman selaku pemimpin yang dipilih oleh parti.

Beliau berkata USBO bukan baru ditubuhkan, sebaliknya sudah lama wujud iaitu sejak tahun 1964 lagi dengan nama asalnya Persatuan Sabah Bajau Bersatu (PSBB) sebelum diubah kepada Persatuan Seni Budaya Bajau dan kemudian USBO pertengahan tahun ini.

Katanya, dari segi dasar, keahlian dan objektif, USBO tidak pernah berubah sepanjang 42 tahun penubuhannya dan apa yang berlaku hanyalah perubahan nama untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa.

“Proses penjenamaan semula ini bagaimanapun tidak mengubah halatuju dan objektif perjuangan USBO (dulunya PSBB) sebagaimana termaktub dalam perlembagaannya.

“USBO bukannya sebuah pertubuhan politik. Kita juga bukan kumpulan pendesak, jauh sekali sebagai pemberontak yang mahu berkonfrantasi dengan kerajaan, apalagi UMNO sebagai tulang belakang dan menjadi tempat sebahagian besar kita berteduh,”katanya.

Sebaliknya, kata beliau, USBO menyokong dasar dan program pembangunan yang dilaksana kerajaan, termasuk dalam menjayakan Misi Nasional Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sebagai penggerak ke arah Wawasan 2020.

Menurutnya, di peringkat negeri, USBO menyokong halatuju kemajuan dan pembangunan negeri yang merupakan cetusan idea Ketua Menteri dan antara lain memberi tumpuan kepada pembangunan sektor pertanian.

“Secara kebetulan, ramai masyarakat kita yang tinggal di lembah dan bukit, pesisiran pantai dan pulau-pulau terpencil, terlibat dalam sektor halatuju tersebut,” katanya.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah mengumpamakan USBO seperti sebuah rumah yang baru siap dibuat pengbubahsuaian (renovation) kali ketiga (yang merujuk kepada tiga kali pertukaran nama.)



Salleh bersalaman dengan orang ramai yang membanjiri perkarangan Dewan Tun Mustapha, Lahad Datu untuk menghadiri majlis perjumpaan Usbo semalam.



Salleh ketika berucap pada perjumpaan Usbo di Dewan Tun Mustapha Lahad Datu



Salleh diberi sambutan kebudayaan setibanya di Dewan Tun Mustapha Lahad Datu.



Salleh memalu gong sebagai tanda perasmian majlis perjumpaan itu.



Para pemimpin dan penyokong Usbo menyanyikan lagu `Negaraku’ dan ` Sabah Tanah Airku’ sebelum acara bermula



Salleh bersama Yusuf Amat Jamlee (tengah) dan Datuk Amirkahar Tun Mustapha (kanan)



Pandikar Amin ketika berucap pada majlis itu



Salleh ketika menyampaikan ucapan yang bertemakan `Tiada Yang Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat’ pada majlis itu.



Pemimpin Usbo melaungkan `Hidup Usbo’ di akhir acara tersebut



Persembahan kebudayaan pelbagai etnik rumpun Bajau memeriahkan majlis perjumpaan di Dewan Tun Mustapha, Lahad Datu.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman visited the Terminal 2 of the Kota Kinabalu International Airport (KKIA) for Low Cost Carrier Terminal (LCCT) which is near completion, at Tanjung Aru, on Saturday.

The RM200 million LCCT new terminal is constructed by Global Upline Sdn Bhd.

The adviser of Global Upline Sdn Bhd, Tan Sri Ting Pek Khiing briefed the Chief Minister on the work progress of the project.

Among those present at the visit were Deputy Chief Minister Datuk Yahya Hussin, Assistant Minister to the Chief Minister, Datuk Edward Khoo, Senior General Manager of Malaysia Airport Holding Berhad, Datuk Azmi bin Murad and senior officials from Malaysia Airport Berhad.



Musa (3rd left), Yahya (left), Ting (2nd left), Azmi (right) and other senior officials at the LCCT new terminal. At the background is the main building of the new terminal.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menter Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin merasmikan Program Smartstart dan “Gender Agenda” anjuran Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MPWKM) Parlimen Putatan di Dewan Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS), Sembulan, petang tadi.

Program sehari itu disertai kira-kira 80 peserta lelaki dan wanita dari kawasan parlimen Putatan.

Berucap di majlis itu, Yahya berkata, generasi sekarang amat beruntung kerana menerusi jabatan dan agensinya menyediakan pelbagai program khusus sebagai persiapan mereka menghadapi alam perkahwinan atau rumah tangga.

“Program seperti “Smartstart” yang direka khusus untuk pasangan yang bakal atau baru mendirikan rumah tangga merupakan usaha kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang berilmu dalam aspek hal ehwal rumah tangga,” katanya.

Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna berkata, program seumpama ini tidak pernah diwujudkan semasa zaman muda beliau.

“Ini membuktikan komitmen kerajaan dalam membantu membina rumah tangga yang bahagia,” katanya.

Mengenai kesaksamaan gender, beliau berkata, kerajaan komited dalam usaha memartabatkan kedudukan wanita di negara ini seiring dengan arus pembangunan negara.

Sebab itu katanya, kerajaan meletakkan kesaksamaan gender sebagai satu agenda utama Kerajaan supaya peka terhadap hal ehwal dan pembangunan wanita.

“Kerajaan juga berusaha memastikan segala peraturan dan dasar Kerajaan akan lebih sensintif kepada keseimbangan antara lelaki dan wanita yang akhirnya akan membentuk sebuah negara Malaysia yang lebih maju, progresif dan seimbang,” tegasnya.

Turut hadir di majlis itu Pengerusi MPWKM Putatan, Normah Sari, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putatan, Hamidah Mohd.Jaffar dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putatan, Ir.Shahelmey Yahya.



Yahya Hussin menyampaikan sijil kepada seorang peserta Program “Smartstart” dan “Gender Agenda” sambil diperhatikan oleh Normah (kiri) dan Hamidah (tiga dari kanan)di majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
KINABATANGAN : Seramai 172 golongan wanita di daerah ini menjayakan ‘Seminar Peluang-Peluang Perniagaan’ yang diadakan di Dewan Sri Lamag, dekat sini, baru-baru ini.

Seminar sehari itu dianjurkan Jawatankuasa Ekonomi Majlis Penasihat Wanita Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Kinabatangan dan Yayasan Sabah Zon Pantai Utara, Sandakan .

Ia dirasmikan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Datuk Aklee Abbas.

Aklee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau dalam ucapannya, berkata golongan wanita perlu memperkasa pengetahuan serta keupayaan terutama dalam bidang perniagaan bagi menghadapi cabaran dalam hidup mereka selaras dengan peredaran semasa.

Katanya, kaum wanita perlu melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan, pembelajaran dan latihan yang relevan dengan keperluan pasaran semasa.

“Adalah penting golongan wanita mengetahui kemudahan, sokongan dan bantuan yang disediakan kerajaan terutama seperti kemudahan pinjaman dan geran pinjaman perniagaan serta pakej bantuan khususnya untuk kaum berkenaan.

“Justeru, saya berharap supaya peserta terlibat dalam seminar seumpama ini dapat mempraktikan segala maklumat diperolehi dengan sebaik mungkin bagi membantu menjana ekonomi keluarga masing-masing,” katanya.

Jelas Aklee, kerajaan sentiasa prihatin dengan penyertaan wanita dalam pembangunan negara dalam bidang keusahawanan.

Empat ceramah disampaikan pada seminar itu, antaranya ‘Peranan MARDI dalam pemprosesan makanan’; ‘Peranan dan fungsi FAMA dalam pemasaran hasi-hasil produk’; ‘Kemudahan Pembiyaan Perniagaan oleh MARA’ dan ‘Prosedur mendapatkan lesen perniagaan oleh Majlis Daerah Kinabatangan.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Majlis Penasihat Wanita Sabah, Freddy Rantau; Penolong Pegawai Daerah Kinabatangan, Latip Amat; dan Pegawai Khas Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kinabatangan, Hamidin Raden.



Aklee menyampaikan sijil penyertaan kepada seorang peserta seminar berkenaan.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Kempen kesedaran ibu bapa luar bandar terhadap pelajaran anak-anak menerusi kempen `2 jam 3 jam’ dan penubuhan Kelab Sahabat KEMAS merupakan acuan terbaik membentuk modal insan berkualiti.

Ketua Menteri, Datuk Musa Aman, berkata melalui kempen itu ibu bapa akan bersama anak-anak mengulang kaji pelajaran selama dua jam sehari untuk pelajar sekolah rendah dan tiga jam sehari untuk pelajar sekolah menengah.

Justeru, ia diharap menjadi pencetus kepada penglibatan ibu bapa secara serius dalam membantu pembelajaran anak-anak tanpa terlalu mengharap kepada guru.

“Pelancaran Kelab Sahabat KEMAS merupakan satu usaha merapatkan antara individu dalam masyarakat dengan mewujudkan jaringan dan rangkaian hubungan dan pasti ianya pasti dapat menjadi mekanisme penting dalam usaha merealisasikan pembangunan modal insan,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Program Pembangunan Modal Insan Luar Bandar Peringkat Negeri Sabah 2006 di Dewan Masyarakat Papar, pagi tadi. Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Kempen Kesedaran Ibu Bapa Luar Bandar Dalam Pelajaran Anak-anak (2 jam 3 jam) dan Kelab Sahabat KEMAS itu merupakan inisiatif Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Beliau berkata dengan menjadi ahli kelab, masyarakat khususnya ibu bapa akan didedahkan dengan pelbagai program, kursus dan bengkel yang dianjurkan oleh KEMAS untuk meningkatkan potensi diri dan kemajuan keluarga.

“Dalam usaha ini, Kerajaan Negeri sentiasa komited memberi sokongan dan bantuan sewajarnya, sudah pasti dengan kerjasama mantap dan berterusan dari agensi Kerajaan negeri dan Persekutuan, saya yakin usaha positif ini dapat dilaksanakan dengan lebih bermakna,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Abdul Rahim Ismail; Ketua Pengarah KEMAS, Abu Seman Awang; Pengarah KEMAS Negeri Sabah, Mohd Khadri Ahmad, dan Pegawai Daerah Papar, Iman Ali.



Masidi (tengah) menyaksikan penyerahan borang keahlian Kelab Sahabat KEMAS yang diserahkan Abu Seman (kiri) kepada Mohd Khadri (kanan) untuk diedarkan kepada penduduk negeri ini.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Presiden USBO Datuk Seri Salleh Said Keruak menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Lun Bawang Sabah (PLBS) di kediamannya, Desa Ria, di sini petang ini.

Rombongan jawatankuasa tertinggi PLBS seramai 10 orang itu diketuai Yang Dipertuanya, Lajim @ Jehm Buayie.

Dalam pertemuan itu, Lajim berkata PLBS yang ditubuhkan belum sampai setahun dan kini mempunyai lebih 600 ahli, antara lain berfungsi mengangkat martabat masyarakat Lun Bawang, sekali gus menggalakkan ahlinya menyertai proses pembangunan.

Katanya, pelancaran rasmi persatuan itu dijangka dilakukan pada Februari depan di Sipitang sebagai pusat kegiatan utama persatuan itu.

Lajim berkata pihaknya sudah merancang pelbagai kegiatan untuk dilaksanakan dan membayangkan kemungkinan ada bidang-bidang tertentu yang PLBS boleh berganding bahu dan bekerjasama dengan Usbo.

“Kita berpendapat ada persamaan dari segi objektif persatuan kami dengan Usbo, iaitu untuk membolehkan masyarakat kita terbabit sama dalam arus pembangunan negara kita,” katanya.

Dalam pada itu, Salleh yang juga bekas Ketua Menteri berkata Usbo adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menumpu kepada aspek pembangunan ekonomi dan pendidikan, selain komited memberi sokongan kepada kepimpinan negeri.

Katanya, Usbo sedia bekerjasama dengan mana-mana persatuan termasuk PLBS dalam menjayakan kegiatan mereka, khususnya yang berorientasikan kepentingan masyarakat.



Salleh (dua dari kanan) memberi penerangan kepada barisan kepimpinan PLBS yang mengadakan kunjungan hormat di kediamannya.



Lajim (tiga dari kiri) ketika bercakap pada kunjungan hormat itu.



Salleh (kanan) berbincang dengan Lajim pada kunjungan hormat itu.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Seramai 100 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan belia menyertai program Bicara Intelek Belia Wawasan anjuran Jabatan Penerangan Labuan di Kolej Antarabangsa Labuan , semalam.

Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Yunus Kurus yang mewakili Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman merasmikan majlis penutup program berkenaan.

Hadir sama Pengarah Jabatan Jabatan Penerangan Labuan, Saleki Amat Januri, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Rahimah Lamat dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa Labuan, Rosnah Ismail.

Suhaili berkata program itu bertujuan untuk memberi dorongan kepada masyarakat setempat agar dapat bekerjasama menjayakan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9) di samping meningkatkan pengetahuan belia agar dapat menjadi masyarakat yang mempunyai pemikiran kelas pertama.

Katanya, usaha kerajaan membentuk masyarakat dinamik, maju dan berwawasan serta mampu menghadapi cabaran masa depan, golongan belia merupakan aset ataupun modal insan yang amat penting bagi memastikan negara berada pada landasan yang cukup kukuh dan mantap serta mampu untuk berdaya saing bukan sahaja di peringkat glokal, malahan di peringkat global sekalipun.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan akan terus memperhebatkan lagi usaha bagi membangunkan modal insal yang berkualiti. Ini penting, kerana kerajaan berpendapat, pendekatan kepada pembangunan modal insan, harus dilakukan secara holistic, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan, di samping pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi.

Suhaili berkata inilah yang dikatakan modal insan yang berminda kelas pertama, seperti yang ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) di Dewan Rakyat, pada 31 Mac yang lalu.

Katanya, dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk “Minda Kelas Pertama”, tiga faktor utama yang perlu ditekankan iaitu meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan; memperkukuh keupayaan sains, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi serta memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.



Yunus (kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada seorang peserta program Bicara Intelek Belia Wawasan anjuran Jabatan Penerangan Labuan diperhatikan Rahimah Lamat (dua dari kanan).

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Lapan muka baru dilantik sebagai Ketua Kampung daripada 27 ketua kampung di Wilayah Persekutuan Labuan bagi sesi 2006/2007.

Mereka ialah Sahari Amdan ketua kampung Sungai Bedaun; Hassan Salim, Sungai Bangat, Sudin Omar, Lajau; Ismail Pg Mohd Yassin, Batu Manikar; Ismail Yusuf, Pantai; Mazlan Mohd Din, Batu Arang; Tajudin Umar, Sungai Miri / Sungai Pagar dan Rakim Durasit, Kerupang / Nagalang.

Semua muka baru itu menggantikan Abd Rahman Lamudin, Yunus Kurus, Badok Taha, Mohd Tahir Mohamad, Ismar Talip, Abd Razak Abdul Hamid, Julkifli Osman dan Awang Wohop.

Manakala 19 ketua kampung yang dikekalkan ialah Kula Abdul Ghani (Bukit Kalam), Abdul Majid Magal (Layang-Layangan), Alias Mohamad (Sungai Lada), Mustaffa Tangkim (Bukit Kuda), Hasshim Abdullah (Sungai Labu), Sulaiman Mat Said (Bebuloh), Sulaiman Wan Chi (Patau-Patau Dua), Matali Ibrahim (Durian Tunjong) dan Brahim Malan (Kilan/Pulau Akar).

Selain itu Hamzani Yaacob (Sungai Buton/Sungai Sembilang), Rusli Sapar (Rancha-Rancha), Alias Husin (Lubok Temiang), Bair Sidup (Tanjung Aru), Ronnei Tan Beng Hian (Sungai Keling), Abdul Hassan Abdul Ghani (Ganggarak / Merinding), Jumahat Kadir (Pohon Batu), Saminan Ismail (Belukut), Suhili Razali (Gersik/Saguking ) dan Gutak Ag Besar (Patau-Patau Satu).

Pelantikan mereka berkuatkuasa daripada 1 November 2006 hingga 31 Oktober 2007.

Majlis penyerahan watikah perlantikan disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique di Wisma Perbadanan Labuan , semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Basiran Saban, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Yusuf Mahal dan Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Yunus Kurus.

Dalam ucapannnya, Suhaili yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan berharap ketua kampung yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) lebih aktif membantu menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada penduduk kampung.

Katanya, sebagai mata dan telinga kepada kerajaan, mereka sewajarnya menyampaikan pelbagai maklumat daripada kerajaan agar orang ramai menerima maklumat yang benar, tepat dan terkini supaya mereka tidak dikelirukan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata orang ramai perlu mendapatkan maklumat yang tepat mengenai peranan, dasar dan aktiviti yang dilaksanakan kerajaan termasuk projek pembangunan dan kemajuan yang dibawa pemimpin masyarakat demi kebaikan penduduk tempatan.

Selain itu, Suhaili meminta ketua kampung yang tidak dilantik semula supaya terus memainkan peranan penting membantu pengganti mereka dan pemimpin masyarakat yang lain supaya kehidupan penduduk kampung sentiasa dalam keadaan aman damai dan sejahtera.



Zulhasnan (dua dari kanan) dan Suhaili (dua dari kiri) bersama sebahagian ketua kampung selepas majlis penyerahan watikah di Wisma Perbadanan Labuan .

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Golongan usahawan Bumiputera di negeri ini disaran agar tidak meminjam dengan ‘Ah Long’ untuk membuka premis dan meluaskan perniagaan mereka.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Jainab Datuk Ahmad, mendakwa ramai penaja kecil Bumiputera mengambil jalan mudah dengan meminjam wang daripada Ah Long untuk ‘fast money’.

Beliau sebaliknya meminta mereka mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan, antaranya Sedcovest Holdings Sdn Bhd.

“Menerusi agensi ini, banyak peluang perniagaan dan pinjaman disediakan untuk membuat pinjaman dengan sistem bayaran balik yang mudah mengikut kesesuaian dan kemampuan.

“PBUNS di bawah Sedcovest Holdings Sdn Bhd nengutamakan peniaga Bumiputera yang ingin membesarkan perniagaan mereka, justeru mereka boleh berurusan dengan MARA, SEDCO atau Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) ditubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Demonstrasi Dandanan Diri dan Keterampilan Anggun Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Kampung Karmabunai Menggatal di Balai Raya Kampung Karambunai semalam.

Program anjuran Kemas Daerah Kota Kinabalu. Hadir sama Pegawai Kemas Daerah Kota Kinabalu, Arshad Asli, Penyelia Perhubungan Kemas daerah Kota Kinabalu, Narmis Jamron dan peserta PKK.

Jainab berkata semua program disediakan kerajaan itu bertujuan memastikan usahawan kecil Bumiputera mendapat pembiayaan modal tambahan dengan mudah bagi meningkatkan perniagaan.

"Amalan meminjam wang daripada Ah Long akan mmabawa padah kepada peminjam sehingga ada yang merasa ketakutan, diugut dan sampai membunuh seperti yang berlaku di Kuala Lumpur baru-baru lalu,” katanya.

Beliau juga berkata Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (CASH) sepatutnya membantu kerajaan untuk membanteras kegiatan Ah Long dan melaporkan kepada pihak berkuasa.

"Kita mahu CASH bertindak ‘turun padang ’ memantau kegiatan ini. Bukan sahaja CASH tetapi juga pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) lain turut sama membantu kerajaan. Kita mahu semua pihak perlu bekerjasama,” katanya.



Jainab dan Arshad sedang memerhati tenaga pengajar memberi penerangan mengenai dandanan diri dan keterampilan anggun anjuran Kemas bersama PKK Kg. Karambunai.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin menggesa ibu bapa supaya lebih peka terhadap keperluan pendidikan anak-anak serta meluangkan masa bersama mereka agar mereka mencapai kejayaan cemerlang.

Katanya `Konsep 2jam 3jam’ yang diperkenalkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan dilaksanakan Kemas, mampu melahirkan modal insan berwibawa dan berdisiplin.

Jika diamalkan setiap hari, ia berupaya membentuk modal insan yang bukan sahaja pandai tetapi juga bijaksana.

"Hasrat kita ialah melahirkan satu bangsa berwibawa dan berdisiplin," katanya pada majlis Pelancaran Kempen Mari Belajar 2 jam 3 jam Parlimen Papar di Dewan Masyarakat Papar baru-baru lalu.

Lebih 300 ibu bapa dan guru-guru menghadiri program tersebut. Hadir sama Pegawai Daerah Papar, Iman Ali, Pegawai Kemas, Mohd Nasir Ibrahim, Penyelia Kanan Perhubungan Papar, Zaina Sakim, Penyelia Kanan Perhubungan Kimanis, Parman Abu Bakar dan guru-guru Kemas.

Kempen itu turut menekankan keperluan pelajar mengulang kaji pelajaran di rumah sekurang-kurangnya dua jam sehari bagi sekolah rendah dan tiga jam bagi sekolah menengah.

Rosnah berkata, kerajaan menyediakan pelbagai bantuan bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan sempurna termasuk pemberian bantuan buku teks dan pakaian kepada golongan kurang berkemampuan.

"Ibu bapa tidak harus berpuas hati dengan menyediakan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal kepada anak-anak. Mereka perlu mendidik anak-anak mereka menjadi lebih bertanggungjawab,” katanya.



Rosnah beramah mesra dengan ibu bapa yang hadir pada Porgram Kempen Mari Belajar 2 jam 3 jam Parlimen Papar.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Seramai 16 mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) mengadakan lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Istimewa di Jalan Tanjung Bendera, sempena sambutan Hari Krismas.

Penjaga rumah berkenaan, Mary Lau menyambut ketibaan rombongan universiti itu yang diketuai pensyarahnya, Emily Yapp Hon Tshin dan Pengarah Program, Isaac Rajaseelan.

Isaac berkata, lawatan itu bertujuan untuk merapatkan hubungan baik antara warga universiti dengan kanak-kanak istimewa tersebut sambil berharap mereka tabah menghadapi cabaran hidup pada masa depan.

Selain beramah mesra, mereka mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan dan rumah berkenaan.



Mahasiswa UMS-KAL bergambar kenangan bersama kanak-kanak istimewa di Jalan Tanjung Bendera, Labuan , semalam.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Seramai 40 peserta terdiri daripada kontraktor Bumiputera tempatan dan bakal kontraktor menghadiri Kursus Kontraktor Kerja Jalanraya di sebuah hotel terkemuka di sini.

Kursus lima hari itu akan berakhir pada 15 Disember ini. Ia dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) negeri yang mana objektifnya adalah untuk memberi pengetahuan secara umum mengenai kerja-kerja yang berkaitan dengan pembinaan jalan raya.

Antara topik disentuh dalam kursus ialah pengenalan, turapan boleh lentur, pembinaan jalanraya, bahan turapan berbitumen, turapan jalanraya berbitumen, kerja-kerja pembinaan, pembinaan turapan berasfalt, penyaliran jalanraya, jentera pembinaan dan dokumen sebut harga.

Penceramah jemputan dari Iman Consultant, Norazaman Utoh Nain, merupakan penceramah dilantik KPSKTM untuk menyampaikan maklumat mengenai kursus yang dianjurkan.

Norazaman menyeru kontraktor Bumiputera supaya melaksanakan sendiri projek jalanraya yang diperolehi.



Norazaman menerangkan cara menggunakan ‘took meter’ untuk mengukur jalanraya kepada peserta kursus.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah memang prihatin terhadap masalah pendatang tanpa izin di negeri ini, kata Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Justeru, katanya, adalah tidak wajar jika ada pihak termasuk persatuan mendakwa konon kerajaan negeri tidak prihatin untuk menangani masalah PTI di negeri ini.

Katanya, masalah kebanjiran PTI di negeri bukan perkara baru dan ia merupakan satu masalah besar bukan sahaja dari ,sosial tetapi juga keselamatan.

Beliau berkata kenyataan Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan, Datuk Patrick Sindu, yang meminta Ketua Menteri Sabah menggunakan peruntukan sedia ada untuk melantik enam Adun daripada golongan NGO, adalah sesuatu yang tidak wajar.

“Sebagai sebuah persatuan yang mewakili pengguna, tanggungjawab persatuan tersebut adalah mengutamakan kehendak pengguna dalam soal ekonomi, kenaikan harga barang, membantu pihak berkuasa memantau cd-cd haram yang semakin berleluasa,” katanya.

Beliau berkata persatuan pengguna itu tidak seharusnya mencadangkan pula soal politik dengan meminta dilantik semula 6 Adun yang pernah dibuat suatu ketika dulu.

Rosnah berkata semua pihak harus memainkan peranan mereka dan cadangan untuk melakukan program pemutihan semula memang baik, secara tidak langsung ia boleh mengetahui jumlah sebenar warga asing.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) akan menganjurkan Kempen Pesta Membaca Peringkat Daerah Tambunan di Dewan Terbuka, Perkarangan Tamu Daerah Tambunan pada 14 Disember 2006.

Kempen itu diadakan semasa cuti sekolah bertujuan menggalakkan murid-murid mengunjungi Perpustakaan Cawangan Tambunan dan juga menggalakkan tabiat gemar membaca.

Jurucakap PNS berkata, Kempen Membaca akan dilaksanakan di setiap daerah di negeri Sabah .

Katanya, pelancaran kempen itu diadakan di Tambunan memandangkan semasa cuti sekolah, sebilangan besar pelajar di daerah itu akan kembali ke kampung masing-masing dan mereka boleh menggunakan masa yang terluang untuk aktiviti berfaedah seperti membaca dan mengunjungi perpustakaan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna dijangka melancarkan kempen itu.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan menganjurkan Program Gotong Royong Perdana pada 17 Disember 2006 di Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas.

Program itu yang bermula jam 9 pagi akan dirasmikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.

Tujuan program itu diadakan untuk mengeratkan lagi integrasi dan memupuk perpaduan yang jitu dikalangan rakyat berbilang kaum menerusi aktiviti kemasyarakatan.

Jurucakap Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri berkata, selain aktiviti gotong-royong, upacara menanam pokok dan pameran juga turut diadakan.

Selain itu, pertandingan sukan rakyat dan pertandingan mewarna yang melibatkan rakyat akar umbi juga diadakan bagi memeriahkan lagi majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Kerajaan telah dan sedang berusaha untuk memelihara kedudukan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa utama di negara ini, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim.

Beliau berkata ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta sejajar dengan beberapa undang-undang serta akta berkaitan dengan bahasa Melayu.

“Kerajaan telah menyediakan cadangan pindaan akta bagi penguatkuasaan melalui undang-undang berhubung penyalahgunaan bahasa Melayu bertujuan memperkasakan bahasa kebangsaan.

“Setelah akta tersebut diluluskan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengambil semua langkah perlu untuk memastikan kuasa yang diberikan itu ditadbir dengan cekap dan telus,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak di Dewan Rakyat hari ini.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri antara lain meminta penjelasan sama ada terdapat cadangan oleh Kementerian Pelajaran supaya akta bahasa kebangsaan diperkemaskan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan.

Hon berkata sejak penubuhan DBP 50 tahun lalu, kerajaan telah banyak melaksanakan usaha untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan digunakan secara meluas.

“Usaha-usaha termasuk melalui arahan, ulasan, nasihat, bantuan, bimbingan, latihan atau pengawasan, sejajar dengan tujuan penubuhan DBP seperti termaktub dalam Seksyen 5 Akta DBP (Pindaan dan Perluasan) 1995.

“Namun, tindakan tegas seperti yang dicadangkan iaitu melalui pelaksanaan undang-undang wajar juga diberi perhatian. Dalam hal ini, pandangan dari semua pihak akan diambil kira sebelum sesuatu keputusan dasar dilaksanakan,” katanya.



DATUK SERI SALLEH SAID KERUAK

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) sentiasa memberikan sokongan serta kerjasama erat bagi membantu kerajaan serta badan badan agama Islam lain di negeri ini dalam usaha memperkasakan aktiviti dakwah.

Yang Dipertuanya, Tun Sakaran Dandai, berkata sokongan serta kerjasama ini selari gerak kerja USIA yang telah dilancarkan sebelum ini, yang memberikan tumpuan terhadap aktiviti dakwah sebagai aktiviti utama pertubuhan tersebut disamping aktiviti lain pendidikan,ekonomi serta sosial

“USIA berterima kasih atas sokongan serta bantuan kerajaan termasuk bantuan kewangan yang diberikan kepada pertubuhan ini dalam menjayakan setiap program selama ini dan kita akan memberikan sokongan serta kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan dalam melaksanakan aktiviti dakwah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Malam Mesra dan seterusnya merayakan majlis perpisahan bekas Setiausaha Agung USIA Datuk Dahali Mohd Elias di perkarangan bangunan USIA Sembulan, dekat sini.

Hadir sama di majlis tersebut kedua-dua Timbalan Yang Dipertua USIA, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Panglima Ampung Puyun; Setiausaha Agung USIA, Abdullah Hussin dan Penolongnyam Uda Sulai

Sehubungan itu, Sakaran meminta semua bahagian serta cawangan USIA di negeri ini memperkemaskan jentera pentadbirannya serta mengerakkan aktiviti dakwah secara lebih berkesan dan efisien.

“Kita sedang berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran masa kini yang memerlukan perhatian serta mekanisme untuk menghadapinya, termasuk cabaran sosial serta cabaran akidah ekoran dari ledakan kemajuan teknologi maklumat,” katanya



Sakaran (tengah) diiringi du timbalannya Lajim (kiri) dan Ampung ketika menyampaikan cendera kenangan kepada Dahali (kanan) di majlis itu

Category: General
Posted by: keruak
TAMBUNAN: Belia perlu memiliki ketahanan diri dan kekuatan mental untuk dijadikan perisai menghadapi gejala negatif agar mampu mempersiap diri memikul tanggungjawab kepada rakyat dalam sebuah negara maju menjelang Tahun 2020.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata semua pihak perlu menyesuaikan pendekatan membangunkan golongan belia demi melahirkan modal insan yang dapat diharapkan untuk menjadi tunjang kepada pelaksanaan rancangan pembangunan dan kemakmuran negara.

“Kerajaan telah memberi tumpuan khusus terhadap pembangunan belia kerana golongan belia membentuk hampir separuh daripada keseluruhan penduduk negara. Kerajaan memberi tumpuan khusus membangun belia atas kesedaran bahawa belia merupakan harta negara yang paling penting,” katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian ketika merasmikan majlis penutupan Perkhemahan Belia “Y2Y” Peringkat P.180 Keningau di Tandarason Recreation & Country Club (TRCC) di sini.

Seramai 89 belia dan beliawanis menyertai perkhemahan dua hari itu. Sepanjang perkhemahan peserta yang terdiri 40 lelaki dan 49 perempuan diberikan pendedahan tentang aspek kepimpinan, kemahiran diri dan menangkis ancaman najis dadah.

Menurut Pairin lagi, kerapuhan semangat dan kelonggaran hubungan kekeluargaan kadang-kadang menjadi penyebab kepada konflik diri remaja seperti penyalahgunaan dadah, gangsterisme, buli, penderaan dan sumbang mahram.

“Penyelidikan yang dilakukan turut mendapati belia sendiri menjadi punca kepada gejala-gejala negatif umpamanya belia tidak mahu mengubah diri dan kurangnya pendedahan kepada aktiviti berpersatuan.

Terdahulu Pengerusi Penganjur Daniel Kinsik berkata penyertaan remaja dalam perkhemahan itu amat menggalakkan, malah terdapat cadangan meminta agar perkhemahan itu dipanjangkan tempohnya.

Turut hadir Pegawai Daerah Thomas Angor yang telah menyampaikan beberapa ceramah dan Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan Keningau, Hamzah Md Tahir.



DANIEL (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Pairin pada majlis itu.
Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Jabatan Belia dan Sukan (JBS) mengadakan program Rakan Muda Wawasan Desa IPT untuk mewujud dan menanam nilai-nilai kepimpinan di kalangan intelek terutama dalam membantu kerajaan mengukuh serta membangunkan jalinan integrasi yang erat di kalangan masyarakat setempat.

Penolong Pengarah (Sukan) JBS Labuan, Azman Musa, berkata program itu juga bertujuan memberi kesedaran dan pemahanan kepada golongan intelek terhadap peranan dan tanggungjawab dala pencapaian pembangunan modal insan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian penutupan program Rakan Muda Wawasan Desa IPT di Kampung Lubok Temiang, kelmarin.

Timbalan Pengarah (HEP dan Alumni), Mohd Faisol Ibrahim yang mewakili Pengarah UMS-KAL, Prof Dr Syed Azizi Wafa merasmikan program berkenaan.

Pada program itu, seramai 78 mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) menjadi anak angkat kepada penduduk kampung tersebut sekaligus menyertai pelbagai aktiviti seperti bicara bersama pemimpin, menanam pokok bunga raya, kebudayaan dan sukaneka.

Program itu dianjurkan bersama JBS dan UMS-KAL dengan kerjasama Majlis Belia Labuan (MBL), JKKK Kg Lubok Temiang dan Persatuan Belia Kg Lubok Temiang.

Hadir sama Ketua Kampung Lubok Temiang, Alias Husin dan keluarga angkat.

Sementara itu, Mohd Faisol berkata program itu diharap dapat menggerakkan jentera muda iaitu mahasiswa belia sebagai pemangkin kepada perubahan sosial.

Katanya, ia mampu mewujudkan rangkaian kerjasama erat antara masyarakat desa dengan institusi pengajian tinggi di samping mengukuhkan jalinan hubungan agensi berkaitan bagi mencapai matlamat pembangunan negara.

“Program itu dapat membina keharmonian dan kemakmuran masyarakat desa dalam bidang ekonomi, sosial dan politik berasaskan ilmu pengetahuan yang disalurkan melalui mahasiswa,” katanya.



Mahasiswa UMS-KAL bergambar bersama penduduk kampung pada program Rakan Muda Wawasan Desa IPT di Kg Lubok Temiang

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri ini bukan sekadar ‘cakap-cakap politik kosong’ tetapi berlandaskan teori ekonomi yang terperinci.

PembAntu Menteri Pembangunan Perindustrian, Jainab Datuk Ahmad, berkata agenda pembangunan yang dibawa pemimpin BN dilakukan dengan mengambil kira pelbagai aspek berkaitan pembangunan ekonomi dan sosial.

“Dengan perancangan betul dan terperinci, kemajuan dicapai juga perlu disokong kerja kuat, kepandaian dan kerjasama. Saya kesal tindakan pembangkang yang mengatakan pembangunan BN hanya cakap-cakap kosong.

“Apa yang kita dapati pada hari ini adalah daripada kerajaan BN Sabah yang begitu prihatin dengan masalah rakyat. Pembangkang hanya tahu bercakap tetapi tidak serupa bikin.

“Hanya dengan cara ini rakyat dapat memanfaatkan kemajuan yang dicapai secara menyeluruh dan berkesan,” katanya ketika Perjumpan dengan Rakyat di Balairaya Taman Jaya Diri, Kuala Menggatal semalam.

Lebih 100 orang daripada perumahan Taman Jaya Diri dan Bukit Setia menghadiri Taklimat DBKK anjuran bersama DBKK, JASA dan Unit PKR Karambunai.

Turut hadir PKR Karambunai, Manjah Awang Bahar, wakil DBKK, Dzulcarnean Abdul Rahman, wakil Jasa, Wan Maridah Chomar dan ketua-ketua blok dua buah perumahan.

Menurutnya, pelaksanaan projek-projek kerajaan BN tidak akan membawa kesan sekiranya masyarakat pelbagai kaum di negeri ini khususnya DUN Karambunai tidak mendapat manfaat.

“Apa yang dibawa oleh kerajaan selama ini ialah pembangunan yang menyediakan peluang kerja kepada semua golongan masyarakat. elain menjana ekonomi kepada penduduk setempat, pembangunan yang ada harus dilakukan untuk menarik lebih ramai pelabur dan pelancong,” katanya.

Jainab yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Karambunai turut menangkis tomahan pembangkang yang mengatakan rumah setinggan tidak diberi perhatian oleh kerajaan BN Sabah.

“Kita sedia maklum apabila mereka (penduduk setinggan) menduduki tanah kerajaan tentunya agak sukar untuk menyalurkan pembangunan asas seperti bekalan air dan elektrik, langkah terbaik yang mereka gunakan dengan mencuri bekalan air dan elektrik akhirnya sering berlaku malapetaka seperti kebakaran. Ini adalah satu kesalahan,” katanya.



Jainab memberi penerangan bentuk bantuan yang disediakan kerajaan BN kepada penduduk perumahanTaman Jaya Diri dan Taman Bukit Setia di Kuala Menggatal.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Seramai 35 peserta menamatkan Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (MLVK) di bawah Kementerian Sumber Manusia sepanjang dua hari dan berkahir semalam.

Kursus itu diadakan di Pusat Bimbingan Usahawan Negeri Sabah (PBUNS) dikendalikan penceramah jemputan dari MLVK Putrajaya, Ghalip Spahat dan tenaga pengajar pusat bertauliah MLVK.

Sasaran kursus tersebut ialah pengurus dan tenaga pengajar yang membuka pusat bertauliah swasta dan awam seperti pusat latihan persendirian jahitan, pusat kecantikan, pusat latihan komputer, pusat dandanan rambut, mekanik dan lain-lain yang ingin menaikkan taraf dan menjadi pusat bertuliah MLVK secara sah.

Kursus ini dianjurkan Aby Training dengan kerjasama Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

Pengurus Aby Training, Eddy Ridzwan Mohd Yusslee, berkata tahun depan dua kursus akan dijalankan iatu ‘Kursus Induksi Pegawai Penilai-Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT)’ dan ‘Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (MLVK)’.

Tujuan kursus ialah untuk memberi kefahaman kepada calon yang ingin mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui kaedah Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) iatu mereka hanya perlu kemukakan bukti ketrampilan tanpa perlu menduduki ujian.



Penceramah Ghalip Spahat dari MLVK Putrajaya menerangkan mengenai kursus tersebut kepada perserta Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Category: General
Posted by: keruak


Gadis dari Kampung Binaong, Keningau, Jenifer Edmund, 21,(tengah)dimahkotakan sebagai ratu cantik sempena Pesta Koningau 2006 yang diadakan di Keningau.

Dia diapit oleh Lydia Nasly, 22,(dua dari kiri) dari Kampung Tulid, dan Helcie Juty, 20,(kanan sekali) dari Kampung Mansiat, dan Denise Esther Gukar, 22,(kiri sekali) dari Mottou, selaku naib johan, ketiga dan keempat pertandingan ratu cantik itu.

Pesta Koningau 2006 disertai 20 gadis sekitar daerah Keningau dan dirasmikan oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat Liawan, Rosdi Padiman, yang mewakili Ketua Umno Keningau, Datuk Sairin Karno.

Category: General
Posted by: keruak
KINABATANGAN: Pesta Sungai yang diadakan setiap tahun di daerah ini bukan sahaja menjadi wadah penyatuan dan perpaduan suku Sungai, tetapi juga untuk memelihara warisan bangsa berkenaan untuk tatapan generasi masa hadapan.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Datuk Aklee Abbas, berkata Pesta Sungai merupakan pesta yang dapat menyampaikan satu matlamat cukup murni iaitu bagi memelihara warisan, budaya dan tradisi suku kaum Sungai.

Menurutnya, melalui pesta itu terdapat usaha menyemai benih rasa cinta dan bangga dalam bentuk pewarisan budaya serta tatalaku masyarakat agar budaya dan tradisi suku kaum Sungai dapat terus segar dan utuh di kalangan generasi muda.

“Justeru, saya melihat pesta ini adalah merupakan satu perayaan yang besar ertinya kepada kita semua,” katanya berucap merasmikan Pesta Sungai Kinabatangan 2006 diadakan di Pekan Kota Kinabatangan, dekat sini.

Aklee lagi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau berkata sebagai satu pesta yang terbesar di daerah ini yang penuh dengan keunikan dan tarikan kebudayaan suku kaum sungai, ia secara langsung dapat memperkenalkan kebudayaan dan adat resam suku kaum berkenaan.

Beliau yakin jika pesta seumpama itu terkenal di seluruh Sabah dan di luar negara, maka semakin mudah daerah Kinabatangan mencapai matlamat menjadi sebuah destinasi pelancongan.

Hadir sama pada majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut, Johnny Intang; Pegawai Daerah Kinabatanagan, Abdul Latif Kandok; Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Kinabatangan, Latip Amat; Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran Kinabatangan,Hamra Liwangsa; Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kinabatangan, Harun Ariffin; Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Sukau, Abdul Agas; Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Kuamut, Majid Lindan; dan Ketua Daerah Kinabatangan, Ahdah Sulaiman



Abdul Latif (kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Aklee (kiri) sebagai tanda penghargaan pada majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
SANDAKAN: The Sabah Volleyball Association (SAVA) will hold a State-Level Youth Under-20 Volleyball Championship 2006 at Sandakan community centre on January 27-30, next year.

SAVA secretary, Abdul Sabur disclosed that eight participating teams representing 8 districts or zones throughout the State namely Beluran, Kota Marudu, Lahad Datu, Semporna, Kota Kinabalu Utara and Kota Kinabalu Selatan, Tawau and host Sandakan are expected to participate for the Championship for the challenge trophy of the State Minister of Youth and Sports, Datuk Masidi Manjun, who himself is expected to grace the opening.

Abdul Sabur added, SAVA president, Alipudin Puyon will closed the championship on the last day of the tournament, on January 30.

For further information, the participating teams could contact the secretary at mobile no 013-8931468.



Alipudin (sitting 3rd at left), Abdul Sabur (standing 2nd left) and Haji Awang Kadin (standing at centre) with other organizing committee members.

Category: General
Posted by: keruak
MENGGATAL: Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Jainab Datuk Ahmad mengingatkan ibu bapa supaya lebih peka terhadap keperluan pendidikan anak dengan meluangkan masa bersama anak-anak mereka.

Katanya, ia penting untuk memastikan anak-anak mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan seterusnya berjaya dalam hidup di masa depan.

Ketika ini, katanya, daya saing dunia pendidikan semakin hebat dan memerlukan penguasaan dalam bidang tertentu terutama teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta kemahiran berbahasa Inggeris.

Beliau berkata konsep belajar `2jam 3jam’ yang diperkenalkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui Kemas mampu melahirkan modal insan berwibawa dan berdisiplin.

“Konsep ini dapat membentuk modal insan yang bukan sahaja pandai, tetapi bijaksana. Hasrat kita ialah melahirkan satu bangsa yang tidak mudah diperolok bangsa lain atau negara besar,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena pelancaran Kempen `Mari Belajar 2 Jam 3 Jam’ kawasan Parlimen Sepanggar di Dewan Masyarakat Pekan Menggatal, hari ini. Lebih 350 orang hadir pada majlis itu.

Turut hadir Ahli Parlimen Sepanggar, Eric Majimbun’ Adun Inanam, Johnny Goh; Pegawai Kemas Daerah Kota Kinabalu, Arshad Asli; dan Penyelia Perhubungan Kemas, Nurnis Jamron.

Jainab berkata kerajaan menyediakan pelbagai bantuan bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan sempurna termasuk pemberian bantuan buku teks dan pakaian kepada golongan kurang berkemampuan.

"Ibu bapa tidak harus berpuas hati dengan menyediakan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal kepada anak-anak. Mereka perlu mendidik anak-anak mereka menjadi lebih bertanggungjawab.

“Sekiranya program ini diamalkan oleh ibu bapa setiap hari ia tentu akan memudah kita membentuk modal insan yang bukan shaja minda kelas pertama tetapi juga yang bijaksana,” katanya.

Kempen `Mari Belajar 2 Jam 3 Jam’ telah dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Mei lalu di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Program itu turut menekankan keperluan pelajar mengulang kaji pelajaran di rumah sekurang-kurangnya dua jam sehari bagi sekolah rendah dan tiga jam bagi sekolah menengah.



Jainab (tengah) menyaksi konsep pembelajaran 2 jam 3 jam anjuran Kemas di Dewan Masyarakat Pekan Menggatal sambil diperhatikan Adun Inanam, Johnny Goh dan Ahli Parlimen Sepanggar, Eric Majimbun.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Sakaran Dandai mengajak ahli jawatankuasa tertinggi pertubuhan itu agar menanamkan budaya bekerja berpasukan bagi memastikan segala program dirancang dapat dijayakan sepenuhnya.

Katanya, tanggungjawab yang diberikan oleh perwakilan yang memilih mereka menduduki barisan tertinggi pertubuhan itu merupakan amanah yang perlu digalas serta dilaksana selaras misi USIA sebagai sebuah pertubuhan agama yang cemerlang dan mampu mengangkat martabat Islam di negeri ini.

“Kita mempunyai tanggungjawab besar sebagaimana terkandung dalam rangka kerja yang menjadi panduan USIA menjalankan gerakan dakwah secara lebih efektif dan berkesan di samping program lain seperti pendidikan, ekonomi dan sosial,” katanya ketika memulakan mukadimah pada mesyuarat penuh jawatankuasa tertinggi pertubuhan itu di Ibu Pejabat USIA Sembulan petang Kemarin.

Pada mesyuarat ini, Sakaran turut menyaksikan lafaz ikrar setiap ahli jawatankuasa tertinggi yang dipilih dan dilantik yang diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua USIA Datuk Seri Panglima Lajim Ukin.

Menurut Sakarani, tahun 2007 USIA akan melaksana lebih banyak program dakwah serta program pembangunan modal insan khusus untuk ahli-ahlinya serta masyarakat islam di negeri ini bagi membantu kerajaan menegakkan syair islam.

Di samping itu, ia untuk memberi penekanan terhadap pembinaan umat Islam berkualiti, beragama, bekerja dan cemerlang dalam tindak tanduk seharian yang mampu menikmati serta menyambung proses pembangunan negara.



Sakaran (duduk) ketika menyaksi dan mendengar Lafaz Akujanji dari barisan ahli majlis tertinggi USIA yang diketuai oleh Timbalannya Lajim pada mesyuarat tersebut.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Majlis penyerahan tugas Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) daripada bekas penyandangnya, Datuk Dahali Mohd Elis kepada pengganti, Abdullah Hussin, diadakan di Ibu Pejabat USIA Sembulan pagi kemarin.

Dahali yang mula menjadi keluarga USIA pada 1977 merupakan Pengarah Kebajikan pertubuhan itu sebelum dilantik sebagai Setiusaha Agung (1 Jun 1999 hingga 1 Disember 2006) iaitu berkhidmat selama 7 tahun.

Abdullah sebelum ini pernah menjadi ahli majlis tertinggi USIA selama dua panggal dan diberi kepercayaan pucuk pimpinan USIA untuk memikul tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung yang baru untuk sesi 2006-2009.

Sebelum itu, Abdullah mengadakan perjumpaan tertutup dengan kakitangan USIA dan meminta mereka membudayakan bekerja dalam satu pasukan bagi menjayakan segala program yang diatur.



Category: General
Posted by: keruak
KENINGAU: Barisan Nasional (BN) Keningau akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya tiga bulan sekali untuk menjana kerjasama parti komponen dalam melaksanakan pembangunan rakyat serta mengenal pasti isu-isu yang memerlukan penyelesaian segera.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Keningau Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan berkata parti-parti komponen di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Keningau perlu memperhebat gerakan menangani masalah dihadapi penduduk di samping menjelaskan dasar Kerajaan yang diputar-belitkan pihak-pihak tertentu.

“Kita perlu mengadakan kegiatan yang merangkumi keseluruhan anggota BN dan tidak tertumpu hanya kepada parti-parti komponen semata-mata,” katanya.

Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau menyatakan demikian selepas mengadakan mesyuarat jawatankuasa BN Keningau di sini hari ini. Mesyuarat itu disertai pemimpin parti-parti komponen yang meliputi PBS, Umno, Upko, PBRS, MCA dan SAPP dari setiap kawasan DUN.

Menyentuh agenda mesyuarat itu, Pairin menyatakan ia meliputi tanggungjawab pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), membasmi kemiskinan, dasar-dasar Kerajaan dan isu-isu semasa.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor Justin Guka. Manakala Adun Liawan Datuk Sairin Karno yang berada di luar daerah diwakili Ketua Pemuda dan Ketua Wanita Umno Bahagian Keningau.



PAIRIN (tengah) bergambar bersama ahli jawatankuasa BN Keningau selepas mesyuarat hari itu. Turut kelihatan Justin Guka (tiga dari kanan).

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Seramai 40 belia dan beliawanis dari seluruh Wilayah Persekutuan Labuan menghadiri program Imamah sempena Seminar Penghayatan Islam Hadhari di Surau Kampung Batu Manikar, kelmarin.

Pada majlis itu, satu ceramah mengenai Islam Hadhari bertajuk “Kepimpinan Belia Ke Arah Pembangunan Modal Insan” disampaikan Pengurus Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Cawangan Labuan, Ahmad Sharizal Ahmad Saffian.

Program Imamah atau Kepimpinan dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dengan kerjasama Majlis Belia Labuan (MBL) dan JKKK Kg Batu Manikar.

Majlis itu dirasmikan Pengarah JASA Labuan, Rahimah Lamat.

Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Zawiah Mohamad, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan, Ab Rasil Hajatil, Naib Presiden 1 MBL, Suib Nasir dan Ketua Kampung Batu Manikar, Tahir Mohamad.

Hadir sama Penolong Pengarah JBS, Azman Musa, dua pegawai luar JASA, Arif Buang dan Kamil Dollah serta pegawai kanan Jabatan Penerangan Labuan.

Menurut Rahimah program itu bertujuan untuk menjana fikiran yang terbuka di kalangan masyarakat termasuk belia dan menghindari pemikiran jumud dan taksub terhadap penyebaran maklumat berbentuk dakwah yang tidak berasas.



Rahimah Lamat (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Suib Nasir pada majlis program Imamah di Surau Kampung Batu Manikar, Labuan , kelmarin.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Pembabitan belia dalam kegiatan persatuan dan kemasyarakatan sama ada pada peringkat kawasan, mukim dan daerah, boleh membantu membendung gejala sosial dan salah laku di samping mendekatkan diri remaja untuk berdikari.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Jainab Datuk Ahmad berkata Persatuan Pengakap kini boleh dijadikan sebagai platform kegiatan untuk mengisi masa lapang.

Beliau berkata, bidang itu turut mengajar para belia lebih berdisiplin, berwibawa dan lebih terkebukaan dalam menghadapi cabaran masa kini.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan melalui sentiasa memberi perhatian dan galakan terhadap kegiatan berpersatuan di negeri ini, sekali gus memastikan ia membabitkan semua peringkat remaja dan pelajar untuk mengelak terlibat dalam gejala sosial.

"Kita mahu rakyat di negeri ini menjadikan semangat pengakap yang menitikberatkan perasaan kasih sayang tanpa mengenal batas kaum dan agama sebagai asas pegangan, bagi memelihara perpaduan dan keharmonian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perjumpaan dengan 15 ahli Pengakap Daerah Inanam di pejabat beliau semalam.

Hadir sama Peusuruhjaya Pengakap Daerah, Ahmad Tariq dan Penolong Pemimpin Pengakap, Tajip Tassan.

Menurut Ahmad Tariq, kira-kira 120 kontinjen dari Sabah dan empat sekolah terpilih mewakili daerah Inanam ke Jambori Pengakap ke 11 di Hutan Rekreasi Hulu Bendang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan bermula pada 12 dan 13 Dec ini.



Jainab menerima cendera kenangan daripada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Inanam, Ahmad Tariq semasa kunjungan hormat itu.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Pertubuhan Sabah Bajau Bersatu (USBO) menyifatkan sebagai `idea songsang’ cadangan supaya ditangguhkan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Sabah sehingga isu berkaitan pendatang tanpa izin (PTI) diselesaikan terlebih dahulu.

Presiden USBO, Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata cadangan seperti itu juga tidak logik sama-sekali kerana ia hanya akan menyebabkan Sabah terus ketinggalan dalam perlumbaan mengejar pembangunan.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata agenda pembangunan RMK-9 yang merangkumi tempoh 2006-2010 adalah perancangan Kerajaan Pusat untuk membangunkan negara keseluruhannya dalam semua aspek, termasuk ekonomi, sosial, keselamatan dan pentadbiran am.

Katanya, sepanjang RMK-9, Sabah diperuntukkan sejumlah RM15.7 bilion, jauh mengatasi peruntukan RM13.2 bilion yang diberi sepanjang Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8).

“Jika pelaksanaan sebegitu besar peruntukan ditangguhkan, Sabah akan tertinggal dan sudah pasti, ia akan dimanipulasi pula oleh pembangkang bagi kepentingan politik mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Keadilan Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang menyarankan agar kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan RMK-9 sehingga isu berkaitan PTI diselesaikan.

Salleh yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata penyediaan peruntukan besar untuk Sabah sepanjang RMK-9 menunjukkan komitmen Kuala Lumpur membangunkan negeri ini setanding negeri lain.

Justeru, beliau optimis Sabah bakal menyaksikan proses pembangunan yang rancak dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Isu berkaitan PTI adalah soal keselamatan dan Kerajaan Pusat sudah menyatakan komitmen untuk menyelesaikannya secara berperingkat.

“Dalam lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Sabah baru-baru ini, beliau (Najib) telah menyatakan usaha yang dilaksana kerajaan mengatasi isu berkaitan PTI termasuk menggunakan saluran diplomatik,” katanya.

Sambil membidas Keadilan, Salleh berkata semua pihak perlu memberi sokongan dan sepenuh kepercayaan kepada kerajaan, sama ada di peringkat Pusat mahupun negeri untuk menyelesaikan isu berkaitan PTI.

“Kita mestilah bersikap proaktif dan memberi sepenuh sokongan kepada kepimpinan kerajaan negeri di bawah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, bagi mencari penyelesaian berkekalan terhadap masalah ini,” katanya.

Beliau menegaskan tidak ada sebab kenapa Misi Nasional RMK-9 yang menggariskan lima teras utama perlu ditangguhkan pelaksanaannya kerana itulah sebenarnya bakal menjadi pemangkin pembangunan negeri.

“Pembangkang nampaknya sudah ketandusan isu. Jika kita tidak melaksanakan agenda RMK-9, mereka akan kritik dan menuduh Sabah dalam gerhana pula,” katanya.



Datuk Seri Salleh Said Keruak
Category: General
Posted by: keruak
KOTA BELUD: Kampung Siasai Jaya, yang terletak di pinggir pekan ini, kini semakin popular dengan penghasilan pelbagai jenis parang yang ternyata mendapat sambutan, terutama pelawat dari luar.

Perusahaan pembuatan parang di kampung itu dijalankan secara tradisi oleh beberapa penduduk, antaranya Ramlan Salun, yang mewarisi kemahiran pertukangan itu daripada orang tuanya.

Dengan seni ukiran tersendiri, sama ada pada bilah besi mahupun sarung kayu, parang yang dihasilkan di Kampung Siasai Jaya ini dikatakan antara yang cantik dan halus pembuatannya.

Harganya berbeza mengikut saiz, ukiran dan jenis barang, sesetengahnya mencecah sehingga RM200 setiap satu.

Ramlan berkata parang yang dihasilkan penduduk kampung itu dipasarkan di Tamu Mingguan setiap Ahad di pekan Kota Belud selain ada juga diborong oleh peniaga untuk dijual di kawasan lain.

Selain itu, ramai juga pelancong asing datang terus ke kampung itu untuk membeli parang yang dihasilkan selain tempahan individu, termasuk dari Semenanjung.

Beliau turut memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak telah meluluskan peruntukan bagi mendirikan sebuah bangunan untuk menempatkan semua pengusaha parang di kampung itu.

Katanya, selain bagi membina bangunan, peruntukan yang diberi itu juga termasuk bagi pembelian peralatan bagi pembuatan parang.



RAMLAN menunjukkan sebahagian parang yang dihasilkan di Kampung Siasai Jaya.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Penggambaran `Misteri Balan Balan The Movie’ sudah bermula awal bulan ini dengan berlatar belakang bandar raya Kota Kinabalu dan Tanjung Aru.

Seramai 36 krew produksi dibawa dari Kuala Lumpur oleh Mar Production Sdn Bhd, yang diketuai penerbitnya, Datu Omar Ali Datu Aliuddin dan pengarah, Amith Abidin Aw, Fdam.

Kali ini `Misteri Balan Balan The Movie’ telah memilih Kota Belud sebagai lokasi utama penggambaran itu yang dijangka mengambil masa 36 hari, penggambaraan termasuk lokasi di Kuala Lumpur .

Pengarah Misteri Balan Balan The Moview, Amith Abidin Aw, berkata untuk filem berkenaan sebanyak RM1.2 juta kos perfileman dan RM300,000 kos promosi. Dana diperolehi daripada Finas dan Mar Production.

Tahun lalu, Mar Production telah membuat VCD mengenai balan-balan Mengikut jadual, Misteri Balan Balan The Moview dijangka ditayangkan tahun depan.

Sementara itu, Datu Omar Ali berkata pembikian filem lebih sukar berbanding membuat telemovie berbentuk VCD dan drama berepisod.

“Ia memerlukan masa, keadaan dan sikap sesetengah krew yang adakalahnya memeningkan kepala,” katanya ketika ditemui di perkarangan Hotel Megah D’ Aru, Tanjung Aru, sebelum krew produksi itu berangkat ke Kota Belud untuk penggambaraan selama 20 hari.

Tambah Datu Omar, ini merupakan penampilan awal Mar Production mengorak selangkah menerjuni bidang perfilemen. Sebelum ini, ia hanya membuat slot drama untuk RTM, Tv3 dan Astro.

Krew produksi Mar Production telah menyediakan peralatan dua kamera, empat van untuk mengangkut peralatan penggambaraan, juruteknikal daripada Finas dan tenaga kerja orang Sabah sendiri selain dibantu tenaga kerja mahir dalam perfileman dari Kuala Lumpur .

Penulis skrip Nini Farizha dan Abham Abwah, manakala panel skrip Mohd Fuad Bebit dan Zairul Anuar Mohd Dawam.

Barisan pelakon utama turut mengekalkan Nasie Bilal Khan sebagai Jalal Maran, Julia Hana membawa watak sebagai Diana Dina, pelakon baru Rosita Che Wan sebagai kakak kepada Julia Hana (Dania Dana), Cico Harahap (Daniel), Dato Aziz Singah (Prof Aziz).

Sementara pelakon dari Sabah pula Bobby Sukiran (Ramona), Norsahar Ahmad (Doktor Midin), Asmawan Adol (Pegaw), Abu Bakar Ellah (Bakarela) dan pelakon vateran seperti Uji Rashid dan Dato Mustapha Maarof.

Pelakon tambahan seperti Adam Af2, Linda Af2, Marsha AF3, Felix AF2, Azharina Azhar serta beberapa pelakon tambahan dan orang kampung dari Pekan Kota Belud.



Pelakon lama dikekalkan Cico Harahap (Daniel) dan pelakon baru Rozita Che Wan membawa watak Dania Dana kakak kepada Julia Hana (Diana Dina)



Penerbit Mar Production, Datu Omar Ali Datu Aluddin.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Persatuan Pemilik Kenderaan Bermotor Malaysia (MOVA) Cawangan Sabah menyambut baik usaha kerajaan melaksana pendidikan keselamatan jalan raya di 1,000 sekolah rendah terpilih di negara ini bermula April tahun depan

Penanung MOVA Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata usaha ini wajar dilaksana bagi memberikan pendidikan awal khususnya kepada pelajar sekolah berhubung aspek keselamatan semasa di jalan raya.

“Kita mengalu-alukan langkah tersebut dan ini merupakan mekanisme awal yang perlu kita terapkan dalam sistem pendidikan bagi memberi kesedaran awal kepada pelajar berhubung aspek keselamatan jalan raya,” katanya.

Selesa lepas, laporan akhbar menyebut bahawa pendidikan keselamatan jalan raya akan mula diperkenalkan di 1,000 sekolah rendah terpilih bermula tahun depan.

Lajim yang juga Wakil Rakyat Kawasan Klias berkata seharusnya pendidikan keselamatan jalan raya diperkenalkan di peringkat sekolah rendah lagi di mana pelajar sekolah juga merupakan antara pengguna jalanraya di negara ini.

“Dengan adanya pendidikan di peringkat sekolah ini, kita berharap ia dapat membentuk generasi muda yang memiliki disiplin,berhemah, menghormati peraturan serta sentiasa berhati hati semasa di jalan raya” katanya.



Datuk Lajim Ukin

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak (gambar) mengesyorkan agar Kementerian Pertahanan menetapkan syarat separuh daripada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Sabah dan Sarawak dihantar dari Semenanjung dan begitu juga sebaliknya.

Beliau berkata langkah tersebut perlu untuk membantu proses merapatkan hubungan antara anak-anak muda di ketiga-tiga wilayah Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Katanya, walaupun mungkin membabitkan tambahan kos pengangkutan, namun ia perlu dipertimbangkan dengan mengambil kira kepentingan serta kebaikan jangka panjang.

“Saya mengesyorkan agar 50 peratus peserta PLKN di Sabah dan Sarawak dihantar dari Semenanjung, begitu juga 50 peratus dari Sabah dan Sarawak dihantar mengikuti PLKN di Semenanjung,” katanya ketika perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat hari ini.

Mengikut laporan, jumlah peserta PLKN tahun depan meningkat kepada 100,000 orang berbanding 85,000 orang pada 2006 dan 95,000 orang 2005.

Jumlah pelatih pada 2007 itu akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan Kumpulan 1 seramai 34,301 orang, Kumpulan 2 (35,114 orang) dan Kumpulan 3 (30,585 orang).

PLKN diperkenalkan oleh kerajaan sejak 2004 dan antara lain bertujuan membentuk disiplin diri kalangan remaja selain menjadikan diri mereka lebih sayang, bangga dan sedia mempertahankan negara.

Matlamat, skop latihan dan cara pengendalian PLKN 2007 masih mengekalkan empat modul teras iaitu Modul Fizikal, Modul Kenegaraan, Modul Khidmat Komuniti dan Modul Karektor.

Sejak PLKN bermula pada 2004 sehingga Siri ke 3/2006 berakhir 16 September lalu, seramai 204,228 orang sudah mengikutinya.

Salleh berkata program pertukaran peserta PLKN juga diyakini mampu memupuk integrasi nasional kerana ia membolehkan kalangan peserta mengenali adat dan budaya masyarakat pelbagai kaum di sesebuah negeri.



DATUK SERI SALLEH SAID KERUAK

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Bidang sukan bukan sahaja medan melahirkan ahli sukan semata-mata, tetapi sebenarnya ia juga berperanan menjadi landasan memupuk perpaduan rakyat.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr Mohd Noh berkata menerusi sukan, semua rakyat dapat bersatu dan berinteraksi tanpa mengira pangkat, budaya, agama, bangsa dan pendidikan.

Katanya, aktiviti sukan sangat bermakna bukan hanya sebagai usaha melahirkan kakitangan yang sihat malah menjadi medan membentuk jati diri, disiplin, semangat bekerjasama dalam satu bumbung selain mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan atau peserta.

Beliau berkata melalui budaya bersukan dalam situasi kalangan warga kerja, sudah tentu menjadikan kakitangan akademik mahupun bukan akademik memupuk sikap positif ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang.

“Bersukan juga memberikan impak yang berguna kepada kesihatan badan dan mental, “ katanya ketika berucap menutup Kejohanan Sukan Staf UMS ke-7 di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Pada temasya itu, empat pasukan iaitu Twin Tower , UMS-KAL, Esteem dan De’ Arts menyertai 14 acara sukan serta karaoke dan kugiran yang akan memilih atlit terbaik bagi mewakili UMS ke Kejohanan Sukan Antara Universiti Malaysia tahun depan.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik), Prof Dr Sanudin Tahir, Pengarah UMS-KAL, Prof Dr Syed Azizi Wafa dan Setiausaha Kejohanan, Mohd Asyraaf Abdullah.

Mohd Noh berkata melalui sukan juga, semangat cintakan Negara dan universiti melalui integrasi dapat disemai tanpa mengira, kaum, agama dan bangsa.

Sambil mengucapkan tahniah kepada pasukan yang berjaya, beliau berkata penganjur perlu lebih gigih mengelolakan kejohanan itu bagi memastikan ianya berjalan lancar dan cemerlang seiring dengan universiti dan memastikan penglibatan kakitangan dalam usaha melahirkan masyarakat yang sihat dan aktif.

Dalam pada itu, kontinjen Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) menduduki tempat kedua pada kejohanan sukan staf UMS itu.

Kontinjen itu yang diketuai Pengarahnya, Prof Dr Syed Azizi Wafa memperolehi lima emas melalui acara boling lelaki, dart, bola tampar lelaki, hoki dan bola jaring; empat perak iaitu badminton, bola tampar wanita, bola sepak veteran dan catur.

Tiga pingat gangsa yang diperolehi ialah pool, sepak takraw dan ping pong.



Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Noh (baju batik) bersama sebahagian anggota kontinjen UMS-KAL yang menyertai Sukan Staf UMS ke-7 2006

Category: General
Posted by: keruak
KUALA PENYU: Sejumlah RM35,000.00 diluluskan bagi melaksana dua projek untuk belia dan masyarakat setempat di Kampung Linsuk, dekat sini, iaitu RM20,000 untuk pembinaan astaka dan RM15,000 untuk membina pondok belia.

Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin ketika mengumumkan peruntukan itu berharap projek berkenaan dimanfaatkan golongan belia sebagai pusat riadah dan aktiviti, sekali gus mengelak mereka terjebak dengan gejala sosial.

“Golongan belia adalah aset terpenting negara pada masa depan, justeru mereka perlu diberi perhatian sewajarnya,” katanya ketika berucap merasmikan Penutupan Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional Siri 2 di Kampung Linsuk, dekat sini.

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk John Ghani; Pegawai Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Said Abdul Azis; dan Pengerusi JKKK Kampung Linsuk, Sirin Kahmis.

Seramai 64 belia dari Wilayah Persekutuan menyertai program itu di mana mereka ditempatkan bersama keluarga angkat masing masing selama seminggu dan pada masa sama menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan serta kebudayaan .

Lajim yang juga Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) berkata dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9), golongan belia menjadi kumpulan sasaran dalam aspek pembangunan modal insan dan ia akan terus diberi penekanan.



Lajim menerima cendera kenangan daripada Pegawai JBS Labuan Said Abdul Azis selepas merasmikan program tersebut

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Kementerian Pelajaran menjelaskan bilangan sekolah yang perlu dibina di sesebuah negeri atau sesuatu kawasan tertakluk kepada bilangan penduduk dalam lingkungan umur persekolahan.

Setiausaha Parlimen kementerian itu, P Komala Devi, berkata aspek lain yang turut diambil kira dalam membuat keputusan mengenai perkara itu termasuk taburan penduduk mengikut lokasi.

Ketika menjawab soalan Datuk Seri Salleh Said Keruak (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata nisbah penduduk bersekolah dengan jumlah sekolah di seluruh negara sekarang ialah 656 orang bagi setiap sebuah sekolah.

“Ini berdasarkan bilangan sekolah di bawah Kementerian Pelajaran setakat 31 Januari tahun ini dan anggaran penduduk dalam lingkungan umur persekolahan,” katanya.

Namun begitu, katanya, setakat ini tiada norma yang menunjukkan nisbah sekolah kepada penduduk dijadikan sebagai intikator perbandingan antarabangsa.

Salleh dalam soalannya meminta Kementerian Pelajaran menyatakan nisbah bilangan sekolah dengan bilangan penduduk dan sama ada ia seimbang, selain meminta penjelasan langkah yang diambil untuk memastikan ia terus seimbang.



DATUK SERI SALLEH SAID KERUAK

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Sebahagian besar analisis penapisan penduduk tempatan setinggan Sri Tanjung, Putatan yang layak ditempatkan semula kerana terlibat dengan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dijangka dapat disiapkan akhir tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Penduduk Setinggan Sri Tanjung, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata penduduk setinggan Sri Tanjung yang terlibat meliputi sekurang-kurangnya 600 keluarga dan kira-kira 3,000 penduduk.

“Proses analisis sudah tentunya melibatkan penduduk tempatan (warganegara) Malaysia yang diharapkan dapat disiapkan selepas satu atau dua kali mesyuarat lagi … keluarga yang berjaya dalam tapisan akan mula dipindahkan ke Kinarut sebaik perumahan 585 unit siap penghujung Februari 2007 ,” katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian kepada media selepas meninjau perkembangan pembesaran KKIA dan pembinaan penempatan setinggan orang tempatan Sri Tanjung ke Kinarut, di sini hari ini.

Berkaitan penempatan setinggan Sri Tanjung, Pairin menekankan bahawa jawatankuasa beliau hanya mengendalikan proses penapisan (screening) penduduk yang layak dipindahkan.

Satu lagi ialah Jawatankuasa Penempatan Setinggan Sri Tanjung dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk K.Y. Mustapha.

Menurut Pairin, 50 peratus daripada penduduk setinggan Sri Tanjung yang layak telah dikenalpasti manakala 50 peratus lagi akan dikenalpasti sepenuhnya dalam waktu terdekat ini.

Penempatan di Kinarut yang dikendalikan Lembaga Perancang Perumahan dan Bandar (LPPB) terdiri dari enam blok dan dibina berperingkat-peringkat melalui tiga fasa.

Terdahulu dalam taklimat oleh pemaju projek, Pairin diberitahu bahawa sebanyak 456 rumah di kawasan setinggan Sri Tanjung akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembesaran KKIA.

Turut mengiringi Pairin ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Edward Yong Oui Fah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Aru.



Pairin bersama Edward Yong dan kontraktor ketika melawat perkembangan pembinaan penempatan semula orang tempatan Sri Tanjung di Kinarut.

Category: General
Posted by: keruak
TENOM: Taman Pertanian Sabah yang terletak di Lagud Seberang, Tenom berjaya mengutip sejumlah RM2.1 juta sejak tahun 2000.

Jumlah kutipan itu adalah hasil bayaran masuk hampir 156,000 pelancong yang melawat taman berkenaan yang terletak kira-kira 200 kilometer daripada ibu negeri.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail, berkata jumlah itu tidak termasuk hasil yang diperolehi melalui hasil pengusaha asrama, restoran dan jualan cenderamata.

“Pengusaha berupaya meraih pendapatan yang lumayan daripada penginapan, pengangkutan, restoran dan kraftangan melalui perbelanjaan para pelawat yang datang ke Taman Pertanian Sabah di sini,” katanya ketika merasmikan Program ‘Jom Pigi Taman’ dan pelancaran tiket masuk yang baru ke taman berkenaan, di sini.

Menyedari hakikat itu, Abdul Rahim berkata, kementeriannya kini giat mempromosi taman seluas 202 hektar itu untuk menarik lebih ramai pengunjung datang khususnya pelancong luar.

Katanya, dalam usaha memantapkan taman ini Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah meluluskan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK9) kepada Jabatan Pertanian Negeri untuk terus meningkatkan kemudahan sedia ada.

Pada masa yang sama katanya, pihaknya juga bertanggungjawab mewujudkan pelbagai daya tarikan baru agar orang ramai terus mengunjungi taman itu.

“Taman Pertanian Sabah adalah unik kerana ianya bukan saja dapat memberikan kemudahan sumber maklumat teknikal dan pendidikan mengenai aktiviti dan teknologi pertanian terkini tetapi juga menyediakan kemudahan rekreasi kepada para pengunjungnya.

“Keunikan dan keindahan ini serta peluang-peluang yang ditawarkan oleh pihak taman terhadap industri pelancongan di negeri ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperbanyakkan lokasi pelancongan dalan negara khususnya di Sabah ,” katanya.

Berkonsepkan agro-pelancongan, Taman Pertanian Sabah turut dilengkap dengan taman hiasan, taman evolusi, taman hoya, pusat lebah, koleksi germplasm, orkid asli, dan muzium hidup tanaman.

Di Taman Pertanian Sabah ini, kita boleh mengetahui tentang keajaiban spesies tumbuhan tropika daripada evolusinya dan juga kepelbagaian spesies tumbuhan asli dan yang diperkenalkan.

Taman Pertanian Sabah ini telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 25 Mac 2001.

Taman ini juga menjanjikan kelainan dimana ia menawarkan pakej lawatan yang unik, yakni berorientasikan ilmu pengetahuan, pendidikan dan juga rekreasi.

Di samping itu, usaha sentiasa dilakukan bagi mengelakkan rompakan bio di negeri ini khususnya khazanah yang terdapat di taman ini.

Walaupun kegiatan itu masih terkawal namun mengawasan rapi perlu ditingkatkan bagi memastikan flora dan fauna yang dilindungi tidak dibawa keluar tanpa kebenaran pihak berkuasa, kata Abdul Rahim.

“ Sabah akan meningkatkan pengawasan terhadap kegiatan rompakan bio terutama dikawasan taman dan hutan simpan di sekitar negeri ini.

“Pengawasan itu bukan sahaja ditumpukan kepada peniaga tempatan malah meliputi pelancong dalam dan luar negeri,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pertanian Negeri, Datuk Jurij Awang Yaccob berkata, pihak jabatan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan usaha menarik orang ramai terus datang ke Taman Pertanian Sabah dengan mewujudkan berbagai tarikan baru selain menumpukan perhatian terhadap lanskap taman.

Katanya, sebanyak tiga pesta disediakan setiap tahun antaranya Karnival Ulang Tahun Taman Pertanian Sabah (Mac), Pesta Bunga dan Buah (Ogos) dan Pesta Jom Pigi Taman (Disember).

“Ketiga-tiga program ini bukan saja bertujuan menjana pendapatan dan mempromosikan taman ini, malahan ianya dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mengisi masa cuti sekolah mereka dengan melawat lokasi yang indah di samping mempelajari alam sekitar sambil berhibur,” katanya.



Abdul Rahim meninjau Taman Orkid, Taman Pertanian Sabah yang mempunyai 400 spesies.

Category: General
Posted by: keruak
BEAUFORT: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin optimis BN mampu mempertahankan kerusi di kawasan tersebut pada pilihan raya akan datang berdasarkan komitmen serta semangat bekerja dalam satu pasukan yang ditunjukkan semua parti kompenan.

Katanya, bukan sahaja di kawasan Paerlimen Beaufort, malah di lain-lain kawasan di negeri ini juga BN berupaya mempertahan kejayaan cemerlang pada pilihanraya umum lepas berdasarkan sokongan padu rakyat serta semangat setia kawan yang ditunjukkan parti kompenan.

“Apapun keyakinan ini tidak seharusnya meletakkan setiap anggota parti dalam BN leka sehingga mengabaikan semangat bekerja dalam satu pasukan di samping memberi layanan serta khidmat terbaik kepada anggota parti,” katanya berucap di majlis perjumpaan bersama kepimpinan tertinggi Parti Liberal Demokratik (LDP) juga kepimpinan LDP Bahagian Beaufort dan Sinduman di Dewan Perniagaan Tiong Hwa, dekat sini.

Rombongan LDP diketuai Presidennya Datuk V K Liew; Setiausaha Agung, Teo Chee Kong; dan Bendahari Agung, Foo Keng Sin. Hadir sama Ketua Bahagian LDP Beaufort, Goh Chit Yong; Naib Ketua Bahagian Umno Beaufort, Datuk Kimjus Duim; dan Setiausaha BN Beaufort, Nafsin Aliamat.

Menurut Lajim yang juga Wakil Rakyat Kawasan Klias, konsep perkongsian kuasa yang menjadi teras kerajaan yang memerintah negara dan negeri berjaya mencorak persefahaman, kestabilan politik yang menjurus kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negeri ini.

Persefahaman ini penting dipelihara serta dipertahan bagi memastikan kejayaan yang dicapai dapat diteruskan khususnya dalam menjayakan misi nasional negara dan mendokong wawasan perdana negara untuk menjadi sebuah negara maju, aman dan makmur,” katanya.



Lajim bersalaman dengan V.K.LIew dan diiringi oleh Goh sebaik tiba di majlis itu

Category: General
Posted by: keruak
KOTA BELUD: Projek pembinaan jalan raya Kota Belud-Kudat By-Pass yang dinantikan ramai pengguna kini sudah pada peringkat akhir pelaksanaan dan dijangka siap tidak lama lagi.

Projek berharga RM39,183,390 itu meliputi lapan kilometer dari KM75.6 ke KM85.3 Jalan Kudat, bakal mengatasi masalah kesesakan di kawasan pekan Kota Belud yang dialami sejak sekian lama.

Menerusi jalan pintas baru itu, pengguna dari ibu negeri menuju ke bahagian utara Sabah dan sebaliknya tidak lagi perlu memasuki kawasan pekan.

Mengikut perancangan, projek berkenaan dijadualkan siap pada 14 Januari 2007.

Apabila dibuka kepada lalulintas kelak, projek berkenaan bukan saja memanfaatkan pengguna jalan raya tetapi juga penduduk kampung di sepanjang laluan baru berkenaan, sekali gus menggerakkan kegiatan sosioekonomi penduduk setempat.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak, ketika ditemui baru-baru ini berkata projek jalan raya berkenaan bukan saja mengatasi masalah kesesakan lalulintas di sekitar pekan, tetapi juga memendekkan perjalanan ke utara Sabah .

Berikutan jalan yang lebih singkat, maka masa perjalanan juga akan dapat dikurangkan.

Salleh berkata projek berkenaan adalah sebahagian daripada projek pembangunan jalan raya yang dilaksanakan di kawasan Parlimen Kota Belud.

Projek jalan yang dilaksana ialah Ranau By-Pass sejauh 34 kilometer dengan kos RM48,228,275 yang sudah pun siapkan pada tahun 2002.

Projek berkenaan juga banyak membantu pembangunan ekonomi setempat selain memudahkan pengguna jalan raya ke daerah Ranau



Projek jalan raya Kota Belud-Kudat By-pass kini di peringkat akhir pembinaan.



Datuk Seri Salleh Said Keruak

Category: General
Posted by: keruak
MENGGATAL: Semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diminta menyediakan profail kampung masing-masing untuk untk diserahkan kepada Kemas.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Jainab Datuk Ahmad berkata, maklum balas diterima hanya 20 sahaja yang baru menghantar profail kamopung untuk didaftarkan sebagai perkampungan Gerakan Daya Wawasan (GDW).

“Di kawasan DUN Karambunai, cuma ada 6 GDW, saya mahu Pengerusi JKKK yang belum berbuat demikian, menghantar profil kampung masing-masing selewat-lewatnya hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Sijil Bengkel Gerakan Daya Wawasan di Dewan Masyarakat Menggatal, di sini.

Hadir sama Pegawai Kemas Daerah, Arshad Asli, Penyelia Kanan Perhubungan Kemas, Nurnis Jamron dan 110 peserta kursus terdiri Pengerusi JKKK dan Pengersusi GDW.

Bengkel Gerakan Daya Wawasan merupakan anjuran Kemas dan antara objektifnya memberi pendedahan mengenai konsep kepimpinan, aktiviti dan program di bawah GDW, peranan dan tanggungjawab Pengerusi GDW dan JKKK.

Jainab yang juga Adun Karambunai meminta Pengerusi JKKK peka setiap pembangunan yang disalurkan kepada masyarakat di kawasan DUN Karambunai.

Menurutnya, JKKK DUN Karambunai perlu melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran kampung secara berkesan bagi memastikan semua masalah serta kekurangan di kawasan masing-masing dikenal pasti.

“Ini termasuk menyediakan data dan profil penduduk, maklumat berkaitan kampung, menyenaraikan kemudahan yang dimiliki serta prasarana yang belum ada.

“Dengan maklumat yang lengkap, JKKK lebih mudah merancang program pembangunan yang diperlukan di kawasan mereka serta membuat permohonan kepada kerajaan,” katanya.

Ketika ini, kebanyakan JKKK tidak memiliki data serta maklumat kampung yang terperinci, menyebabkan kerajaan sukar menentukan keperluan yang perlu disalurkan kepada mereka.

Jainab juga turut mencadangkan kepada Kemas supaya jawatan Pengerusi Gerakan Daya Wawasan turut disandang oleh Pengerusi JKKK untuk memudahkan pemimpin tersebut menjalankan tugas mereka di kampung yang mereka jaga.



Jainab bersama Pengerusi JKKK dan Pengerusi GDW yang menunjukkan Sijil Penyertaan mereka sambil diperhatikan Pegawai Daerah Kemas, Arshah Asli (empat dari kanan)

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) diarah untuk menyiasat seluruh rangkaian Rufaqa di negeri ini bagi memastikan ia tidak terlibat dengan sebarang aktiviti bertentangan undang-undang.

Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Syed Abas Syed Ali, berkata tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati pergerakan itu cuba menghidupkan kembali ajaran-ajaran Al-Arqam.

Katanya, MUIS tidak membenarkan atau berkompromi dengan mana-mana pihak yang menggunakan agama Islam untuk kepentingan tertentu, apatah lagi ajaran sesat.

“Kita akan membawa perkara ini (Rufaqa) kepada mesyuarat ahli fatwa negeri yang kemudian diputuskan oleh mufti sendiri sama ada haram atau tidak.

“Pada masa ini JHEAINS sedang mengumpul bukti-bukti sebelum sesuatu tindakan boleh diambil,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zain berkata, Jabatan Agama Islam negeri mempunyai kuasa untuk menyekat semua ajaran sesat termasuk ajaran Rufaqa.

Katanya, kuasa tersebut diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sendiri bagi menghalang sebarang ajaran sesat daripada berleluasa.

“Fatwa yang sedia ada sudah cukup bagi menentukan kedudukan Rufaqa dan ajaran-ajaran sesat lain, jadi negeri-negeri boleh mengambil tindakan terhadapnya,” katanya.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Belia wanita dan lelaki yang bermint dalam bidang jahitan dipelawa menyertai Kursus Kemahiran Menjahit bagi tahun 2007.

Kursus itu dianjurkan di bawah Program Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah (KBSN). Ia diadakan di kawasan Zon Kota Kinabalu, Sandakan , Tawau, Keningau dan Kudat serta daerah Papar, Ranau dan Sipitang.

KBSN dalam satu kenyataan berkata, jumlah peserta yang akan dipilih untuk mengikuti kursus bagi tahun 2007 ialah 20 hingga 25 orang bagi setiap zon atau daerah.

Pemohon yang berjaya dipilih akan menjalani kursus selama 10 bulan di tempat latihan yang dibuka oleh KBSN di zon dan daerah masing-masing.

Tempat-tempat latihan bagi kursus tersebut ialah Kompleks Belia Kepayan (Zon Kota Kinabalu), Pejabat KBS Zon Sandakan, Pejabat KBS Zon Tawau, Pejabat KBS Zon Kudat, Pejabat KBS Zon Keningau, Pejabat KBS Daerah Papar, Pejabat KBS Daerah Ranau dan Pejabat KBS Daerah Sipitang.

Peserta yang berjaya menamatkan kursus akan dianugerahkan Sijil Kemahiran oleh KBSN.

Antara syarat-syarat permohonan menyertai kursus kemahiran itu ialah tamat sekurang-kurangnya tingkatan 3, bujang, berumur diantara 18 hingga 30 tahun, warga negara Malaysia berasal dari Sabah, tidak bekerja atau berkursus, sihat tubuh badan dan minat dalam bidang jahitan.

Setiap peserta dikenakan yuran RM150 dan belia berminat mengikuti kursus itu boleh berhubung dan mendapatkan borang permohonan dari;

- Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Tingkat 10, Blok B, Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Tel: 088-287555/ 287541. - Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Zon Sandakan. Tel: 089-210281. - Pejabat KBSS, Zon Tawau. Tel: 089-772977. - Pejabat KBSS, Zon Keningau. Tel: 087-331214. - Pejabat KBSS,Zon Kudat. Tel:088-611418. - Pejabat KBS Daerah Papar. Tel:088-913636. - Pejabat KBS Daerah Ranau. Tel: 088-875881. - Pejabat KBS Daerah Sipitang. Tel: 087-821132.

Borang permohonan menyertai kursus itu hendaklah dikembalikan kepada Pejabat KBSS sebelum atau pada 8 Disember 2006.

Satu temuduga akan dijalankan bagi memilih peserta dan permohonan yang didapati memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga tersebut.

Sementara itu, Majlis Konvekesyen Program Kemahiran Keusahawanan Belia (Jahitan) 2006 akan diadakan pada 7 Disember 2006 di Ballroom Shangri-La’s Tanjung Aru Resort (STAR) Kota Kinabalu.

Serama 148 peserta yang berjaya menamatkan Kursus Kemahiran Menjahit dari Kota Kinabalu, Papar, Sipitang, Keningau, Ranau,Kudat, Sandakan dan Tenom akan menyertai majlis itu yang akan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Masidi Manjun.

Category: General
Posted by: keruak
PITAS: Presiden Persatuan Bangsa Tombonuo Pitas Sabah (PBTPS), Dr. Ahkin Ayu berkata usaha memperkasa masyarakat Tombonuo bukan satu impian kosong jika masyarakat itu memainkan peranan secara berterusan.

Beliau berkata walaupun sebelum ini masyarakat Tombonuo begitu kurang dikenali serta dirasai kewujudannya di negeri ini, namun kerana semangat yang tinggi di kalangan Ahli Majlis Tertinggi persatuan itu kini Tombonuo mula dikenali bukan sahaja di negeri Sabah malah di seluruh negara.

“Soalnya sekarang kaum ini tidak mahu lagi tersisih daripada arus pembangunan yang sedang bergerak pantas di sekeliling mereka.

“Perubahan minda dan sikap cetusan semangat daripada Ahli Majlis Tertinggi persatuan serta ahlinya menyaksikan kini masyarakat Tombonuo sudah bergerak ke arah memperkasa suku bangsa ini setanding bangsa lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang di Kampung Kanibongan dekat sini.

Majlis yang dihadiri lebih 500 orang itu dianjurkan Persatuan Bangsa Tombonuo Pitas Sabah cawangan Kampung Kanibongan, Pitas.

Dr. Ahkin yang juga Ahli Umno Cawangan Kampung Rosob Tongkowit turut berkata, sebagaimana kaum lain, masyarakat Tombonuo bukan sahaja yang berada di Pitas malah diseluruh negeri ini tidak mempunyai pilihan selain mereka perlu bersatu untuk membolehkan masyarakat itu maju.

Katanya, masa depan generasi Tombonuo dan martabat kaum itu terletak pada diri mereka sendiri.

“Tidak ada sesiapapun yang akan tampil untuk mengubah nasib bangsa Tombonuo melainkan kaum itu sendiri.

“Justeru itu, keadaan inilah yang perlu difikirkan oleh kaum ini kalau mereka mahu berjaya serta tidak ketinggalan ke belakang,” katanya.



Naib Presiden I Persatuan Bangsa Tombonuo Pitas Sabah, Yahya Saidal (kanan) menyampaikan selendang kepada Dr. Ahkin (kiri) sebagai tanda penghargaan pada majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Program YASin adalah program cetusan Kumpulan Yayasan Sabah untuk membantu masyarakat setempat yang dikategori dalam golongan miskin tegar.

Kampung Sapat telah terpilih untuk projek perintis untuk Program YASin.

Ketua Pentadbir Zon Pedalaman Kumpulan Yayasan Sabah, Zulkhairi Ismail, berkata program Yayasan Sabah Prihatin atau YASin merupakan program kemasyarakatan yang julung kali diadakan di daerah Papar dan Kampung Sapat terpilih sebagai projek printis Program YASin.

Yayasan Sabah telah membantu sebuah keluarga dengan mengadakan gotong royong selama tujuh hari bersama penduduk Kg. Sapat untuk membaik pulih rumah keluarga tersebut.

Pasangan tersebut ialah Masri Hussin dan Rosnah Muin yang mempunyai tiga orang anak dan diketagori keluarga yang perlu mendapat bantuan.

Selain membaik pulih rumah berkenaan, Yayasan Sabah turut menyampaikan bantuan barangan keperluan harian, peralatan dapur dan pakaian sekolah kepada anak-anak pasangan itu. Kesemua bantuan disampaikan Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin.



Rosnah (tengah) melihat keadaan bumbung rumah Masri Hussin yang sudah ditukar ganti sambil diberi penerangan oleh Zulkhairi.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Seramai 380 orang daripada 660 orang jemaah haji Sabah berlepas ke tanah suci melalui penerbangan MH 8026, jam 7.30 pagi tadi.

Sementara baki 280 orang jemaah lagi akan berlepas menerusi penerbangan MH 8058 pada 13 Disember 2006.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah dan isteri, Toh Puan Datin Seri Panglima Dayang Masuyah Awang Japar telah berkenan menghadiri majlis meraikan jemaah haji Sabah di Kompleks Tabung Haji, Sembulan.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Panglima Siti Jouyah Mohd.Yunin, Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air, Salleh Mubin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Mohd.Arifin Mohd.Arif, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Alawi Adanan dan Pengarah Operasi Haji Negeri Sabah, Abu Bakar Yusoff.

Ahmadshah dalam perutusannya di majlis itu berkata, hanya kira-kira 700 orang bakal haji di Sabah terpilih menunaikan fardhu haji tahun ini yang diuruskan melalui 2 penerbangan berbanding 4 penerbangan pada musim haji 1426 H.

Katanya, kekurangan yang ketera bagi musim haji 1427 H ini bukan kehendak Tabung Haji tetapi disebabkan kuota haji yang ditetapkan Kerajaan Arab Saudi.

Menurutnya, Kerajaan Malaysia menerusi badan yang dipertanggungjawabkan iaitu Lembaga Tabung Haji terpaksa akur dengan keputusan Kerajaan Arab Saudi kerana ia merupakan komitmen negara untuk mematuhi keputusan mesyuarat OIC tahun 1987 yang menghadkan hanya 0.1% sahaja rakyat sesebuah negara menghantar rakyatnya untuk menunaikan fardhu haji ke Tanah Suci.

Beliau berkata, keputusan penetapan kouta juga mengambil kira keselesaan, keselamatan, kesihatan dan kesempurnaan jemaah haji yang menunaikan fardhu haji pada setiap tahun.

Ahmadshah berkata, ibadat haji memerlukan tahap kekuatan fizikal dan mental yang kuat, ilmu pengetahuan yang mantap dan kesihatan yang baik. Ini amat penting dan akan memberikan kelebihan semasa menunaikan fardhu haji.

Beliau menasihatkan jemaah haji, agar tidak mengambil mudah aspek penjagaan kesihatan dan di tanah suci Tabung Haji (TH) menyediakan klinik di setiap lokasi yang ada jemaah haji menginap.

Malah TH mempunyai sebuah klinik tetap di Syisah dan Hospital Malaysia di Aziziah.

“Bakal-bakal haji hendaklah bersedia berhadapan dengan suasana persekitaran, bahasa, cuaca dan budaya yang berbeza. Perbezaan ini boleh menyebabkan suatu kejutan kepada bakal-bakal haji. Bertenang dan sentiasa bersabar menghadapi ujian daripada Allah S.W.T”, tambahnya.



Tun Ahmadshah (dua dari kanan) dan Toh Puan Dayang Masuyah bersalam dengan jemaah haji Sabah turut kelihatan Datuk Yahya (kiri) dan isteri, Datin Seri Panglima Siti Jouyah.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) mengumumkan senarai jawatankuasa penuh pertubuhan tersebut untuk sesi 2006 hingga 2009 terdiri dari muka lama dan muka baru bagi tempuh tiga tahun.

Yang Dipertuanya Tun Sakaran Dandai yang mengekalkan jawatan tersebut tanpa tanding dalam mesyuarat agung USIA kali ke 20 di Tawau baru baru ini, mengumumkan perkara ini, selepas mempengerusikan mesyuarat khas jawatankuasa tertinggi USIA kali pertama di Bilik Mesyuarat bagunan USIA Sembulan, di sini.

Jawatan Pengerusi Tetap kekal disandang Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, sementara jawatan Timbalan Pengerusi Tetap dimenangi oleh Asmarah Mad.Casar.

Bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua dua tokoh memenanginya tanpa tanding, iaitu Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Panglima Ampong Puyun.

Lima jawatan Naib Yang Dipertua juga dimenangi tanpa tanding sebelum ini terdiri Datuk Aidi Moktar, Datuk Nasrun Datu Mansor, Datuk Abdul Rahim Ismail, Datuk Aklle Abbas dan Lamsir Hamidsor.

Untuk jawatan Ketua Belia dan Wanita ianya juga dimenangi tanpa tanding yang masing masing disandang Datuk Sairin Karno dan Datin Seri Panglima Norsaudah Basah.

Sakaran semasa sidang media juga itu juga turut mengumukan perlantikan tiga Naib yang Dipertua yang dilantik, iaitu Datuk Nasir Sakaran, Prof. Datuk Dr . .Mohd.Noh Dalimin dan Datuk Matusin Awang Damit.

Turut diumumkan pelantikan Setiausaha Agung yang baru, Abdullah Hussin, bagi mengantikan jawatan yang pernah disandang Datuk Dahali Md.Elis sebelum ini, sementara Ariffin Sani dikekalkan menjawat jawatan Bendahari Agong dan Udah Sulai dilantik menjawat jawatan Penolong Setiausaha Agung sementara Datuk Seri Panglima Dr.Hasbollah Mohd.Taha dilantik menjawat jawatan Ketua Penerangan.

Barisan Ahli majlis tertinggi yang terpilih dalam pemilihan mesyuarat agung USIA yang ke 20 di Tawau baru baru ini terdiri dari Datuk Nooraini Datuk Seri Panglima Ibrahim, Datuk Sapawi Ahmad, Nani Abah, Datuk Suradi Kayung,Madali Basri, Jener Lamdah, Abdul Kahar Mohd.,Zin, Abdul Latif Kadok,Dr Mohd.Mail, Rukmana Ansar, Arshad Idris,Ustaz Mohd.Suhaili Said, Idrus Salam, Datuk Din Sulai,Dr.Suzain Datuk Suhaimi dan Datuk Ag.Sahari Abdul Latif.

Sakaran juga turut mengumukan perlantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang dilantik mereka terdiri dari Presiden Majlis Perbandaran Tawau Salsidu Ibrahim, Pg Saifuddin Pg.Tahir, Amin Ibrahim, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah Datuk Syed Abbas Syed Ali, Pamuzi, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Membakut Mohd.Ariffin Arrif, Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh,Abdul Aziz Paimin,Kamil Datuk Seri Panglima Kassim Zaimah Abdullah, Ali Datuk Omar Bledram, ADUN Kawang Datuk Gulam Haidar Khan Bahadar,Ariif Datuk Salim,Datuk Abdul Kadir Pateh,Awang Hashim Awang Damit dan Sadi Nasah.



Sakaran bersama Lajim dan Ampong serta barisan jawatankuasa tertinggi USIA pada sidang akhbar mengumumkan pelantikan itu.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Kerajaan negeri tidak ketinggalan dalam memberi penekanan terhadap kepentingan usaha membangunkan belia yang memerlukan sokongan pelbagai pihak, kata Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata barisan pimpinan belia mesti memastikan mereka mempunyai pelapis dan pewaris yang mantap serta berkebolehan mentadbir negara dalam jangka panjang.

Katanya fungsi belia yang mewakili generasi muda tidak boleh dipandang remeh dan paling penting, jangan tunggu ke saat akhir untuk mengenal pasti pemimpin berpotensi kerana asas perlu dibentuk sejak awal supaya proses pembangunan dapat diteruskan dengan licin

Langkah kerajaan meletakkan belia sebagai kumpulan sasar utama menerusi aspek pembangunan modal insan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) cukup membuktikan betapa tingginya kedudukan golongan itu pada mata pemimpin negara.

“Di Papar, usaha memacu golongan belia menjadi sumber modal insan yang berkualiti, berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif di samping memiliki dan mengamal nilai positif sentiasa dititikberatkan.

“Kita memperakui kepentingan belia dan mahu semua pihak menyokong apa juga usaha ke arah melahirkan modal insan yang mempunyai nilai murni, jati diri kukuh, berintegriti dan daya juang secara menyeluruh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan program Mesra Rakyat anjuran Gerakan Daya Wawasan Kampung Titimboungon dengan kerjasama Kemas Papar di Kampung Titimboungon, di sini.

Rosnah yang juga Naib Ketua Puteri Papar menambah generasi muda di daerah itu perlu menyahut cabaran untuk menjadi antara yang terbaik supaya mereka boleh tergolong dalam kelas tersendiri ke arah menyahut seruan kerajaan yang mahu melahirkan modal insan kelas pertama.



Rosnah disambut penuh tradisi dengan iringan persembahan muzik Kadazan oleh belia Kg. Titimboungon.

Category: General
Posted by: keruak
KUDAT: Seramai 179 Pelatih Pusat Latihan Dakwah Kudat telah menerima Sijil Kursus Asas Kefahaman Islam 2006.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran berkata kewujudan pusat-pusat latihan dakwah di Sabah berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat.

“Ini dapat dibuktikan dengan meningkatnya permohonan kemasukan dari para pelatih dari segenap pelusuk negeri Sabah,” katanya ketika merasmikan Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Dakwah Kudat, JAKIM Cawangan Sabah Tahun 2006 di Dewan Pusat Latihan Dakwah Kudat di sini.

Tambah beliau lagi, kewujudan pusat-pusat latihan dakwah di Sabah amat penting sebagai agen pembangunan sumber manusia yang melahirkan para ilmuwan dan generasi pelapis dalam pembangunan agama Islam di negara kita.

“Ia akan membantu proses perkembangan syariah Islam dan mempertahankan kedaulatan ajaran Islam yang sebenar dari segala macam cabaran yang dibawa oleh arus perdana pemodenan zaman dan globalisasi,” katanya.

Menurutnya, dalam merealisasikan masyarakat Islam Hadhari, generasi muda hari ini perlu dibekalkan dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang secukupnya.

“Islam Hadhari perlu difahami sebagai satu mekanisma untuk memurnikan akidah masyarakat Islam dan mampu meningkatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat yang berbilang bangsa dan budaya serta agama di negara ini,” katanya.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah, Paimuzi Yahya dan Pemangku Pengetua Pusat Latihan Dakwah Kudat, Nasrun Abdullah serta Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.



Nasir (dua dari kiri) menyampaikan sijil tamat kursus kepada Pelatih Pusat Latihan Dakwah Kudat sambil diperhatikan oleh Paimuzi (dua dari kanan) dan Nasrun ( kiri).

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah , Jainab Datuk Ahmad gembira dengan kerjasama penduduk kampung yang terlibat dengan projek pembesaran dan tebatan banjir di Sungai Telipok.

Katanya, kerajaan sentiasa prihatin dan peka dengan masalah rakyat terutama kawasan yang sentiasa di landa banjir seperti di kawasan perumahan di Telipok.

“Saya telah memanggil penduduk kampung dan pemimpin masyarakat untuk membincang cara penyelesaian sesuai untuk kedua-dua pihak.

“Pada masa ini pihak KKIP telah menyediakan tempat untuk penenpatan semula kepada rumah yang terbabit. Daripada 33 keluarga seramai17 keluarga telah pun berpindah dan diberi pampasan dengan sebuah rumah untuk mereka memulakan penghidupan baru.

“Sementara yang belum mendapat tempat, KKIP telah meminta mereka mencari tempat untuk disewa sebagai tempat tinggal sementara,” katanya ketika perjumpaan dengan penduduk kampung dan pemim0in masyarakat dengan wakil-wakil jabatan kerajaan di Bilik Mesyuarat KKIP Sdn Bhd.

Hadir sama Adun Inanam, Johnny Goh, PKR Karambunai, Manjah Ag Bahar, wakil Jbatan Perparitan dan Saliran, wakil Jabatan Tanah dan Ukur dan wakil KKIP Sdn Bhd.

Projek rancangan tebatan banjir pembesaran Sg. Telipok melibatkan kos RM22 juta.

Pada masa ini, setiap kali banjir kilat berlaku, kawasan perumahan penduduk di sekitartTelipok sering dilanda banjir teruk dan mengakibatkan kerosakan harta benda.

Sementara itu, Jainab yang juga Adun Karambunai, mengucapkan terima kasih kepada KKIP kerana menyediakan rumah kepada keluarga yang terbabit dengan projek pembesaran tebatan banjir di sungai tersebut.

“Kita sedia makluman kebanyakan penduduk di situ bekerja sebagai petani dan penternak, kita juga bersedia untuk membantu mereka,” katanya.



Jainab dan Johnny melihat peta kawasan perumahan yang menempatkan 33 keluarga yang terlibatkan dengan projek pembesaran Sungai Telipok.

Category: General
Posted by: keruak
TAWAU: Kerajaan negeri disaran melantik empat Ketua Masyarakat Wanita (KWM) di setiap 60 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah untuk membantu wanita supaya tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali, berkata pengwujudan jawatan itu boleh memberi sumbangan kepada kaum wanoita ke arah pembangunan secara menyeluruh ke negeri ini.

“Pelantikan jawatan Ketua Masyarakat Wanita (KMW) seperti jawatan yang bergaji boleh menjadi nadi penggerak kepada kaum wanita untuk merebut segala peluang yang disediakan kerajaan kepada mereka seperti peluang pekerjaan kepada ibu-ibu tunggal.

“Kita sedia maklum ramai ibu-ibu tungal tidak ada pembelaan, contoh keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak, dan banyak kes ibu-ibu tunggal tertunggak dan kita mahu mereka (ibu tunggal) diberi perhatian dan pembelaan...bukan disish,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan pemimpin dengan rakyat di kawasan Balung semalam.

Syed Abas yang juga Pengerusi Majlis Ugama Islama Sabah (MUIS) berkata pengwujudan KMW dapat melahirkan Pembangunan Usahawan Wanita Desa Sabah (PUANDESA) dan ini dapat dikembangkan ke seluruh kawasan negeri Sabah dan tidak tertumpu di satu-satu kawasan tertentu sahaja.

Menurutnya, kemampuan kaum wanita agak terpendam disebabkan perasaan malu mereka untuk melakukan sesuatu urusan kerana selam ini mereka terpaksa meluahkannya terlebih dahulu kepada kaum lelaki untuk mendapat pandangan.



DATUK SYED ABAS SYED ALI

Category: General
Posted by: keruak
KUALA PENYU: Badan bukan kerajaan (NGO) digesa membantu kerajaan dalam menangani masalah penyakit Tibi yang menular di kalangan masyarakat ketika ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun, berkata ia bagi membantu usaha yang dilakukan jabatan dan agensi kerajaan seperti Pejabat Kesihatan dan Persatuan Pencegah Batuk Kering Sabah (Sabata).

“Marilah kita bersama-sama berganding bahu membenteras Tibi di negeri ini khususnya di daerah Kuala Penyu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian majlis memperingati Hari Tibi Sedunia 2006 anjuran bersama Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort dan Sabata, di sini.

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort menasihatkan ibu bapa agar membawa anak mereka yang baru dilahirkan ke klinik kesihatan berdekatan bagi mendapatkan suntikan BCG untuk perlindungan jangkitan kuman Tibi.

Sambutan Hari Tibi Sedunia diadakan setiap tahun bertujuan memperingati kemajuan program kawalan Tibi secara global dan di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat negeri.

Hadir sama Ahli Dewan Undanagn Negeri Kuala Penyu, Datuk John Ghani, Pegawai Kesihatan Kawasan Beaufort, Dr. Shamsul Kamal Abd. Latif; Wakil Pegawai Daerah, Okal Abdul; Presiden SABATA Pusat, Datuk Godfrey Raphael Lim; Pegawai Penerangan Daerah, Sara Bulindan dan Pengerusi SABATA Beaufort, Dr. Noitie Lajanin Gan.



Azizah memalu gong sebagai simbolik perasmian majlis itu, sambil diperhatikan para kenamaan yang hadir pada majlis itu

Category: General
Posted by: keruak
RANAU: Umno Bahagian Ranau mengakui kejayaan Umno dalam kempen penambahan ahli baru-baru ini disebabkan oleh pendekatan mesra rakyat yang diamalkan.

Ketuanya, Datuk Masidi Manjun berkata, kempen penambahan ahli yang dijalankan dalam masa kurang 10 bulan itu berjaya mencatat penambahan 4,802 ahli baru.

“Ini membuktikan bahawa tahap keyakinan dan kepercayaan terhadap parti ini begitu tinggi,” katanya, sambil menegaskan Umno Bahagian Ranau turun padang mendengar keluhan rakyat di peringkat akar umbi.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Ranau menjelaskan Umno begitu prihatin terhadap setiap permasalahan yang dihadapi penduduk di daerah ini.

Katanya, pendekatan mesra rakyat dalam pentadbirannya, terutama dalam menangani urusan dan membela nasib rakyat telah membuahkan hasil.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pentingnya perpaduan dan kesepakatan di kalangan parti komponen BN negeri dikekalkan pada tahap tinggi agar ia mampu membawa kejayaan cemerlang kepada parti gabungan itu dalam pilihan raya akan datang.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di majlis Jasa Mu Dikenang dan perasmian restoran Sri Pinang di Kampung Matupang, dekat sini.

Melalui pendekatan mesra rakyat yang dilaksanakan oleh jentera Umno telah membuktikan kepada penduduk daerah ini pelbagai cabaran serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Dalam majlis itu, tujuh tokoh awal perjuangan Umno diberikan sijil penghargaan sebagai pengiktirafan ke atas jasa dan sumbangan mereka terhadap perjuangan Umno di daerah ini.



Masidi menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang tokoh politik veteran sebagai pengiktirafan sumbangan dan perjuangan mereka di daerah Ranau.

Category: General
Posted by: keruak
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak; Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa ahli MT.



Musa (kiri) bersama Muhyiddin dan Najib pada mesyuarat MT itu yang dipengerusikan oleh Abdullah (kanan).



Abdullah dan Najib pada mesyuarat MT di PWTC.

Category: General
Posted by: keruak
PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin telah melancarkan Majlis Berkhatan Beramai-ramai Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas di Dewan Serbaguna Putatan, hari ini.

Majlis itu disertai 100 orang kanak-kanak berumur 8 hingga 11 tahun dari 5 mukin DUN Petagas iaitu Mukim Papason, Petagas, Putatan, Sailan dan Lok Kawi.

Yahya yang juga ADUN Petagas dalam ucapannya berkata, majlis berkhatan beramai-ramai itu beliau mulakan selepas dipilih sebagai Wakil Rakyat Petagas.

“Program ini telah menjangkau usia 10 tahun yang serba sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga kanak-kanak yang terlibat. Berkhatan merupakan satu tuntutan agama Islam”, katanya.

Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna berkata, program itu akan terus diadakan di masa-masa akan datang demi faedah rakyat dan masyarakat Islam keseluruhannya.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Panglima Siti Jouyah Mohd.Yunin, Ketua Daerah Penampang, OKK Yahya Ahmad Shah, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Petagas, Datuk Mohd.Din Sulai, Ketua Puteri UMNO Bahagian Putatan, Hamidah Mohd.Jaffar, Penolong Pegawai Daerah Kecil Putatan, Awang Abd.Ghani Pg.Yusof dan pemimpin masyarakat setempat.



Yahya menepung tawar kanak-kanak yang diraikan sempena Majlis Berkhatan Beramai-ramai DUN Petagas.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan berasa gembira apabila penaikan taraf jalan raya dari Ovai-Kaiduan sepanjangan 18 kilometer dan mini haidro di Sungai Kaiduan mendapat perhatian kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar negeri Sabah.

Beliau berkata ini menunjukkan rakyat daerah Papar amat berharap bahawa pelaksanaan projek tersebut akan menjadi kenyataan pada pertengahan tahun hadapan.

“Warga Papar amat memerlukan jalan raya tersebut dinaikkan taraf dan sekiranya mini haidro bekalan air itu dilaksanakan bukan sahaja rakyat Papar mendapat manfaat tetapi juga di sekitar kawasan Kota Kinabalu dan Putatan,” katanya di sini.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah kelmarin, Timbalan Ketua Menteri Datuk Joseph Pairin Kitingan yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata penaikan taraf Jalan Ovai-Kaiduan sepanjang 18 km tidak termasuk dalam program Jalan Luar Bandar KKLW di bawah RMK-9.

Bagaimanapun perkara tersebut akan dirujuk kepada pihak berkenaan untuk diberi pertimbangan sewajarnya di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan tersebut.

Pihak berkenaan Kerajaan Persekutuan juga akan diminta mengkaji kemungkinan cadangan pembinaan mini hidro di Sungai Kaiduan sebagai langkah menambah kapasiti/keupayaan bekalan tenaga elektrik bagi kawasan tersebut dan sekitarnya.



Ghulam (tengah) bersama sebahagian ADUN di Dewan Negeri kelmarin.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Golongan siswazah menganggur diminta mengubah sikap dan persepsi terhadap sektor keusahawanan dan seterusnya meneroka peluang pekerjaan dalam bidang tersebut.

Langkah itu penting memandangkan jumlah siswazah yang menganggur semakin meningkat dan membimbangkan.

Jurucakap Sedcovest Holdings Sdnj Bhd, Jusli Potoh, berkata tidak timbul isu graduan menganggur jika mereka tidak terlalu memilih pekerjaan sebaik sahaja meninggalkan kampus.

"Hakikat ada banyak kekosongan dalam sektor usahawan pertanian, pembuatan, pekilangan, pembinaan dan perkhidmatan, membuktikan masalah sebenar bukannya tiada peluang pekerjaan tetapi keengganan rakyat tempatan, termasuk graduan yang kurang berminat menceburi sektor itu," katanya ketika memberi Taklimat kepada 31 peserta Kursus Skim Usahawan Siszawah di sini.

Menurutnya, mengurus perniagaan memerlukan tahap kefahaman yang mencukupi, tidak kira sama ada seseorang itu usahawan atau pengurus professional, kejayaan perniagaan yang diurusnya bergantung kepada tahap kefahamannya mengenai perniagaan.

“Satu perkara asas mengenai perniagaan yang perlu difahami ialah Kitaran Perniagaan.

“Dengan memahami Kitaran Perniagaan, kita dapat melihat bagaimana sesuatu perniagaan itu bergerak dan menjana aliran tunai. Dalam perniagaan, aliran tunai adalah perkara paling penting dan kedudukan aliran tunai yang sihat akan menjamin perkembangan dan pertumbuhan perniagaan,” katanya.

Kursus tersebut diadakan selama enam hari merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan kerjasama Sedcovest Holdings Sdn Bhd. Hadir sama penceramah dari SME Bank, Azmi Shariff.



Peserta Kursus SUS merakamkan gambar kenangan bersama selepas taklimat semalam.

Category: General
Posted by: keruak
LUMADAN: Jentera pentadbiran Gerakan Daya Wawasan (GDW) perlu memainkan peranan proaktif menjana kemajuan kampung merangkumi semua aspek pembangunan.

Wakil Rakyat Kawasan Lumadan, Datuk Surinam Sadikun, berkata selain tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, kemajuan dari segi peningkatan taraf sosioekonomi, pendidikan, agama dan sosial juga perlu diberikan perhatian.

Ia bertujuan agar kemajuan yang dinikmati rakyat lebih seimbang dapat dicapai bagi kesejehteraan penduduk setempat.

"Kerajaan mengwujudkan GDW dengan harapan kampung terpilih dapat dibangunkan secara seimbang selaras matlamat asal penubuhan GDW," katanya berucap merasmikan Workshop GDW Lumadan di Kampung Lumadan.

Sehubungan itu, Surinam yang juga pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Lumadan mengharap agar GDW di Lumadan lebih bersikap proaktif dan aktif memainkan peranan serta tanggungjawabnya menjana kemajuan kampung.

Menurutnya, penekanan mestilah kepada usaha untuk meningkatkan taraf pendapatan masyarakat kampung bagi membantu kerajaan membasmi jurang kemiskinan.

"Apa juga sumber atau potnesi yang boleh dikembangkan menjadi sumber pendapatan seharian perlu dilaksana, sebagai contoh dalam industri kraftangan,pertanian dan pelancungan" katanya.



Surinam menerima cenderakenangan dari penganjur selepas merasmikan majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) akan menerima peruntukan “Bantuan Khas Orang Susah” sebanyak RM50,000 tahun depan, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin.

Katanya, Kerajaan Negeri di bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman telah menaikkan peruntukan itu daripada RM30,000 tahun ini kepada RM50,000 tahun depan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata, bantuan itu yang dibayar melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah akan disalurkan melalui akaun Ahli-ahli DUN.

“Antara penerima yang layak diberi bantuan ialah keluarga, atau mangsa bencana, atau kemalangan, kematian, terdampar, pesakit kronik dan juga untuk membaiki rumah akibat bencana alam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Bajet Negeri 2007 bagi kementeriannya di hari akhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sabah, hari ini.

Bagaimanapun, menurut Yahya, ADUN boleh mempertimbangkan apa-apa permohonan mengikut pertimbangan dan budi bicara masing-masing dalam menyalurkan bantuan tersebut.

Katanya, setiap penerima bantuan perlu menandatangani Borang Penerima Bantuan Orang Susah yang disediakan.

ADUN juga dikehendaki mengemukakan laporan penggunaan wang tersebut setiap tiga bulan sekali kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKAN) selaras arahan Kementerian Kewangan.

Menurutnya, JPKAN akan menyambung pelaksanaan pembinaan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya di Kudat, tahun depan dengan anggaran kos RM2.3 juta yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Yahya berkata, projek itu dijangka siap pada tahun 2008 dan akan memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak kurang upaya, di daerah tersebut dan daerah-daerah sekitarnya.



Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman disambut pemimpin masyarakat sejurus tiba untuk menghadiri sidang DUN pagi ini.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) yang menerima peruntukan pembangunan RM7.2 juta tahun depan akan membelanjakan RM7 juta untuk meneruskan pembinaan Wisma Wanita, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin.

Katanya, RM200,000 lagi akan dibelanjakan untuk membiayai pembinaan Pusat Sumber Maklumat Wanita.

“Projek Wisma Wanita telah pun mula dilaksanakan pada bulan Oktober 2006 dan dijangka siap pada bulan Mac 2008,” katanya menggulung Bajet Negeri 2007 di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau berkata JHEWA yang bertindak sebagai secretariat dan pelaksana program Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) telah melaksanakan sebanyak 57 program untuk kemajuan wanita pada tahun ini, meningkat sebanyak 111 peratus, berbanding 26 program pada tahun lalu.

“Ia melibatkan perbelanjaan sebanyak RM295,565.39 yang memberi manfaat kepada 10,468 kumpulan sasar”, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.

Yahya berkata, program-program yang dijalankan memberi tumpuan kepada program social iaitu pencegahan dadah dan HIV/AIDS, selain program keusahawanan dan pendidikan.

“Mulai tahun hadapan, penyertaan wanita dalam aktiviti ekonomi akan terus dipergiatkan melalui gerakan koperasi wanita yang ditubuhkan”, jelasnya.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan turut menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.2 juta, tahun ini melalui Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri (MPWKN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk membiayai pelbagai program pembangunan wanita dan keluarga di peringkat parlimen negeri Sabah.

Yahya berkata, dalam tahun ini, 3 program wanita itu “Program Ringgit Bestari”,”Gender Agenda” dan “Hari Wanita” dan 3 program keluarga iaitu “Smart Solat”, “Smart Start” dan “Nurhidayah” telah diluluskan untuk dilaksanakan di semua kawasan parlimen.

“Setakat bulan November 2006, sebanyak 62 program wanita melibat perbelanjaan RM462,648.94 dan memberi manafaat kepada 10,800 kumpulan sasar telah dilaksanakan.

Manakala program keluarga sebanyak 65 program telah dilaksanakan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM406,850 dan memberi manfaat kepada 8,065 kumpulan sasar”, tegasnya.



Datuk Yahya Hussin (kiri) bersama Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Sakaran (dua kiri) serta Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Chong Kah Kiat (duduk) dan Datuk Joseph Pairin Kitingan (dua kanan) serta Adun Karamunting, Datuk Wong Lien Tat (kanan) di DUN Sabah hari ini.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: The wife of the Chief Minister, Datin Seri Faridah Tussin received a courtesy from the wife of the Sabah Commissioner of Police, Datin Zaimah bt. Mohd. Hairan, at the official residence of the Chief Minister, at Sri Gaya here on Thursday.

Zaimah was accompanied by the wife of the Sabah Assistant Commissioner of Police, Datin Fahariah bt. Mohd Yusof and an officer, Musalmah Abu Bakar.



Faridah (left) and Zaimah exchanging memento. While Fahariah and Musalmah (right) looks on.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu bahawa peruntukan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri telah dinaikkan kepada RM500,000 setahun bermula tahun depan.

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Sapawi Ahmad berkata peruntukan itu ditambah kerana Kerajaan Negeri peka dengan keperluan untuk mempercepatkan lagi pembangunan di setiap kawasan.

“Dengan mengambil kira semua sumber peruntukan yang tersedia, jumlah yang diperolehi bagi sesuatu kawasan DUN sebenarnya lebih tinggi,” katanya ketika menjawab soalan Justin Guka (BN-Bingkor).

Justin bertanya sama ada Kerajaan Negeri menyedari mengenai perbezaan ketara antara peruntukan ADUN dengan Ahli Parlimen.

Beliau juga bertanya sama ada Kerajaan Negeri boleh menseimbangkan perbezaan itu dengan menambah peruntukan ADUN sedia ada kepada RM1 juta setahun.

Sebelum ini, peruntukan yang diberikan kepada setiap ADUN ialah sebanyak RM350,000 setahun.

Sapawi memberitahu wakil rakyat turut menikmati faedah daripada peruntukan Ahli Parlimen.

Ini disebabkan, katanya, peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen adalah untuk kegunaan bagi kawasan Parlimen yang mana turut merangkumi kawasan DUN.

“Selain itu terdapat juga sumber peruntukan pembangunan lain yang disalurkan oleh agensi pelaksana seperti untuk Projek Khas di bawah Jabatan Ketua Menteri dan peruntukan Persekutuan menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah,” katanya.



Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan berbincang sesuatu dengan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri,Datuk Radin Malleh sambil diperhatikan oleh Pembantu Menteri Kewangan,Datuk Sapawi Ahmad.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA BELUD: Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara, dapat dilihat dengan jelas dari Sungai Tempasuk yang jernih dan cetek airnya mengalir perlahan.

Malahan dari beberapa kawasan perkampungan, sawah padi dan lereng bukit sekitar Kota Belud, Gunung Kinabalu dapat dilihat dengan jelas terutama pada awal pagi sebelum awan berarak menutupinya.

Kebiruan Gunung Kinabalu adalah antara produk pelancongan yang berpotensi dimaju dan dikomersialkan di daerah Kota Belud yang juga dikenali sebagai pekan `Cowboy of the East.’

Pegawai Daerah Kota Belud, Edris Yahya, berkata daerah tersebut sememangnya mempunyai banyak produk pelancongan, termasuk Tamu Besar yang diadakan baru-baru ini kerana ia turut disenaraikan dalam kalendar pelancongan negeri.

“Keunikan dan kepelbagaian budaya masyarakat daerah ini adalah khazanah berharga yang berpotensi dikembangkan bagi menarik lebih ramai pelancong,” katanya.



KEBIRUAN Gunung Kinabalu jelas kelihatan dari Sungai Tempasuk.

Category: General
Posted by: keruak


Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak (tengah) yang turun padang ke beberapa kampung di daerah itu baru-baru ini, singgah meninjau kursus penyediaan makanan yang diadakan di Kampung Bobot.

Kursus yang disertai oleh lebih 30 belia-beliawanis tempatan itu diadakan di Kampung Gerakan Daya Wawasan (GDW) Bobot.

Salleh meluangkan masa hampir sejam di situ untuk melihat bagaimana semua peserta diajar dalam penyediaan makanan, sambil memuji inisiatif menganjurkan kursus sedemikian.

“Kita berharap peserta kursus ini mampu berdikari dengan menjalankan perusahaan atau perniagaan masing-masing kelak,” katanya.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: ADUN Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan menyifatkan barisan Kabinet negeri umpama sebuah pasukan bola sepak yang dianggotai `pemain kebangsaan’ yang kukuh, mantap dan disegani.

Menurutnya, kepimpinan negeri yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman merangkap Menteri Kewangan, merupakan sebuah pasukan terbaik yang berjaya dibentuk sehingga kini.

“Sebagai pasukan yang dianggotai `pemain kebangsaan’, Kabinet Sabah yang ada pada hari ini merupakan sebuah pasukan yang disegani hasil gandingan mantap sebuah keluarga besar Barisan Nasional (BN),” katanya.

Ketika menyambung perbahasan ke atas Bajet 2007 di DUN hari ini, Ghulam berkata bahawa selain pemimpin, majoriti masyarakat peringkat akar-umbi juga memberi sokongan padu kepada kepimpinan negeri.

Beliau juga menyifatkan Bajet 2007 sebagai bersifat pragmatik yang berpaksi kukuh di atas keyakinan dan kemampuan negeri.

“Penjelasan yang diberi sewaktu menjawab kegusaran dan sikap pesimistik beberapa wakil rakyat pada hari Isnin lalu terhadap pendekatan bajet defisit, memancarkan kebijaksanaan Menteri Kewangan sebagai seorang sarjana perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ghulam berkata setiap wakil rakyat perlu ada inisiatif untuk melaksanakan gerak kerja terutama dalam menjayakan agenda turun padang yang diberi penekanan sekarang.

“Menerusi program turun padang ini, kita sebagai wakil rakyat dapat mendekatkan diri dengan masyarakat akar-umbi yang mengangkat kita sebagai pemimpin.,” katanya.

Bagi kawasan DUN Kawang, katanya, beliau bangga dan bertuah kerana hampir semua menteri termasuk Ketua Menteri sudahpun menjejakkan kaki ke sana , sama ada untuk menghadiri acara rasmi dan bukan rasmi, mahupun urusan parti masing-masing.

Di akhir ucapan itu, Ghulam turut membacakan dua rangkap pantun yang mempunyai mesej bermakna:-

Sabah ramai pahlawan terbilang, Paduka Mat Salleh mengukir nama, Kepimpinan negeri nyata gemilang, Perjuangan bangsa agenda utama.

Hujung minggu pergi ke Kawang, Ramai petani menuai berjemur, Negeri kita semakin cemerlang, Rakyat harmoni, terus bersyukur.



Datuk Ghulam (duduk) berbincang dengan Wakil-wakil Rakyat lain sebelum bermulanya persidangan DUN,hari ini.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Kerajaan digesa menutup segera penempatan pelarian Filipina di Kinarut, dekat sini bagi membendung masalah sosial dan kegiatan jenayah yang semakin tidak terkawal di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kawang, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar berkata, pada masa ini masalah di penempatan yang dibuka oleh Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) itu seperti tiada penghujungnya.

Menurutnya, status pelarian yang menggunakan dokumen IMM13 perlu diselesaikan dengan kerajaan Filipina.

‘‘Walaupun Malaysia sehingga hari ini bukan salah satu daripada 145 negara yang menandatangani Protokol 1967 UNHCR, namun atas dasar simpati kita menjadi hos kepada kumpulan pelarian dari Filipina sejak daripada tahun 1970-an lagi.

‘‘Tidak ada salahnya kemurahan hati kita ini, namun ia menjadi masalah apabila lokasi-lokasi penempatan ini menjadi sarang kepada gejala sosial terutama dadah dan jenayah yang berkaitan dengannya,” kata beliau semasa membahaskan Bajet Negeri 2007 pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini.

Ghulamhaidar berkata, usaha polis membanteras jenayah juga sukar mencapai kejayaan kerana penjenayah yang terlibat bersembunyi di kawasan itu.

Katanya, kewujudan beberapa pusat ilmu seperti Maktab Rendah Sains Mara, Institut Kemahiran Belia Negara dan Pusat Latihan Polis di kawasan itu juga tercemar dengan penempatan pelarian tersebut.

“Saya mencadangkan, jika UNHCR bersikap lepas tangan, adalah menjadi tanggungjawab Malaysia mengumpulkan data terbaru mengenai status pelarian di kawasan tersebut.

“Kemudian, kita kena menentukan sama ada mereka ini pelarian politik atau pelarian ekonomi supaya tindakan sewajar dapat ditentukan.

“Kerajaan juga perlu membuat penilaian sama ada masih wujud situasi tekanan politik di Filipina sehingga mereka terus memerlukan status pelarian politik di sini,” katanya.

Gulamhaidar berkata, sekiranya pelarian itu berstatus pelarian ekonomi, langkah paling sesuai adalah menukar dokumen pengenalan mereka kepada status pendatang asing dan tertakluk kepada peraturan imigresen sedia ada.



ADUN Membakut, Mohd.Arifin Mohd. Arif (kanan) berbincang dengan Datuk Syed Abas Syed Ali (tiga dari kanan), Samsudin Yahya (dua dari kanan), Justin Guka pada persidangan DUN, hari ini.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur akan menyelesaikan masalah tunggakan dan pertindihan permohonan tanah sebanyak 167,029 melalui dua kaedah berasingan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datu Nasrun Datu Mansur, berkata kaedah tersebut menjelaskan mana-mana permohonan tanah secara berkumpulan melebihi 50 hektar untuk tujuan pertanian, proses pemberimilikan tanah akan dilaksanakan melalui kaedah Skim Terancang atau Proses Secara Blok (Blok Processing).

Menerusi kaedah itu, kelulusan permohonan tanah akan dikeluarkan sama ada kepada pemohon tanah atau melalui agensi kerajaan negeri yang akan dilaksanakan pembangunannya secara usahasama.

Beliau berkat demikian ketika menjawab soalan,Samson Chin Chee Tsu (BN-Sri Tanjung) di DUN Sabah hari ini.

Datu Nasrun berkata kaedah kedua bagi permohonan tanah individu atau berkumpulan /berkelompok yang berkeluasan tidak melebihi 50 hektar proses pemberimilikan tanah akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah.

Dalam hal ini, kelulusan permohonan tanah tersebut akan dikeluarkan kepada pemohon tanah.

Beliau menambah bagi memperkemas pelaksanaan Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah dalam memproses, memperakui atau meluluskan permohonan tanah di daerah, Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Kerajaan Negeri melalui mesyuarat yang berlangsung pada 11 oktober 2006 telah bersetuju agar kuasa Jawatankuasa Pengunaan Tanah Daerah untuk meluluskan permohonan tanah bagi tujuan pertanian dihadkan kepada 50 hektar sahaja samada secara individu atau berkelompok.



Adun Senallang, Datuk Nasir Sakaran (kiri) bersalaman dengan Adun Tempasuk,Tan Sri Pandikar Amin (tengah) sambil diperhatikan Adun Kawang, Datuk Ghulam HaidarKhan (kanan) sebelum sidang DUN Sabah bermula.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri belum menerima dividen dari pegangan ekutiti 20 peratusnya dalam Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sejak syarikat itu dikuasai oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Sapawi Ahmad berkata ia disebabkan SESB belum pernah mencatatkan keuntungan sejak diambil alih.

“SESB hanya mula menunjukkan keuntungan dalam tahun kewangan 2005/2006 tetapi syarikat tersebut belum mengisytiharkan pengagihan dividen kepada pemegang saham,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd Lan Allani (BN-Sulabayan) pada Sidang DUN di sini kelmarin.

Bagaimanapun, Sapawi memberitahu meskipun tiada pulangan berbentuk dividen, kerajaan tidak perlu mengeluarkan wang pendahuluan untuk membiayai operasi syarikat sebelum ini yang dihulurkan oleh TNB sebanyak RM857 juta.

Menurutnya situasi itu membolehkan SESB terus melaksanakan kerja peningkatan taraf kehidupan rakyat di luar bandar dan juga penjanaan pertumbuhan ekonomi negeri melalui pembangunan kawsan-kawasan industri dan perdagangan.

Sapawi berkata sebgai pemegang saham, Kerajaan Negeri boleh terus bekerjasama dengan TNB membuat perancangandan melaksanakan projek-projek untuk menjana dan menyalurkan tenaga elektrik ke kawasan-kawasan industri dan perdagangan yang mahu dibangunkan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri.

“Pelaburan ekuiti Kerajaan Negeri dalam SESB harus dilihat dari sudut keseluruhannya…jika SESB terus ditadbir secara baik, Kerajaan Negeri akan juga menikmati pulangan dividen pada masa depan,” katanya.



Sapawi (kiri) mengiringi Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menuju masuk ke Dewan Undangan Negeri pagi kelmarin.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Keep up the good work. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman commended Sabah Energy Cooperation (SEC) Sdn. Bhd on its continued sound management practices and profitability.

He also took the opportunity to thank SEC for declaring a gross dividend of RM7 million to the State Government for the financial year 2006.

“If government agencies are properly managed, they too can do well, be profitable and pay dividend to the government,” he said after witnessing the mock cheque presentation from SEC General Manager Margaret Pung to Finance Ministry Permanent Secretary Datuk Yusof Mohd Kassim at his office in the State Legislative Assembly Building today.

The Chief Minister hope that SEC and other government agencies would continue to uphold good corporate governance and prudent management so as to ensure a profitable run in their operation.

Also present to witness the handing over ceremony was SEC Chairman, Au Kam Wah who is Elopura Assemblyman and Deputy Chairman, Datuk Kadoh Agundong.



Margaret Pung (left) presenting the mock cheque of RM7 million to Yusof (2nd right) witnessed by Musa (centre), Au (2nd left) and Kadoh (right).

Category: General
Posted by: keruak
PITAS: Golongan belia dan beliawanis di daerah ini diminta supaya aktif melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti berfaedah bagi mengelak terjebak dalam aktiviti tidak bermanfaat.

Presiden Bangsa Tombonuo Pitas Sabah (PBTPS), Dr. Ahkin Ayu, berkata dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti, ia dapat menjana percambahan minda serta menjauhkan golongan berkenaan daripada terjerumus aktiviti negatif.

Menurutnya, sebagai golongan yang bakal mewarisi kepimpinan negara di masa hadapan golongan belia perlu bijak menggunakan masa lapang mereka dengan melibatkan diri mereka dalam aktiviti bermanfaat.

“Penuhilah masa lapang dengan pelbagai aktiviti sama ada berpersatuan ataupun dalam bersukan,” katanya…

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Pertandingan Bolasepak Sembilan Sebelah Piala Presiden Bangsa Tombonuo Pitas Sabah yang diadakan di padang Kampung Tambalidon, dekat sini.

Dr. Ahkin yang juga Ahli Umno Cawangan Kampung Rosob Tongkowit berkata golongan belia merupakan aset yang tiada ternilai harganya kepada negara kerana merekalah yang bakal akan menjadi pemimpin negara di masa hadapan.

Beliau berkata, sebagai bakal pemimpin di negara ini di masa hadapan golongan ini seharusnya tidak mudah dipengaruhi dengan pelbagai aktiviti yang tidak berfaedah.



Dr Ahkin (kanan) menyampaikan Piala Pusingan Pertandingan Bolasepak Sembilan Sebelah Piala Presiden Bangsa Tombonuo Pitas Sabah kepada Ketua Pasukan Bolasepak Tambilidon FC pada majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyarankan agar Kementerian Pelajaran menyediakan insentif tambahan kepada guru-guru yang dihantar ke sekolah pedalaman dan pulau-pulau terpencil.

Beliau berkata insentif tambahan diperlukan bagi memberi motivasi kepada guru terbabit untuk memberikan pendidikan terbaik supaya anak-anak di luar bandar juga mendapat pendidikan terbaik sebagaimana di kawasan bandar.

“Kita menyarankan agar Kementerian Pelajaran menyediakan insentif tambahan kepada guru-guru yang dihantar ke kawasan terpencil sebagai tambahan kepada skim atau kemudahan sedia ada.

“Difahamkan, terdapat elaun khas (elaun hidup susah) disediakan untuk guru-guru yang bertugas di kawasan luar bandar, tetapi amaunnya difahamkan berbeza-beza mengikut jarak dan kawasan,” katanya ketika perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perbahasan itu, Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah turut mengetengahkan masalah kegagalan semua 26 murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Mantanani, Kota Belud yang diumumkan minggu lalu.

Beliau menyifatkan keputusan itu sebagai sangat mendukacitakan dan menyedihkan kepada semua serta begitu pahit untuk diterima, apatah lagi inilah tahun kedua berturut-turut semua murid UPSR di situ gagal.

Bagi keputusan UPSR tahun ini, pencapaian SK Pulau Mantanani begitu rendah dengan Bahasa Melayu - Pemahaman hanya 46.2 peratus, Penulisan (7.7 peratus) dan Sains (7.7 peratus), manakala Matematik dan Bahasa Inggeris masing-masing tiada yang lulus (0 peratus).

Salleh berkata dalam kes SK Mantanani, tiga faktor mungkin menjadi penyebabnya termasuk kemudahan asas pembelajaran, tenaga pengajar dan sikap ibu bapa di pulau berkenaan.

Katanya, satu daripada masalah dihadapi di SK Pulau Mantanani ialah bekalan elektrik yang hanya dibekalkan selama 12 jam sehari.

“Kita meminta Kementerian Pelajaran memanjangkan perkara ini kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi selaku pihak bertanggungjawab dalam soal berkaitan pembekalan elektrik luar bandar,” katanya.

Selain itu, lebih ramai guru siswazah perlu ditempatkan di kawasan terpencil seperti Pulau Mantanani supaya anak-anak di perdesaan juga dapat menikmati pendidikan berkualiti sebagaimana anak-anak di kawasan bandar.

Katanya, insentif tambahan itu mungkin boleh menjadi satu galakan kepada guru-guru untuk mencurah bakti di kawasan terpencil seperti Pulau Mantanani.

“Bagi saya, guru-guru yang ditugaskan di Pulau Mantanani layak mendapat kemudahan elaun berkenaan secara maksimum dengan mengambil kira jarak, lokasi dan risiko yang terpaksa dihadapi.

“Guru-guru yang bertugas di sini terpaksa meredah laut yang bergelora sepanjang perjalanan kira-kira dua jam dari tanah besar Kota Belud,” katanya.

Salleh berkata kegagalan semua murid itu juga sedikit sebanyak berkait rapat dengan sikap ibu bapa yang majoriti mereka adalah nelayan tradisional di Pulau Mantanani.

“Mereka (ibu bapa) ini perlu diberi kesedaran mengenai pentingnya pendidikan sebagai jaminan hidup masa depan, untuk membebaskan mereka daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

Beliau mengulangi sarananagar Jabatan Pelajaran mendekati ibu bapa di kawasan tersebut bagi memudahkan usaha mendidik anak-anak, sekali gus mengelakkan keciciran.



DATUK SERI SALLEH SAID KERUAK

Category: General
Posted by: keruak
KOTA BELUD: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak meluangkan masa menemui peniaga kecil Bumiputera di sekitar pekan Kota Belud baru-baru ini.

Kunjungan bermuka di Arked Kota Belud, iaitu sebuah pusat perniagaan yang disediakan oleh kerajaan dengan reka bentuk bangunannya unik iaitu replika tudung Duang, satu daripada simbol kraftangan Kota Belud.

Di situ, Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah menemui peniaga yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan secara kecil-kecilan termasuk kain dan pakaian serta peralatan kecantikan.

Selepas itu, beliau ke kawasan peniaga dan penjaja yang menjual bermacam-macam produk kampung termasuk buah-buahan, sayur dan makanan ringan yang terletak bersebelahan, sambil bercerita dan bertanya khabar dengan mereka.

Beliau turut membeli buah-buahan yang dijual di situ.

Kehadiran Salleh itu bukan saja menarik perhatian peniaga, tetapi juga orang ramai dan pengunjung. Setelah menyedari pemimpin mereka ada di situ, ramai penduduk `menyerbu’ beliau untuk bersalam-salaman.



Salleh mengunjungi peniaga wanita yang menjual pelbagai produk kampung di kawasan pekan.



Salleh bertanya khabar dengan seorang peniaga sayur dan buah-buahan.



Salleh membeli buah mangga ketika mengunjungi peniaga di pekan Kota Belud.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: ADUN Klias Datuk Seri Panglima Lajim Ukin mengesa kerajaan mengiktiraf peranan serta sumbangan kaum belia di negeri INI dengan memberikan perhatian serta tumpuan seimbang untuk program pembangunan belia di negeri ini.

Katanya, golongan belia merupakan aset utama yang akan menentukan masa depan negara justeru tumpuan untuk membangunkan golongan ini sebagai modal insan dan pemimpin pelapis negara wajar diberikan keutamaan.

Ia boleh dilakukan dengan menyedia peruntukan kewangan mencukupi bagi menjana aktiviti belia untuk melahirkan golongan belia berilmu pengetuhan dan berkemahiran di samping memiliki kekuatan jatidiri serta akidah yang kukuh

“Kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan wajar memberikan pertimbangan peruntukan yang mencukupi untuk menjana aktivfiti belia di negeri ini agar program memperkasa golongan ini dapat dilaksanakan dengan lebih efektif berkesan dan sepanjang masa ” katanya berucap membahas Bajet 2007 di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Lajim yang juga Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) berkata setakat ini MBS sebagai badan induk belia di negeri ini hanya menerima peruntukan RM60,000 setahun dan sejumlah RM25,000 setahun dari Kerajaan Persekutuan.

Katanya, peruntukan itu tidak memadahi bagi MBS serta badan gabungannya menjana aktiviti belia termasuklah pentadbiran persatuan persatuan belia yang terbabit.

“Sudah tiba masanya bagi kerajaan mengkaji semula jumlah peruntukan kepada persatuan belia di negeri ini selaras usaha memperkasa golongan belia sebagai pelapis kepimpinan masa depan,” katanya



Lajim bersama Pandikar Amin Mulia (Tempasuk) pada persidangan DUN Sabah hari ini.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri hari ini menyerahkan peruntukan sebanyak RM30,000 Bantuan Khas Bagi Orang Susah kepada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin menyerahkan cek-cek tersebut kepada Wakil-wakil Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna berkata, peruntukan itu bagi membantu orang-orang susah di kawasan ADUN masing-masing.

“Bantuan boleh diberikan kepada orang-orang susah seperti mangsa kebakaran,daif, orang sakit, keluarga orang yang meninggal dan lain-lain berdasarkan budi bicara ADUN seperti yang diseranaikan dalam garis panduan yang disediakan”, katanya.

Menurutnya, setiap ADUN perlu memastikan peruntukan itu dibelanjakan dalam tempoh tahun ini juga.



Datuk Yahya menyerahkan cek Bantuan Khas Bagi Orang Susah 2006 kepada ADUN Kawang, Datuk Ghulamhaidar Khanbahadar sambil diperhatikan oleh beberapa orang ADUN yang lain.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: ADUN Tanjung Batu, Md Kamil Datuk Kassim menyarankan supaya satu perancangan jangka panjang yang komprehensif disediakan dalam pembangunan Kawasan Industri Berkelompok Sawit (POIC) bagi memastikan kejayaannya sebagai sumber baru ekonomi negeri ini.

Katanya, perancangan hendaklah merangkumi soal kapasiti pengeluaran, permintaan pasaran dan pembangunan industri hiliran (downstream) serta produk-produk nilai tambah.

“Ini penting untuk diberi penekanan memandangkan projek POIC ini bukan calang-calang projek, sebaliknya bakal menjadikan Sabah pemain utama industri minyak sawit dunia,” katanya ketika berucap membahas Bajet 2007 di Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Sambil memuji komitmen kerajaan negeri membangunkan industri kelapa sawit secara berkelompok di negeri ini, beliau berkata Sabah adalah pengeluar terbanyak minyak sawit mentah (crude palm oil - CPO) dan berpotensi berkembang secara komersial.

Berikutan pelaksanaan POIC, katanya, kini semakin banyak kilang penapis minyak sawit tumbuh di kawasan Lahad Datu, Tawau dan Sandakan .

Dianggarkan pada 2007, Sabah akan mencapai kapasiti menapis sejumlah 23,000 tan metrik sehari atau lapan juta tan metrik setahun, tidak termasuk 14 kilang berasaskan biodiesel yang dijangka beroperasi di POIC Lahad Datu menjelang 2008 dengan kapasiti 1.8 juta tan metric setahun.

Md Kamil berkata usaha hendaklah dirintis mulai sekarang bagi memastikan kilang yang beroperasi nanti mendapat bekalan bahan mentah yang mencukupi.

“Ini perlu diberi perhatian bersama kerana kawasan tanaman kelapa sawit semakin berkurangan dengan mengambil kira sebahagian besar kawasan ladang sedia ada memerlukan penanaman semula,” katanya.

Beliau berkata walaupun ada yang berharap untuk mengimport CPO dari Kalimantan, Indonesia bagi menampung permintaan tinggi di negeri ini, namun ia bukan jaminan mutlak, tambahan pula semakin banyak kilang penapis diwujudkan di sana.

“Pengusaha di sana juga lebih berminat mengeksport CPO terus ke India dan China bebanding ke Lahad Datu yang memerlukan banyak kos tambahan.

“Apa yang kita khuatir ialah kemungkinan wujudnya situasi kelebihan kapasiti dalam industri ini di Sabah seperti dialami di Semenanjung,” katanya dan berkata keadaan sedemikian boleh menyebabkan persaingan tidak sihat.

Menurutnya, keadaan itu juga boleh mengakibatkan sebilangan pengilang beroperasi pada kadar tidak efisyen yang akhirnya menyebabkan harga minyak tertapis negara tidak lagi kompetitif di pasaran antarabangsa.

“Apa yang diharapkan, dalam kerancakan membangunkan POIC ini menjadi yang terbesar dan bertaraf dunia, kerajaan perlu mengambil kira kepentingan dan keperluan setempat agar tiada pihak terpinggir atau teraniaya akibat daripada pelaksanaannya.

“Saya dimaklumkan sudah ada antara kilang-kilang penapis di Pantai Timur Sabah ini menghadapi krisis kekurangan bahan mentah CPO sehingga ada yang terpaksa tutup pintu, ataupun setidak-tidaknya terpaksa menggantung operasi sementara,” katanya. Justeru, katanya, kerajaan perlu menyedia perancangan komprehensif untuk mengelak `kecacatan’ dalam membangunkan industri ini.

Md Kamil juga menyarankan supaya pembangunan industri hiliran dan produk-produk nilai tambah berkaitan kelapa sawit diterokai dan dimajukan seperti `specialty fats’ dan `oleochemeical’ yang diyakini memberi keuntungan lebih.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Program Diploma Pengajian Islam Lepasan Ijazah akan diwujudkan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), kata Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Sakaran.

Katanya, UMS telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Pengarahnya untuk mengadakan program tersebut yang akan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad khusus bagi mereka yang sedang bekerja dan telah memperolehi ijazah pertama.

“Program ini akan dimulakan sebaik sahaja mendapat kebenaran Kementerian Pengajian Tinggi”, katanya menjawab soalan Mohd.Arifin Mohd.Arif (BN-Membakut) di DUN hari ini.

Mohd. Arifin dalam soalan bertanya kepada Ketua Menteri sama ada kerajaan bercadang mewujudkan jurusan pengajian Islam (Syariah/Usuluddin/Lughah Arabiah) di UMS.

Nasir berkata, program pengajian diploma itu merangkumi tiga bidang pengkhususan iaitu Syariah, Usuluddin dan Dakwah. Menurutnya, UMS juga sedang berusaha meningkatkan jumlah staf akademiknya bagi membolehkan pelaksanaan program itu kelak.



Adun Tempasuk,Tan Sri Pandikar Amin Mulia (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Adun Senallang,Datuk Nasir Sakaran (kanan) sambil diperhatikan Adun Kawang, Datuk Gulam HaidarKhan (dua kiri) dan Adun Pantai Manis,Datuk Abd Rahim Ismail.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) telah membangunkan 11,772 hektar tanah dengan tanaman kelapa sawit di 12 Skim Peneroka melibatkan 2,765 peneroka sejak ditubuhkan pada 1969 dan diperbadankan pada 1981.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Radin Malleh berkata di samping Skim Peneroka LKTNS juga membangunkan 60,000 ladang komersial dan membina lapan kilang kelapa sawit.

Menjawab soalan Justin Guka (BN-Bingkor) di DUN hari ini, beliau berkata, pada tahun 1995 semua ladang sawit komersial dan lapan kilang sawit telah dikorporatkan dan dipindah milik kepada Sawit Kinabalu Berhad dan Borneo Samudera Bhd.

Katanya, fungsi dan tanggungjawab asal LKTNS adalah untuk membangunkan tanah pertanian bagi menempatkan rakyat tempatan yang tidak bertanah.

“Bagaimanapun LKTNS akan terus mengurus ladang-ladang di bawah Skim Peneroka dan ladang Pekebun Kecil Estet Bingkor,Keningau seluas 374 hektar serta ladang komersial Estet Litang seluas 1,124 hektar,” katanya.

Radin berkata pada 2000 Jemaah Menteri Negeri memutuskan supaya LKTNS disusun semula sebagai agensi pembangunan luar bandar tanpa menduplikasikan fungsi agensi lain dan tanpa bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri.

Katanya, melalui Program Pembangunan Tanah anjuran LKTNS peserta telah menerima pendapatan yang meningkat terutamanya peneroka yang mengikuti program sewa pajak.

“Pada masa ini pendapatan seorang peneroka adalah diantara RM530 sehingga RM1,067 sebulan,” katanya.



Radin Malleh (dua kanan) menjelaskan sesuatu kepada Adun Liawan, Datuk Sairin Karno (kanan) sambil diperhatikan Adun Senallang, Datuk Nasir Sakaran (kiri),Adun Sindumin, Datuk Sapawi Ahmad (dua kiri) dan Adun Sekong, Shamsudin Yahya (tengah) di DUN hari ini.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menjalani ujian air kencing keatas seramai 2,185 orang pegawai dan kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan dalam tempoh Januari hingga hingga November 2006.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, hasil daripada ujian itu, seramai 21 orang didapati positif dadah manakala selebihnya negatif.

“Bagi mereka yang didapati positif, pihak AADK menyerahkan kepada jabatan masing-masing untuk mengambil tindakan selanjutnya”, katanya menjawab soalan Datuk Michael Asang (BN-Labuk) pada persidangan DUN Sabah , hari ini.

Katanya, ujian urin secara rawak terhadap kakitangan persekutuan dan negeri di Sabah selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Peringkat Negeri Sabah pada 19 Ogos 2005.

Menurutnya, ujian tersebut dilakukan atas permintaan beberapa jabatan ke atas pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam.

Antara jabatan dan agensi tersebut ialah Kementerian Pertahanan melibatkan 291 orang menjalani ujian tersebut, Lembaha Hasil Dalam Negeri (LHDN), Keningau (60 orang), LHDN, Kota Kinabalu (400), Setiausaha Persekutuan Sabah (40), Jabatan Air Wilayah Persekutuan Labuan (140), Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) (90 orang), LHDN, Wilayah Persekutuan Labuan (41), Pasukan Petugas Khas Kota Kinabalu (68), Institut Latihan Perindustrian, Wilayah Persekutuan Labuan (179).

“Jabatan dan agensi persekutuan yang banyak memohon menjalani ujian air kencing terhadap kakitangan mereka, kecuali Kementerian saya dan Perpustakaan Negeri Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama ketua jabatan dan Wakil-Wakil Rakyat agar mengadakan ujian dadah secara rambang ke atas pegawai dan kakitangan mereka.



Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman (kanan) bersalaman dengan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Chong Kah Kiat sambil diperhati seorang lagi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan (tengah) di DUN hari ini.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman who is the State Finance Minister attended the Sabah State Assembly sitting today.

At the office of the Chief Minister in the State Assembly building today, Senior Principal Assistant Director (Policy & Governance), Abdul Razak Ahmad from the Ministry of Higher Education, paid a courtesy call on the Chief Minister.

Abdul Razak was accompanied by Deputy Director General of the Higher Education department of the Ministry, Prof. Datuk Mohd. Yusof Kasim.

The Chief Minister also meeting the Managing Director of Sinohydro Corporation of China, Che Weili who called on him at the Assembly building. He was accompanied by Managing Director of Minat Jasa Sdn. Bhd., Ir Lee Kee Kong and Director of Zikoimaju Sdn. Bhd., Cedric V.J. Bantoi.



Musa (centre) chatting with Abdul Razak (right) and Prof. Mohd. Yusof (left) at their meeting at the Assembly building today.



Musa (centre) receiving a memento from Che Weili (right) while Lee (left) looks on.

Category: General
Posted by: keruak
SIPITANG: Kontraktor yang diberi mandat menaik taraf empat jalan menghubungi empat kampung di Sipitang iaitu Banting, Kuala Mengalong, Pantai dan Siputol menyumbang RM30,000 bagi membina semula surau kampung Kuala Mengalong dan Dewan Makannya.

Pembantu Menter Kewangan Datuk Sapawi Ahmad, berterima kasih atas sumbangan amal daripada syarikat tersebut yang tentunya memberi manfaat dan erti besar kepada seluruh masyarakat Islam kampung berkenaan.

Dalam pada itu, Sapawi yang juga wakil rakyat Sindumin berkata beliau telah membuat cadangan untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi membina masjid Kampung Luagan dan Kampung Siputol.



Sapawi diberi taklimat oleh Jurutera JKR Aliakbar Isnaji sambil diperhatikan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Sipitang Abdul Rahman Mohd Noh (kanan) dan Pengerusi JKKK Kampung Kuala Mengalong Ahmad Sembilan (dua dari kiri) ketika melawat tapak pembinaan semula surau tersebut.

Category: General
Posted by: keruak
TAWAU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan melipatgandakan usaha menarik lebih ramai umat Islam menyertainya dalam usaha memperkasakan USIA sebagai pertubuhan agama terunggul dan cemerlang di negeri ini.

Timbalan Yang Dipertua USIA, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, berkata jumlah ahli USIA sekarang yang dianggarkan 43,000 orang dari 23 bahagian seluruh Sabah masih terlalu kecil berbanding jumlah umat Islam yang layak mendaftar sebagai ahli.

Katanya, usaha berterusan akan dilaksana bagi menambah bilangan ahli USIA dan apabila ia dapat dilakukan, ia akan membawa manfaat besar.

“Ia memudahkan USIA merencana serta melaksana program bukan sahaja berkaitan dakwah, malah lain lain program untuk kemajuan umat Islam,” katanya selepas mesyuarat agung USIA ke-20 di Dewan Masyarakat Tawau, di sini.

Mesyuarat dirasmikan Ketua Menteri Datuk Musa Aman itu turut dihadiri Yang Dipertua USIA Tun Sakaran Dandai; Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Sakaran serta Pengerusi Penganjur, Salsidu Ibrahim

Sambil berterima kasih kepada perwakilan yang memberi kepercayaan untuk beliau (Lajim) menjawat Timbalan Yang Dipertua (USIA) pada pemilihan mesyuarat kali ini, Lajim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Biro Keahlian USIA berkata Kempen penambahan ahli USIA yang dilakukan sejak tahun lepas telah berjaya mendaftar lebih dari 5,000 ahli baru.

Beliau berharap jumlah itu akan bertambah dengan adanya komitmen dari semua pihak di peringkat cawangan dan bahagian untuk mengadakan kempen penambahan ahli secara berterusan.



Lajim bersalaman dengan perwakilan sebaik masuk ke dalam dewan sebelum mesyuarat agung dimulakan.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Perbahasan ke atas Bajet Sabah 2007 di Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula hari ini dengan didahului Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan merangkap ADUN Sulabayan, Datuk Mohd Lan Allani.

Ia diikuti Presiden Parti Bersatu Sabah (PBRS),Tan Sri Joseph Kurup yang juga Adun Sook dan kemudian ADUN Tempasuk, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Kesemua mereka diperuntukkan masa sejam seorang, manakala perbahasan akan bersambung esok.

Bajet Sabah yang membabitkan peruntukan sebanyak RM1.99 bilion untuk pembangunan masyarakat, ekonomi dan infrastruktur di negeri ini dibentangkan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Musa Aman, Jumaat lalu.

Peruntukan Sabah tahun depan menunjukkan pertambahan sebanyak RM63.96 juta atau 3.3 peratus berbanding belanjawan 2006.

Dengan mengambil kira anggaran hasil tahun 2007 sebanyak RM1,899.49 juta, anggaran negeri pada tahun depan akan mengalami defisit sebanyak RM515 juta.

Dalam pada itu, Musa menerima kunjungan hormat Naib Presiden Jamaiyah Singapore , Ismail Roziz di pejabat Ketua Menteri di bangunan DUN Sabah .

Ismail diiringi oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Datuk Dahali Mohd Alias dan ahli jawatankuasa Jamiyah, Jaafar Nyarman.



Musa meneliti beberapa dokumen sejurus sebelum persidangan DUN bermula semalam.



Ismail (kanan) menyampaikan cenderakenangan kepada Musa sambil diperhatika oleh Dahali (kiri) sempena kunjungan hormat itu.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Seramai 195,669 murid sekolah rendah dan tadika kerajaan dan swasta di Sabah mendapat manfaat daripada program bantuan susu yang dilaksanakan Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Jornah Mozihim berkata, Kerajaan Negeri membelanjakan RM12.3 juta dalam tahun ini bagi melaksanakan program itu di sebanyak 2,101 sekolah rendah dan tadika seluruh negeri.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 1,060 buah adalah sekolah rendah kerajaan, 11 buah sekolah rendah swasta, 894 buah Tadika Kerajaan dan 136 buah Tadika Swasta.

“Bagi peringkat sekolah rendah, bantuan susu itu hanya diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga 3,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Sairin Karno (BN-Liawan) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah , hari ini.

Jornah berkata, Kerajaan Negeri tidak menghadapi masalah untuk meneruskan Program Bantuan Susu kepada murid-murid sekolah rendah dan tadika kerajaan dan swasta di negeri ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, kes jenayah keganasan terhadap wanita yang berlaku di Sabah melibatkan rakyat tempatan dan pendatang tanpa izin (PTI) bukan menjadi penyebab berlakunya keganasan tersebut.

“Adalah tidak relevan PTI menjadi punca berlakunya kes keganasan terhadap wanita,” katanya menjawab soalan tambahan Tan Sri Joseph Kurup (BN-Sook).

Terdahulu, Jornah semasa menjawab soalan asal Haji Mohd.Arifin Arif (BN-Membakut) berkata, sejumlah 679 kes kegasanan terhadap wanita berlaku di Sabah dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Katanya, kes-kes tersebut dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan kebajikan Am, Polis DiRaja Malaysia dan Hospital Ratu Elizabeth .

Menurutnya, jenis keganasan yang dilakukan terhadap mangsa berupa penderaan secara fizikal, penderaan seksual seperti cabul dan rogol yang adakalanya berakhir dengan pembunuhan serta penderaan mental dan emosi seperti ugutan, maki hamun dan ucapan yang merendahkan martabat wanita.



Datuk Yahya Hussin (tengah) berbincang dengan Datuk Abd.Rahim Ismail (kanan) dan Datuk Karim Bujang.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Kerajaan telah membekukan semua permohonan baru pembangunan kompleks beli-belah di Kota Kinabalu dan bandar-bandar utama di Sabah sejak Oktober tahun lalu.

Keputusan itu dipersetujui Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 19 Oktober 2005.

Ia diputuskan memandangkan pembinaan kompleks beli-belah terutamanya di bandar-bandar utama di Sabah semakin meningkat dan dikhuatiri tidak selari dengan peningkatan kemampuan pembeli dan pasaran yang setimpal.

Menjawab soalan Datuk Mohd Lan Allani (BN-Sulabayan) di DUN Sabah , Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Sakaran menjelaskan pembekuan itu berkuatkuasa serta merta dan ianya telah dimaklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan.

Beliau berkata kerajaan akan mengkaji keadaan ekonomi negeri Sabah dari masa ke masa dan sekiranya perlu dasar pembekuan itu akan dikaji semula pada masa akan datang.

“Bagaimanapun keputusan tersebut hanya menyentuh pembinaan kompleks beli-belah sahaja dan tidak melibatkan pembinaan bangunan komersial lain sperti rumah-rumah kedai,” katanya.

Nasir berkata Jemaah Menteri juga bersetuju agar pembinaan hotel-hotel dan pusat-pusat peranginan diperhebatkan dan diteruskan.

Katanya, ini adalah bagi menampung keperluan masa kini terutamanya dalam tempoh Tahun Melawat Malaysia 2007 bagi memenuhi keperluan tempat penginapan serta peningkatan bilangan pelancong.



Nasir (kanan)dan Adun Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim (kiri) berbincang sesuatu sambil Adun Sulaman, Datuk Hajiji Noor pada sidang DUN semalam.

Category: General
Posted by: keruak
BELURAN: Fire victims of Kampung Keniogan near Beluran here received assistance and aid from Badan Dakwah Beluran yesterday.

Badan Dakwah Beluran led by its chairman, Rajibi Aman visited the village yesterday and presented assistance and aid to the fire-victims.

Rajibi who is also the Beluran¢s district officer expressed his sympathies to the family of the fire-victims. He advised them to be patience of the suffer and distress that they were forced to bear as a result of the disaster.

Also present were the district Badan Dakwah’s deputy chairman, Mahmud Awang Hussin, district chief, Abdul Rashid Dandulang and Native chief, Senong Manap.

About 47 houses were razed by fire at the village last week.

Among the items being given to them were kitchen utensils, foodstuffs and clothes.



Rajibi (2nd left) flanked by Mahmud (left) presenting aid to Hamros Ratib.

Category: General
Posted by: keruak
BEAUFORT: Ibu bapa tidak harus berpuas hati dengan kecemerlangan yang dicapai oleh anak mereka pada hari ini, sebaliknya perlu terus memberikan dorongan kepada anak mereka untuk terus cemerlang.

Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Sapawi Ahmad, berkata ibu bapa harus tidak mudah berpuas hati dengan kecemerlangan anak-anak mereka.

“Kecemerlangan yang dicapai pada hari ini seharusnya dipastikan terus cemerlang pada masa akan datang,” katanya pada majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Ugama Islam Kampung Lumadan di sini.

Menurutnya ibu bapa perlu terus mempertingkatkan sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka.

Katanya hadiah yang diperolehi hasil daripada kecemerlangan itu sewajarnya menjadikan anak-anak untuk terus berusaha mencapai kejayaan tertinggi.

“Bagi ibu bapa pula, hadiah yang diperolehi oleh anak mereka hendaklah dipastikan berterusan dan bukannya untuk seketika sahaja,” katanya dan menambah Islam sendiri amat menekankan pendidikan.

Katanya pendidikan bukan sekadar dapat mengubah nasib sesebuah keluarga tetapi berupaya membentuk keperibadian seseorang.

Menurutnya pendidikan yang cemerlang akan dapat mengelak seseorang itu daripada terjerumus dengan gejala sosial yang membimbangkan.

Hadir sama pada majlis itu wakil rakyat Lumadan Datuk Surinam Sadikun, Guru Besar SUI Kampung Lumadan Ariffin Bakri dan Pengerusi PIBG SUI Kampung Lumadan Muanam Mujarto.



Sapawi menyampaikan hadiah dan sijil kepada Mohd Khairul Mohd Basri pelajar cemerlang 2006.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman attended the 10th anniversary dinner of Sawit Kinabalu at the Magellan Sutera¢s ballroom in Kota Kinabalu last night.

At the function Musa who is also the Finance Minister received a mock cheque of RM10 million from Sawit Kinabalu presented by its Group Managing Director, Salim Mohammad as dividen to the government.

Among those present were Sabah Land Development Board (SLDB) chairman, Tan Sri Joseph Kurup, Yayasan Sabah director, Tan Sri Khalil Jamalul, Sabah POIC Sdn Bhd¢s CEO, Dr Pang Teck Wai and Sandakan Bulkers Sdn Bhds chairman, Datuk Mohd. Noor Mokhtar.



Musa showing a thumb-up sign when he was presented with a mock cheque of RM10 million by Salim (right) as dividen from Sawit Kinabalu to the government.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Kira-kira 200 penduduk Kampung Sapat menghadiri Malam Perpaduan sempena sambutan Aidilfitri di kampung berkenaan.

Pelbagai program diadakan, antaranya pertandingan karaoke dalam tiga kategori iaitu kategori vateran, remaja dan kanak-kanak.

Acara yang bermula jam 8 malam itu dirasmikan Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin di perkarangan terbuka Kampung Sapat. Hadir sama Pengerusi JKKK Kg. Sapat, Ibrahim Dol, Pengerusi KRT Kg. Sapat, Ginilin Hashim.

Malam perpaduan adalah anjuran bersama Kawasan Rukun Tetangga Kg. Sapat, JKKK Kg. Sapat dan cawangan UMNO Kg. Sapat.

Dalam ucapannya, Rosnah menggesa semua lapisan masyarakat supaya memelihara muafakat antara kaum yang telah terjalin sekian lama agar ia kekal sebagai warisan negara.

Katanya, ia penting kerana pemuafakatan tersebut akan menjadi formula kejayaan negara seperti yang dibuktikan selama ini.



Rosnah beramah mesra dengan penduduk Kampung Sapat

Category: General
Posted by: keruak
KOTA BELUD: Lebih 2,000 orang membanjiri kawasan padang Pekan Kota Belud untuk menyaksikan acara persembahan hiburan Lembaga Kebudayaan Sabah sempena dengan sambutan Tamu Besar Kota Belud 2006 di sini malam ini.

Acara yang bermula jam 8 malam itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Hadir sama Pegawai Daerah Kota Belud, Edris Yahya.

Persembahan selama lebih dua jam itu yang merangkumkan nyanyian dan tarian kebudayaan masyarakat pelbagai etnik di Sabah ternyata berjaya menghiburkan orang ramai yang datang berkumpul seawall jam 6 petang.

Salleh dalam ucapannya mengumumkan bahawa sedutan daripada acara kebudayaan itu akan disiarkan dalam program `Kawasan Saya’ yang disiarkan menerusi segmen Selamat Pagi Malaysia TV1 pada 9 Disember ini, bermula jam 9.05 pagi.



Salleh (dua dari kanan) menyaksikan persembahan kebudayaan tersebut.



Antara tarian kebudayaan yang dipersembahkan dan menarik perhatian orang ramai.



Seorang artis Lembaga Kebudayaan Sabah menghiburkan penonton



Satu lagi tarian masyarakat tempatan Sabah yang dipersembahkan pada majlis tersebut dan dirakam RTM untuk siaran 9 Disember ini.

Category: General
Posted by: keruak


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tempasuk, Tan Sri Pandikar Amin Mulia (tiga dari kanan) menyaksikan pertunjukan pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Padang Pekan Kota Belud petang ini.

Pertunjukan itu adalah sebahagian acara memeriahkan Sukan Rakyat yang dirasmikan oleh Pandikar Amin di tempat sama sejurus selepas itu.

Sukan Rakyat adalah sebahagian daripada pengisian program sempena Tamu Besar Kota Belud 2006 yang berlangsung selama tiga hari sejak kelmarin (Jumaat).

Turut kelihatan Pegawai Daerah Kota Belud, Edris Yahya (dua dari kanan) dan Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Tempasuk, Barul Sawi (kanan).

Category: General
Posted by: keruak
TAWAU: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman officiated the United Sabah Islamic Association (USIA) 20th Annual General Meeting at Tawau community centre on Saturday.

Former Head of State, Tun Sakaran Dandai who is also the president of USIA was present.

Also present were Minister in the Chief Minister Department, Datuk Nasir Tun Sakaran, Sabah Federal Secretary, Datuk Ismail Wadin, MUIS chairman, Datuk Syed Abbas Syed Ali, Tawau Municipal Council president, Salsidu Ibrahim, Assistant Ministers and Members of Parliament and State Assemblymen.

At the function Musa also presented awards of appreciation to two recipients namely, Mustapha Mat Sarudin, 81, from Labuan Federal Territory and Sitti Badriah Sakki, also 81, from Kota Kinabalu.



Musa (centre) presenting the award to Mustapha, 81, from Labuan . Tun Sakaran is seen 2nd from right. While Salsidu is at left.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu, Md Kamil Datuk Md Kassim optimis Bajet Sabah 2007 mampu merangsang pertumbuhan ekonomi negeri selain membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan penekanan yang diberikan oleh kerajaan dalam sektor ekonomi berasaskan pembuatan dan perindustrian menerusi Taman Perundustrian Kota Kinabalu (KKIP) di Sepanggar serta industri hiliran berasaskan perladangan kelapa sawit menerusi Kawasan Industri Berkelompok Sawit (POIC) di Lahad Datu.

“Melihat pendekatan bajet ini secara makro, saya percaya ia mampu menjana pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Bajet Sabah 2007 yang dibentangkan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Musa Aman di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini semalam.

Md Kamil berkata strategi yang digariskan dalam bajet kali ini juga mencerminkan komitmen kerajaan untuk membawa kesejahteraan hidup untuk rakyat, terutama di kawasan luar bandar.

“Saya berpendapat ia suatu bajet yang berorentasikan rakyat kerana begitu prihatin dan memberi keutamaan kepada soal pembangunan dan kesejahteraan hidup rakyat.

“Sepintas lalu, bajet ini cukup komprehensif dan bersifat pragmatik. Lihat sajalah jumlah peruntukan yang disediakan bagi program pembangunan infrastruktur, terutama bagi kawasan luar bandar,” katanya.

Sambil memuji langkah dan pendekatan yang diperkenalkan oleh Musa dalam bajet ini, Md Kamil berkata kejayaan objektif yang digariskan itu kini bergantung kepada pelaksanaan dan sistem penyampaian.

“Asas dan kaedah pelaksanaan sudah tersedia, cuma menunggu pelaksanaannya saja. Jika pelaksanaan menepati sasaran, sudah pasti ia menjadi jaminan kepada rakyat Sabah untuk dapat menuai hasilnya kelak, sekali gus menikmati peningkatan kesejahteraan hidup,” katanya.

Beliau percaya apa yang digariskan dalam Bajet negeri 2007 boleh membawa banyak perubahan sekiranya setiap rakyat di semua peringkat komited menjayakannya serta sedia mengubah cara berfikir dan bekerja.



MD KAMIL DATUK MD KASSIM

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim melancarkan Kondominium Jesselton, sebuah projek kediaman mewah yang dibangunkan oleh Kumpulan Bina Puri di Jalan Damai, Luyang, hari ini.

Kondominium itu merupakan salah satu daripada mercu Kumpulan Bina Puri yang dimajukan oleh anak syarikat penuh milik Bina Puri Holdings Berhad, iaitu Bina Puri Properties Sdn.Bhd.

Pengerusi Bina Puri Holdings Berhad, Dato’ Mohamed Feisal Ibrahim berkata, Kondominium merupakan projek yang terkini bagi kumpulan itu di Kota Kinabalu, setelah mengembangkan sayapnya ke Sabah sejak tahun 1995.

Kondominium itu mempunyai 133 unit dalam 2 blok setinggi 15 tingkat, terletak dalam lingkungan “dalam bandar” Kota Kinabalu, hanya 3 kilometer dari Pusat Bandar Kota Kinabalu.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan, Bina Puri Holdings Berhad (BPHB), Tan Sri Tee Hock Seng, Pengarah Asas BPHB, Dr.Tony Tan Cheng Kiat, Ketua Pengarah DBKK, Dr.Chua Kim Heng dan ahli-ahli lembaga pengarah kumpulan Bina Puri.



Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim memotong riben melancarkan Kondominium Jesselton sambil diperhatikan oleh Dato’ Mohamed Feisal Ibrahim (kiri) dan Tan Sri Tee Hock Seng (dua dari kanan)

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Perpaduan merupakan asas untuk mewujudkan suasana masyarakat dan negara yang makmur, kata Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata melalui perpaduan dapat menggambarkan suasana kehidupan masyarakat yang sentiasa hidup dalam bersatu padu, bekerjasama, bersefahaman, bertolak ansur dan bermuafakat.

Menurutnya, sebuah masyarakat dan negara yang tidak mengamalkan perpaduan akan mudah terdedah kepada perpecahan, pergaduhan dan akhirnya akan membawa kehancuran kepada masyarakat dan negaranya akan mengalami pelbagai kemunduran baik dari segi pembangunan strukturnya mahupun juga dari sudut ekonominya tidak akan dapat berkembang dengan baik.

Katanya, persefahaman antara sama lain dan sifat tolak ansur perlu ada dalam setiap masyarakat yang harmoni.

“Elakkan selisih faham yang kecil dan carilah jalan penyelesaian yang baik sekiranya ada masalah yang timbul akibat salah faham. Persefahaman yang jitu perlu diterus dan diperkukuhkan antara sesama insane,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Program Yayasan Sabah Prihatin (YASin) bersama masyarakat di Lorong Cempaka Kg. Sapat ,Papar semalam.

Turut hadir Ketua pentadbir Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Sabah, Zulkhairi Ismail, Pengerusi JKKK Kg. Sapat, Ibrahim Dol, Ketua Kampung Sapat Kassim Muksim dan penduduk Kampung Sapat.

Rosnah berkata sikap hormat-menghormati di kalangan anggota masyarakat juga amat penting diwujudkan kerana apabila ahli masyarakat saling hormat-menghormati sesama ahli maka akan wujud perasaan ketenteraman, kasih sayang, kemesraan dan seterusnya menimbulkan perpaduan.

“Di negara-negara luar yang lain, masih lagi berperang sesama sendiri di atas tiadanya persefahaman antara satu sama lain.

“Peperangan hanya akan menjadikan negara itu jauh ketinggalan ke belakang dan pastinya usaha untuk memaju negara itu pasti akan sis-sia atau terbantut kerana perbalahan sesama sendiri dan tidak ada sikap permuafakatan dan perpaduan,” jelas Rosnah.



Rosnah menyampaian peralatan dapur kepada pasangan Masri Hussin dan Rosnah Nui serta anak-anaknya sambil diperhatikan Zulkhairi (kanan sekali).

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadiri perjumpaan tertutup dengan Badan Perhubungan Umno Sabah sempena lawatan rasminya ke Sabah , di sini malam tadi.

Perjumpaan yang disertai pemimpin dari kesemua empat peringkat kepimpinan termasuk Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri itu berlangsung lebih sejam.

Hadir sama Ketua Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Mereka yang hadir termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ketua Bahagian selain pemimpin semua sayap parti.



Perdana Menteri bersalaman dengan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak.



Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak (tengah) bersama sebahagian pemimpin Umno Sabah yang hadir dalam perjumpaan tertutup itu.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman hari ini membentangkan Bajet Sabah 2007 membabitkan peruntukan RM1.99 bilion untuk pembangunan masyarakat, ekonomi dan infrastruktur di negeri ini.

Ketika membentangkannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak RM63.96 juta atau 3.3 peratus berbanding Bajet 2006.

Menurutnya, dengan mengambil kira anggaran hasil pada tahun 2007 sebanyak RM1,899.49 juta, maka anggaran negeri pada tahun depan akan mengalami defisit sebanyak RM515 juta.

Beliau berkata anggaran perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2007 adalah sebanyak RM1.36 bilion, iaitu pertambahan sebanyak RM10.79 juta atau 0.8 peratus berbanding tahun ini, sebanyak RM1.35 bilion.

Daripada jumlah itu RM755.63 juta dibiayai melalui wang negeri, RM74.93 juta melalui Imbuhan Balik Persekutuan sementara selebihnya RM533 juta pinjaman persekutuan.

Sementara itu, anggaran hasil negeri Sabah bagi tahun 2007 ialah sebanyak RM1,899.49 juta.

Dalam pada itu, Musa turut mengumumkan pemberian bonus satu bulan gaji dengan minimum RM1,500 yang akan dibauar bulan depan kepada kira-kira 22,000 kakitangan perkhidmatan awam negeri.

Untuk tujuan itu, katanya, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta.

Beliau berkata pemberian bonus itu merupakan tanda penghargaan kepada usaha dan sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri yang selama ini menunjukkan komitmen kerja yang baik.



Datuk Musa Aman menunjukkan dokumen Bajet 2007 ketika membentangkannya pada persidangan DUN Sabah petang ini.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan memastikan perkhidmatan awam negeri menepati kualiti Sistem Penyampaian seperti yang dikehendaki oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata kerjasama dan hubungan erat antara perkhidmatan awam negeri dan persekutuan dapat meningkatkan kualiti sistem penyampaian.

“Kerajaan Negeri amat menghargai bantuan dan sokongan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan secara berterusan dalam membantu memantapkan perkhidmatan awam”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Jamuan Makan Malam sempena Konvensyen Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Kerajaan Peringkat Kebangsaan (JKP) 2006 yang diberikan oleh Kerajaan Negeri di Grand Ballroom Magellan Sutera Hotel, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard G.Dompok, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd.Sidek Hassan, Tan Sri Ismail Adam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Panglima Zulkifli Mat Nor, Ketua Pengarah MAMPU, Dato’ Yaacob Hussin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk K.Y.Mustafa, Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah, Datuk Ismail Wadin dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Jabatan.

Musa berkata, Kerajaan Negeri akan berusaha menyelaras semua program yang menjadi agenda bersama dengan Kerajaan Persekutuan.

“Pendekatan seumpama itu dapat membantu menyegerakan program-program pembangunan yang mempunyai impak secara terus kepada rakyat dan mampu mengurangkan karenah birokrasi yang selama ini mengehadkan kompetensi anggota Perkhidmatan Awam”, katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap pesrta Konvensyen JKP 2006 akan menggunakan peluang dan ruang yang disediakan untuk menyalurkan idea-idea secara berkesan supaya dapat menyumbang secara langsung penambahbaikan sistem penyampaian.

Musa turut mengajak peserta konvensyen melawat tempat-tempat menarik di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu untuk menikmati keindahan alam semula jadi yang mampu menggamit kenangan.



Yahya mewakili Ketua Menteri pada majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA BELUD: Daerah ini sudah bersiap sedia menanti kedatangan pelancong tempatan dan asing sempena dengan sambutan Tamu Besar yang akan dirasmikan Sabtu ini.

Kawasan pekan dihias indah, termasuk pintu masuk utama ke kawasan pekan yang mempunyai replika kuda Bajau yang merupakan identiti bagi daerah ini yang juga dikenali sebagai pekan Cowboy of the East.

Pelbagai acara menarik sudah siap disusun bagi memeriahkan sambutan kali ini yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah di tapak tamu pekan di sini, kira-kira jam 9 pagi Sabtu.

Pegawai Daerah Kota Belud, Edris Yahya, berkata seperti kelazimannya, pengisian acara Tamu Besar kali ini termasuk pameran hasil kraftangan dan produk tempatan selain sukan tradisi dan kebudayaan.

“Persiapan sedang dikemaskini dan kita menjangka jumlah pelancong yang berkunjung kali ini akan meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak dijangka merasmikan acara Malam Kebudayaan di kawasan tapak tamu pada malam Sabtu ini.

Keesokan harinya pula diadakan acara pertandingan Ratu Serempak yang dijangka dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Karim Bujang.



Pintu gerbang ke Pekan Kota Belud yang kini sudah bersedia menanti kedatangan pelancong sempena Tamu Besar hujung minggu ini.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi made a day official visit to Kota Kinabalu on Thursday.

The Prime Minister officiated the national-level convention of Government Committee on Public Service Enhancement and Management at Pacific Sutera resort this morning.

Abdullah also officiated the OIC Human Capital Management Conference at Magellan Sutera resort before chairing a closed door meeting with Sabah Umno leaders.

Chief Minister Datuk Seri Musa Aman accompanied the Prime Minister at the functions.



Abdullah (3rd right) flanked by Musa (4th right), State Secretary Datuk K.Y.Mustafa (3rd left), UMS’s chairman, Tan Sri Abdul Hamid Egoh (2nd right), UMS’s Vice-Chancellor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin (right), Malaysia OIC Trade Chamber¢s president, Datuk Dr. Raja Mohamad Abdullah (2nd left) and Malaysian Institute of Human Resource Management¢s president, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid (left) at the conference opening.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan digesa memberi keutamaan terhadap pelaksanaan pembinaan Jalan Lintas Libaran di Sandakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol berkata, pembinaan jalan itu penting bagi menampung pertumbuhan sosioekonomi setempat dan pembangunan pesat yang sedang rancak berlaku.

Katanya, Sandakan sebagai bandar kedua terbesar di Sabah merupakan kawasan pengeluar sawit utama yang meliputi Kawasan Industri Berkelompok Sawit (POIC) selain Hab Pendidikan (Institut Pengajian Tinggi) juga dalam proses diwujudkan.

“Dengan pembangunan rancak yang berlaku di kawasan Sandakan, pembinaan Jalan Lintas Libaran ini amat penting dan diperlukan oleh sektor industri dan juga rakyat,“ katanya semasa membahas Bajet 2007 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kerja Raya pada Persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.

Juslie berkata, cadangan pembinaan Jalan Lintas Libaran yang dijangka menelan belanja RM30 juta, sejauh 60 kilometer daripada Simpang Beluran terus ke Lapangan Terbang Sandakan telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, beliau telah beberapa kali membangkitkan kepentingan pembinaan Jalan Lintas Libaran di Dewan Rakyat dan kementerian berkaitan juga telah berjanji akan menyeneraikan projek pembinaan jalan itu dalam RMK-9 menerusi kajian separuh panggalnya.

Bagaimanapun katanya, pembinaan Jalan Lintas Libaran tidak tersenarai dalam projek RMK-9, walaupun ia merupakan projek yang diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri.

Sehubungan itu, Juslie menggesa Kerajaan Persekutuan agar memberi keutamaan terhadap projek itu demi kemudahan dan keselesaan rakyat.

Menurutnya, sekiranya projek itu tidak dapat dilaksanakan sekali gus, Kerajaan wajar menimbang untuk melaksanakan pembinaannya secara berpakej.

Beliau mencadangkan pakej I yang bermula dari Simpang Beluran ke Pekan Gum-Gum melalui Pekan Sunga Tiram terus ke Jalan Labuk. Sementara pakej II dari Pekan Gum-Gum ke Lapangan Terbang Sandakan.

Beliau optimis pembinaan Jalan Lintas Libaran akan menjana pembangunan yang lebih rancak di sepanjang jalan itu, termasuklah mewujudkan pekan-pekan baru.



DATUK JUSLIE AJIROL

Category: General
Posted by: keruak
BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri Klias Datuk Seri Panglima Lajim Ukin mengariskan tiga perkara pokok yang menjadi teras bagi masyarakat Islam mencipta kejayaan serta mengisi keperluan modal insan cemerlang di dunia dan akhirat.

Katanya, tiga perkara yang menjadi teras kekuatan bagi umat Islam mencipta kecermalangan ialah melalui kekuatan perpaduan ,ilmu dan kemantapan akidah.

“Dalam era globalisasi ini masyarakat Islam perlu bersatu memiliki kekuatan ilmu pengetahuan dan tidak kurang pentingnya ialah kekuatan akidah bagi menghadapi segala bentuk cabaran,” katanya berucap merasmikan sambutan Aidilfitri anjuran Badan Masjid Kampung Kukut di Dewan Janang Gayuh Kampung Kukut, dekat sini.

Hadir sama Pemimpin Kemajuan Rakyat Klias Abdullah Ukin, Timbalan Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Osin Jilon, Setiausaha Agung PBBS Sadi Nasah dan Pengerusi Penganjur Junsin Basrin.

Lajim yang juga Ketua Umno Bahagian Beaufort berkata masyarakat Islam tidak akan mudah diperkotak katikkan oleh musuh Islam yang datang dari luar dan dalam jika mereka terus bersatu padu untuk mencipta kemajuan dan kecermalangan sebagai umat yang berkualiti dan menjadi teladan kepada masyarakat lain.

Sehubungan itu beliau mengajak masyarakat Islam sentiasa memperkukuhkan ikatan perpaduan mereka dan berusaha dari semasa ke semasa mempertingkatkan keupayaan memiliki ilmu pengetahuan dan memperkasakan akidah bagi menghadapi cabaran semasa.



Lajim menyampaikan hadiah kemenangan kepada seorang perserta yang menyertai Tilawah Al Quran, satu daripada program yang diadakan di majlis itu

Category: General
Posted by: keruak
SIPITANG: Pembantu Menteri Kewangan Datuk Sapawi yang juga wakil rakyat Sindumin membuat tinjauan ke atas projek pembinaan jalan raya yang menghubungkan Kampung Pantai, Kuala Menggalong, Banting dan Seputol Sipitang baru-baru ini.

Dalam tinjauan itu Sapawi ditemani jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Aliakbar Isnaji yang turut memberikan taklimat mengenai perjalanan pembinaan jalan raya sepanjang 17 kilometer itu.

Pembinaan jalan raya itu bernilai lebih 30 juta termasuklah pembinaan sebuah jambatan sepanjang 75 meter dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

Sapawi melahirkan harapan dengan siapnya pembinaan jalan raya itu akan dapat memberi kemudahan kepada penduduk empat buah kampung tersebut.

“Pembinaan jalan raya itu juga mampu mempertingkatkan ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Hadir sama pada lawatan itu Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Sipitang Abdul Rahman Mohd Noh, Pengerusi JKKK Kampung Kuala Mengalong Ahmad Sembilan, Pengerusi Putera Umno Sipitang Jaafar Jalap dan Setiausaha Kerja Umno Sipitang Matrudi Kahan.



Sapawi (tengah) mendengar taklimat mengenai pembinaan projek itu oleh Aliakbar.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA BELUD: Seramai 150 anggota Rejimen 507 Askar Wataniah (AW) Kem Paradise Kota Belud menyertai Program Jiwa Murni di Kampung Bobot di sini baru-baru ini.

Program sehari itu dijayakan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Gerakan Daya Wawasan (GDW) Kampung Bobot. Turut serta kira-kira 50 penduduk kampung berkenaan.

Ia dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kota Belud, Edris Yahya.

Hadir sama Timbalan Komander Rehimen 507 AW, Lt-Kol Mohamad Sediqi Abd Wahid; Kuarter Master Rej 507 AW, Lt (KM) Ismail Abu Hassan; Pengerusi JKKK Bobot, Jimin Md Taib dan Pengerusi GDW, Jaiming Liun.

Jaiming berkata program yang bermula jam 8 pagi itu antara lain bertujuan merapatkan hubungan penduduk dengan pihak AW selain mendedahkan anggota AW dengan kehidupan masyarakat kampung.

Katanya, pelbagai kegiatan dijalankan sepanjang program berkenaan termasuk membersih persekitaran surau dan Rumah Anak Yatim Darul Bakti dan membersih tapak cadangan pelancongan Taman Gen-2.

Pada program itu juga mereka `merobohkan’ sebuah rumah lama milik seorang penduduk kampung yang akan dibina rumah baru kelak.



Jaiming (kiri) bersama sebahagian peserta program Jiwa Murni di Kampung Bobot.



Edris (depan, tiga dari kanan) dan Jimin (dua dari kanan) bersama sebahagian anggota AW yang terbabit dalam program kemasyarakatan itu.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Head of State, Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah and Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar attended the dinner reception in conjunction with OIC Human Capital Management Conference 2006 at Magellan Sutera resort in Kota Kinabalu tonight.

Also present were Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, State Assembly Speaker, Datuk Juhar Mahiruddin, Deputy Chief Ministers, Cabinet Ministers, Assistant Ministers, State Secretary, Datuk K.Y.Mustafa and Sabah Federal Secretary, Datuk Ismail Wadin.

Others were heads of departments and foreign delegates from OIC member countries.



Tun Ahmadshah and Toh Puan Dayang Masuyah accompanied by Musa being greeted by delegates and participants from OIC member countries at the dinner reception tonight.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Penerbangan Malaysia (MAS) digesa memberi keutamaan terhadap keselesaan pengguna, sebaliknya bukan semata-mata mementingkan keuntungan.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee berkata penutupan pejabat jualan tiket MAS di Kompleks Karamunsing tentu akan memberi lebihan keuntungan kepada syarikat penerbangan itu.

“Tindakan MAS hanya memberi tumpuan pejabat jualan tiket di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) tentunya menyusahkan pengguna”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Bajet 2007 peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan di Persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Ronald berkata pejabat jualan tiket MAS di KKIA tidak memberi kemudahan kepada pengguna kelas bisnes dan atas dan juga tidak memberi kemudahan keutamaan kepada pemegang kad Enrich, begitu juga kakitangan dan kaunter yang terhad telah menyulitkan pengguna.

Menurutnya, MAS harus bertanggungjawab terhadap keselesaan pengguna dan pejabat jualan di KKIA tidak dapat menampung lebih ramai pengguna yang berurusan setiap hari dengan syarikat penerbangan tersebut.

“MAS harus lebih peka bahawa masih ramai yang tidak menggunakan penempahan tiket penerbangan melalui internet kerana itu, keputusan menutup pejabat jualannya di Kompleks Karamunsing tidak mesra pelanggan (customer friendly)”, tegasnya.

Ronald juga menggesa agar MAS agar mengkaji syarat penempahan 8 hari lebih awal untuk mendapatkan tambang murah bagi warga tua dan orang kurang upaya (OKU).

Menurutnya, syarat tempahan lapan hari tidak harus dikenakan kerana pihak MAS tidak akan menanggung kerugian jika syarak itu dimansuhkan.



Category: General
Posted by: keruak


Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin mewakili Ketua Menteri mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sabah di bilik Rafflesia, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk K.Y Mustafa dan Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sabah, Amran Ahmad.

Kelihatan Yahya (gambar) yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna semasa mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Category: General
Posted by: keruak
BEAUFORT: Pengwujudan program Rakan Cop diharap dapat mengurangkan indeks jenayah di daerah ini, kata Wakil Rakyat Kawasan Klias Datuk Lajim Ukin.

Beliau berkata kerjasama pintar bersama orang ramai melalui Rakan Cop akan membantu pasukan polis memerangi jenayah, khususnya masalah yang lebih kritikal iaitu masalah dadah secara lebih efektif.

“Memerangi masalah dadah menjadi keutamaan pihak berkuasa dan dengan adanya kerjasama orang ramai, kita mampu mengurangkan masalah ini serta masalah lain seperti kecurian dan pendatang tanpa izin,” katanya berucap melancarkan program Rakan Cop Peringkat daerah Beaufort di Dewan Masyarakat Pa Musa dekat sini.

Hadir sama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Dato Mohd. Mokhtar Hassan, Wakil Rakyat Lumadan Datuk Surinam Sadikun, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Dato Mohd Noor Masdar, Ketua Polis Daerah Beaufort Dandi Jamal, Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Ten dan Pegawai Ddaerah Kuala Penyu Hasbi Abdul Ghaffar.

Sehubungan itu Lajim yang juga Ketua Umno Bahagian Beaufort berharap masyarakat daerah itu dapat mengubah persepsi dan pandangan mengenai tanggungjawab membendung masalah jenayah kerana ia bukan tanggungjawab polis semata-mata.

Dalam perkembangan berkaitan Lajim turut mengingatkan pemimpin masyarakat tempatan, termasuk Ketua Kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan RELA agar turut memainkan peranan lebih efektif bagi membendung masalah jenayah di peringkat kampung.



Lajim (kanan) menerima cenderakenangan dari Mohd Noor sambil disaksikan Dandi selepas melancarkan Rakan Cop Ibu Pejabat Polis daerah Beaufort.

Category: General
Posted by: keruak


Pembantu Menteri Kewangan Datuk Sapawi Ahmad meluangkan masa melawat mangsa ribut Jair Latip di Kampung Kuala Mengalong, Sipitang kelmarin.

Rumah Jair mengalami kerosakan teruk akibat ribut yang melanda baru-baru ini.

Selain menyampaikan sumbangan peribadi, Sapawi yang juga Ketua Umno Sipitang (dua dari kanan) turut menyampaikan bantuan zink kepada Jair Latip (kiri).

Hadir sama pada Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Sipitang Abdul Rahman Mohd Noh; Pengerusi JKKK Kampung Kuala Mengalong Ahmad Sembilan, Ketua Cawangan Umno Kuala Mengalong Safar Gaffar, Setiausaha Kerja Umno Sipitang Matrudi Kahan dan Pengerusi Putera Umno Sipitang Jaafar Jalap.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman launch at the official opening of the CIMB bank’s branch for Kota Kinabalu at Shangri-La Tanjung Aru Resort (STAR) on Tuesday.

CIMB Group¢s chairman, Tan Sri Datuk Md Nor Md Yusof and Deputy Chief Executive of CIMB Investment bank, Charon Mokhzani were present.

Others were Assistant Minister to the Chief Minister, Datuk Nasrun Datu Mansor, Permanent Secretary of the State Finance Ministry, Datuk Yusof Datuk Seri Panglima Mohd. Kassim, Head of Private Banking of CIMB Investment bank, Yeoh Keat Seng and Head of CIMB Islamic, Badlisyah Abdul Ghani were also present.

Meanwhile, earlier in the morning, Musa officiated the 2nd Southeast Asian Natural Resources and Environmental Management Conference (SANREM) 2006 organised by the University Malaysia Sabah (UMS) with the collaboration with the Science and Technology Unit of the Chief Minister Department.

UMS’s Vice Cancellor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin and his deputy, Prof. Dr. Sanudin Tahir were present.

The conference was held at Le Meridien hotel in Kota Kinabalu.



Musa (right) receiving a souvenir from Prof. Dr. Mohd. Noh (left) after the launching.

Category: General
Posted by: keruak


TIMBALAN Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin menerima kunjungan hormat Konsul Jeneral Jepun ke Sabah, Koichi Motita di pejabatnya di Wisma Tun Fuad Stephens, Karamunsing, Kota Kinabalu,petang tadi.

Koichi, 59, yang baru bertukar ke Sabah pada Oktober lalu pernah berkhidmat di beberapa negara, termasuklah di Brunei Darussalam.

Kelihatan Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna menyampaikan cenderamata kepada Koichi semasa kunjungan itu.

Category: General
Posted by: keruak
KENINGAU: Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedang melaksanakan pelbagai perubahan untuk membawa kemakmuran serta kesejahteraan kepada rakyat dan negara ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan sehubungan itu berkata tidak perlu lagi bagi mana-mana pihak, terutama pembangkang untuk meggembar-gemburkan soal perubahan.

Beliau berkata melalui pelaksanaan pelan pembangunan untuk meyempurnakan Wawasan 2020, kepimpinan Persekutuan sedang berusaha mewujudkan keseimbangan pembangunan antara wilayah dan antara kaum serta meletakkan sasaran kemiskinan sifar pada tahun 2010.

“Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah juga mempunyai pakatan yang kuat untuk menyelesaikan masalah Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah dan langkah-langkah tertentu untuk mengatasinya sedang diambil,” katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Ahli Parlimen Keningau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Kodop Bunga Raya di sini.

Menurutnya, pembangkang sentiasa meniupkan isu untuk membawa angin perubahan tetapi yang sebenarnya perubahan yang mereka war-warkan sedang diusahakan oleh Kerajaan pada masa ini.

Beliau kemudian mengumumkan kelulusan pembekalan air paip graviti dari sumber sejauh tujuh kilometer ke kampung itu dan naik taraf jalan sejauh dua kilometer di kampung itu.

“Kita akan melaksanakan projek ini untuk tahun 2007 dan kita memintalah kepada pihak JKKK agar dapat membekalkan data-data kepada Pejabat Daerah untuk membuat anggaran,” katanya.

Terdahulu Pengerusi JKKK Kg Bunga Raya Martin Bolintok dan Pengerusi JKKK Kg Kodop Gosibin Somungkir menyatakan bahawa kampung itu yang mempunyai penduduk kira-kira 700 orang dan terdiri daripada beberapa buah kampung sejak sekian lama menghadapi masalah bekalan air bersih.

Sementara itu, Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Bingkor, Majabin Dalinus berkata kepimpinan Pairin selaku Ahli Parlimen Keningau masih diperlukan.

“Datuk Pairin mempunyai perhatian dan komitmen untuk membantu rakyat di kawasan ini (Keningau) … Datuk Pairin tidak pernah mengabaikan tanggungjawab beliau kepada kita di sini.

“Sebab itu marilah kita terus berdiri di belakang kepimpinan Datuk Pairin untuk meneruskan usaha perubahan bagi membawa kesejahteraan kepada rakyat,” kata Majabin.



PAIRIN diiringi Majabin disambut penduduk setibanya di Kg Kodop Bunga Raya

Category: General
Posted by: keruak
PUTATAN: Enam Komuniti Bestari (KB) dalam kawasan Penampang masing-masing menerima Geran Peruntukan Pengurusan sebanyak RM2,000 daripada Urusetia Komuniti Bestari Negeri Sabah.

Komuniti Bestari tersebut ialah KB Taman Jambo, Petagas Proper, Kg.Pasir Putih, KB Kampung Kanadaru, KB Peringatan dan KB Zon Meruntum.

Geran tersebut disampaikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin pada Majlis Mesra Aidilfitri Komuniti Bestari Daerah Penampang yang diadakan di Dewan Restoran Sinar Mustika, semalam.

Hadir sama Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Almain Ajirul, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Abd.Kahar Mohd.Zain.

Mulai tahun depan, setiap KB menerima peruntukan RM8,000 untuk geran pentadbiran dan menjalankan aktiviti berbanding hanya RM4,500 pada masa sekarang yang melibatkan RM2,000 untuk pentadbiran dan RM2,500 untuk aktiviti.

Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna dalam ucapannya meminta Jabatan Penerangan agar mengwujudkan lebih banyak KB dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas yang beliau wakili.

Katanya, banyak faedah yang boleh diperolehi daripada KB yang diwujudkan di kampung-kampung dan rakyat harus menyambut baik penubuhan KB di kawasan mereka.

Beliau berkata, menerusi KB, rakyat dapat bersama-sama memainkan peranan membangun kampung mereka disamping merebut pelbagai peluang yang diwujudkan oleh kerajaan untuk mereka.

“Rakyat tidak harus berdiam diri, sebaliknya mereka perlu bersama-sama jabatan dan agensi kerajaan merancang pembangunan untuk kampung mereka”, tegasnya.

Yahya berkata, banyak jabatan dan agensi kerajaan yang diwujudkan bertujuan membantu rakyat dalam pelbagai aspek termasuklah meningkatkan taraf hidup dan sosio-ekonomi mereka dan ianya harus dimanfaatkan mereka.



Yahya Hussin menyerahkan geran peruntukan pengurusan kepada Diun Mahali mewakili KB Zon Meruntum sambil diperhatikan oleh Almain (dua dari kiri) dan Abd.Kahar Mohd.Zain (kanan).

Category: General
Posted by: keruak
KUALA LUMPUR: Seramai 70 ahli Umno terdiri dari perwakilan dari empat peringkat Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri serta pemerhati dari Bahagian Beaufort diraikan oleh Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin pada satu majlis makan tengah hari di Hotel Bresdile Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jamuan itu sempena persidangan Umno 2006 di mana Umno Beaufort turut menghantar rombongan terdiri dari Ketua Ketua Cawangan Umno dari bahagian itu bagi mengikuti secara lebih dekat persidangan Umno yang berlangsung selama lima hari.

Berucap di majlis itu, Lajim yang juga Wakil Rakyat Klias berharap peluang menyertai persidangan parti itu memberi manfaat yang cukup berguna.

“Lebih penting, mereka dapat menggunakan peluang tersebut untuk melihat pameran Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang turut diadakan sempena persidangan kali ini. Ia membolehkan ahli parti memahami lebih jelas misi nasional kerajaan,” katanya.



Lajim bersalaman dengan sebahagian ahli Umno Beaufort yang hadir pada jamuan berkenaan.

Category: General
Posted by: keruak
SIPITANG: Bidang penternakan berupaya untuk melahirkan usahawan bumiputera yang berjaya dan cemerlang.

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Sapawi Ahmad berkata bidang penternakan mempunyai permintaan yang tinggi dan mampu memberikan hasil yang pulangan lumayan.

Bagaimanapun Sapawi berkata kesungguhan dan komitmen merupakan kunci utama kepada penternak untuk berjaya.

“Dengan memiliki permintaan yang tinggi, penternak mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya tetapi ia harus berasaskan kepada usaha penuh kesungguhan dan komited,” katanya pada majlis penyerahan baka kambing kepada ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Sipitang di sini.

Sebanyak 210 ekor kambing dari baka Australia Feral Goat (AFG) dan Boar yang bernilai RM160 ribu diserahkan kepada ahli pertubuhan itu, Aziz Tengah yang merupakan perintis pertama bagi projek penternakan kambing di negeri ini.

Aziz juga diserapkan dibawah program usahawan peladang telah diberikan peruntukkan bagi membina kandang bernilai RM145,000 dan Subsidi makanan kambing bernilai RM40,000 daripada Peladang negeri.

Hadir sama pada majlis itu termasuklah Timbalan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Sabah Mohd Zahari Abdullah dan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Sipitang Ali Hassan.

Sapawi yang juga pengerusi PPK Sipitang memberitahu kerajaan sendiri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM14 juta untuk melahirkan usahawan dari kalangan bumiputera.

Ini katanya termasuklah penternak yang berpotensi untuk disokong bagi menjadi salah seorang usahawan bumiputera yang berjaya dan cemerlang.

Sambil melahirkan harapan agar projek penternakan kambing itu berjaya, Sapawi yang juga wakil rakyat Sindumin berkata kejayaan Aziz Tengah sebagai perintis penternakan kambing di negeri ini wajar dijadikan sebagai contoh.

“Sememangnya kita berharap akan ada penternak yang berjaya sebagai usahawan,” katanya dan menambah penternakan kambing mampu memberikan pulangan yang lumayan kerana ia mendapat sambutan baik di pasaran.

Sehubungan dengan itu Sapawi berkata ahli PKK Sipitang perlu merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan.



Sapawi melawat ladang ternakan kambing Aziz Tengah (dua dari kiri) di Naparan, Sipitang sejurus penyerahan baka baru kambing tersebut

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Seramai 100 pegawai dan kakitangan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) akan menyertai Kejohanan Sukan Staf UMS ke-7 pada 24-26 November ini di kampus induk, Teluk Likas, Kota Kinabalu.

Pengarah UMS-KAL, Prof Dr Syed Azizi Wafa berkata kontinjen itu akan menyertai 14 acara sukan iaitu boling, dart, pool, badminton, ping pong, bola sepak dan hoki.

Selain itu, bola jaring, bola tampar, tenis, sepak takraw, tarik tali, carom dan catur serta karaoke dan kugiran.

Dalam taklimatnya pada majlis ramah mesra bersama atlit, beliau berharap mereka menunjukkan mutu permainan menarik, berdisiplin dan bersungguh-sungguh bukan sahaja untuk meraih kemenangan tetapi juga membuktikan kakitangan universiti itu mampu beraksi dalam semua acara yang dipertandingkan.

Dr Syed Azizi menasihatkan pemain agar bermain secara professional sama ada sebelum, semasa atau selepas sesuatu acara dilangsungkan bagi menjaga imej universiti secara keseluruhannya.

“Dalam usaha kita untuk mengejar kemenangan, jangan lupakan semangat kesukanan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara kakitangan UMS,” katanya.



Pengarah UMS-KAL, Prof Dr Syed Azizi Wafa (depan, bertali leher) bersama atlit universiti itu yang akan menyertai Sukan Staf UMS ke-7

Category: General
Posted by: keruak


AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan, Datuk Sairin Karno (tengah, bersongkok) bergambar dengan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan (tiga dari kanan) sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Keningau di Dewan Masyarakat Keningau.

Ratusan masyarakat pelbagai kaum menghadiri rumah terbuka itu, sekali gus melambangkan keharmonian hidup masyarakat yang bersatu padu.

“Masyarakat Malaysia berjaya mewujudkan keharmonian melalui perayaan bersama di dalam kepelbagaian upacara agama dan tradisi rakyat di negara ini,” kata Sairin Karno yang juga Ketua Umno Bahagian Keningau.

Turut hadir pada majlis itu Datin Genevieve Kitingan dan pemimpin masyarakat setempat dan komponen Barisan Nasional (BN).

Category: General
Posted by: keruak
KUALA LUMPUR: Bimbang dengan penglibatan golongan anak muda yang banyak melayari laman web lucah ketika ini, Pergerakan Puteri UMNO akan melancarkan kempen anti laman web lucah tidak lama lagi di seluruh negara.

Naibnya, Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kempen tersebut akan melibatkan kerjasama antara pergerakan itu dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta beberapa agensi lain.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Papar, langkah tersebut yang merupakan kempen terbaru Puteri dijangka dilancarkan oleh Ketua Pergerakan Puteri, Datuk Noraini Ahmad.

"Kita amat bimbang dengan gejala melayari laman web lucah ini yang semakin berleluasa. Justeru Puteri terpanggil untuk melancarkan kempen anti laman web lucah demi kebaikan generasi masa depan,'' katanya.

Beliau seterusnya berkata, pada ketika ini, terdapat perisian tertentu yang digunakan oleh sebahagian agensi kerajaan untuk menampan laman web seperti itu.

Namun katanya, ia belum dikuatkuasakan sepenuhnya terutama kepada pemilik-pemilik kafe siber dan individu serta para ibu-bapa yang memiliki kemudahan tersebut.

"Sasaran kita ialah generasi muda yang diketahui mudah terdorong atau berkeinginan untuk melihat laman-laman web seperti itu,'' katanya.



ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Kumpulan tarian Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Satu, Labuan sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Jurulatihnya, Hasnan Mohd Saad, berkata pihaknya mengadakan latihan intensif terutama pada cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad serta cuti persekolahan, demi memastikan hasrat itu tercapai.

Menurutnya, kumpulan 30 orang itu yang terdiri daripada murid Tahun 3 hingga 6 mengadakan latihan pelbagai jenis tarian termasuk rampaian dan etnik serta moden.

Hasnan berkata penari muda itu merupakan pelopor untuk mengketengahkan, memperkenalkan dan mempertahankan tarian tradisional dan moden bukan sahaja di kalangan pelajar sekolah malahan di peringkat masyarakat di pulau ini.

“Ketika mereka masih lagi di bangku sekolah, tarian tradisional dan moden wajar diperkenalkan agar generasi muda sentiasa mengetahui dan memahami tradisi rakyat negara ini khasnya di pulau Labuan , “ katanya.

Kumpulan tarian SK Pekan Satu merupakan johan pertandingan tarian rampaian sekolah rendah dan johan perarakan Citra Budaya Merdeka anjuran Perbadanan Labuan dan Majlis Tindakan Pelancongan Labuan (MTPL) pada tahun ini.

Selain menyertai pertandingan, kumpulan itu turut berbangga kerana sering dijemput membuat persembahan pada majlis-majlis rasmi anjuran jabatan dan agensi kerajaan sekaligus mampu merapatkan hubungan baik antara sekolah dengan penganjur.

Sementara itu, guru besar sekolah itu, Anas Yusuf berharap kejayaan yang dicipta itu akan menaikkan lagi semangat mereka mencapai kejayaan khasnya di peringkat kebangsaan sekaligus menjadi pelopor tunas budaya di pulau bebas cukai ini.

Katanya, penglibatan aktif pelajar di bidang kokurikulum tidak sama sekali menjejaskan prestasi mereka di bidang akademik kerana jadual latihan yang ditetapkan jurulatih dilakukan di luar masa persekolahan.

Anas turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana membenarkan anak mereka bergiat aktif di bidang tarian dan kokurikulum serta berharap mereka turut menyokong minat anak-anak mereka itu.



Penari SK Pekan Satu bersama Guru Besar, Anas Yusuf ( lima dari kiri) dan jurulatih, Hasnan Md Saad (enam dari kiri).

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Ketua Mneteri Sabah , Datuk Seri Musa Aman menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Naib Ketua Bahagian UMNO Kota Kinabalu, Fatimah Sarah Mohd Noor di kediamannya di Taman Stephens, di sini pagi tadi.

Turut hadir Ketua Bahagian UMNO Kota Kinabalu, Dato' Faisyal Hamdan Diego, Ketua Wanita Umno Sabah, Sanator Datuk Armani Mahiruddin serta ahli-ahli UMNO dan masyarakat setempat.

Pelbagai juadah istimewa disajikan pada majlis berkenaan selain penyampaian duit raya kepada golongan memerlukan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin menghadiri majlis rumah terbuka aidilfitri Pejabat Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Petagas bersama pemimpin masyarakat di kediaman PKR Petagas, Datuk Mohd.Din Sulai di Kampung Teguli, Putatan, pagi tadi.

Turut hadir di majlis itu Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putatan, Abd.Kahar Mohd.Zain; Ketua Daerah Penampang, OKK Yahya Ahmad Shah, Naib Ketua UMNO Bahagian, Assan Nasib, Bendahari bahagian, Sumita Hassan dan pemimpin masyarakat setempat.

Majlis itu diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan silatulrahim diantara kakitangan pejabat PKR Petagas dan pemimpin dan masyarakat setempat.

Di KUALA LUMPUR, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.

Beliau yang hadir bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menyampaikan anugerah penghargaan kepada 66 wanita vateran dari seluruh negara.

Pada majlis yang dihadiri 3,000 orang, Najib turut memotong kek Hari Raya bersama pimpinan Wanita UMNO yang diketuai Datuk Seri Rafidah Aziz dan Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ketua Puteri UMNO Datuk Noraini Ahmad.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan, nyanyian lagu oleh penyanyi popular sekitar 60-an dan Kumpulan Kopratasa.

Musa menyampaikan duit raya kepada seorang kanak-kanak OKU dari Sembulan sambil diperhatikan oleh Fatimah (kiri).



Yahya (enam dari kiri) bersama Mohd Din Sulai (kanan Yahya), OKK Yahya Ahmad Shah (tiga dari kiri) dan pemimpin masyarakat setempat sedang menikmati juada di majlis itu.



Rosmah Mansor (kiri) menyuapkan makanan kepada Najib sambil diperhatikan oleh Rafidah Aziz, Shahrizat Abdul Jalil dan Wanita UMNO Sabah pada Rumah Terbuka Aidilfitri Wanita UMNO semalam.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA BELUD: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini menjadi `pakar motivasi’ kepada ibu bapa apabila memberikan beberapa `petua’ memajukan pelajaran anak-anak, sewaktu merasmikan Majlis Konvokesyen Tabika Kemas Kota Belud di sini.

Salleh yang sentiasa memberikan keutamaan terhadap bidang pendidikan menyenaraikan tujuh perkara positif yang mesti diberi perhatian oleh ibu bapa dan empat aspek negatif yang perlu dielakkan.

Katanya, tujuh perkara positif itu termasuk memastikan `satu rumah satu komputer’ untuk kegunaan anak-anak, `satu jam satu hari’ bersama anak mengulangkaji pelajaran, `satu ringgit satu hari’ sebagai simpanan pendidikan masa depan dan `satu bulan satu buku bacaan’ untuk dibeli kepada anak-anak.

Selain itu, katanya, ibu bapa juga mesti menentukan `satu bulan satu kali’ membawa anak-anak berjalan-jalan kerana ia mampu merehatkan pemikiran mereka daripada kesibukan dalam pelajaran.

“Lebih penting juga ibu bapa memastikan `satu anak, satu sukan’ dengan mengenal pasti minat anak mereka dalam bidang kesukanan, sekali gus memberi galakan dan kemudahan diperlukan.

“Ibu bapa juga mesti menentukan anak mereka mengikuti pasukan berpakaian seragam di sekolah dengan fokus `satu anak satu pasukan beruniform’ misalnya kadet polis, bomba, pengakap, pandu puteri atau st john ambulan,” katanya.

Menurutnya, penyertaan dalam pasukan berpakaian seragam akan membentuk disiplin diri anak-anak, sekali gus menjadikan mereka anak cemerlang dan bertanggungjawab.

“Tujuh perkara ini perlu diberi fokus dan kita tidak boleh berkompromi dalam soal memajukan pendidikan kerana ia prasyarat untuk mencapai kemajuan dalam semua bidang,” katanya, disambut tepukan ibu bapa yang hadir.

Hadir sama Penolong Pengarah Kemas negeri Sabah , Baharuddin Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Masgul Maidin.

Salleh yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata empat aspek negatif yang perlu dielakkan pula ialah jangan terlalu memanjakan atau menuruti kehendak anak-anak mereka.

“Jangan kita amalkan prinsip `satu anak satu telefon bimbit’ kerana ia bukan satu keperluan wajib, jangan `satu penggal satu beg sekolah’ kerana ia merupakan satu pembaziran, dan jangan `satu minggu satu mainan (toys).

“Lebih penting, kita mesti pastikan masa anak dengan pelajaran lebih lama daripada menonton televisyen. Kita tidak mahu amalan `satu jam belajar, satu jam tengok kartun (televisyen),” katanya.

Dalam pada itu, Salleh juga mahu ibu bapa meletakkan sasaran tinggi dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak.

“Mungkin matlamat satu keluarga, satu graduan tidak relevan lagi pada keadan sekarang kerana ia tidak mencukupi. Cita-cita mesti besar. Kalau boleh, biarlah semua anak-anak menjadi graduan.

“Kita mesti ubah matlamat itu kepada `satu anak, satu profesion’ yang bermakna mereka dapat menceburi kerjaya dan perkajaan yang berlainan,” katanya.



TAHNIAH…Salleh menyampaikan sijil kepada murid-murid Tabika Kemas pada majlis itu.



KENANGAN…Salleh menerima cendera kenangan daripada penganjur selepas merasmikan konvokesyen itu.



MERIAH…Salleh disambut guru-guru Kemas sejurus tiba bagi merasmikan konvokesyen Tabika Kemas Kota Belud semalam.



BERBAKAT…satu daripada persembahan murid Tabika Kemas pada majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA BELUD: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak memandang serius masalah kegagalan semua 26 murid yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2006 di Pulau Mantanani, kira-kira satu setengah jam perjalanan dengan bot dari sini.

Katanya, beliau sudah berbincang dengan Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Belud, Said Andung, dan dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran turut mengambil berat mengenainya.

“Kajian menyeluruh akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kegagalan semua murid terbabit dalam UPSR tahun ini sebagaimana diumumkan oleh Jabatan Pelajaran,” katanya ditemui pada majlis Konvokesyen Tabika Kemas Kota Belud di Astaka Tamu di sini hari ini.

Laporan akhbar hari ini memetik Pengarah Pelajaran Sabah, Normah Gagoh sebagai berkata bahawa semua murid yang menduduki UPSR di Pulau Mantanani tahun ini gagal. Difahamkan, ini tahun kedua yang menyaksikan tiada seorang pun murid UPSR sekolah berkenaan mencapai kelulusan.

Bagi keputusan UPSR tahun ini, pencapaian SRK Pulau Mantanani agak rendah dengan Bahasa Melayu - Pemahaman hanya 46.2 peratus, Penulisan (7.7 peratus) dan Sains (7.7 peratus), manakala Matematik dan Bahasa Inggeris masing-masing tiada yang lulus (atau 0 peratus).

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri berkata tiga aspek akan diberi tumpuan dalam kajian terhadap prestasi mengecewakan dalam UPSR di pulau yang majoritinya didiami masyarakat nelayan itu.

Katanya, tiga aspek berkenaan ialah soal kemiskinan, kemudahan asas dan pembabitan ibu bapa dalam program pendidikan anak-anak.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar satu seminar keibubapaan diadakan bagi mencari mekanisme terbaik memajukan pendidikan penduduki di pulau berkenaan.

“Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kita akan menentukan mana-mana peruntukan yang ada, diguna untuk memenuhi keperluan pendidikan di kawasan-kawasan terpencil seperti di Pulau Mantanani,” katanya.

Category: General
Posted by: keruak


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perladangan dan Perusahaan Komoditi, Datuk Anifah Aman (tengah) memotong kek harijadinya yang ke-53 ketika Perhimpunan Agung Umno 2006 yang baru berakhir Jumaat lalu.

Anifah yang juga Ketua Umno Bahagian Kimanis dihadiahkan kek harijadi itu oleh Umno Sabah sempena makan tengah hari di aras 5 PWTC.

Majlis dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta beberapa pemimpin Umno Sabah, termasuk Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Hajiji Noor; dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Masidi Manjun.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Pengerusi Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan Labuan (POAWPL), Lee Kiat Khim dan jurulatih ten pin bowling bagi Orang Kurang Upaya (OKU), Lucia Ambrose Ali dipilih menerima Anugerah Sukan Massa 2005 bagi kategori pemimpin lelaki dan wanita peringkat Labuan, di sini.

Lee, 43, dan Lucia, 46, menerima wang tunai RM2,000, cenderamata dan sijil penghargaan daripada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Ab Rahim Kasim yang mewakili Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Zawiah Muhamad, Pengarah Majlis Sukan Labuan (MSL), Arman Anuar Tan dan Pengerusi Persatuan Sukan.

Persatuan Sukan dan Kecergasan Fizikal memenangi anugerah kategori pertubuhan dan persatuan sukan dan meraih wang tunai RM3,000.

Atlit olahraga dalam acara pecut, Mohd Haidi Awang Damit, 16, dan atlit merejam lembing dan cakera, Fatimah Yahya, 48, masing-masing dipilih pemenang anugerah OKU Harapan Lelaki dan Wanita.

Keluarga Abd Rajak Yahya dan isteri, Khatijah Mohamad dipilih penyandang kategori keluarga aktif apabila semua ahli dalam keluarganya terbabit secara aktif dalam sukan olahraga, bola jaring manakala anaknya Siti Rozarina merupakan atli silat olahraga.

Dalam ucapannya, Zawiah berkata Anugerah Sukan Massa merupakan suatu pengiktirafan kepada individu atau organisasi yang menunjukkan jasa dan sumbangan yang cemerlang di dalam pembangunan sukan massa khususnya di pulau ini.

“Anugerah itu mampu mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan penggerak sukan massa dan menggalakkan penyertaan luas serta bukan semata-mata pertandingan di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur berkata untuk menjanakan kesedaran dan penglibatan menyeluruh masyarakat dalam aktiviti Sukan Untuk Semua sekaligus membentuk masyarakat berbudaya sukan.



Lee Kiat Khim (tengah) menerima anugerah daripada Zawiah diperhatikan Azman Musa (kanan) pada majlis Anugerah Sukan Massa peringkat Wilayah Persekutuan Labuan .

Category: General
Posted by: keruak
TAMBUNAN: Pihak sekolah perlu menerapkan unsur-unsur kebudayaan tulen masyarakat setempat kepada pelajar sebagai langkah jangka panjang ke arah memperkaya budaya Bangsa Malaysia .

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan berkata jika pewarisan itu tidak diterapkan di dalam ko-kurikulum sekolah maka Bangsa Malaysia bakal kehilangan sebahagian dari kekayaan unsur-unsur kebudayaan mereka.

“Kerajaan mahu kekayaan unsure budaya tulen terus diperkembang dan bukan berhadapan kemungkinan pupus. Unsur budaya merupakan aset penting terutama ketika Kerajaan sedang berusaha menjadikan pelancongan sebagai industri yang penting,” katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar melahirkan keprihatinan itu ketika berucap merasmikan Hari Kecemerlangan dan Hari Ibubapa SK Timbou, kira-kira 2km dari sini pada Khamis (16Nov, 3pm).

Pairin berkata Belanjawan Negara dan fokus kepimpinan Kerajaan sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) ialah meningkatkan taraf kemudahan pembelajaran dan infrastruktur di luar bandar.

Ia bertujuan menentukan keseimbangan peluang di kalangan rakyat tanpa mengira penduduk antara bandar atau kampung.

Terdahulu Pengerusi PIBG, Jimileh Alip meminta beberapa kelengkapan bagi sekolah itu seperti ruang pejabat PIBG dan peralatan siaraya (PA System) dapat dipertimbangkan.

Pairin kemudian memberi `lampu hijau’ bahawa permintaan berkenaan akan dibawa dan dipertimbang pelaksanaan bagi tahun 2007.

Ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya, Guru Besar Sylvester Bianus memaklumkan bahawa sepanjang RMK9, SK Timbou menerima agihan peruntukan tidak kurang daripada RM800,000 untuk melaksana pelbagai kemudahan dan kelengkapan.

“Pada masa sekarang bangunan prasekolah SK Timbou sedang dibangunkan manakala sebuah lagi blok bangunan sekolah akan mula dibangunkan pada 2007,” katanya.

Pairin seterusnya merasmikan naik taraf jalan masuk ke balai raya Kg Timbou sejauh 100 meter.

Turut hadir Pegawai Daerah Thomas Angor, Ketua Kampung George Kiloh, Pengerusi JKKK Justina Pani, Setiausaha Politik Daniel Kinsik, dan PKR Wilfredoline Jakil.



PAIRIN menyempurnakan perasmian naik taraf jalan balai rraya Kg Timbou

Category: General
Posted by: keruak
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno ke-57 melabuhkan tirainya petang petang ini dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan rasa puas hati terhadap perjalanan persidangan kali ini.

Sambil memuji kelancaran Perhimpunan Agung Umno 2006 yang baru berakhir, beliau berkata ahli parti terutama perwakilan yang mengambil bahagian dalam perbahasan menunjukkan kematangan mereka.

Ini kerana isu yang diketengahkan secara terbuka dan berterus-terang itu menunjukkan sikap ambil berat mereka terhadap nasib serta masa depan bangsa, agama dan negara.

Tiga usul diluluskan sepanjang tiga hari persidangan berlangsung, iaitu usul terima kasih terhadap ucapan presiden, isu ekonomi dan pendidikan serta agama dan sosial..



ABDULLAH ketika menyampaikan ucapan penggulungan di akhir perhimpunan agung Umno petang ini.

Category: General
Posted by: keruak
KUALA LUMPUR: UMNO Sabah hari ini mencadangkan penubuhan Tabung Zakat Negara (TZN) yang menjadi dana yang penting bagi membangun ummah dan membela golongan dhuafa.

Timbalan Ketua Penerangan UMNO Negeri, Mohd.Arifin Mohd.Arif berkata, penubuhan TZN penting bagi memastikan penyelarasan pentadbiran sistem zakat di seluruh negara.

“Tabung tersebut dapat memainkan peranan penting dalam membantu membasmi kemiskinan”, katanya semasa mewakili UMNO Sabah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul agama pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di Pusat Dagangan Dunia Puteri (PWTC), hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut itu berkata, Tabung Zakat Negara jika ditubuhkan dan diurus dengan baik,khususnya dari segi pengagihan, ia akan memberi impak yang besar kepada penyusunan pembangunan ekonomi,khususnya ekonomi umat Islam.

“Ini kerana kita dapat membantu daif secara lebih berkesan dan bersifat menyeluruh. Ini sesuai dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa kaedah zakat sebagai senjata membasmi kemiskinan”, tegasnya.

Mohd.Arifin juga meminta agar Program Titian Hidayah yang menjadi wadah untuk membimbing secara berterusan golongan mualaf diwujudkan.

Katanya, yang perlu direbut awal adalah kalbu golongan mualaf ini.Janganlah sampai semasa mereka hidup kita menyisih daripada memberi bimbingan kepada mereka, tetapi hanya setelah mereka meninggal dunia kita mendakwa jasad mereka adalah milik kita.

Beliau juga meminta Kerajaan membuat pemantauan tentang ajaran-ajaan sesat termasuk bekas-bekas penganut ajaran menyeleweng dan mewujudkan Pusat Pemurniaan Akidah di seluruh negara.

“Jangan sampai ajaran-ajaran sesat ini bergerak semula kerana ia boleh memudaratkan negara dan ummah,” katanya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kimanis.

Menurutunya, UMNO Sabah juga meminta kerajaan mewujudkan Fakulti Pengajian Islam di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi memberikan peluang kepada lulusan siswazah pertama dari universiti dalam dan luar negeri di Sabah melanjutkan pengajian Islam.

Katanya,pusat itu hendaklah mengambil kira pengajian berhubung dengan Islam Hadhari.

Mohd.Arifin juga meminta Kerajaan memberikan pelajar-pelajar sekolah menengah agama pendidikan integrasi berbentuk kemahiran dan memohon agar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan guru J-QAF (Jawi-Quran Fardu Ain dan Fardu Kifayah) ditambah untuk negeri Sabah.

“Kita juga meminta Kerajaan Pusat memberikan peruntukan bagi pembaikan sebahagian sekolah-sekolah agama di Sabah yang berada dalam keadaan uzur.

“Kerajaan Pusat perlu memberikan perhatian terhadap masalah kekurangan lebih 200 orang guru bagi sekolah-sekolah agama Islam di Sabah”, tegasnya.

Dalam pada itu, perwakilan Umno Sabah terus berkampung di sini untuk mengikuti persidangan parti yang berakhir petang ini.



Mohd.Arifin mewakili UMNO Sabah membahas usul agama pada Perhimpunan Agung UMNO 2006.



Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin (kanan) bersama perwakilan UMNO Bahagian Putatan semasa menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang masuk hari terakhir hari ini.



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putatan, Ir.Shahelmey Yahya (kiri) bersama Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putatan, Hamidah Mohd.Jaffar dan perwakilan lain menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2006.



Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin (tiga dari kanan) menikmati jamuan pagi bersama perwakilan dari UMNO Sabah yang lain, dari kiri, James Ratib, Sadi Abd.Rahman, Abd. Wahab, Azman Mastar (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan) semasa menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2006.

Category: General
Posted by: keruak
KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Seri Panglima Ghapur Salleh berkata selagi kedudukan orang Melayu tidak kukuh, maka akan berlaku ketidakseimbangan yang boleh mencetuskan masalah keselamatan.

“Jangan cuba menduga orang Melayu, mereka tahu satu perkataan sahaja, amuk! Kita harap ia tidak sampai ke tahap itu. Dalam keadaan sekarang Melayu masih bersabar. Saya tidak fikir wajar ada parti komponen BN mempersoalkan perkara sensitif kerana kita ada forum.

“Ahli Kabinet bincang dalam Kabinet, bawa dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN, itu forum terbaik untuk bercakap. Tetapi kalau mereka ambil kesempatan atas dasar terbuka kerajaan hari ini, itu silap,” katanya.

Menurut Ghapur yang juga Pengerusi BN Kalabakan, parti komponen BN lain mesti faham pengorbanan UMNO dan orang Melayu kepada negara yang cukup besar dan mereka harus faham tentang pengorbanan ini dan mereka juga harus berkorban sama.

Beliua berkata demikian ketika mengulas ucapan Perdana Menteri semalam mengenai Konsep Islam Hadhari di Perhimpunan Agung UMNO di PWTC Kuala Lumpur.

Menurut Ghapur, untuk menghadapi cabaran yang dikemukakan oleh pejuang demokrasi liberal dan kapitalisme globalisasi, orang Melayu memerlukan kekuatan intelektual dan moral.

Kataya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, musuh utama dan besar bagi orang Melayu dan UMNO bukannya dari golongan lain tetapi adalah kelemahan yang ada dalam diri sendiri.

“Budaya rasuah termasuk politik wang dan mentaliti remeh-temeh serta tidak serius adalah ciri-ciri kelemahan intelektual dan moral,” katanya.



GHAPUR bersama sebahagian perwakilan yang menghadiri perhimpunan Umno di PWTC

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Seramai 12 kakitangan institusi pengajian tinggi (IPT) dan agensi swasta telah mengikuti kursus teknik fotografi anjuran Yayasan Amanah Latihan Berkanun di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur , baru-baru ini.

Jurucakap penganjur, Mohd Nadzri Mohd Noor berkata peserta didedahkan dengan modul yang asas tetapi terperinci agar mereka dapat memahami dan mengenalpasti proses fotografi.

Katanya, dengan kebolehan ini peserta diharap dapat mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran ke arah tahap ketrampilan yang lebih tinggi.

"Kami berharap kursus itu akan dapat meningkatkan martabat fotografi di negara ini amnya hasil komitmen dan minat yang mendalam daripada peserta kursus yang datang daripada latar belakang yang berbeza," katanya.

Kursus yang dikendalikan Pengarah Fotografi, Nor Azlina Kamarudin berharap peserta akan berkarya dan menghasilkan kerja yang mempunyai nilai estatika yang tinggi.



SEBAHAGIAN peserta bergambar kenangan di akhir kursus berkenaan.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Telekom Malaysia Berhad telah meraikan kira-kira 120 pelanggan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri syarikat telekomunikasi itu di Hotel Tiara, baru-baru ini.

Penolong Pengurus Besar Telekom Malaysia , Labuan , Kamarudin Sohid berkata majlis itu diadakan untuk meraikan pelanggan yang terdiri daripada jabatan kerajaan, bank luar pesisir, bank perdagangan dan agensi swasta selain kakitangan syarikat itu sendiri.

Katanya, majlis itu diharap mampu mengeratkan lagi hubungan dua hala antara syarikat itu dengan pelanggan sekaligus meningkatkan sektor perniagaan dan perkhidmatan masing-masing.

Pada masa sama untuk merapatkan hubungan silaturrahim dan perpaduan antara kakitangan Telekom dengan pelanggan di pulau bebas cukai itu.



Kamarudin (berdiri empat dari kanan) bersama kakitangan Telekom Labuan pada majlis Aidilfitri di Hotel Tiara, baru-baru ini.

Category: General
Posted by: keruak
TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan berkata pihaknya akan mengenal pasti tapak sesuai untuk pembinaan bangunan Tabika Kemas di kampung-kampung dalam daerah ini bagi membolehkan lebih ramai anak-anak dari kawasan luar bandar menikmati pembelajaran pra-sekolah.

“Kita berusaha memastikan agar penduduk luar bandar menerima peluang yang sama dengan penduduk dari kawasan-kawasan bandar terutamanya di dalam menikmati pembangunan seperti aspek pembelajaran,” katanya.

Ketika merasmikan bangunan baru Tabika Kemas Kg Nambayan, kira-kira 2km dari sini, Pairin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Adun Tambunan berkata anak-anak perlu menerima pembelajaran seawalnya agar mampu bersaing di peringkat Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan seterusnya di peringkat tinggi.

Terdahulu dalam ucapan alu-aluannya, Pegawai Kemas Daerah Tambunan Azril Yazan Samsuddin berkata Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyalurkan peruntukan kepada jabatannya untuk membina sekolah-sekolah Tabika Kemas.

“Untuk Daerah Tambunan ini, pihak Kemas akan membina lebih banyak lagi bangunan baru Tabika, namun semua perancangan itu akan bergantung kepada tapak-tapak pembinaan yang tersedia,” kata Azril.

Pada masa ini beberapa bangunan baru Tabika Kemas telah siap dibina di daerah ini seperti di Kg Piasau, Kg Mogong, Taska Kemas Kg Babagon Baru dan terbaru di Kg Nambayan.

Turut hadir Pegawai Daerah Thomas Angor, Setiausaha Politik Daniel Kinsik, PKR Wilfredoline Jakil, OKK Stanislaus Kinsik dan sebahagian ketua/wakil jabatan Negeri dan Persekutuan.

Sementara itu, Pairin memberitahu bahawa Kerajaan melalui pelbagai sumber sentiasa berusaha menyalurkan peruntukan untuk melaksanakan pelbagai projek kecil luar bandar untuk memberikan keselesaan kepada penduduk.

Sambil menyebut bahawa di Mukim Nambayan yang mengandungi 11 kampung, Kerajaan telah menyalurkan RM1,247,621 peruntukan sepanjang 2005-2006.

“Pelaksanaan projek-projek kecil itu juga turut melibatkan badan JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung),” kata Pairin sambil menambah bermula 2007, JKKK di Daerah Tambunan akan dilibatkan melaksanakan projek bernilai RM25,000 ke bawah.



PAIRIN menyampaikan sijil kepada seorang lulusan Tabika sambil diperhatikan Azril.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Seramai 60 calon daripada 1,276 calon yang menduduki UPSR 2006 di 17 buah pusat peperiksaan di pulau ini mendapat keputusan cemerlang 5A dan 7A.

Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Labuan, Maimoon Matnoh berkata 10 calon daripada SK Pekan Dua, SK Pekan Satu (9), SK Bukit Kalam (9), SK St Anne (8), SK Kerupang (7), SK Patau-Patau (2), SK Pantai (2) manakala SK Lubok Temiang, SK Layang-Layangan, SK Sungai Bedaun dan SK Tanjung Aru masing-masing seorang calon.

Sementara itu, seramai sembilan calon iaitu 7 daripada SJKC Chi Wen dan 2 daripada SJKC Chung Hwa mendapat keputusan 7A.

Beliau berkata murid cemerlang UPSR 2006 dipilih daripada kumpulan murid yang memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil mengikut aliran persekolahan dan murid khas.

Sepuluh 10 calon daripada SK Pekan Dua yang memperoleh keputusan 5A ialah Nurizzettie Mazlan, Nur Sabrina Md Rokis, Ansaruddin Adyraf Ahmad, Fatin Nurnadiah Bujang, Hafiz Safwan Ahmad Rodzi, Mohd Julkifli Jumahat, Shellah Jacob, Ismayati Ismail, Nur Amira Hazlin dan Muhd Arif Md Nasrodin.

Sembilan calon daripada SK Pekan Satu pula ialah Aizureen Harun, Idzwan Shah Abd Razak, Amar Shahwan Mustapa, Amzar Hakim Azman, Mimi Hazrinda Marzuki, Muhd Ardany Nazlim, Nurul Syifa Abdullah Sani, Nuriman Sabar dan Azzuan Shah Abd Razak.

SK Bukit Kalam turut berbangga kerana sembilan calonnya iaitu Mohd Afiq, Hanis Mardhiah Asbola, Fitri Helyani Md Ramli, Muhd Khairudin Sidja @ Jahar, Maya Asyura Jinam, Norafiqah Jaludin, Ahmad Aideed Jimmy Chew @ Zaini, Victor Robin Biring Brauok dan Nurul Ashikin Fitri Abdul Samat memperolehi 5A.

Tujuh murid cemerlang di SJKC Chi Wen ialah Victoria Chin Wan Jun, Carmelitta Liaw Sheau Horng, Ivanna Yap En Tse, Brenda Yii Yean Erl, Low Wei Ying, Bong Lui Zei dan Cheek Pei Teng manakala Chin Fung Kuin dan Seah Shin Wei Josephine dari SJKC Chung Hwa.

Maimoon turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru dengan sokongan ibu bapa kerana berjaya membantu murid berkenaan mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2006.



MAIMOON bergambar dengan sebahagian murid cemerlang UPSR di Labuan

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Tahukah kita getah dari Sabah diguna pakai bagi pengelap cermin kenderaan atau ‘wiper’ kenderaan berjenama Mercedes Benz, Volvo, Toyota, Ford, Volkswagon, BMW dan Fiat di dunia.

Namun itulah hakikatnya dimana getah jenis specialti dari negeri ini diperakui memenuhi kehendak dan keperluan pengguna di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, China, Australia, Taiwan dan New Zealand, Korea Selatan dan Jepun.

Baru-baru ini, satu misi pemasaran getah telah dilakukan ke Negara Belgium dan Turki yang diketuai oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Abdul Rahim Ismail berserta 10 ahli rombongannya.

Lawatan seminggu itu adalah anjuran Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dengan kerjasama Green HPSP (M) Sendirian Berhad, Kuala Lumpur yang merupakan agen pengurusan Kilang Getah Specialti Beaufort.

Objektif misi itu adalah untuk mengeratkan perdagangan getah di antara Robert Bosch (Belgium) dan LIGS, mempromosi dan mengembangkan lagi pasaran baru getah Standard Malaysian Rubber (SMR) LIGS di Turki, melawat dan mengadakan perbincangan dengan Robert Bosch bagi mengenalpasti keperluan dan piawai yang dikehendaki untuk produk-produk mereka, dan melawat pembuat tayar celup di Istanbul.

Abdul Rahim menyifatkan misi pemasaran getah ke Belgium dan Turki itu amat berjaya melalui rekomendasi-rekomendasi yang positif daripada kedua-dua belah pihak.

Beliau berkata, Robert Bosch Corporation mengeluar wiper bagi kenderaan Mercedes Benz dan BMW berpuashati dengan getah jenis Superpoly PVR yang dihasilkan oleh Kilang Getah Specialti Beaufort dari segi kualiti dan penghantaran.

Katanya, Robert Bosch Corporation merupakan pembeli tunggal terbesar superpoly PVR dengan permintaan (pembelian) lebih kurang 400 hingga 500 metrik tan bernilai RM4.1 juta setahun.

"Permintaan Superpoly PVR dari syarikat itu juga dijangka akan meningkat dengan adanya pengenalan ke atas jenis wiper baru di pasaran yang dikenali sebagai Aerotwin ditambah pula dengan pembinaan Kilang Wiper yang baru di China yang akan mula beroperasi dalam tahun 2007," katanya.

Pada masa yang sama, terdapat keperluan untuk mencari dan mengenalpasti pasaran baru untuk Standard Malaysia Rubber memandangkan pengeluar-pengeluar getah Malaysia mengeksport lebih kurang 34 peratus ke pasaran di Negara China .

Sementara itu di Istanbul Turki, Rektor Company berhasrat untuk menempatkan semula kilang tayar celup mereka ke beberapa tempat lain dan turut membayangkan minatnya di Malaysia .

Walaubagaimanapun Rekor Company perlu membuat kajian ke atas insentif percukaian dan faedah yang mungkin boleh mereka perolehi di bawah Polisi Pelaburan Langsung Asing.

Sehubungan itu Abdul Rahim berkata, kemampuan getah dari Sabah menembusi pasaran antarabangsa sesungguhnya amat membanggakan kerana 95 peratus adalah merupakan pembeli tetap.

Kilang Getah Specialti Beaufort ini amat berbeza daripada kilang-kilang getah Standard Malaysian Rubber (SMR) yang mana kilang terbabit memperoses keluaran separa pembuatan dan menjurus kepada penghasilan produk hiliran.

Abdul Rahim menjelaskan Industri Getah di Sabah menyumbang sejumlah RM277 juta kepada ekonomi negeri pada tahun lalu.

Katanya, jumlah itu memperlihatkan peningkatan berbanding pada tahun 2004 berjumlah RM215 juta.

"LIGS telah mengeksport sebanyak 52,992 tan metrik getah SMR dan getah specialty bernilai RM277.489 kita dalam tahun 2005.

"Ini secara langsung membuktikan bahawa industri getah merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negeri dan kepada seramai 17,981 pekebun kecil getah di negeri ini," katanya.

Sabah memiliki kawasan getah seluas 64,749 hektar yang mana 53,800 hektar daripadanya merupakan kawasan getah matang dan selebihnya getah belum matang.



Abdul Rahim beserta delegasi bersama-sama The Governor of the Province of Vlaams-Brabant , Lodewijk De Witte.

Category: General
Posted by: keruak
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa bersarapan pagi dengan UMNO Negeri Sabah di Hotel Legend, Kuala Lumpur , hari ini.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Yahya Hussin, Bendahari, Datuk Hajiji Noor, Ketua-ketua Bahagian dan para perwakilan bahagian.

Dalam pada itu, persidangan hari kedua perhimpunan agung ke-57 hari ini menyaksikan perbahasan ke atas ucapan dasar Presiden selain usul ekonomi dan pendidikan serta agama dan sosial.

Suasana perbahasan tetap meriah dan hangat dengan pembahas-pembahas menampilkan imej tersendiri. Ada yang serius, tidak kurang juga yang secara bersahaja sehingga mencuit hati perwakilan.



Najib bersama Musa dan Yahya bergambar bersama Ketua-Ketua Wanita UMNO Bahagian negeri Sabah sempena majlis sarapan pagi itu.



Najib diiringi Musa bersalaman dengan sebahagian pemimpin Umno Sabah yang menyambutnya untuk majlis sarapan pagi.



Musa bergambar kenangan bersama Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Abd Ghapur Salleh (kiri), Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (kanan), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum, Datuk Zakaria Edris (dua dari kanan) dan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Dr.Yusof Yakub.

Category: General
Posted by: keruak
KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri UMNO menggesa agar semua kementerian yang mempunyai bantuan keusahawanan di bawah Rancangan Malaysia ke-9 ini diselaraskan dan diletakkan di bawah One Stop Centre.

Exco Pergerakan Puteri UMNO, Datin Maizatul Akmam Datuk Alawi berkata pusat sehenti itu bertujuan memudahkan pemberian bantuan, baik dari segi khidmat nasihat, pusingan modal, penambahan modal atau apa jua bantuan yang memudahkan wanita untuk berjaya dalam bidang keusahawanan.

Katanya, Puteri UMNO amat yakin pengujudan pusat itu membantu orang Melayu khususnya wanita Melayu muda mendapat anjakan paradigma dalam penyertaan di bidang keusahawan yang lebih aktif, efisyen lagi bermanfaat.

“Puteri menyeru agar lebih banyak pendedahan mengenai program keusahawanan dapat diuar-uarkan untuk memberi maklumat kepada masyarakat ini kerana tidak ramai yang sedar banyak program keusahawanan yang sedang rancak dijalankan,” katanya. pada perbahasan usul ekonomi dan pendidikan Perhimpunan Agung UMNO di sini.

Maizatul yang juga Ketua Puteri UMNO Silam mewakili Pergerakan Puteri UMNO Malaysia membahas usul ekonomi dan pendidikan.

Beliau berkata Puteri UMNO memuji langkah MARA dan Tekun di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia yang cuba membantu golongan ini dengan memperkenalkan pinjaman mudah tanpa cagaran kepada usahawan Bumiputera.

Bagaimanapun, menurut beliau, Puteri banyak menerima aduan mengenai ramai usahawan wanita muda mengadu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman kerana tidak kenal `orang besar’.



Maizatul yang mewakili Pergerakan Puteri UMNO menyokong usul ekonomi dan pendidikan, beramah mesra dengan Datuk Noraini Ahmad dan Rosnah Abdul Rashid Shirlin sebelum ucapan perbahasan beliau.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diminta mengkaji keberkesanan sesuatu program yang dilaksanakan di bawah Program Basmi Kemiskinan untuk menentukan ia mencapai matlamat yang dikehendaki.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee berkata, dengan membuat kajian itu, pihak kementerian akan mengetahui perubahan dan pendekatan yang harus dibuat untuk mencapai matlamat yang digariskan untuk Bajet 2007.

“Banyak program membasmi kemiskinan di luar bandar termasuklah program peningkatan ekonomi seperti projek kolan ikan dan tanaman kontan tidak berjaya dilakukan dan tidak menjana pendapatan yang berterusan untuk rakyat miskin sedangkan berjuta ringgit dibelanjakan setiap tahun”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Bajet 2007 peringkat jawatankuasa Kementerian berkenaan pada Persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.

Ronald Kiandee berkata, kajian keberkesanan ini perlu agar kementerian tidak dilihat sebagai lebih menumpuhkan kepada pencapaian kewangan daripada mencapai matlamat untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat miskin di luar bandar.

Beliau berpendapat, kajian juga perlu dilakukan sama ada keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Basmi Kemiskinan di peringkat daerah yang anggotanya bukan sahaja terdiri daripada kakitangan kerajaan tetapi Wakil-wakil Rakyat yang dipilih.

“Usaha bersepadu seperti ini akan menentukan matlamat kerajaan untuk basmi kemiskinan luar bandar akan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan,” tegasnya.



DATUK RONALD KIANDEE

Category: General
Posted by: keruak
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi menjelaskan bahawa mereka yang bukan bertaraf Profesor dan bukan dari sistem universiti juga berpeluang dilantik sebagai Naib Canselor universiti awam.

Ini dinyatakan oleh kementerian berkenaan dalam jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Salleh antara lain meminta kementerian menyatakan kriteria utama yang digunakan untuk memilih calon Naib Canselor sesebuah universiti awam, termasuk sama ada seseorang yang bukan bertaraf Profesor dan bukan dari sistem universiti turut berpeluang dilantik ke jawatan itu.

Dalam jawapan bertulis, kementerian menjelaskan bahawa kerajaan menetapkan beberapa kriteria untuk memilih seseorang Naib Canselor.

“Antaranya termasuk mempunyai kelayakan cemerlang serta rekod perkhidmatan yang baik dan diiktiraf di peringkat tempatan mahupun luar Negara, telah memberi sumbangan besar kepada pengajian tinggi dan masyarakat, berpengaruh dan berpersonaliti unggul serta dapat menghayati aspirasi pembangunan pengajian tinggi Negara.

“Pada masa ini, terdapat beberapa orang Naib Canselor yang bukan bertaraf Profesor dan bukan dari sistem universiti seperti Naib Canselor UM, UUM dan UPSI.

“Oleh itu adalah jelas bahawa mereka yang bukan bertaraf Profesor dan bukan dari sistem universiti juga berpeluang untuk dilantik menjadi Naib Canselor universiti awam,” katanya.



Category: General
Posted by: keruak
KUALA LUMPUR: Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno ke-57 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam ucapannya selama kira-kira satu setengah jam itu, Abdullah telah membentangkan 'kad kemajuan' beliau yang menonjolkan beberapa pencapaian serta cabaran sepanjang tiga tahun beliau memimpin negara.

Kad kemajuan itu mengandungi 12 gagasan yang telah beliau gariskan sejak mula mengambil alih pentadbiran negara pada 31 Okt 2003 daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ucapan Presiden Umno itu mencakupi bidang yang luas meliputi perpaduan negara, ekonomi, kepimpinan politik, demokrasi, modal insan, rasuah, peraturan undang-undang, pemuda dan wanita, peranan sektor swasta dan awam dalam pembentukan bangsa dan hubungan antarabangsa.

Barisan kepimpinan Umno Sabah yang diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menghadiri perhimpunan itu sejak awal minggu ini. Hadir sama Setiausaha Umno Sabah, Datuk Yahya Hussin.



ABDULLAH menaikkan bendera Umno `Sang Saka Bangsa’ pada permulaan acara berlangsung.



MUSA (tiga dari kanan) bersama sebahagian Ahli Majlis Tertinggi Umno pada majlis menaikkan bendera parti itu.



MUSA (tengah) bersama Yahya Hussin (tiga dari kanan) dan pemimpin UMNO bergambar bersama Ketua-Ketua Puteri Bahagian yang diketuai oleh Puan Siti Hamni Hashim (empat dari kanan).



KETUA Pemuda Umno Tuaran, Datuk Abdul Rahman Dahlan (duduk kiri sekali) bergambar bersama Ketua-Ketua Cawangan Umno dan Ketua-Ketua Pemuda Umno Cawangan dari Tuaran.

Category: General
Posted by: keruak
KUALA LUMPUR: Naib Ketua Puteri UMNO, Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata setiap tahun Puteri UMNO kehilangan sehingga 15,000 ahli atas faktor usia.

Sehubungan itu, katanya, usaha dan program penambahan ahli di bawah biro keahlian memerlukan komitmen bersepadu semua pihak dan bukan diletakkan di bahu pengerusi biro semata-mata.

“Yang penting, kerjasama jitu dari puteri-puteri di peringkat negeri, bahagian hingga ke peringkat cawangan dan yang paling penting kepimpinan UMNO peringkat negeri,” katanya, sambil meminta supaya ditubuhkan unit penambahan ahli di setiap negeri dan bahagian.

Menurutnya, sehingga Oktober 2006, tiga negeri menunjukkan peningkatan ahli agak tinggi. Terengganu mendahului dengan peningkatan 40%, diikuti Melaka 33% dan Johor 27% berbanding keahlian pada penghujung tahun 2005.

Katanya, peratusan itu akan terus meningkat menjelang tahun 2007. Terkini Puteri UMNO mempunyai lebih 300,000 ahli di seluruh negara.

Beliau berkata demikian pada ucapan penggulunggan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Putra di Kuala Lumpur semalam.

Rosnah yang juga Pengerusi Biro Keahlian Puteri UMNO berkata, Biro Keahlian di peringkat pusat akan sentiasa memantau perkembangan aktiviti penambahan ahli ini dan salah satu langkah yang telah diambil adalah dengan mengemaskini data keahlian setiap bulan dengan merujuk kepada biro keahlian UMNO pusat.

“Puteri UMNO pusat juga akan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mana-mana cawangan, bahagian dan negeri yang berjaya mencatatkan peningkatan keahlian yang tertinggi seluruh negara.

UMNO kini mempunyi 3.28 juta anggota ahli menerusi 19,692 cawangan seluruh Malaysia.



PERJUANGAN...Rosnah (kanan) bersama Datuk Noraini Ahmad dan Zakiah yang mewakili Puteri Umno Sabah membahas ucapan dasar Ketua Puteri Umno di Kuala Lumpur.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Jumlah pelancong domestik dan antarabangsa yang mengunjungi Wilayah Persekutuan Labuan sama ada melalui jalan udara mahupun laut terus meningkat pada setiap tahun.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata pada tahun lalu seramai 586,837 pelancong tempatan yang menggunakan laluan udara dan laut melawat pulau bebas cukai ini berbanding 470,831 pada 1997.

Manakala jumlah pelancong antarabangsa pula ialah 66,912 pada 1997 telah meningkat kepada 115,514 pada tahun lalu melalui Brunei sahaja tetapi jumlah itu tidak termasuk pelancong yang menggunakan laluan udara yang dianggarkan 50,000 orang.

Selain itu, beliau berkata purata kadar penginapan di hotel pada 1997 hanya 30.3 peratus tetapi pada tahun lalu meningkat kepada 67.7 peratus iaitu kadar yang lebih tinggi daripada purata penginapan di peringkat nasional iaitu 60.7 peratus.

“Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing dan mempunyai kerjasama yang rapat, saya yakin Labuan mampu menjadi destinasi pilihan pelancong domestik dan antarabangsa, “ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutupan Seminar Kecemerlangan Hotel peringkat Labuan , di Hotel Sheraton, di sini. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pegawai (Pembangunan) Perbadanan Labuan , Jusoh Saleh.

Seminar yang julung kalinya diadakan itu bertujuan untuk memberikan maklumat mengenai Tahun Melawat Malaysia 2007, keperluan pematuhan peraturan keselamatan, kebersihan, perlesenan dan pencegahan kebakaran.

Turut hadir Timbalan Pengurus Besar, Majlis Tindakan Pelancongan Labuan (MTPL), Siti Maznah Awang Damit dan 32 peserta yang terdiri daripada pengusaha dan pemilik hotel di pulau ini.

Seminar setengah hari itu diisi dengan pembentangan lima kertas kerja iaitu Penolong Pengarah (Unit Perlesenan) Perbadanan Labuan, Manisah Mahmud; Pencegahan Jenayah oleh Pegawai Penyiasat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Inspektor Syamsu Alam; Keselamatan Kebakaran oleh Penguasa Kanan Pegawai Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat, James Henry Linang; Kebersihan Makanan oleh Muhamad Daud Hamid dari Jabatan Kesihatan dan Penolong Pesuruhjaya Pelancongan, Kementerian Pelancongan, Zamri Othman.

Suhaili yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan berkata hotel yang bersih, selamat dan memberi perkhidmatan yang memuaskan pelanggan akan turut membantu meningkatkan kehadiran pengunjung ke pulau ini.

“Oleh kerana kita kekurangan produk pelancongan, hanya perkhidmatan dan layanan terbaik, keyakinan keselamatan, layanan penuh mesra dan menyenangkan akan menyebabkan pelancong terus mengunjungi Labuan sekaligus menginap di hotel di sini, “ katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pengusaha hotel bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan serta agensi kerajaan untuk membendung gejala social dan negative seperti pelacuran, penagihan dadah, penularan penyakit, kematian, kecurian dan penipuan kerana gejala itu mampu menjejaskan industri pelancongan tempatan.

Pada masa sama, Suhaili berharap hotel akan mengadakan pelbagai strategi dan pakej untuk menarik lebih ramai pelancong termasuk menawarkan pakej penginapan berkeluarga melalui kerjasama agensi pelancongan di Sabah, Sarawak , Brunei dan antarabangsa.

Beliau berkata Perbadanan Labuan dan MTPL akan terus menganjurkan pelbagai acara bertaraf nasional dan antarabangsa seperti cabaran sukan laut antarabangsa (LISC) yang mampu menarik lebih ramai peserta dan pelancong.

Katanya, sejak 1997 pihaknya berusaha untuk menambah produk dan kemudahan pelancongan dan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) banyak projek baru akan dilaksanakan.

Suhaili yakin dengan siapnya Lapangan Terbang Labuan dan pengamalan dasar langit terbuka oleh kerajaan bagi membolehkan lebih banyak pesawat besar mendarat di lapangan terbang itu, industri pelancongan akan terus berkembang.

Beliau berkata sector pelancongan turut menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai melalui pembabitan serius bidang perhotelan, pengangkutan, restoran, agensi pelancongan dan premis perniagaan.

“Melalui industri pelancongan, banyak manfaat boleh dinikmati oleh pelbagai pihak terutama pengusaha hotel, pengangkutan, restoran, agensi pelancongan dan premis perniagaan serta mampu meningkatkan taraf hidup penduduk dan ekonomi tempatan, “ katanya.



KENANGAN…Jusoh (kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada wakil Polis Diraja Malaysia pada seminar berkenaan.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Seramai 24 murid berusia enam tahun menerima sijil masing-masing pada Konvokesyen Tadika Ayu Gemilang di Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Satu, di sini.

Majlis penyampaian sijil itu disempurnakan Penolong Pengarah (Perkhidmatan), Jabatan Pelajaran Labuan, Ahmad Salleh.

Turut hadir Pengurus Tadika Ayu Gemilang, Hasinah Alwi dan penasihatnya, Yunus Yusuf.

Dalam keputusan peperiksaan Semester Kedua, Khairul Bariyah Suhaimi menduduki tempat pertama Kelas Empat Tahun diikuti Nur Imanina Hamka dan Muhd Idzham Che Rahim.

Nur Aishah Najihah mendapat nombor satu Kelas 5 Tahun Amanah, Muhd Afiq Danial kedua dan ketiga, Nur Alya Farzanah.

Tempat pertama Kelas 5 Tahun Ikhlas ialah Nurul Jannatul Firdaus Suhaimi, kedua Muhd Khairul Samsulizam dan ketiga Nureem Ellyanie Karim.

Dalam Kelas Enam Tahun Amanah tempat pertama Muhd Mujiburrahman Amir Paisal, kedua Muhd Afiq Alusi Mohd Nazam dan ketiga Nur Farah Izzati Abd Laham.

Rabiatul Adawiyah Suhaimi menduduki tempat pertama Kelas Enam Tahun Ikhlas diikuti Nurul Atiqah Ahmad Tajudin dan Azizul Haziq Mohd Zaky.

Tempat pertama Kelas Enam Tahun Jujur ialah Muhd Nursyazwan Saiami, kedua Muhd Ridhwan Radzilan dan ketiga Syafiqah Mohd Rafi.

Majlis itu diserikan persembahan nasyid, koir, bercerita dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Dalam ucapannya, Ahmad berharap ibu bapa akan memantau aktiviti anak mereka sepanjang cuti persekolahan yang panjang bermula minggu depan supaya mereka tidak dibiarkan membuang masa tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah.

Katanya, cuti persekolahan merupakan masa yang sesuai untuk anak-anak mengulangkaji pelajaran dan bersedia lebih awal sebelum menghadapi sesi persekolahan tahun depan.



BERJAYA…Ahmad ( lima dari kiri) bersama murid enam tahun Tadika Ayu Gemilang yang menerima sijil pada Konvokesyen Ayu Gemilang di Dewan SK Pekan Satu.

Category: General
Posted by: keruak
KUALA LUMPUR: Ketua-Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dari negeri Sabah bersama perwakilan masing-masing telah menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) Kuala Lumpur , hari ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO semalam.

Antara pemimpin Pemuda UMNO Negeri Sabah yang turut mengambil bahagian dalam perbahasan ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri, Nizam Abu Bakar Titingan.



PERJUANGAN…Ketua Pemuda UMNO Putatan, Ir. Shahelmey Yahya bersalam dengan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin (kanan) sambil diperhatikan perwakilan pemuda UMNO bahagian Putatan.

Category: General
Posted by: keruak


BANTU… Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan (tengah) bergambar dengan sebahagian daripada penerima bantuan rumah di Kampung Libang Laut, Tambunan.

Seramai enam keluarga yang tersenarai di bawah Ketua Isi Rumah Termiskin (KIRT) menerima bantuan rumah itu yang disalurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah .

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar menyampaikan bantuan itu kepada penerima semua penerima terbabit sempena Majlis Perpaduan dan Hari Raya Mukim Kirokot yang diadakan di balai raya Kg Libang Laut.

Majlis itu dipengerusikan oleh Dr. Yusof Jasmin yang berasal dari kampung berkenaan.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Majlis sambutan Aidilfitri dan Deepavali diadakan untuk merapatkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara kakitangan sesebuah organisasi.

Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL), Prof Dr Syed Azizi Wafa berkata majlis itu juga untuk mengeratkan perpaduan antara kakitangan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

“Majlis itu diadakan untuk merapatkan hubungan baik sedia ada sambil kakitangan dan pegawai beramah mesra selepas penat bekerja di pejabat, “ katanya pada sambutan Aidilfitri dan Deepavali bersama kakitangan dan keluarga universiti itu di sini.

Turut hadir Dekan SSIL, Dr Rozaini Roslan, ketua-ketua bahagian, pegawai dan kakitangan serta keluarga masing-masing.

Majlis itu dimeriahkan lagi dengan dendangan lagu Aidilfitri daripada kakitangan termasuk Rosli Karim, Md Faizal Kassim, Jarim Duraman, Farizah Ismail, Zak Jas dan Fadli Mohain.

Pelbagai juadah tradisional dan moden seperti sate, mee kari, mee sup, lemang dan kek dihidangkan pada majlis itu.



MUHIBAH…Prof Dr Syed Azizi Wafa memotong kek pada sambutan Aidilfitri dan Deepavali bersama kakitangan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan .

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Warga emas tidak sepatutnya dianggap liabiliti dan diabaikan kebajikannya, sebaliknya mereka perlu diberi layanan kasih sayang yang sewajarnya.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail, berkata tiada lebih bermakna untuk diberikan kepada warga emas dalam meniti kehidupan selain mendapat kasih sayang daripada anak-anak mereka.

Katanya, setiap anak harus mengenang jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh ibu bapa sejak kecil sehingga dewasa.

“Dalam kita menikmati kehidupan bahagia, kita tidak seharusnya mengabaikan ibubapa yang banyak berkorban dalam membesarkan, mendidik, memberi pelajaran seterusnya kebahagian kepada kita.

“Sifat ‘kacang lupakan kulit’ tidak seharuslah wujud dalam diri, sekiranya mengenang jasa dan pengorbanan ibubapa selama ini meskipun mereka mengalami penyakit atau hilang daya ingatan (lali),” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Daerah Kota Kinabalu di Rumah Wargatua Sri Pritchard, Kinarut di sini.

Majlis yang disambut dengan penuh meriah dan kasih sayang itu adalah anjuran Klinik Kesihatan Kinarut dan Panel Penasihat Kesihatan Kinarut.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kawang, Datuk Gulam Haidar Khan Bahadar, Pegawai Daerah, Iman Ali dan Pengerusi Panel Penasihat Kesihatan Kinarut, Pengiran Morshide Pengiran Omar.

Majlis itu turut diserikan dengan ceramah kesihatan, kuiz kesihatan dan sukaneka kepada golongan wargatua.

Abdul Rahim yang juga ADUN Pantai Manis berkata, ibubapa yang telah uzur bukanlah menjadi tanggungan kepada anak-anak mereka tetapi sebaliknya menjadi tanggungjawab kepada mereka.

Katanya, sikap mengambil jalan mudah dengan menghantar warga emas termasuk ibubapa ke pusat-pusat penjagaan adalah langkah yang tidak bijak dan harus dihindarkan.

“Saya percaya warga emas yang menghuni di pusat Sri Pritchard ini mempunyai kisah-kisah hidup tersendiri, termasuk bagaimana mereka akhirnya menghuni di sini.

“Hidup sebagai warga emas tanpa dikelilingi atau dibuai kasih sayang keluarga sememangnya sangat memilukan.

“Bayangkan bagaimana kehidupan mereka jika tidak ada insan yang prihatin untuk menjaga kebajikan mereka, sedangkan mereka ini juga pernah berbakti kepada bangsa dan Negara di zaman mudanya,” katanya.



KASIH SAYANG… Abdul Rahim bersama-sama warga emas meraikan sambutan Hari Warga Emas Sedunia di Rumah Wargatua Sri Pritchard, Kinarut

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Siaran langsung rumah terbuka sempena Aidilfitri Yayasan Kebajikan Suria (YKS) di Kampung Panjut, Berungis, Tuaran, menerusi RTM1 pada Hari Raya kedua baru-baru ini, mencatat sejarah tersendiri dan dianggap berjaya.

Majlis itu yang bermula seawal jam 8 pagi dihadiri ratusan pengunjung. Tetamu kehormat ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap ADUN Sulaman, Datuk Hajiji Mohd Noor.

Pengerusi YKS Datin Seri Panglima Raya Erom berkata kejayaan majlis itu adalah hasil sokongan dan kerjasama daripada semua pihak terbabit.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada tenaga kerja yang bersama-sama menjayakan program berkenaan yang disiarkan secara langsung menerusi segmen Selamat Pagi Malaysia pada pagi itu.

“Kita bangga dengan kejayaan penganjuran program itu dan berterima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya, termasuk daripada RTM,” katanya pada mesyuarat post-mortem program berkenaan di sini.

Hadir sama pada mesyuarat itu pegawai daripada pengurusan YKS serta Penerbit Siaran Langsung RTM Sabah , Winnie Lingam.

Datin Seri Raya berkata program itu dianggap bersejarah kerana membolehkan rakyat dari seluruh negara yang menonton RTM1 pada pagi berkenaan mengetahui serta mengenali YKS dari dekat.

Katanya, walaupun masa siaran langsung berkenaan begitu terhad, namun ia sudah cukup memadai memperkenalkan YKS ke seluruh negara.



BERJAYA…Datin Seri Raya (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat post-mortem program YKS sempena Aidilfitri lalu..



PENJELASAN…Datin Seri Raya memberi penjelasan pada mesyuarat itu.

Category: General
Posted by: keruak
KUALA LUMPUR: Para pemimpin UMNO Sabah hari ini menghadiri Majlis Taklimat Presiden yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO di Dewab Merdeka Pusat Dagangan Dunia Puteri (PWTC) Kuala Lumpur .

Pemimpin UMNO yang menghadiri majlis taklimat itu terdiri daripada Ketua UMNO Bahagian, Timbalan, Naib Ketua Bahagian, Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden UMNO telah memberi amanat di majlis taklimat itu yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd.Najib Tun Razak dan Ahl-ahli Majlis Tertinggi UMNO.



PERJUANGAN PARTI… Yahya (baris kedua, tiga dari kiri) bersama Datuk Juhar Mahiruddin dan pemimpin UMNO Bahagian Putatan ketika menghadiri Majlis Taklimat Presiden.



AMANAT…Ketua Umno Bahagian Kalabakan, Datuk Seri Panglima Abd.Ghapur Salleh, Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abd.Rahman, Ketua UMNO Bahagian Sandakan, Datuk Seri Panglima Ampong Puyon dan sebahagian pemimpin UMNO Sabah yang menghadiri majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Rumah terbuka sempena Aidilfitri Pengerusi Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tempasuk, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di sini baru-baru ini meriah dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum.

Ratusan pengunjung, termasuk dari kalangan masyarakat Cina datang seawal jam 6 petang untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada Pandikar Amin dan keluarga.

Ketika ditemui, Pandikar Amin berterima kasih kepada orang ramai daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang yang menghadiri majlis itu, sambil menyifatkannya sebagai lambang perpaduan di kalangan masyarakat majmuk.



MESRA…Pandikar Amin berbual dengan Datuk Joe Leong dan keluarga yang menghadiri rumah terbuka Aidifitri itu.

Category: General
Posted by: keruak


BINCANG…Timbalan Ketua Menteri Datuk Joseph Pairin Kitingan (kanan) menerima kunjungan hormat Konsul Jeneral Jepun ke Sabah, Koichi Morita di pejabatnya di Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Sembulan, Kota Kinabalu.

Koichi yang sebelum ini bertugas di Kedutaan Jepun ke Brunei Darussalam menggantikan Masahiro Obata yang menamatkan tempoh perkhidmatannya di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Dalam pertemuan kira-kira sejam itu, turut disentuh ialah hubungan dua hala pembangunan kawasan luar bandar di Sabah dengan Jepun.

Category: General
Posted by: keruak
TAMBUNAN: Pembangunan kemudahan belajar khususnya bagi sekolah luar bandar yang diutamakan kerajaan sekarang sentiasa mendapat dukungan kepimpinan setempat untuk melengkapkan pelaksanaan pelan pembangunan Jabatan Pelajaran.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Joseph Pairin Kitingan berkata keprihatinan Kerajaan melengkapkan kemudahan belajar kepada semua sekolah adalah selari dengan tumpuan Kerajaan membangunkan modal insan menuju status Negara Maju.

“Saya berharap para ibubapa, PIBG, guru-guru dan para pemimpin setempat dapat berganding bahu melahirkan kecemerlangan murid-murid dan sekolah,” katanya ketika merasmikan Hari Kecemerlangan SK Lotong, kira-kira 15km dari sini.

Pada majlis itu, Pairin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan meluluskan kemudahan alat siaraya (PA System) untuk sekolah tersebut.

Menurut Pairin, pemberian kemudahan itu dibuat kerana ianya tidak bertindih dengan projek pembangunan sekolah yang dirancang Kementerian Pelajaran.



TANDA LAWATAN … Guru Besar SK Lotong, Molitis Malek menyampaikan cenderakenangan kepada Pairin ketika melawat sekolah itu.

Category: General
Posted by: keruak
MENUMBOK: Masyarakat nelayan di negeri ini digesa supaya beralih kepada penggunaan teknologi moden untuk menangkap ikan demi meningkatkan hasil pendapatan mereka.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, penangkapan ikan cara tradisional kini tidak lagi sesuai kerana hasilnya terhad.

“Kerajaan berusaha menaiktaraf kehidupan golongan nelayan tradisional menjadi kumpulan berdaya maju dan berdaya saing. ini termasuklah mengalakkan para nelayan agar menggunakan teknologi moden dalam menangkap ikan agar memperolehi pendapatan yang lumayan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Nelayan Daerah Kecil Menumbok kali ke-8 di Pantai Mempakul di sini.

Menurutnya, nelayan tradisional di Sabah yang dianggarkan sejumlah 25,000 orang masih dianggap ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Menteri itu seterusnya menegur para nelayan yang menjual hasil tangkapan mereka kepada “orang tengah” yang menurutnya satu tindakan yang merugikan kerana harga yang ditawarkan adalah tidak berpatutan.

"Orang tengah pula akan mengaut keuntungan kerana akan menjual hasil tangkapan itu kepada orang awam dengan kadar yang berlipat kali ganda.

"Saya menasihatkan para nelayan di negeri ini supaya mengelak daripada berurusan dengan orang tengah kerana perbuatan ini secara tidak langsung mendorong kenaikan harga hasil tangkapan mereka," katanya.

Abdul Rahim menambah cara terbaik untuk para nelayan menjual hasil tangkapan mereka ialah melalui Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) masing-masing.

"PNK adalah ibarat payung kepada para nelayan di negeri ini yang membela kebajikan dan masa depan mereka.

"Justeru, tidak ada sebab mengapa para nelayan membelakangkan PNK khususnya dalam urusan penjualan hasil tangkapan mereka. Lagipun hasil tangkapan yang dijual melalui PNK adalah mengikut harga yang tetapkan serta tidak akan wujud unsur-unsur penipuan," tegasnya.

Pada masa kini terdapat lebih 14 PNK di seluruh Sabah yang mewakili nelayan tradisional.

Disamping itu, nelayan tradisional juga disaran menceburi perusahaan hiliran perikanan bagi menambah pendapat keluarga.

Katanya, bidang yang boleh diceburi itu ialah penghasilan produk-produk hiliran perikanan seperti keropok ikan, sate ikan, belacan, ikan kering dan sebagainya.

“Saya percaya jika produk hiliran perikanan ini diusahakan dengan cara yang betul ia mampu memberi pulangan yang lumayan.

“Pada masa yang sama, bidang ini juga boleh dibantu oleh ahli-ahli keluarga nelayan itu sendiri termasuk isteri dan anak mereka,” katanya.



HASIL LAUT... Abdul Rahim melihat lebih dekat udang karang yang dipamerkan di Pesta Nelayan Daerah Kecil Menumbok yang mempunyai pasaran lebih RM60 sekilo.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Pasukan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna muncul sebagai johan Kejohanan Badminton Piala Timbalan Ketua Menteri Sabah 2006 setelah berjaya mengutip sejumlah 44 mata.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin dan isteri Datin Siti Jouyah Mohd.Yunin turut beraksi dan menyumbang mata bagi pasukan kementerian.

Naib johan dimenangi oleh pasukan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) yang berjaya mengutip 39 mata dalam kejohanan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Foo Chow, Luyang.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi pasukan Perpustakaan Negeri Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri (JPKAN) yang masing-masing mengutip 38 dan 34 mata.

Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri telah menyampaikan piala pusingan itu kepada pasukan kementerian di majlis Malam Muhibbah yang diadakan sempena kejohanan itu di Hotel Le Meridien, semalam.

Hadir sama di majlis itu ialah Siti Jouyah, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Jornah Mozihim, Setiausaha Politik Kementerian, Abd.Kahar Mohd.Zain dan Tan Kim Beng, Setiausaha Tetap Kementerian, Michael Emban, Timbalan Setiausaha Tetap, Puan Janet Chee, Pengarah JPKAN, Datuk Mastor Samin, Pengarah Perpustakaan Negeri, Wong Vui Yin, Pengarah Hal Ehwal Wanita Sabah, Siti Sapoo Ahok dan Setiausaha Eksekutif MPMS, Joanne Lee.

Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah akan menjadi tuan rumah kejohanan itu tahun depan mengambil alih tugas itu daripada Jabatan Perpustakaan Negeri Sabah.

Yahya dalam ucapannya berkata, kejohanan tersebut dapat membantu meningkatkan interaksi dan hubungan silatulrahim yang erat dan mesra dikalangan kakitangan jabatan dan agensi dibawah kementeriannya.

Katanya, menerusi kegiatan sukan yang dianjurkan di peringkat jabatan dan kementerian dapat melahirkan kakitangan perkhidmatan awam yang cergas, sihat dan minda yang cerdas, sekaligus membantu meningkatkan prestasi kerja dan produktiviti.

Beliau juga mencadangkan agar kejohanan itu tidak terhad kepada badminton semata-mata sebaliknya perlu dikembangkan ke jenis sukan lain seperti bola sepak, bola jaring, bola tampar dan lain-lain.



GEMBIRA…Yahya dan Datin Seri Siti Jouyah, Jornah dan ketua jabatan bergambar bersama pemain pasukan KPM&HEP yang menjadi juara Kejohanan Badminton Piala TKM.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Yang DiPertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah menggesa umat Islam berani berjuang mempertingkatkan jatidiri sebagai umat yang lebih bertanggungjawab terhadap masa depan negara.

Katanya, aspek itu amat penting dan ia akan dapat dilaksana melalui pembangunan insaniah yang akan mencorakkan masyarakat dengan nilai-nilai murni dan akhlak mulia, dinamik serta menjadi pemimpin Islam berwawasan dalam mencerna agenda pembangunan masyarakat Islam. Sekali gus memperkukuhkan perpaduan dan keutuhan ummah.

“Suasana kehidupan dalam era globalisasi menyaksikan umat Islam sering disogok dengan propaganda Barat melalui kecanggihan teknologi yang mereka kuasai dan secara tidak langsung ini menuntut kita melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam ilmu sains dan teknologi,sains politik dan sains sosial,” katanya.

Beliau berucap demikian sempena majlis Ihtifal KAFA Peringkat Negeri Sabah 2006 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) cawangan Sabah Ddi Wisma MUIS Sembulan.

Hadir sama sempena majlis itu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran, Mufti Kerajaan Negeri, Sohibus Samaha, Datuk Ahmad Alawi Adenan,pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan.

Ahmadshah,berkata peranan dan tanggungjawab selaku umat Islam amatlah besar dan harus memikul amanah yang akan menjadikan contoh kepada generasi hari ini dalam kecemerlangan hidup seharian serta menjadi menjadi pembimbing masyarakat serta pencetus idea perubahan yang positif dalam mengislahkan lagi masyarakat di negeri ini.

“Kita berharap kelas Al-Qur’an dan fardhu ain yang diselenggarakan JAKIM akan dapat diteruskan serta memertabatkan kecemerlangan ilmu,meningkatkan keperkasaan bangsa dan memelihara kemurnian serta ketinggian agama Islam,” katanya.

Katanya, untuk menjayakan hasrat itu golongan pendidik hendaklah sentiasa memperkaya diri dengan ilmu pengetahuan supaya dapat menyampaikan kepada murid-murid dengan lebih baik dan sempurna di samping guru hendaklah menjadi contoh terbaik sebagai pemimpin kepada anak-anak dan masyarakat.



TAHNIAH... Ahmadshah (dua dari kanan) diiringi Nasir (kanan) menyampaikan hadiah kepada seorang pemenang sempena majlis Ihtifal KAFA peringkat negeri di Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Kehadiran tiga veteran Perang Dunia Kedua pada majlis Hari Memperingati Perang Dunia Kedua di Tugu Peringatan Perang, Jalan Tanjung Batu, di sini, mendapat perhatian tetamu yang menghadiri majlis tersebut.

Bekas anggota polis Singapura dan Malaya, Rahmat Mohamad, 92, bersama anggota Tentera Udara Australia, Gordon Schutz, 83, dan Keith Froebel, 81, anggota Tentera Darat Australia pernah berkhidmat dengan pasukan keselamatan negara masing-masing ketika Perang Dunia Kedua meletus pada 1942 hingga 1945.

Mereka adalah antara kira-kira 100 tetamu yang menghadiri majlis itu yang dianjurkan setiap tahun pada November oleh Perbadanan Labuan dan Majlis Tindakan Pelancongan Labuan (MTPL) bagi memperingati mangsa perang tersebut.

Terdapat kira-kira 3,908 pusara ditempatkan di tugu berkenaan iaitu 858 anggota tentera Australia yang terkorban, British 814, India 43 dan Malaya 36.

Turut mengalungkan bunga ialah Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Yusuf Mahal yang mewakili Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman; Panglia Dua Divisyen Udara TUDM Labuan, Brig Jen Dato’ Ackbal Abdul Samad, Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Saiman Kasran, Timbalan Pesuruhjaya India ke Malaysia, Shri Nagendra K Saxena, Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei, John Saville, wakil waris dan badan bukan kerajaan (NGO).

Ketika ditemui, Rahmat yang berasal dari Johor Bahru dan kini menetap di Kampung Gersik, di sini, berkata beliau sangat gembira kerana masih mampu menghadiri majlis itu walaupun kini sudah uzur untuk sama-sama memperingati rakan-rakannya yang terkorban di Perang Dunia Kedua semata-mata untuk mempertahankan negara ini.

Selain majlis mengalungkan bunga di tugu peringatan itu, bacaan doa turut diadakan di tiga tempat berasingan iaitu untuk anggota tentera yang beragama Islam, Kristian dan Hindu.



BERSEJARAH…Yusuf (empat dari kiri), Saiman, Ackbal dan Abd Rahim bersama tetamu beragama Islam yang menghadiri majlis Hari Memperingati Perang Dunia Kedua di Tugu Peringatan Perang, Jalan Tanjung Batu,.

Category: General
Posted by: keruak
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak mempengerusikan satu sesi Kursus Kepimpinan anjuran Kelab Umno Luar Negara 2006 di Dewan Tun Hussein On, PWTC di sini petang ini.

Sesi berkenaan bertajuk “Menyahut Cabaran Melahirkan Pemimpin Glokal”. Penceramahnya ialah Naib Presiden Umno merangkap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Kursus Kepimpinan tersebut bertemakan “Memperkasakan Modal Insan: Mengangkat Martabat Bangsa Gemilang”. Pesertanya adalah ahli Umno dari seluruh dunia yang menganggotai Kelab Umno Luar Negara.

Selain mempengerusikan sesi dan memperkenalkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah turut berkongsi pandangan mengenai tema sesi, iaitu `Menyahut Cabaran Melahirkan Pemimpin Glokal.’

Berikut antara pandangan yang dilontarkan oleh Salleh sebelum menutup sesi berkenaan:-

Glokal bukan istilah nakal Seperti mungkin dijaja kumpulan berfikiran dangkal Glokal bermaksud kita mesti berakal global Tanpa mengetepi nilai resam dan budaya lokal Lantang bicara berjuang tanpa lupa tempat berasal

Kita Melayu mesti menjadi bangsa terhebat Di persada dunia kita teguh berpegang adat Jangan Melayu jadi bangsa melarat Islam dijulang tapi anutan lain tidak disekat Warisan dijaga, tradisi dipelihara agar umat tidak tersesat Daripada sebarang cubaan penjajahan Barat

Glokal menuntut kita untuk sentiasa cermat Berhat-hati setiap waktu dan saat Agar tidak terpijak jerat dipasang Barat Yang berpura-pura mengumpan atas nama kepentingan umat Melayu mesti satu muafakat UMNO ke depan sebagai penyelamat

Ketinggian bangsa glokal juga dinilai dari pembangunan negara Seperti tingginya bangunan mencakar angkasa Lambang sebuah bangsa perkasa Yang tidak mudah berputus asa Dan sentiasa berdoa mendapatkan petunjuk Yang Maha Esa.




DATUK SERI SALLEH SAID KERUAK

Category: General
Posted by: keruak
LOK KAWI: Program Gerakan Daya Wawasan (GDW) perlu dikembang dan dilaksanakan di lebih banyak kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas agar rakyat berpeluang menikmati faedah daripada program itu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin mencadangkan antara kampung yang berpotensi ialah Kampung Ketiau, Kg. Ulu Putatan, Kg.Ulu Seberang, Kg.Teguli, Kg.Tebongon, Kg.Meruntum dan Kampung Sailan.

“Saya berharap pihak KEMAS dapat mengambil tindakan dengan memperluaskan GDW di kampung-kampung tersebut, memandangkan kini hanya sebuah kampung sahaja dalam DUN Petagas yang dipilih sebagai Kampung GDW”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan “Workshop GDW” Daerah Penampang di Dewan Mini GDW Kampung Lok Kawi Baru.

Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Kahar Mohd.Zain, Penolong Pegawai Daerah Kecil Putatan, Ag.Abd.Ghani Pg.Yusof, Pegawai KEMAS Daerah Penampang, Samsul Izrin Isahak.

Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna berkata, pelbagai bantuan akan disalurkan oleh kerajaan kepada Kampung GDW yang akan memberi faedah yang maksimum kepada penduduk kampung.

“Oleh itu, tidak ada sebab kenapa Ketua Kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk kampung tidak menerima baik pelaksanaan GDW di kampung masing-masing”, tegasnya.

Beliau berkata, Gerakan Desa Wawasan adalah satu usaha yang digembelingkan dengan memberi tumpuan khususnya ke arah pembangunan sesebuah kampung atau desa dengan matlamat menjadikannya maju, menarik dan menguntungkan sejajar dengan falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar.

Menurutnya, GDW ialah proses peningkatan pengupayaan yang boleh membangkitkan kesedaran dan pembangunan sikap penduduk desa ke arah Transformasi Kedua Luar Bandar.

Pada majlis itu, Yahya yang juga ADUN Petagas turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Keceriaan Kampung Bulan Merdeka Peringkat Daerah Penampang.

Johan pertandingan itu dimenangi GDW Kg. Lok Kawi Baru yang memenangi hadiah peruntukan projek bernilai RM15,000. Naib johan dimenangi Kampung Ketiau (RM10,000) dan Kampung Sembulan menduduki tempat ketiga (RM5,000).



TAHNIAIH… Yahya menyampaikan hadiah johan Pertandingan Kecerian Kampung kepada Pengerusi GDW Kg.Lok Kawi Baru, Sumita Hassan di majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
BELURAN: Golongan pelajar tidak harus mudah berpuas hati dengan sijil atau ijazah yang dimiliki, sebaliknya perlu berusaha melengkapkan diri dengan pengetahuan tambahan agar berdaya saing dalam pasaran kerja, kata Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee.

Katanya, adalah penting bagi mereka untuk sentiasa mengetahui kehendak pasaran kerja dan memperlengkapkan diri dengan kehendak dan cabaran berkenaan.

“Hanya pelajar yang berbuat demikian berpeluang untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik”, katanya di Majlis Penganugerahan Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran Bestari, dekat sini.

Menurutnya, Dasar Kerajaan untuk mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris akan membantu pelajar menguasai bahasa berkenaan.

Bagaimanapun katanya, usaha tambahan perlu dibuat oleh para pelajar termasuklah mengambil kelas tiusyen persendirian, bertutur dan membaca buku dalam bahasa berkenaan.

Ronald Kiandee berkata, golongan pelajar juga harus menguasai kehendak untuk berketrampilan dan berkeyakinan diri agar mereka berdaya saing.

Dalam hubungan ini, beliau menyeru pihak swasta agar tidak bersikap hanya memandang tinggi terhadap graduan luar negara, kerana ramai dikalangan graduan tempatan yang sama berkebolehan dan berdaya saing.

“Dalam konteks ini, para pelajar harus arif memilih Institusi Pengajian Tinggi yang hendak mereka masuki.IPT Awam atau Swasta yang mampu memberi nilai tambah kepada ijazah mereka dan sesuai dengan cabaran pasaran kerja harus menjadi pilihan mereka”, tegasnya.



DATUK RONALD KIANDEE

Category: General
Posted by: keruak
TAWAU: Selaras usaha memudahkan umat Islam membayar zakat, Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) bercadang menubuhkan Pusat Pungutan Zakat negeri Sabah (PPZ) secara online selewat-lewatnya tahun depan.

Pengerusi MUIS, Datuk Syed Abas Ali, berkata pusat itu akan memudahkan kerajaan menerima bayaran zakat terutama zakat perniagaan dan pendapatan seperti dilaksanakan di negeri-negeri lain di Semenanjung.

Untuk itu, katanya, PPZ di Sabah akan diselaras dengan PPZ d negeri-negeri lain.

Agbas berkata perkara itu dibincangkan secara mendalam melalui satu jawatankuasa zakat di peringkat negeri dan kini di peringkat akhir pelaksanaan.

Menurutnya, sudah tiba masanya Sabah mempunyai pusat pungutan seperti itu memandangkan peningkatan pembayar zakat perniagaan di negeri ini.

“Sekiranya PPZ dilancarkan ia akan beroperasi 24 jam dengan menyediakan kemudahan bayaran zakat secara online pada sepanjang masa. Ruangan berita menyajikan berita-berita terkini berkenaan zakat dan ruangan aktiviti PPZ yang memaparkan info zakat,” katanya.

Tambah Abas, melalui PPZ secara online ia memudahkan kepada pembayar zakat dan secara tidak langsung mningkatkan pungutan zakat, memudahkan pembayaran zakat, mendidik masyarakat Islam tentang tanggugjawab berzakat, memperkenalkan sistem pungutan zakat berkomputer.



Terima kasih.....peserta menerima kain sejadah daripada Datuk Syed sambil diperhatikan Pengerusi MPWK kawasan Tawau, Rosdiana Mohd Noor.

Category: General
Posted by: keruak
SANDAKAN: Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Datuk Aklee Abbas berkata pendekatan Islam Hadhari adalah selari dengan Wawasan 2020 serta menjadi pemangkin dan pemacu kepada kejayaan wawasan negara.

Menurutnya, matlamat Islam Hadhari adalah untuk mencapai kemajuan secara menyeluruh dangan harapan tahun 2020 akan wujud sebuah negara Malaysia yang maju dan membangun melalui acuan ketamadunan Islam.

Katanya, dalam konteks negeri Sabah dan Sarawak yang masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama kepimpinan negeri telak meletakkan harapan yang tinggi supaya negeri ini dapat diurus degan agenda yang tersusun dan berperancangan.

“Justeru itu, pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan pusat akan memberi manafaat secara kolektif kepada kita semu yang dapat dinikmati secara harmoni kepada seluruh rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan bengkel perancangan strategik 5 tahun pendekatan Islam Hadhari peringkat negeri Sabah dan Sarawak yang diadakan di Sabah Hotel, dekat sini, baru-baru ini.

Aklee lagi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau berkata pendekatan Islam Hadhari adalah gambaran kepada keharmonian ajaran Islam yang meliputi seluruh umat tanpa mengira bangsa serta kepercayaan agama.

Menurutnya, secara jelas pendekatan Islam Hadhari menekankan nilai-nilai pembangunan sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengan konteks masyarakat majmuk.

Katanya,ia selaras dengan dasar-dasar negara yang dilaksanakan masa kini dan yang akan dicapai pada masa hadapan seperti wawasan 2020, dasar pembangunan negara dan sebagainya.

“Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk membuktikan keupayaan Malaysia sebagai sebuah negara contoh yang sentiasa mengamalkan prinsip wasatiyah (Kesederhanaan) yang maju mengikut acuan sendiri,” katanya.

Hadir sama Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Mustafa Abdul Rahman, Pengarah Dakwah Jakim Malaysia Othman Mustapha, Pengarah Jakim Sabah, Paimuzi Yahya, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Sukau, Abdul Agas dan Pegawai Khas Pembantu Menteri Misrah Alidah.



KENANGAN…….Mustafa (kiri sekali) menyampaikan cendera kenangan kepada Aklee (tengah) sambil diperhatikan Othman (kanan sekali) pada majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
TAMBUNAN: Kerajaan turut memberikan tumpuan terhadap peningkatan pengetahuan dan kemahiran kepada anggota keluarga yang tersenarai di bawah Ketua Isi Rumah Termiskin (KIRT) untuk mengangkat kehidupan mereka keluar dari garis kemiskinan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Joseph Pairin Kitingan berkata dengan memperolehi pengetahuan dan kemahiran untuk menghasilkan sesuatu barangan jualan, Kerajaan berharap dapat mempercepatkan sasaran membasmi kemiskinan di Negara ini pada 2010.

“Jika kita perhatikan pusat-pusat jualan setempat, seperti tamu-tamu dan pasar-pasar, kita dapati jualan berasaskan makanan memiliki ramai pembeli. Kadang-kadang bekalan untuk bahan-bahan makanan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pembeli,” katanya.

Ketika merasmikan penutupan Kursus Kulinari dan Pastri di Tandarason Resort & Country Club (TRCC), Pairin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata adalah menjadi hasrat Kerajaan agar selepas mengikuti kursus, para peserta akan terus menceburkan diri di dalam pengeluaran bahan makanan.

Kursus anjuran bersama Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Pejabat Daerah Tambunan itu disertai 52 peserta yang terdiri daripada ahli keluarga KIRT.

Selama mengikuti kursus empat hari itu, peserta diberi latihan membuat pelbagai jenis kuih yang melibatkan proses kulinari dan pastri.

Peserta terlibat merupakan sebahagian daripada 352 KIRT di Tambunan yang mana selain daripada program kursus tersebut, program lain yang turut dijalankan ialah bantuan tanaman halia, sayuran tanah tinggi dan Program Bantuan Rumah.

Turut hadir Pengarah JPSM Sudeli Sarpin, wakil Pengarah JPPS Mohd Ikram Ahmad, Pegawai Daerah Thomas Angor, Setiausaha Politik Daniel Kinsik dan PKR Tambunan Wilfredoline Jakil.



KULINARI…Pairin bersama Sudeli dan Ikram (kiri sekali) diberikan taklimat mengenai produk yang dihasilkan dalam kursus itu

Category: General
Posted by: keruak
SANDAKAN: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin kelmarin menyarankan agar guru-guru yang ditempatkan di luar bandar terutamanya di Kinabatangan supaya memiliki kesungguhan serta ketrampilan mengubah nasib golongan anak-anak bangsa di daerah itu.

Ini kerana kata beliau komitmen sebagai seorang guru bukan saja terletak pada namanya seorang pendidik tetapi sebaliknya berperanan menjadi sahabat, pendengar yang baik serta bijak mencari penyelesaian dalam setiap masalah antara anak didiknya meliputi tugasan menjadi seorang guru yang serba boleh kepada bangsanya.

“Seorang guru harus melihat dari semua sudut termasuk latarbelakang anak didik mereka dan yang amat penting bagi seorang pendidik ialah mahu melihat anak bangsanya maju sesuai dengan cara pembelajaran dan persekitaran di mana mereka diletakkan mengajar

“Jadilah seorang guru yang serba boleh dan mampu menangani pelbagai masalah yang berkaitan anak-anak didik mereka terutamanya bagaimana mengatasi masalah prestasi dalam akedemik dan begitu juga mereka yang pandai harus diletakkan di tempat yang mereka harus tuju selaras dengan kehendak persekitaran,”katanya

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Anugerah Cemerlang di Sekolah Kebangsaan (SK), Singgah Manis, Kota Kinabatangan di sini kelmarin.

Bung Moktar yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Sabah percaya hanya melalui pendidikan sempurna maka membolehkan daerah Kinabatangan yang masih menduduki tempat kedua miskin di Sabah itu akan diatasi sepenuhnya.

Katanya guru juga memainkan peranan penting dalam sesebuah pembangunan bangsa.

Justeru, beliau berharap tenaga pengajar yang diletakkan di luar bandar terus memberikan komitmen jitu serta bersedia menghadapi cabaran terutamanya dalam mendidik anak-anak masyarakat di kawasan pendalaman.



DEMI PENDIDIKAN…Bung Moktar (tengah) menyaksikan upacara penyampaian pada majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
BEAUFORT: Masyarakat khususnya ibu bapa yang mempunyai anak istimewa dan cacat tidak perlu segan dan menyisihkan kehidupan anak-anak mereka dari pada masyarakat, kata Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk Lajim Ukin.

Sebaliknya, kata beliau, mereka perlu diberikan pendedahan,asuhan serta pendidikan agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti insan lain.

Menurutnya, walaupun dari segi keadaan fizikal serta pemikiran mereka berbeza dengan insan yang normal, namun ia bukan halangan untuk masyarakat dan ibu bapa memisahkan golongan ini daripada kehidupan bermasyarakat.

“Kita akui memang mereka(golongan istimewa) mempunyai kekurangan dari segi fizikal dan pemikiran namun kita tidak boleh menafikan mereka ada kebolehan lain yang perlu diasuh dan diberikan pendidikan agar mereka mampu hidup berdikari” katanya berucap merasmikan Sambutan Aidilfitri bersama lebih 100 anak-anak istimewa dan anak yatim anjuran Pergerakan Puteri Umno Bahagian Beaufort di Pusat Pendidikan Dalam Komuniti (PDK) di sini.

Hadir sama Penolong Pegarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah Wahab Mohd. Nor, Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Beaufort Saridah Datuk Mohd Dun, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Beaufort, Ishak Pg.Haji Abd.Rahman dan Pemimpinan Kemajuan Rakyat Klias Abdullah Ukin.

Sehubungan itu, Lajim yang juga Wakil Rakyat Klias meminta ibubapa yang mempunyai anak-anak istimewa ini agar menghantar mereka ke PDK dan sekolah khas yang disediakan oleh kerajaan yang bukan sahaja bertujuan mendidik anak-anak istimewa ini, tetapi juga melatih mereka untuk hidup berdikari serta bergaul dengan masyarakat umum.

Sementara itu Saridah berkata program yang dianjurkan oleh pergerakan itu merupakan salah satu program Puteri Prihatian di mana melalui majlis tersebut pergerakan tersebut berharap masyarakat lebih peka dan sensitif terhadap nasib dan masa depan anak-anak yatim dan juga anak-anak istimewa ini.



TIDAK DILUPAKAN…Lajim yang diiringi oleh Saridah mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak istimewa di majlis itu

Category: General
Posted by: keruak
SIPITANG: Ibu bapa dinasihatkan agar tidak kedekut atau berkira untuk mengeluarkan perbelanjaan bagi tujuan pendidikan anak-anak.

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad berkata ibu bapa wajar menjadikan pendidikan sebagai agenda utama keluarga.

“Hanya pendidikan akan berupaya mengubah nasib seseorang dan sesebuah keluarga,” katanya berucap pada majlis konvokesyen tabika dan taska Kemas peringkat DUN Sindumin, di sini.

Sapawi berkata kerajaan sendiri meletakkan pembangunan pendidikan sebagai agenda paling utama.

Katanya situasi itulah yang mendorong kerajaan untuk memastikan pembangunan pendidikan sentiasa dipertingkatkan.

“Kerajaan juga sentiasa berusaha menyediakan kemudahan pendidikan dan mahu memastikan semua rakyat dapat menikmati pendidikanyang sempurna,” katanya dan menambah sewajarnya ibu bapa meletakkan pendidikan sebagai agenda paling utama.

Sapawi yang juga wakil rakyat Sindumin memberitahu kemudahan yang disediakan itu sudah tentu tidak bermakna jika ibu bapa bersikap tidak acuh dan tidak meletakkan pendidikan sebagai agenda utama.

Katanya pembinaan bangunan sekolah yang cantik bukan bermakna untuk kemegahan tetapi ia bertujuan untuk memberi dorongan kepada anak-anak bagi berusaha mencapai pendidikan yang tertinggi.

Menurutnya semangat anak-anak untuk mencapai pendidikan tertinggi tentunya mengharapkan sokongan daripada ibu bapa.

“Semangat anak-anak boleh tenggelam jika ibu bapa tidak memberikan sokongan,” katanya, sambil berkata kecuaian ibu bapa dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak merupakan satu kerugian yang besar.

Seramai 233 pelajar dari 19 tadika dan sebuah taska menerima sijil tamat persekolahan.

Hadir sama pada majlis itu Pegawai Daerah Sipitang Abdul Wahab Abdul Hamid, Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang Kamarlin Ombi Pegawai Kemas Sipitang Maimunah Latip, Pengerusi Majlis Konvokesyen Manan Katak dan Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail



TAHNIAH…Sapawi menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar cemerlang kepada Mohd Aidil Bin Basir daripada Tabika Kemas Banting, Sipitang.

Category: General
Posted by: keruak
BEAUFORT: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menyempurnakan perasmian Makmal Komputer SM. St. Paul, Beaufort di sini hari ini.

Makmal berkenaan yang berharga RM100,000 dilengkapi 30 komputer.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Datuk Mohd. Dun; ADUN kawasan Klias, Datuk Lajim Ukin; Pengarah Pelajaran Negeri, Normah Gagoh; Pegawai Daerah Beaufort, Wong Foo Thein; dan Pengetua SM St Paul, Seah Soo Lin.

Turut hadir beberapa pemimpin Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) selain pelajar sekolah berkenaan.

Sebelum itu di KOTA KINABALU, Musa dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Parti Bersatu Sabah (PBS) di Airport View Hotel di sini.

Antara mereka yang hadir di majlis itu Timbalan Ketua Menteri merangkap Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan dan isteri, Datin Genieve Kitingan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden PBS, Datuk Dr. Maximus Ongkili; Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Yee Moh Chai; dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim.



KEMAJUAN IT…Musa bertanya sesuatu kepada pelajar SM St Paul, Muhd. Nur Khairul, 16, (tengah) selepas perasmian Makmal Komputer sekolah itu.



MUHIBAH…Musa (tengah) bersama Pairin (kiri), Faridah dan Genieve pada rumah terbuka Aidilfitri PBS.

Category: General
Posted by: keruak
PUTATAN: Masyarakat Islam disaran menghantar anak-anak mereka belajar di taman didikan kanak-kanak (tadika) yang dikendalikan oleh kerajaan terutama tadika Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, kerajaan menerusi pelbagai jabatan dan agensinya telah mengwujudkan banyak tadika untuk kemudahan rakyat.

“Rakyat terutamanya masyarakat Islam perlu memanfaatkan kemudahan yang disediakan kerajaan untuk memberi pendidikan asas pra-sekolah kepada anak-anak mereka”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Penyampaian Sijil/Hadiah Akhir Tahun Tadik JHEAINS dan Jamuan Hari Raya di Dewan Serbaguna Pasir Putih, hari ini.

Hadir sama di majlis itu Setiausaha Politik Yahya, Abdul Kahar Mohd.Zain, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Petagas, Datuk Mohd.Din Sulai, Guru Besar Tadika JHEAINS Putatan, Fariza Jimmy, ibu bapa serta seramai 125 orang pelajar tadika tersebut.

Yahya berkata, pendidikan pra-sekolah yang berunsurkan Islam amat penting sebagai asas membina rohani, ketrampilan dan intelak kanak-kanak, sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.

“Sebab itu, kerajaan menerusi KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara dan juga JHEAIN mengwujudkan tadika-tadika di peringkat kampung dan kawasan perumahan supaya kanak-kanak tidak tercicir daripada mendapat pendidikan asas yang penting ini”, tegasnya.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata, ibu bapa kini mempunyai banyak pilihan untuk menghantar anak-anak belajar di tadika, dan keadaan ini tidak berlaku semasa zaman beliau kecil dahulu.

Serentak itu, beliau mahu ibu bapa masyarakat Islam agar berusaha menghantar anak mereka belajar di Tadika JHEAINS yang turut memberi pendedahan terhadap aspek Islam dalam pengajaran mereka.

Menurutnya, ibu bapa juga tidak wajar menyerahkan tugas mendidik, membimbing dan menjaga anak-anak mereka di bahu guru semata-mata.

“Ibu bapa juga perlu memainkan peranan sebagai penjaga dan pembimbing keatas anak-anak mereka agar menjadi modal insan yang berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara”, jelasnya.



APA KHABAR… Yahya bersalam dan bertanya khabar dengan kanak-kanak Tadika JHEAINS Putatan di majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
SANDAKAN: Usaha menjayakan agenda pendidikan nasional menuntut komitmen jitu semua peringkat dari kumpulan pelaksana mahupun kumpulan sasar kerana kesemuanya merupakan elemen mencapai matlamat itu.

Wakil Rakyat Gum-Gum, Datuk Zakaria Mohd Edris, berkata pihak kerajaan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik bagi menyediakan prasarana pembelajaran di semua peringkat.

Namun, katanya, ia tidak memadai kerana ia juga memerlukan golongan pendidik yang komited mendidik anak bangsa serta ibu bapa yang prihatin serta pelajar yang memahami matlamat hidup mereka.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada warga SMK Gum-Gum di majlis Solat Hajat serta penyerahan “Pena Berkat” sebagai persiapan 99 pelajarnya yang bakal menduduki peperiksaan SPM bermula minggu depan.

Zakaria berkata langkah di pihak kerajaan memberikan berbagai kemudahan termasuk menghapuskan yuran peperiksaan awam serta penyediaan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan bantuan pinjaman buku teks menjelang 2008 jelas bermatlamat untuk mempastikan tiada rakyat terpinggir dan tercicir dari mendapatkan pendidikan formal perdana negara



SUMBANGAN… Zakaria (kiri) menyerahkan papan kekunci komputer kepada Pengetua SMK Gum-Gum, Rukimin Sulit.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Kerajaan memperuntukkan RM20 juta kepada Perbadanan Labuan untuk meningkatkan kemudahan awam di 27 kampung di pulau ini pada Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9).

Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata antara kemudahan itu termasuk balai raya, surau, masjid, kemudahan awam dan kegiatan ekonomi seperti penyediaan gerai untuk menambah pendapatan penduduk kampung.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Labuan berkata pada tahun ini sahaja Perbadanan Labuan diberi peruntukkan RM3.6 juta untuk membina dan menaiktaraf kemudahan tersebut.

“Perbadanan Labuan sentiasa komited untuk memastikan kemudahan awam dapat disediakan sebaik mungkin untuk kegunaan penduduk kampung dan orang ramai,” katanya pada sambutan Aidilfitri Ketua-Ketua Kampung bersama Pengerusi Perbadanan Labuan di Hotel Sheraton, di sini.

Majlis itu diadakan untuk meraikan 27 ketua kampung merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang telah berkhidmat di pulau ini.

Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Ab Rahim Kasim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (Pembangunan), Jusoh Saleh, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Yunus Kurus dan ketua-ketua jabatan serta media.

Suhaili berkata selain daripada peruntukkan pembangunan kampung yang diuruskan Perbadanan Labuan, pihaknya turut membantu melaksanakan projek-projek yan disalurkan oleh agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan dan Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, pada tahun ini sahaja ICU menyalurkan lebih RM10 juta untuk kerja-kerja menaiktaraf kemudahan awam di pulau ini termasuk sekolah dan bangunan kerajaan seperti balai polis, bomba, kastam dan Jabatan Pertanian.

Sehubungan itu, Suhaili mahu ketua kampung bersama penduduk kampung sentiasa menjaga keselamatan dan memelihara kemudahan yang disediakan itu agar generasi akan datang dapat menikmatinya pada masa depan.

Selain itu, beliau berkata pihaknya akan mengadakan program Perbadanan Labuan masuk kampung yang diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk sesi dialog dan sukan rakyat bersama penduduk kampung.



TANDA INGATAN…Suhaili (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Ketua Kampung Lajau, Badok Taha pada majlis Aidilfitri bersama Pengerusi Perbadanan Labuan di Hotel Sheraton.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Orang ramai di daerah ini dipelawa menyertai Sukarelawan Parlimen P. 175 Papar dan penyertaan adalah terbuka.

Tujuan dan matlamat penubuhan Sukarelawan Parlimen Papar adalah untuk memberi pendedahan kepada belia selain wanita yang berminat menceburi program yang dianjurkan oleh Pejabat Parlimen Papar dari semasa ke semasa.

Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata pelbagai kategori diwujudkan untuk belia-beliawaniskaum wanita, remaja dan terbuka kepada semua peringkat umur.

Mereka yang berminat menyertainya boleh menghubungi Pejabat Perhubungan Ahli Parlimen Papar di Bangunan Sedco, Tingkat 1 Blok 3A atau nombor telefon 088-911175 (Marziah atau Farah) untuk mendaftar.

Category: General
Posted by: keruak
SANDAKAN: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman officiated at the handing over of assistance provided by the Malaysia Islamic Development of Economic Foundation (YPEIM) at the Sandakan Institute of Industrial Training at Sibuga near here on Friday.



Minister in the Prime Minister Department, Datuk Seri Dr. Abdullah Haji Mohd. Zin and Minister in the Chief Minister Department, Datuk Nasir Tun Sakaran were also present.

Also present were YPEIM’s director general, Abdul Malek Awang Kechil and his deputy, Mokhtar Abdul Razak, Sandakan Municipal president, Yeo Boon Hai and Sabah Umno Wanita chief, Datuk Armani Mahiruddin.

Some 200 recipients comprising the poor, orphans and young entrepreneurs who needs assistance received their assistance presented by Musa at the occasion.

Pix1: Musa (2nd right) flanked by Nasir (right), Dr. Abdullah (3rd right) and Abdul Malek (4th right) handing over a bicycle to one of the school children who received assistance from YPEIM.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah dan isteri, Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar berkenan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Kumpulan Yayasan Sabah (YS) yang diadakan di ruang legar auditorium Tun Raffae, yayasan itu, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Masiji Manjun dan kenamaan yang lain termasuk ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Hadir sama di majlis itu ialah Pengarah YS,Tan Sri Datu Khalil Datu Haji Jamalul.

Selain, jamuan Hari Raya, rumah terbuka itu turut diserikan dengan persembahan oleh kugiran Cakerawala YS, kanak-kanak Tadika Ria YS dan penyampaian paket duit raya sumbangan yayasan itu kepada kanak-kanak yang hadir.



HARI RAYA…Tun Ahmadshah (tiga dari kiri) bersama Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar berbual mesra dengan Datuk Masidi Manjun dan Tan Sri Khalil (kiri) di majlis rumah terbuka YS.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Murid-murid Sekolah Rendah Agama Islam Pekan dinasihat supaya mengekalkan prestasi cemerlang di bidang pendidikan untuk kebaikan diri dan sekolah itu pada masa depan.

Menurut Guru Besar sekolah itu, Nuridah Sahari hanya dengan memiliki kecemerlangan dalam pendidikan seseorang murid itu akan dihargai oleh ibu bapa, rakan dan guru serta masyarakat.

Oleh itu, beliau mahu murid meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa dengan mengulangkaji pelajaran terutama pada musim cuti persekolahan nanti.

Nuridah berkata cuti panjang bukan bererti murid menyimpan buku bacaan dan bahan rujukan di dalam almari dan hanya membacanya ketika sesi persekolahan.

“Mengulangkaji pelajaran pada setiap masa akan meningkatkan dan mengekalkan prestasi cemerlang murid di bidang pendidikan untuk kebaikan murid itu sendiri,” katanya berucap pada majlis penyampaian hadiah sekolah itu sesi petang yang membabitkan murid Tahun Satu, Dua dan Tiga.

Nuridah turut berharap ibu bapa sentiasa menjaga keselamatan anak-anak ketika bercuti dan tidak membiarkan mereka menghabiskan cuti panjang dengan membuang masa tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah seperti membantu keluarga di rumah.



BANGGA… Nuridah Sahari (tiga dari kanan) bersama murid-murid yang menerima hadiah cemerlang 2006

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) mencadangkan kepada kerajaan mewujudkan Tabung Zakat Negara melalui hasil kutipan zakat seluruh negara bagi menangani dan membasmi ke miskinan di negara ini.

Pengerusi MUIS, Datuk Syed Abas Syed Ali, berkata kerajaan begitu komited menggunakan pendekatan bayaran zakat sebagai senjata bagi umat Islam keluar daripada kepompong kemiskinan di negara ini.

“Muis ingin mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya mengujudkan satu Tabung Zakat Negara dan dikawal selia di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri.

“Saya percaya jika seluruh negara bekerjasama masalah kemiskinan di negara ini dapat sikurang pada paras lima peratus menjelang dalam tempoh kurang 50 tahun,” katanya pada majlis perjumpaan dan sambutan Hari Raya dengan 80 wakil amil daripada kawasan Kalabakan dan Tawau di Masjid Tawau.

Menurutnya, apabila tabung itu diujudkan ia dapat digunakan untuk kebajikan dan membantu golongan miskin, sekali gus membolehkan mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.

Syed Abbas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Balung menambah kelebihan Tabung Zakat Negara di bawah jagaan Perdana Menteri ialah untuk membolehkan ia diagihkan secara adil untuk kepentingan negeri-negeri yang begitu mundur di Malaysia.



KENANGAN...Syed Abas menyampaikan cenderahati kepada seorang daripada 80 wakil-wakil Amil dari kawasan Kalabakan dan Tawau.

Category: General
Posted by: keruak
9 November 2006

KOTA KINABALU: Majlis rumah terbuka dan sambutan Aidilfitri terus diadakan dan dijadikan sebagai wadah memupuk perpaduan serta menjalin persefahaman di kalangan rakyat.

Majlis sedemikian bukan saja dihadiri masyarakat Islam, tetapi juga kaum dan penganut agama lain, sekali gus melambangkan suasana mesra dan akrab di kalangan rakyat majmuk.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin telah menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri 2006 Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah dan jabatan-jabatan dibawahnya di Dewan Persidangan Wisma Tun Fuad Stephens, di sini.

Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna berkata, majlis itu merupakan wadah kepada semua peringkat kakitangan kementerian dan jabatan dibawahnya berinteraksi untuk mengeratkan lagi hubungan silatulrahim yang sudah sedia terjalin.

Turut hadir di majlis itu Setiausaha Politik kementerian, Abd.Kahar Mohd.Zain, Setiausaha Tetap Kementerian, Michael Emban dan timbalannya, Janet Chee, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri, Datuk Mastor Samin, Pengarah Perpustakaan Negeri, Wong Vui Yin, Pengarah Hal Ehwal Wanita Negeri, Siti Sapoo Ahok dan Pengarah Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah, Abd.Halil Omar.

Sementara itu, Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas turut menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Pejabat Daerah Kecil Putatan yang diadakan di bilik gerakan pejabat itu.

Hadir sama di majlis itu ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Putatan, Ag.Abd.Ghani Pg.Yusof, Ketua Daerah Penampang, OKK Yahya Ahmad Shah dan kakitangan pejabat itu.

Dalam pada itu, Dewan Bandara Raya Kota Kinabalu (DBKK) yang diterajui Mayor Datuk Ilyas Ibrahim turut mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, dengan dihadiri ramai tetamu.

Tetamu kehormat termasuk Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman selain menteri Kabinet negeri dan pembantu menteri.

Ribuan warga bandar raya turut menghadiri rumah terbuka itu yang menyajikan pelbagai juadah istimewa.

Di BEAUFORT, Ketua Puteri Umno Beaufort, Saridah Datuk Mohd Dun menghadiri Sambutan Aidilfitiri Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) dan Umno Bahagian Sipitang di Dewan Masyarakat Kampung Gadong.

Majlis itu juga dihadiri ramai pemimpin selain masyarakat setempat.

Dalam pada itu, Saridah berkata sekumpulan anak-anak yatim dan kanak kanak istimewa akan dirayah dalam satu majlis sambutan Aidilfitiri anjuran Pergerakan Puteri Umno Bahagian Beaufort, Sabtu ini.

Katanya, majlis itu akan diadakan di Pusat Pendidikan Dalam Komuniti (PDK) Balai Polis Lama Kampung Jempanga, dekat ini bermula jam 1 petang



JAMU SELERA… Yahya memilih hidangan semasa menghadiri Majlis Hari Raya Pejabat Daerah Kecil Putatan.



SELAMAT DATANG…Iliyas menyambut ketibaan Musa pada majlis Aidilfitri DBKK.



TETAMU…Saridah (dua dari kanan) ketika menghadiri majlis Aidilfitri PBBS dan Umno Sipitang.

Category: General
Posted by: keruak
9 November 2006



TAHNIAH…Mohd.Hafizean Ariif yang menduduki tempat pertama peperiksaan panggal ke-3 di Sekolah Rendah Inanam Laut, Kota Kinabalu, menerima anugerah Murid Cemerlang daripada Ketua Kampung, Haji Sapong, sempena majlis penyampaian di sekolah itu.

Majlis anugerah tahunan itu adalah acara kebiasaan setiap sekolah di negeri ini menjelang akhir tahun. Ia sebagai usaha menghargai dan memberikan suntikan semangat kepada pelajar sekolah yang bukan sahaja berjaya cemerlang dalam akademik, tetapi juga bidang kokurikulum dan siasah diri.

Perasmian majlis itu dilakukan Wakil Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Kinabalu Bakri Dani dan turut dihadiri Guru Besar SK Inanam Laut, Marusin Ahmad; dan Timbalan Pengerusi PIBG SK Inanam Laut, Matlan Alidan.

Category: General
Posted by: keruak
09 November 2006

BEAUFORT: Majlis Belia Sabah (MBS) menyokong penuh ketegasan kerajaan menangani masalah Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan juga koloni setinggan yang menjadi punca kepada penyakit sosial serta jenayah di Sabah .

Presidennya Datuk Lajim Ukin berkata,jika itulah punca kepada masalah penyakit sosial dan masalah jenayah yang amat meruncing di negeri ini, kerajaan perlu tegas tanpa sebarang kompromi untuk menangani masalah ini bagi membebaskan Sabah dari dua masalah utama ini.

“MBS menyokong teguh ketegasan serta tindakan segera kerajaan menangani masalah ini tanpa mengambil masa yang terlalu lama sehingga menjadi masalah yang meruncing dan sukar dibendung,” katanya ditemui media selepas merasmikan majlis penyampaian Biasiswa Sekolah Menangah anjuran Kumpulan Yayasan Sabah dan Gabungan Pejabat Pelajaran Beaufort di Dewan Masyarakat Pa Musa Beaufort di sini.

Lajim yang juga Wakil Rakyat Klias berkata demikian ketika di minta mengulas kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang menyatakan kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap perkampungan setinggan di Sabah juga masalah kedatangan PTI ke negeri ini yang disifatkan sebagai Ibu kepada segala jenayah.

Megulas lanjut isu penghantaran PTI ke negeri asal meraka akan menjejaskan industri pembinaan di negeri ini, Lajim yang juga Ketua Merinyu Projek Pembangunan Negeri berkata, ianya tidak akan menjejaskan industri pembinaan di negeri ini terutamanya dalam menyediakan tenaga buruh dalam sektor pembinaan.

“Jumlah pekerja asing yang mempunyai dokumen sah untuk bekerja di negeri inimemadai, cuma kita bimbang kemasukan mereka tanpa dokumen sah menjadi penyumbang kepada kehadiran PTI, justeru tindakan segera bagi mengusir mereka yang memasuki negara ini perlu dilakukan segara” katanya.



PENGHARGAAN… Lajim menerima cenderakenangan dari penganjur selepas merasmikan majlis itu

Category: General
Posted by: keruak
9 November 2006

KOTA KINABALU: Kerajaan sentiasa mengutamakan dasar pendidikan yang memberi ruang kepada semua lapisan masyarakat, termasuk di luar bandar untuk menerima dan menikmati kemudahan serta taraf pendidikan sama seperti di kawasan bandar.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Jainab Datuk Ahmad berkata telah menjadi dasar kerajaan untuk memastikan semua lapisan masyarakat mendapat pendidikan berkualiti kerana pendidikan adalah alat bagi pembangunan individu, masyarakat dan negara.

Katanya, ketika ini kerajaan juga berusaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan melalui penyediaan peruntukan kewangan kepada semua sekolah dalam usaha menaik taraf kurikulum melalui Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9).

“Kita mahu semua lapisan masyarakat mendapat peluang pendidikan yang sama selaras hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang benar-benar berpendidikan supaya lebih proaktif dan bersedia menyahut cabaran globalisasi untuk merealisasikan agenda negara.

“Sehubungan itu, murid, guru dan masyarakat mestilah menggunakan sepenuhnya segala kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi menjamin keberkesanan institusi pendidikan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika Perpaduan peringkat Bandaraya Kota Kinabalu di Dewan Saadah, Wisma Muis di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Mohd Chin, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga daripada 10 buah kawasan dan 573 kanak-kanak tabika perpaduan. Dalam majilis 20 kanak-kanak telah menerima Sijiil Murid Cemerlang daripada Jainab.

Katanya, kerajaan mahu memastikan tidak ada golongan yang ketinggalan dalam arus pendidikan kerana ia dapat memberi peluang kepada semua untuk mengetengahkan potensi masing-masing yang berguna kepada negara.

“Dengan peralatan dan kemudahan yang sesuai dengan arus perubahan pendidikan negara sudah pasti anak-anak kita tidak akan ketinggalan dalam pendidikan,” katanya.



RAJIN BERUSAHA...Jainab bertanya sesuatu kepada seorang penerima Sijil Murid Cemerlang daripada 20 Tabika Perpaduan kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.

Category: General
Posted by: keruak
9 November 2006

KOTA KINABALU: University of Malaysia , Sabah (UMS) will be organizing the International Conference on Artificial Intelligence in Engineering and Technology (ICAiET) 2006 at Nexus Resort Karambunai in Kota Kinabalu on 22-24 November 2006.

The three-day conference organized by the university¢s School of Engineering and Information Technology is expected to be officiated by the Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman on November 23.

This was stated by Prof.Madya Dr. Yunus Hamid, the UMS’s Director of Research on Artificial Intelligence and chairman of ICAiET 2006 when he led some of his committee members who paid a courtesy call on the Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman at Wisma Kewangan in Sembulan here on Thursday.

According to the Chief Protocol of the event, Saridah Mohd. Dun, this is the third in a series of international conferences organized by the School of Engineering and Information Technology of UMS in the area of artificial intelligence.

The first conference that was held on 17-18 June 2002 was very successful with 150 participants from 13 countries where 131 papers were presented in various fields of artificial intelligence and its applications.

At its second conference held on 3-5 August 2004 some 250 delegates from 19 countries participated.

She added the outcome of ICAiET 2006 will be very beneficial to students, researches, industrialist, institutions of higher learning and government organizations in Malaysia and around the world.

Among topics of interest to be discussed at this coming conference of the artificial intelligence from its methodologies aspects were fuzzy logic, neural networks, evolutionary computation, chaos theory, expert systems and agent technologies.

While its applications including robotics, image processing, signal processing, control and automation, communication, data mining and knowledge discovery, health care, biomedical and bioengineering and survey on artificial intelligence’s applications.



Prof.Madya Dr. Yunus (left) presenting Musa (centre) with some books of information of the conference. Also in the picture are Saridah (2nd right) and ICAiET committee members, Dr. Saiyanaranan (right) and Haji Abdullah Said (4th right).

Category: General
Posted by: keruak
8 November 2006

BEAUFORT: Penubuhan persatuan suku kaum bukan tujuan untuk bersaing bagi memecahbelahkan persefahaman dan perpaduan kaum.

Sebaliknya penubuhan persatuan suku kaum harus dilihat untuk mengseimbangkan pencapaian antara kaum, kata Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Lajim Ukin.

“Kita bersaing bukan untuk memecahbelahkan persefahaman dan perpaduan sebaliknya kita mahu mencapai keseimbangan dengan suku kaum yang lain,” katanya di sini.

Berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Persatuan Bisaya Bersatu Sabah, Umno Bahagian Sipitang dan KRT Kampung Gadong, beliau berkat penubuhan PBBS adalah sebagai landasan ke arah mempertingkat dan membangunkan masyarakat Bisaya.

Bagaimanapun beliau berkata dalam usaha mempertingkatkan dan membangunkan masyarakat Bisaya, persefahaman dan perpaduan antara kaum tetap diberikan keutamaan.

“Kita bersaing secara sihat dengan persefahaman dan perpaduan dengan kaum yang lain tetap diberikan keutamaan…kita mahu menjadi persatu yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah,” katanya dan menambah PBBS juga berharap masyarakat Bisaya akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan.

Sambil menafikan PBBS akan bergabung atau menyertai mana-mana pertubuhan, Lajim memberitahu PBBS ketika ini memberi tumpuan terhadap pembangunan pendidikan.

Katanya adalah menjadi harapan untuk membawa masyarakat Bisaya berubah dari aspek pemikiran, perubahan sikap dan sebagainya.

“Kita mahu melihat masyarakat Bisaya juga adalah kaum yang berjaya dan turut memainkan peranan penting dalam menyokong dasar-dasar kerajaan,” katanya lagi.

Sementara itu Ketua Umno Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata masyarakat Bisaya wajar berbangga dengan usaha yang telah dilakukan oleh PBBS.

Katanya PBBS merupakan salah satu persatuan suku kaum yang telah lama dan masih meneruskan usaha untuk memaju dan membangunkan masyarakat Bisaya.

“Usaha PBBS wajar dibanggakan kerana selain berusaha memaju dan membangunkan masyarakat Bisaya, pada masa yang sama PBBS tetap mengutamakan persefahaman dan perpaduan kaum. Paling penting PBBS terus memberikan sokongan kepada kerajaan,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu Sapawi berkata apa yang dilakukan oleh PBBS sewajarnya dicontohi.

Hadir sama pada majlis itu termasuklah Naib Ketua Umno Bahagian Sapawae Tussin, Ketua Pemuda Umno Sipitang Osman Ahmad, Ketua Puteri Umno Beaufort Saridah Datuk Dun dan Setiausaha Agung PBBS Sadi Nasah.



SUMBANGAN…Lajim dan Sapawi menyampaikan sumbangan hamper kepada orang tua sempena majlis tersebut.

Category: General
Posted by: keruak
8 November 2006

BEAUFORT: Ibu bapa perlu memiliki kesedaran mengenai kepentingan tabungan untuk pendidikan anak-anak demi mengatasi sebarang masalah kewangan yang bakal dihadapi, terutama apabila melangkah ke Institusi Penganjian Tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Klias Datuk Lajim Ukin berkata kesedaran ini perlu dipupuk lebih awal lagi iaitu ketika anak-anak mereka masih belajar di bangku sekolah rendah.

“Dengan menyedari kepentingan tabungan pendidikan ini, bebanan ibu bapa apabila anak-anak mereka belajar berkurangan dan anak mereka nanti dapat belajar tanpa sebarang ganguan,” katanya selepas menyampaikan biasiswa Sekolah Sekolah Menengah Gabungan Beaufort anjuran Kumpulan Yayasan Sabah dan Pejabat Pelajaran Gabungan Beaufort di Dewan Masyarakat Pa ’ Musa Beaufort, di sini.

Hadir sama Pegawai Pelajaran Gabungan Beaufort Jarah Abdullah Gad, Ketua Pentadbir Zon Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Zulkhairi Ismail, Penolong Pegawai Pelajaran Gabungan Beaufort Drs.Muhamad Mail dan Naib Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Kimjus Duim.

Lajim berkata dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat khususnya ibubapa kerajaan baru baru ini telah melancarkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi memberikan galakan kepada ibubapa untuk menambung demi masa depan anak-anak mereka supaya dapat menyambung pelajaran ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Beaufort meminta ibubapa melihat sektor pendidikan sebagai pelaburan jangka panjang di mana anak-anak yang mempunyai pendidikan sempurna bukan sahaja mampu merubah sistem kehidupan keluarga dan masyarakatnya namun ianya merupakan aset yang akan menentukan pembangunan Negara untuk terus membangun dan maju.

Seramai 105 pelajar dari enam sekolah di daerah Beaufort,Sipitang,Kuala Penyu Papar,Menumbok dan Membakut termasuk dua sekolah Ugama Menangah Papar dan Beaufort menerima biasiswa masing masing di majlis tersebut.



TAHNIAH ..Lajim menyampaikan biasiswa kepada seorang pelajar di majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
8 November 2006

LABUAN: Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Dua, Ahmad Ikmal Abbas menjuarai Ujian Tilawah Al-Quran Mahrajan (Festival) Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Farhdu Ain (j-QAF) katgeori lelaki peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, di Dewan SK Pekan Satu,di sini..

Naib johan, Muhamad Aiman Amran dari SK Membedai dan ketiga, Syakil Danial Sulaiman dari SK Kerupang.

Nurul Nadiah Izzati Nazli dari SK Membedai muncul johan kategori perempuan menewaskan Nur Maisarah Mohd Azmi dari SK Kerupang dan Nurul Suha Mohd Sukeri dari SK Pekan Dua.

Dalam pertandingan Kalam Jamaei (Coral Speaking), johan disandang SK Pekan Dua, kedua, SK Patau-Patau, ketiga, SK Rancha-Rancha dan keempat SK Lubok Temiang.

SK Membedai munjul johan pertandingan dikir barat menewaskan SK Bukit Kalam, ketiga, SK Pekan Satu dan keempat SK Kerupang.

Johan pertandingan kuiz dimenangi SK Kerupang, kedua SK Pekan Dua dan ketiga SK Bukit Kalam.

Pada pertandingan itu, lapan sekolah yang melaksanakan program j-QAF iaitu SK Pekan Satu, SK Pekan Dua, SK Kerupang, SK Bukit Kalam, SK Rancha-Rancha, SK Lubok Temiang, SK Patau-Patau dan SK Membedai menyertai pertandingan itu yang diadakan dala Bahasa Arab buat pertama kalinya oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Labuan.

Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Labuan, Ismail Abdullah menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut hadir Ketua Unit Pendidikan Islam dan Moral, Mat Hanifah Matzain, Guru Besar SK Pekan Satu, Anas Yusuf dan Pengerusi Majlis Guru Besar Labuan, Abdol Sappar Awang Damit.



TAHNIAH…Ismail (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Akmal diperhatikan Ketua Unit Pendidikan Islam dan Moral, Mat Hanifah Matzain.

Category: General
Posted by: keruak
8 November 2006

TAWAU: Some 986 needy people mostly orphans, single mothers, elderly and the poor had benefited from a programme organised by Rastamas Group of companies with the collaboration with Muslims welfare association of the Public Works Department in Tawau during the fasting month of Ramadan.

Another 140 recipients received assistance from Rastamas Group presented by Deputy Chief Minister, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin who represented the Chief Minister Datuk Seri Musa Aman at hari raya open house last weekend at the company’s premises in Tawau.

Present at the occasion were State Secretary Datuk K.Y.Mustafa, Assistant Minister of Rural Development, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Tawau Municipality president, Haji Salsidu Ibrahim, Chief Political secretary to the Chief Minister Datuk Zakaria Edris and Elected representatives.

Managing Director and CEO of Rastamas Group of companies, Haji Tahir Picho said the assistance rendered by his company is part of the company’s obligation to assist the government to help the needy.

About 1,500 people and invited guests attended at the function. A local singer and actor, Abu Bakar Elah presented the crowd with an entertainment.



Yahya (2nd right) flanked by Tahir (3rd right) and K.Y.Mustafa (right) presented assistance to one of the orphans.

Category: General
Posted by: keruak
7 November 2006

KOTA KINABALU: Kementerian Sumber Manusia mengambil pelbagai langkah menangani masalah pengangguran, termasuk dari kalangan siswazah yang jumlahnya meningkat kepada 90,930 orang setakat 15 September lalu.

Ini dimaklumkan oleh menteri berkenaan, Datuk Dr Fong Chan Onn, dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak pada persidangan Parlimen semalam.

Salleh dalam soalannya meminta jumlah sebenar siswazah dan bukan siswazah menganggur di negara ini serta langkah kementerian untuk mengatasinya.

Selain itu, beliau turut bertanya jumlah mereka yang menganggur yang sudah berdaftar dengan Jabatan Tenaga Rakyat.

Dr Fong dalam jawapannya berkata setakat 15 September lalu, seramai 90,930 pencari kerja berdaftar dengan kementeriannya, iaitu 44,524 siswazah (49 peratus) dan 46,406 lagi bukan siswazah (51 peratus).

Bagi mengatasi masalah itu, katanya, kementeerian melalui Jabatan Tenaga Rakyat menyediakan Perkhidmatan Pekerjaan melalui Job Clearing Systems (JCS) di mana semua permohonan pencari kerja dipadankan dengan kekosongan jawatan yang didaftarkan oleh syarikat.

Di samping itu, kementerian juga melaksanakan beberapa langkah untuk membantu golongan penganggur, antaranya:-

Mengadakan kerjasama dan dialog dari semasa ke semasa dengan pihak industri dan institusi pengajian/latihan bagi menentukan keperluan tenaga kerja sebenar.

Melaksanakan program Skim Latihan Graduan dengan menawarkan 13 bidang kursus yang memberi penekanan kepada kemahiran bekerja seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran menganalisis, ketrampilan diri dan aspek pengurusan.

Memperbanyakkan program Pesta Pekerjaan (Job Fair) yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Kerja dari semasa ke semasa bagi membantu menemukan pencari kerja dan majikan.

Menyediakan analisis Pasaran Kerja bersaskan kegiatan da JCS dan laporan analisis jawatan kosong yang diiklankan di akhbar dan diedarkan kepada kementerian/agensi berkaitan.

Dr Fong berkata kementerian akan menggiatkan kerjasama dan perbincangan dengan pihak lain yang berkaitan, terutama Kementerian Pengajian Tinggi dan majikan bagi memastikan kurikulum dan silibus kursus dan program yang ditawarkan bersesuaian dengan perkembangan semasa agar siswazah yang dikeluarkan benar-benar memenuhi keperluan industri.majikan.



DATUK SERI SALLEH SAID KERUAK

Category: General
Posted by: keruak
7 November 2006

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman telah mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah di pejabat UMNO Negeri di bangunan KWSP, Kota Kinabalu, malam ini.

Musa merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

Turut menghadiri mesyuarat itu ialah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin; Bendahari, Datuk Hajiji Noor; Penolong Setiausaha, Datuk Masidi Manjun; Ketua Pemuda UMNO Negeri, Datuk Japlin Akim; Ketua Puteri UMNO Negeri, Siti Hamni Hashim; dan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Rosnah Abdul Rashid Sherlin.

Pelbagai perkara dibincangkan pada mesyuarat itu yang berlangsung lebih sejam.



URUSAN PARTI… Musa (kiri) semasa mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri. Turut kelihatan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Datuk Hajiji Noor dan Datuk Masidi Manjun.



BINCANG…Ketua UMNO Bahagian yang hadir iaitu Datuk Abd.Ghapur Salleh (kiri), Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (tengah) dan Datuk Surady Kayong.



CERIA… Rosnah Abd.Rashid Shirlin (dua dari kiri) bersama Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Abd.Ghani Datuk Yassin (dua dari kanan), Datuk Rizalman Abdullah (kanan) dan Datuk Amisah Yassin semasa menghadiri mesyuarat UMNO Negeri.

Category: General
Posted by: keruak
7 November 2006



BINCANG..Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia Cawangan Sabah, Yang Mulia Tuan P.Iruthayaraj A/L D Pappusamy di pejabatnya di Wisma Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu,petang tadi.

Kelihatan dalam gambar, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna berbual dengan P.Iruthayaraj semasa kunjungan itu.

Category: General
Posted by: keruak
7 November 2006

KOTA KINABALU: Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu menjadi anggota yang relevan untuk memikul tanggungjawab besar yang diamanahkan oleh kerajaan dan rakyat.

Panglima Tentera Laut Malaysia , Laksamana Tan Sri Ilyas Haji Din berkata, kerajaan telah melabur sejumlah yang besar dalam membangunkan TLDM dari segi semua aspek dan amanah ini perlu dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan penuh komitmen.

“Kepincangan yang berlaku dalam sesebuah organisasi adalah berpunca dari kelemahan sendiri dan tidak memahami proses kerja yang baik seterusnya tidak berupaya menghadapi cabaran dalam dunia yang serba moden.” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis lawatan perpisahan beliau sebagai Panglima Tentera Laut Malaysia dan sempena sambutan Hari Deepavali dan Hari Raya Aidil Fitri di Pangkalan TLDM, Sepanggar dekat sini pagi tadi.

Beliau yang telah berkhidmat dalam TLDM hampir 40 tahun akan bersara bermula 15 November ini.Menurut Tan Sri Ilyas, sepanjang perkhidmatannya, banyak kemajuan telah dicapai oleh TLDM, antaranya dengan adanya peralatan yang canggih.

Dalam hal berkaitan, beliau turut menyentuh perancangan TLDM dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9) dimana beberapa pangkalan yang dikenal pasti akan dibina dan dibangunkan serta dinaiktarafkan menjadi pangkalan terpenting selain daripada Pangkalan Lumut di Perak.

Menurut beliau lagi, pangkalan TLDM di Sepanggar, Kota Kinabalu akan menjadi pangkalan kapal selam tidak lama lagi dan ini menunjukkan pihak kerajaan begitu perihatin dan memandang serius dalam keselamatan negara.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pegawai Pemerintah Markas Wilayah 2, TLDM Sepanggar Kota Kinabalu, Laksamana Ahmad Kamarulzaman dan Pegawai Pemerintah pangkalan TLDM Sandakan, Semporna dan juga seluruh anggota TLDM pelbagai pangkat.



KENANGAN…. Ilyas (kiri) menerima cendera kenangan daripada Ahmad Kamarulzaman (tengah) di majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
7 November 2006

KOTA KINABALU: Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) buat pertama kalinya mengendalikan Pertunjukan Opera 28 November ini sebagai merintis usaha mengetengahkan warisan budaya di Sabah melalui medium sastera opera.

Bagaimanapun, sebagai usaha pertama ke arah menonjolkan kisah-kisah klasik berlatarbelakangkan masyarakat Negeri Sabah, pihak KDCA menjemput sebuah kumpulan opera dari Selatan Australia untuk menampilkan kisah mereka yang berlatarbelakangkan Eropah.

“Opera ini amat sesuai untuk ditampilkan kepada orang ramai, selain dipelajari pelajar, ia juga mengetengahkan mesej tertentu untuk tatapan orang ramai,” kata Presiden KDCA, Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Sementara itu, jurucakap penganjur John Paujik memberitahu bahawa kumpulan opera yang dianggotai 20 orang itu akan mengadakan dua pertunjukan pada hari tersebut.

“Pada jam 10.00 pagi pertunjukan itu akan diadakan di Hongkod Koisaan, Penampang khusus untuk para pelajar sekolah, manakala pada malamnya diadakan pertunjukan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) khusus untuk orang awam,” kata John.

Pertunjukan kali pertama kumpulan opera itu ke Sabah merupakan pertunjukan kali kedua mereka di Malaysia selepas melakukan pertunjukan yang sama di Johor Bahru beberapa tahun lalu.

Kumpulan berkenaan akan menampilkan pertunjukan opera bertajuk “Don Giovanni” yang mengisahkan salah satu segmen kehidupan masyarakat tani di Eropah pada abad Ke-18 sebelum Revolusi Perancis.

Kisah sepi yang telah memendamkan bakat seorang pemuda bernama “Don Giovanni” pada zaman itu turut menampilkan dilema moral kehidupan masyarakat sejagat. Pengisahan yang penuh emosi itu dipertunjukkan dengan penuh penghayatan oleh anggota-anggota opera.

Tiket berharga RM5 bagi pertunjukan di Hongkod Koisaan manakala RM40 dan RM70 untuk pertunjukan di UMS. Pertanyaan boleh berhubung kepada KDCA 088 713696 atau John Paujik 0198211988.



OPERA…Pairin menunjukkan brosur cerita opera “Don Giovanni” bersama John (kiri Pairin)

Category: General
Posted by: keruak
7 November 2006

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa dan badan-badan tertentu menghadapi kesukaran memantau satu persatu laman-laman web yang didaftar di Malaysia di bawah domain “dot My” (.my).

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr.Lim Keng Yaik berkata ini kerana dianggarkan terdapat 40,000 laman web yang berdaftar di Malaysia , dinamik dan sentiasa berubah setiap hari.

Katanya, pengawalseliaan dan pemantauan ke atas laman web tersebut dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Adalah sukar untuk mana-mana pihak berkuasa atau badan-badan tertentu untuk memantau satu persatu laman-laman web yang begitu banyak”, katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee di persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Ronald telah meminta kementerian berkenaan menyatakan bagaimana terdapat dua bentuk kebebasan siaran media di negara ini. Media arus perdana yang dikatakan bebas tetapi terdapat pantang larang yang perlu dipatuhi, sementara media digital melalui web dan blog lebih terbuka melaporkan isu-isu hangat.

Lim berkata, pemantauan secara rambang berasaskan mekanisme tertentu termasuk aduan yang diterima dari orang awam dilaksanakan secara rapi oleh SKMM.

Menurutnya, selain pelaksanaan sistem pemantauan, semua kandungan yang disediakan secara “online” yang boleh dicapai oleh orang ramai hendaklah mematuhi Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (AKM 98) yang melarang penyediaan kandungan yang berunsur negative dan bersifat palsu,lucah, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau dan menggugat atau mengganggu mana-mana orang.

Beliau berkata, Seksyen 233 akta yang sama pula melarang penggunaan sesuatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi bagi tujuan menghantar komunikasi yang bercorak negatif.

“Sesiapa yang melakukan kesalahan dibawah peruntukan undang-undang ini boleh, sekiranya disabit, didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan untuk satu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”, jelasnya.

Katanya, tanggungjawab mencegah dan menyekat laman-laman web yang bersifat negative adalah lebih mudah sekiranya ia mempunyai tapak web penempatan (web hosting services) di Malaysia .

Menurutnya, tindakan sewajarnya boleh diambil oleh SKMM terhadap pembekal kandungan yang melanggar peraturan AKM’98. Walau bagaimanapun, jika laman-laman web tersebut berpangkalan di luar negara, bidan kuasa SKMM adalah terhad.

Lim berkata, kementeriannya berpendapat bahawa tidak wujud dikotomi dari segi kebebasan siaran media di negara ini samada media arus perdana atau media digital.

Walau bagaimanapun katanya, kedua-dua media adalah tertakluk kepada kaedah kawalan regulatori yang berbeza. Media arus perdana seperti televisyen dan radio swasta dilesenkan dibawah AKM’98. Sementara media cetak tertakluk kepada peraturan-peraturan dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sementara media digital tertakluk kepada peraturan-peraturan di bawah AKM 98, khususnya Seksyen 211 dan Seksyen 233, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Hakcipta 1987, Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.



DATUK RONALD KIANDEE

Category: General
Posted by: keruak
7 November 2006

PAPAR: Pendidikan seimbang dalam bidang agama dan akademik mampu melahirkan pelajar serba boleh yang berupaya menguasai nilai murni dalam kehidupan seharian.

Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shilrin berkata pendidikan seimbang dapat melahirkan remaja cewemrlang dan pemimpin masa depan berwawasan.

Sambil mengingatkan ibu bapa mengenai kepentingan menyediakan pendidikan seimbang untuk anak-anak, beliau berkata, pencapaian kanak-anak dalam bidang agama penting kerana hanya mereka yang dilengkapkan dengan ilmu keagamaan dapat mengelak daripada terjebak dalam kancah gejala sosial dan maksiat.

“Namun begitu, bagi menentukan kecemerlangan sebenar pendidikan seseorang pelajar, mereka juga perlu dilengkapkan dengan pengetahuan akademik terutama dalam mata pelajaran sains dan matematik.

“Selain itu, pelajar juga perlu mampu menguasai Bahasa Inggeris kerana melalui pengetahuan itu membolehkan mereka bersaing dengan pelajar kaum lain terutama bagi mendapatkan pekerjaan lebih baik selepas tamat pengajian.

“Penguasaan Bahasa Inggeris juga penting bagi membolehkan mereka mendapatkan keutamaan jika memilih sama ada untuk berkhidmat dalam sektor swasta atau membabitkan diri dalam bidang perniagaan serta perusahaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Malam Mesra Aidilfitri Kg. Pengalat Kecil Papar. Hadir sama Adun Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Pengerusi Penganjur Ahmad Pelatun, Cikgu Bahrum Kasran serta ahli jawatankuasanya.

Rosnah yang juga Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia turut meminta ibu bapa memantau setiap kegiatan dan pergerakan anak-anak bagi memastikan mereka mengutamakan soal pendidikan dan tidak terbabit dengan sebarang kegiatan tidak sihat.

“Pemantauan kegiatan anak-anak penting selaras usaha kerajaan ke arah melahirkan sebuah masyarakat berilmu dan berakhlak mulia. Pendidikan sempurna serta akhlak yang baik dapat membantu anak-anak membina kehidupan yang baik serta merubah status keluarga itu sendiri.

“Anak-anak yang kita lahirkan adalah aset penting sesebuah keluarga dan juga negara, justeru selaku ibu bapa kita hendaklah berusaha lebih gigih membantu anak-anak menimba ilmu dunia dan akhirat,” tambah Rosnah lagi.



CERIA...Rosnah, Ghulam dan Ahmad kelihatan ceria ketika menyaksikan persembahan nyanyian daripada peserta.

Category: General
Posted by: keruak
7 November 2006

LABUAN: Kira-kira 250 tetamu termasuk pemimpin masyarakat menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran tiga agensi Kementerian Penerangan di perkarangan Labuan FM, di sini.

Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Yunus Kurus, Ketua Pemuda Umno Bahagian Labuan, Basir Alias, ketua jabatan, ketua kampung dan ahli jawatankuasa (AJK) Komuniti Bestari menghadiri majlis yang dianjurkan Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan, Saleki Amat Januri, Pengarah Jabatan Penyiaran, Munah Madar dan wakil Pengarah Jasa, Arif Buang.

Saleki yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan berkata majlis itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara agensi tersebut dengan pemimpin masyarakat dan ketua jabatan kerajaan di pulau ini.

Majlis tersebut diserikan dengan persembahan karaoke oleh kakitangan Labuan FM dan pemimpin masyarakat.



MERIAH…Kelihatan Munah (dua dari kanan) dan Saleki (tiga dari kiri) meraikan tetamu termasuk Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Yunus Kurus (empat dari kanan) dan pemimpin masyarakat pada majlis Aidilfitri anjuran tiga agensi Kementerian Penerangan.

Category: General
Posted by: keruak
7 November 2006

KUALA PENYU: Ahli-ahli Umno diperingatkan agar tidak hilang tumpuan, sebaliknya terus bersatu padu bagi mendokong dan membantu kepimpinan parti menjayakan program pembangunan selaras Misi Nasional.

Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Lajim Ukin berkata,pertikaian pendapat serta kecaman kepada kerajaan serta kepimpinan parti sejak akhir akhir ini tidak seharusnya meletakkan anggota parti dalam keadaan keliru dan hilang tumpuan.

Ssebaliknya, kata beliau, setiap ahli perlu memberi komitmen padu bagi memberikan sokongan kepada kerajaan dan kepimpinan parti agar proses pembangunan negara dapat dipacu dan mencapai matlamatnya.

“Sebagai anggota parti kita perlu bersyukur kerana selama 60 tahun Umno telah mendapat amanah dan kepercayaan rakyat khususnya orang Melayu bagi memperjuangkan aspirasi dan cita cita untuk membangunkan bangsa,agama dan negara” katanya.

Beliau berucap di hadapan hampir 2,000 orang ahli Umno dan ahli Barisan Nasional pada majlis rumah terbuka Umno Beaufort di Dewan Masyarakat Dato Shah Bandar Makang, Kuala Penyu.

Hadir sama Wakil Rakyat Kawasan Kuala Penyu Datuk John Ghani, Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Nurnikman Abdullah, Naib Presiden Parti Bersatu Sabah Sebastian Dirih Anjim dan Pegawai Daerah Hasbi Abdul Ghaffar.

Sehubungan dengan itu Lajim bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Pusat turut mengajak anggota parti di semua peringkat memperkukuh semangat menyokong kepimpinan sedia ada baik di peringkat Pusat dan Negeri.

“Kita berharap ahli Umno di setiap peringkat terus mendokong dan membantu kepimpinan parti dan kerajaan untuk merealisasikan kemajuan yang diharapkan dan dengan adanya persepakatan dan perpaduan,Umno akan terus kukuh dan stabil bagi menghadapi cabaran mendatang” tegas Lajim



KENAMAAN …Lajim (tengah) bersama antara yang hadir di majlis itu ialah Timbalan Ketua Bahagian Datuk Nurnikman Abdullah (kiri) dan Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk John Ghani.

Category: General
Posted by: keruak
6 November 2006

KOTA KINABALU: Pertubuhan Sabah Bajau Bersatu (USBO) sependapat dengan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengenai pentingnya setiap persatuan yang mewakili kumpulan masyarakat untuk berganding bahu dengan kerajaan dalam menjayakan agenda pembangunan.

Presiden USBO Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam satu kenyataan hari ini berkata, setiap pertubuhan mempunyai peranan masing-masing dan atas sebab itulah maka USBO sejak awal lagi menyatakan pendirian menyokong kepimpinan kerajaan dan komited membantu kekuatan Umno di Sabah.

“Apa yang disebutkan oleh Ketua Menteri itu adalah selari dengan apa yang kita nyatakan selama ini, iaitu kita mendokong dasar kerajaan secara objektif,” katanya sebagai mengulas kenyataan Musa pada majlis Aidilfitri di Kota Belud semalam.

Musa antara lain meminta semua persatuan berasaskan kaum bekerjasama dan menyokong kerajaan demi memastikan agenda pembangunan dapat dilaksana secara berkesan.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata USBO akan terus memainkan peranan secara proaktif, terutama dalam bidang ekonomi dan pendidikan yang merupakan antara keutamaan dalam aktivitinya sekarang.

“USBO adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu memastikan rakyat sama-sama menikmati kemakmuran dalam semua bidang,” katanya, sambil berkata bahawa USBO secara terbuka berulang kali menyatakan sokongan kepada Musa selaku pemimpin yang dipilih oleh UMNO menerajui kepimpinan negeri.

Beliau turut memuji Musa kerana memperingatkan semua pertubuhan bukan kerajaan supaya tidak mempolitikkan pertubuhan mereka bagi kepentingan peribadi.

“Ia satu mesej yang cukup jelas, apalagi diucapkan di hadapan lebih 10 pemimpin pertubuhan yang mewakili pelbagai kaum yang hadir pada rumah terbuka Umno.

“Ia adalah bukti pengiktirafan kerajaan terhadap peranan semua persatuan suku kaum untuk membantu kerajaan menjayakan agenda pembangunan,” katanya.



DATUK SERI SALLEH SAID KERUAK

Category: General
Posted by: keruak
6 November 2006

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menjadi tetamu kehormat pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Sabah POIC Sdn Bhd dengan lapan pelabur tempatan dan asing di sini hari ini.

Mereka yang menandatangani mewakili lapan syarikat terbabit ialah Datuk Dr. Lim Siow Jin (DXN Oleochemicals Sdn Bhd), Shariffuddin Khalid (SPC Biodiesel Sdn Bhd), Dr. Hwang Jong Sic (Global Bio-Diesel Sdn Bhd), Chia Soon Kun (QL Bioenergy Sdn Bhd), Ian Young (Zurex Corporation Sdn Bhd), Waheb George Joukador (Biodiesel LD Sdn Bhd), Sabdi Ahmad (Inai Bumi Sdn Bhd) dan Winnie Ting of Asia Depot Sdn Bhd.

Sementara Sabah POIC Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Pang Teck Wai dan ahli lenbaga pengarah, Datuk Yusoff Datuk Seri Panglima Mohd. Kassim yang juga Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan; Ismail Abdullah dari Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Salim Mohammad dari Sawit Kinabalu.

Turut menyaksikan majlis menandatangani MOU itu ialah Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Ewon Ebin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk K.Y.Mustafa.



SAH…Musa yang diapit Ewon (kanan) dan K.Y.Mustafa (tiga dari kiri) menyaksikan majlis menandatangani MOU itu.

Category: General
Posted by: keruak
6 November 2006



KUALITI…Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman (kanan) menyampaikan anugerah kualiti kepada Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim sempena Seminar dan Minggu Kualiti Perkhidmatan Awam di Pusat Perdagangan Sabah, Likas, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu menteri Kabinet dan pembantu menteri; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk K.Y.Mustafa dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Ismail Wadin.

Pentadbir pihak berkuasa tempatan turut hadir pada majlis itu, antaranya Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Teo Boon Hai.

Category: General
Posted by: keruak
6 November 2006

TAWAU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Tawau dan Kalabakan di Tawau.

Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna menghadiri Rumah Terbuka UMNO Bahagian Tawau yang diadakan di kediaman Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan di Wisma Keluarga, Banyan Drive .

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas di majlis itu yang turut dihadiri oleh pemimpin UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) bahagian Tawau.

Yahya kemudian menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abd.Ghapur Salleh yang juga Ketua UMNO Bahagian Kalabakan.

Di LABUAN, Setiausaha Umno Bahagian Labuan, Sudin Samat dan isteri, Mastura Ali mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Sungai Labu, Labuan.

Antara yang mengunjungi beliau ialah Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Yunus Kurus dan isteri, Dg Pungut Abd Jalil yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan Layang-Layangan, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Zaini Husin, ketua kampung, pemimpin masyarakat dan penduduk setempat.

Dalam pada itu, Sekolah Kebangsaan Pekan Satu, Labuan turut meraikan guru-guru pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di perkarangan sekolah itu.

Guru Besar sekolah itu, Anas Yusuf berkata majlis itu diadakan untuk mengeratkan tali silaturrahim di kalangan guru pelbagai bangsa dan agama serta mengeratkan hubungan perpaduan dengan ahli keluarga warga sekolah.

Pada majlis itu, Anas menyampaikan cenderamata kepada dua orang guru yang bertukar iaitu Imran Yunus ke Jabatan Pelajaran Labuan dan Rohaya Jumat ke SK Kerupang.

Turut hadir Penolong Kanan (PK) Pentadbiran, Yunus Yusuf, PK Hal Ehwal Murid, Faridah Zaini dan PK Ko-Kurikulum, Mahmud Mumin.



SUMBANGAN…Yahya menyampaikan sumbangan kepada warga emas di majlis itu sambil diperhatikan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (kanan) di majlia rumah terbuka UMNO Bahagian Tawau.



Sudin Samat (kanan) meraikan Yunus Kurus dan isteri, Dg Pungut Abd Jalil pada rumah terbuka Aidilfitri beliau di Kampung Sungai Labu, malam semalam.



Anas Yusuf (tiga dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Imran diperhatikan Yunus (dari kiri), Rohaya, Mahmud dan Juisin Sinir.

Category: General
Posted by: keruak
6 November 2006

PUTATAN: Masyarakat kampung perlu terus mengekalkan budaya tradisi mengadakan dan menjayakan aktiviti secara gotong-royong di peringkat kampung, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin.

Katanya, amalan mulia bergotong-royong dan kerjasama erat dikalangan penduduk kampung perlu terus disemarakkan.

“Dengan mengadakan program dan aktiviti secara bergotong-royong, persefahaman dan perpaduan rakyat akan bertambah mantap dan kukuh”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Malam Amal Kebajikan Aidilfitri di Kampung Sailan, semalam. Majlis itu dianjurkan bersama oleh UMNO Cawangan dan Perpustakaan Desa Kampung Sailan.

Hadir sama di majlis itu ialah isteri Yahya, Datin Siti Jouyah Mohd.Yunin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putatan, Abd.Kahar Mohd.Zain, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Petagas, Datuk Mohd.Din Sulai, Bendahari UMNO Bahagian Putatan, Sumita Hassan dan Ketua Kampung, Dulajis Suiet yang juga Ketua Cawangan UMNO.

Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna berkata, penduduk kampung juga perlu terus berusaha mengenalkan perpaduan dan semangat setia kawan yang sedia terjalin.

Menurutnya, Kampung Sailan merupakan kampung contoh yang mengamalkan budaya tradisi bergotong-royong bagi menganjurkan sesuatu acara atau program yang melibatkan semua peringkat penduduk kampung.

“Kejayaan menganjurkan Malam Amal Aidilfitri ini membuktikan perpaduan jitu dan semangat kerjasama yang tinggi dikalangan penduduk Kampung Sailan.

“Oleh itu, inisiatif dan usaha murni yang dilakukan oleh penduduk Kampung Sailan harus menjadi contoh kepada penduduk kampung lain demi kesejahteraan dan kemajuan kampung masing-masing”, tegasnya.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas juga meminta penduduk Kampung Sailan memanfaatkan sepenuhnya Perpustakaan Desa yang diwujudkan di kampung tersebut.

Menurutnya, Kampung Sailan juga merupakan kampung tunggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas yang beliau wakili yang mempunyai Perpustakaan Desa.

Yahya turut menyampaikan bantuan amal berupa wang kepada warga emas kampung itu. Pelbagai acara diadakan sempena Malam Amal Aidilfitri 2006, antaranya ialah pertandingan karaoke, pertandingan pakaian beragam,pertandingan ratu fesyen kanak-kanak dan persembahan tarian tradisi.



BANTU… Yahya menyampaikan bantuan amal kepada warga emas di majlis itu sambil diperhatikan KK Dulajis Suiet.

Category: General
Posted by: keruak
5 November 2006

TAMBUNAN: Senarai projek dan peruntukan yang dilaksana di setiap kampung perlu dipaparkan di setiap balai raya sebagai rujukan kepada penduduk mengenai kemudahan di kampung mereka.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Joseph Pairin Kitingan berkata adakalanya penduduk sendiri tidak menyedari kemudahan yang sudah dilaksanakan di kampung mereka serta kedudukan kemudahan lain yang masih menunggu peruntukan.

“Pengumpulan data pembangunan setempat itu juga adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan rangkaian maklumat pembangunan kampung serta penggunaan komputer Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sebagai pangkalan data,” katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata ketiadaan maklumat tentang pelaksanaan dan perancangan pembangunan setempat adakalanya menyebabkan ada pihak tertentu membuat gambaran bahawa Kerajaan tidak berbuat apa-apa di kampung berkenaan.

Menurut Pairin, yang sebenarnya Kerajaan memberikan tumpuan terhadap keperluan pembangunan di kawasan luar bandar di mana sejumlah peruntukan tertentu disalurkan untuk melaksanakan projek-projek kecil untuk manfaat penduduk.

“Sebagai contoh, di Mukim Toboh (Tambunan) yang mempunyai 15 kampung, pada tahun 2005- 2006 sahaja sejumlah RM704,500 telah disalurkan untuk melaksanakan projek kecil luar bandar,” katanya.

Daerah Tambunan terdiri daripada tujuh mukim seperti Kirokot, Patau, Sunsuron, Lintuhun, Nambayan Monsorulung dan Toboh.

Pairin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan berkata demikian ketika berucap sempena lawatan kerja ke Mukim Toboh di balairaya Kg Tinompok kira-kira lima kilometer dari sini.

Di dalam lawatan itu, Pairin turut merasmikan Projek Jalan Kampung Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kg Tinompok. Naik taraf jalan sejauh 0.5km itu dilaksanakan dengan peruntukan RM192,000.

Selain itu, Pairin turut menyampaikan kemudahan kerusi kepada Balairaya Kg Tinompok dan menyerahkan secara rasmi Program Bantuan Rumah kepada tiga penerima yang tersenarai di bawah Ketua Isi Rumah Termiskin (KIRT).

Bantuan rumah dua bilik dengan peruntukan RM13,900 setiap satu diserahkan kepada Catherine Saripah Tagus dari Kg Toboh, Murita Gurah (Kg Kituntul) dan Nuritah Munsang (Kg Timbou).

Pairin turut mengumumkan bahawa dua guru komputer akan dihantar ke Kg Tinompok untuk membimbing penduduk setempat menggunakan komputer di dalam penyebaran maklumat dan penyimpanan data.

Turut hadir Pegawai Daerah Thomas Angor, Jurutera JKR Freddy Kimon, Setiausaha Politik Daniel Kinsik, PKR Wilfredoline Jakil dan para pegawai kanan jabatan serta agensi-agensi Kerajaan.



NAIK TARAF JALAN … Pairin bersama rombongan ketika merasmikan jalan berturap tar di Kg Tinompok, Tambunan.

Category: General
Posted by: keruak
5 November 2006

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menghadiri rumah terbuka di tiga bahagian Umno hari ini, bermula di Bahagian Kota Kinabalu, kemudian Bahagian Sepanggar dan Kota Belud.

Rumah terbuka Aidilfitri Umno Kota Kinabalu diadakan di Wisma SESB, manakala Bahagian Sepanggar di Rumah Umno bahagian itu di Likas.

Umno Kota Kinabalu diketuai Datuk Faisyal Diego manakala Bahagian Sepangar dipimpin Datuk Uzair Yahya.

Sepanjang kunjungan itu Musa diiringi isteri, Datin Seri Faridah Tussin.

Di PUTATAN, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kuala Putatan,

Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas mengadakan majlis itu khusus untuk rakyat di kawasannya.

Turut hadir dan menyambut tetamu di majlis itu ialah isteri Yahya, Datin Jouyah Mohd.Yunin, Naib Ketua UMNO Bahagian Putatan, Assan Nasib, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Normah Sari, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Encik Ir.Shahelmey Yahya, dan Ketua Puteri Bahagian, Hamidah Mohd.Jaffar.

Dalam pada itu, Yahya juga menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putatan yang diadakan di Dewan Perkumpulan Wanita Sabah , Sembulan.

Ketibaan Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna dan Ketua UMNO Bahagian Putatan disambut oleh Ketua Wanita Bahagian, Normah Sari dan jawatankuasa.

Di BEAUFORT, Ketua BahagianUmno Beaufort merangkap Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), Datuk Lajim Ukin menghadiri Majlis Mesra Hari Raya anjuran PBBS dan Umno Bahagian Sipitang di Dewan Masyarakat Kampong Gadong, di sini.

Hadir sama Ketua Umno Bahagian Sipitang yang juga Pembantu Menteri Kewangan Datuk Sapawi Ahmad; Timbalan Presiden PBSS, Osin Jilon; Naib Ketua Umno Bahagian Sipitang Sapawi Tussin serta Pengerusi Bersama Penganjur Majlis Ibrahim Wasli dan Maruf Jislim.

Dalam ucapannya,. Lajim yang juga Wakil Rakyat Kawasan Klias mengajak masyarakat Bisaya sebagai kaum minoriti di negeri ini bukan sahaja berupaya bersaing untuk menikmati arus kemajuan namun dapat menyumbang sesuatu yang boleh dimanafaatkan untuk kemajuan yang sedang berlaku.

“Kita seharusnya tidak mudah berpuas hati terhadap pencapaian yang sedia ada, namun mempertingkatkan keupayaan kita dari masa ke semasa bagi memastikan kecemerlangan serta kejayaan kita dalam apa juga bidang,” katanya.



MERIAH…Musa ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Sepanggar semalam.



SELAMAT AIDILFITRI… Yahya bersalam dengan tetamu yang menghadiri majlis rumah terbuka beliau.



JAMU SELERA…Yahya (bersongkok) menjamu selera bersama Assan Nasib (kanan) dan Normah Sari (tiga dari kanan) sempena Aidilfitri Wanita Umno Putatan.



MESRA…Lajim bersalaman dengan barisan Ali Majlis Tertingg PBSS sejurus tiba ke majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
5 November 2006

KOTA KINABALU: Pengerusi Yayasan Bumiputera Sabah, Datuk Amir Kahar Tun Datu Mustapha menerima kunjungan daripada Anggota Parlimen Filipina semasa mengadakan Rumah Terbukanya di Taman Oriental semalam.

Antara anggota Parlimen daripada Negara Filipina tersebut ialah Ahli Parlimen kawasan Sulu Pertama, Hussin U. Amin, Munir Arbkson dari kawasan Sulu Kedua dan Mujib Hataman kawasan Anak Mindanao.

Kata Amir Kahar yang juga Adun Banggi berkata, amalan rumah terbuka adalah untuk menyemai dan menjalin semangat kasih sayang serta silatur rahim antara dua buah negara yang berjiran.

“Secara terasnya, konsep rumah terbuka haruslah bersandarkan kepada budaya ziarah-menziarahi yang diamalkan sejak zaman. Mengadakan rumah terbuka adalah platform terbaik merapatkan hubungan dengan rakan,” katanya.

Lebih 1,000 tetamu hadir di rumah terbuka beliau.



KENANGAN... Datuk Amir Kahar (tengah) dan Datin Aminah Ambrose merakamkan gambar kenangan bersama Anggota Parlimen dari Filipina.

Category: General
Posted by: keruak
5 November 2006

PAPAR: Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata golongan belia hari ini harus menghilangkan tanggapan bahawa pekerjaan kolar biru ialah pekerjaan yang tidak mempunyai ‘standard’.

Ini kerana katanya, pekerjaan kolar biru sering dianggap tidak menarik kerana dikaitkan dengan kerja-kerja yang memerah kudrat dan bermandi peluh, kerja yang kasar serta bekerja dibawah terik matahari.

"Sebenarnya, kerja kolar biru ini bukan hanya dimaksudkan dengan kerja-kerja buruh, tetapi juga meliputi bidang lain termasuklah pertanian, penternakan, peladangan dan perikanan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Kesedaran Ke Laluan Kerjaya Peringkat Gabungan Beaufort di Dewan Masyarakat Dearah di sini.

Teks ucapannya telah disampaikan oleh Pegawai Daerah, Iman Ali.

Majlis sehari itu adalah anjuran Majlis Penasihat Wanita Sabah dengan kerjasama Jemaah Nazir Sekolah Sabah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Takis, Papar.

Abdul Rahim menjelaskan Malaysia adalah antara Negara yang banyak menggunakan tenaga kerja asing untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan Negara, terutama sekali pembangunan industri termasuk sektor pertanian dan peladangan.

Beliau berkata, isu yang sering ditimbulkan ialah masalah pengangguran dan pada waktu yang sama juga persoalan kenapa begitu ramai warganegara asing bekerja di Negara kita.

"Pada pendapat saya, masalah ini timbul kerana rakyat tempatan sama ada tidak sanggup, tidak bersedia, segan (malu) atau tidak berani mengambil alih kerja-kerja yang ditawarkan kepada rakyat asing ini.

"Alasannya mungkin kerana kerja-kerja itu bukan kolar putih atau kerja yang tiada standard," jelasnya.

Abdul Rahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Manis seterusnya mengajak remaja hari ini agar merenung dengan minda terbuka berhubung perkara itu sedangkan pekerjaan kolar biru mampu memberi peluang perkerjaan dengan gaji yang lumayan.



TAHNIAH…Iman menyampaikan sijil kepada pelajar yang menyertai seminar itu.

Category: General
Posted by: keruak
5 November 2006

BEAUFORT: Rakyat perlu menolak jika ada kumpulan atau pihak tertentu yang cuba mengelirukan dan memecahbelahkan perpaduan serta persefahaman antara kaum.

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Sapawi Ahmad berkata perpaduan dan persefahaman antara kaum amat wajar dipertahankan dan diperkukuhkan.

“Keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati adalah hasil daripada persefahaman dan perpaduan rakyat yang berbilang kaum di negara ini…kita tidak mungkin dapat menikmati atau merasai keharmonian dan kemakmuran jika perpecahan berlaku,” katanya pada sambutan Malam Muhibbah Aidilfitri di sini kelmarin.

Majlis anjuran Jiran Muda KRT Beaufort Selatan itu turut dihadiri oleh Pegawai Perpaduan dan Intergerasi Nasional Beaufort Awang Anak Abdul Sani dan pengerusi Jiran Muda KRT Beaufort Selatan Mohd Nur Azmi Awang Yusuf dan setiausahanya merangkap Ketua Cawangan Umno Beaufort Selatan Yusuf Kahar.

Sapawi berkata hasil persefahaman dan perpaduan itu telah mewujudkan kestabilan politik di negara ini.

Katanya kestabilan politik itulah juga yang membolehkan kerajaan melaksanakan perancangan pembangunan untuk rakyat secara berterusan.

Beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan perpaduan dan persefahaman rakyat dapat dipertahankan dan dipermantapkan.

Katanya kerajaan berbuat demikian kerana mahu rakyat negara ini terus menikmati keharmonian dan kemakmuran negara.

Menurutnya adalah wajar bagi rakyat untuk menyokong dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan.



DIHARGAI…Sapawi menerima cendera kenangan daripada Pengeruai Jiran Muda KRT Beaufort Selatan Mohd Nur Azmi Awang Yusuf di majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
5 November 2006

KOTA KINABALU: Unit Pemantuan Projek Pembangunan Negeri (IGP) akan memainkan peranan aktifnya bagi menentukan projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri ini terutama yang melibatkan peruntukan negeri dilaksanakan sepenuhnya mengikut jadual serta spesifikasi kerja yang ditetapkan kerajaan.

Ketuanya, Datuk Lajim Ukin berkata dengan kerjasama dari Unit Perancang Ekonomi Negeri serta jabatan dan agensi kerajaan negeri lain, unit tersebut akan turun padang bagi memastikan projek yang diluluskan kerajaan dapat dilaksana sepenuhnya tanpa masalah.

“Selaras Misi Nasional kerajaan untuk menjayakan RMK-9 kita akan pastikan segala projek pembangunan yang diluluskan dapat dilaksanakan sepenuhnya mengikut jadual dan keperluan rakyat di negeri ini” katanya ketika ditemui media di pejabat di Likas Plaza , di sini.

Menurut Lajim pihaknya juga bersedia menjalin kerjasama dengan jabatan Persekutuan terutama Jabatan Pembangunan Persekutuan bagi memantau perlaksanaan projek projek pembangunan dari kerajaan Pusat yang telah dan akan dilaksanakan dalam RMK-9.

Dalam pelaksanaan projek pembangunan dari kerajaan Persekutuan, faktor kelulusan tanah untuk tapak pembinaan biasanya akan menjadi masalah dan dalam hubungan ini pihak kami sedia membantu bagi mempestikan kelulusan tapak tanah dapat diambil tindakan segara “ katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Lajim juga meminta jabatan serta agensi kerajaan terutama Pegawai pegawai daerah di negeri ini dapat membuat pemantauan tentang perlaksanaan projek pembangunan khususnya di setiap daerah di negeri ini.



DATUK LAJIM UKIN

Category: General
Posted by: keruak
4 November 2006

KOTA KINABALU: Golongan pelajar perlu mempertajamkan pemikiran kreatif (creative thinking) selain menumpu kepada pembelajaran akademik kerana ia menjadi kelebihan (advantage) dalam sistem meritokrasi memasuki universiti, kata bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau berkata pemikiran kreatif adalah aset penting bagi seseorang pelajar menyahut cabaran kerajaan yang kini memberi penekanan terhadap usaha melahirkan modal insan berkualiti dengan minda kelas pertama.

Justeru, beliau mahu setiap pelajar sekolah menengah membuat persiapan awal untuk melengkapkan diri dengan segala ilmu dan kemahiran bagi memudahkan laluan melangkah ke menara gading.

“Diharapkan agar sekolah dan guru-guru perlu saling bekerjasama dalam memberi ilmu dan pengetahuan serta membekalkan kemahiran dan daya kreativiti kepada setiap pelajar,” katanya berucap merasmikan Kursus Pemantapan Minda di Kompleks Sukan Likas di sini malam tadi.

Kursus tiga hari itu dianjurkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Belud Tanduk, Kampung Kulambai dan Pejabat Parlimen Kota Belud. Ia disertai kira-kira 40 pelajar dari daerah Kota Belud yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

Hadir sama Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional daerah Kota Belud, Mohd Bisi Jamit; dan pengerusi penganjur, Dulamid Rudin.

Salleh yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata sekolah dan guru perlu menentukan pelajar mereka memiliki ilmu dan kemahiran terbaik agar mereka mereka boleh menjadi tenaga sumber produktif dan berpengetahuan pada masa depan.

Katanya, graduan yang ideal ialah mereka yang memiliki kemahiran berfikir, berhujah dan berkomunikasi dalam pelbagai dimensi dan perspektif selain berperwatakan mulia dan mahir dalam pencarian ilmu.

“Kemahiran sedemikian membolehkan mereka memasuki pasaran kerja dengan lebih selesa berbanding graduan yang juga memiliki ijazah sama tetapi terbatas kemahiran berfikir merekam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pelajar supaya mengikis persepsi lapuk bahawa tujuan seseorang itu belajar adalah memahami apa yang diajar saja selain untuk lulus dan mendapat sijil semata-mata.

“Tanggapan ini tidak sesuai lagi dengan keadaan hari ini. Pelajar sekarang perlu lebih kreatif dan inovatif,” katanya, sambil menegaskan guru-guru memainkan peranan memperbetulkan tanggapan serong itu.

“Pelajar mesti belajar untuk mendapatkan ilmu, maklumat, pengetahuan (knowledge) dan kemahiran. Dengan adanya semua ini, ia akan menjadi `tiket’ dalam pencarian di pasaran kerja nanti,” katanya.

Pix 01:

PENDIDIKAN…Salleh bersama Mohd Bisi (dua dari kanan) dan Dulamid (dua dari kiri).



PELAPIS…sebahagian pelajar dari Kota Belud yang menyertai kursus berkenaan.



AMANAT…Salleh (kiri) ketika berucap mersmikan kursus itu.

Category: General
Posted by: keruak
4 November 2006

KOTA KINABALU: Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) Mohd Nazri Abdullah mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Taman Kingfisher, Likas, dekat sini malam ini.

Majlis yang bermula kira-kira jam 7 malam itu dihadiri ramai tetamu serta pegawai dan kakitangan kerajaan.

Antara pemimpin yang hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Juhar Mahiruddin dan Ketua Umno Bahagian Sandakan, Datuk Ampong Puyon.

Turut hadir ialah pemimpin-pemimpin pertubuhan peladang dari beberapa daerah.

Selain dijamu dengan hidangan Aidilfitri, pengunjung turut dihiburkan dengan nyanyian karaoke oleh rakan dan kenalan. Nazri turut mendendangkan lagunya.



MESRA…Nazri bersama sebahagian pengusaha dan pemimpin peladang yang hadir pada rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya.



SELAMAT AIDILFITRI…Nazri (kanan) menyambut Datuk Ampong Puyon.



MUHIBAH…Nazri bersama Speaker DUN Sabah , Datuk Juhar Mahiruddin.

Category: General
Posted by: keruak
4 November 2006



KENANGAN…Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Almain Ajirul (tengah) bersama isteri, Masniah (dua dari kanan) bergambar kenangan dengan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Sabah, Datuk Zaki Gusmiah (kiri) pada rumah terbuka Aidilfitri semalam.

Majlis bermula jam 12 tengah hari itu diadakan di kediamannya di Taman Darius, Putatan, dekat sini.

Turut hadir sahabat handai, rakan sekerja serta kakitangan Jabatan Penerangan Sabah.

Category: General
Posted by: keruak
4 November 2006

PAPAR: Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu berganding bahu dengan semua pihak untuk memastikan pelajar memperoleh pendidikan sebaiknya.

Sambil menyatakan dalam era globalisasi sekarang peranan PIBG juga sangat mencabar, beliau berkata setiap PIBG perlu berusaha gigih meningkatkan prestasi kecemerlangan termasuk menganjurkan lebih banyak aktiviti kokurikulum di sekolah masing-masing.

Katanya peranan PIBG adalah untuk melihat pelajar dilengkapi dengan kemahiran dan bimbingan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata, Malaysia yang menuju ke arah negara maju pada 2020 memerlukan lebih ramai generasi berpendidikan tinggi bagi membolehkan mereka bersaing hingga ke persada antarabangsa.

"Saya berharap PIBG terus memainkan peranan dalam membantu guru mendidik anak-anak kita. Guru pula harus menentukan supaya pelajar dapat menguasai setiap mata pelajaran di sekolah.

“Ibu bapa juga perlu menghadiri mesyuarat PIBG kerana badan itu adalah wadah utama bagi mereka membincang perkembangan di sekolah serta mencari kaedah terbaik meningkatkan lagi pencapaian pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis penyerahan untuk Tabung PIBG sejumlah RM3,000 setiap PIBG di tujuh sekolah di daerah Papar.

Sekolah-sekolah yang menerima peruntukan khas daripada Parlimen Papar ialah PIBG SMK St Mary, PIBG SMK St. Joseph, PIBG SUIS Buang Sayang, SUIS Kuala, PIBG SK Pengalat Kecil, PIBG SK Tempasak, dan PIBG SMK Takis.

Hadir sama Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen Papar Abdul Talip dan pengerusi-pengerusi PIBG daripada tujuh sekolah menengah sekolah rendah dan Sekolah Agama Islam Sabah.



SUMBANGAN....Rosnah menyampaikan sumbangan kepada wakil sebuah PIBG yang mendapat bantuan.

Category: General
Posted by: keruak
4 November 2006



UNTUK KESIHATAN RAKYAT…Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan menyerahkan Portal Kabin kepada Unit Hemodialisis Hospital Tambunan dalam satu majlis ringkas di hospital itu semalam.

Pairin yang juga ADUN Tambunan berharap kemudahan itu memberi manfaat kepada rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah yang memerlukan rawatan hemodialisis, selain berharap ia dapat dinaikkan taraf sebagai Hospital Pakar.

Beliau turut meminta rakyat mendapatkan pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa untuk mengesan sebarang penyakit, sekali gus membolehkan rawatan awal diberikan.

Category: General
Posted by: keruak
3 November 2006

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak merasmikan Kursus Pemantapan Minda di Kompleks Sukan Likas di sini malam ini.

Kursus tiga hari itu dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Belud Tanduk, Kampung Kulambai dan Pejabat Parlimen Kota Belud. Ia disertai kira-kira 40 pelajar terpilih dari sekitar daerah Kota Belud.

Lima kertas kerja dibentangkan pada program berkenaan yang antara lain bertujuan melahirkan pelajar cemerlang dari segi sahsiah dan ilmu pengetahuan serta mewujudkan generasi berwibawa, berkepemimpinan dan berketrampilan.

Pengerusi penganjur, Dulamid Rudin, dalam ucapannya berkata program itu memberi kesedaran kepada pelajar mengenai pentingnya ilmu ke arah kecemerlangan hidup selain membantu dan memberi motivasi kepada mereka supaya boleh berdepan cabaran dengan yakin dan berketrampilan.

Beliau berterima kasih kepada Salleh yang menyokong program itu, sekali gus membuktikan keprihatinannya terhadap program berorientasikan pendidikan bagi generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pelapis masa depan.

Katanya, peserta yang terpilih mengikuti program itu begitu bertuah kerana ia memberi mereka pendedahan yang sangat berguna.

Hadir sama pada majlis itu Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional daerah Kota Belud, Mohd Bisi Jamit.



NASIHAT…Salleh ketika menyampaikan ucapan dan merasmikan Kursus Pemantapan Minda malam ini.



UTAMAKAN PENDIDIKAN…Salleh bersama seorang peserta kursus, sambil diperhatikan oleh Mohd Bisi (kanan) dan Awang Rablah Salil (tengah).



CENDERAHATI…Salleh menerima cendera kenangan yang disampaikan oleh Dulamid.

Category: General
Posted by: keruak
3 November 2006.

KOTA KINABALU: Ibu-bapa disaran agar menghantar anak-anak mereka belajar di pra-sekolah untuk mengalakan perkembangan sosial, emosi, rohani, jasmani dan intelek mereka.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Putatan, Hamidah Mohd.Jaffar berkata, mereka akan didedah dengan aspek berinteraksi diri serta memupuk perkembangan daya cipta dan ingin tahu.

“Setiap ibu bapa mahu melihat anak-anak mereka berjaya dalam hidup dan mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental, sosial dan rohaniah, di pra-sekolahan asas penting ini dapat dipupuk”,katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mini Konvokesyen Tabika Kemas Putatan di Dewan Sa’adah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), kelmarin.

Seramai 300 kanak-kanak pra sekolah dari tujuh Tabika Kemas terlibat dalam mini konvokesyen itu Tabika Kemas Kampung Petagas, Kampung Pasir Putih, Rumah Pangsa, Kampung Meruntum, Kampung Ketiau, Kampung Lok Kawi dan Kg Ulu.

Hamidah berkata, untuk mempertingkatkan potensi intelek kanak-kanak, aspek aspek tersebut tidak boleh diketepikan dan perkembangan dalam satu bidang akan mempengaruhi perkembangan bidang yang lain.

Beliau menambah, “ perkembangan aspek komunikasi yang optimum akan mempertingkatkan kemahiran sosial anak dan kemudian akan mempengaruhi kemahiran inteleknya, meningkatkan daya kreatif dan menonjolkan bakat semulajadi yang diwarisi dari ibu bapa atau nenek motangnya.”

Menurutnya, ibu bapa boleh mempertingkatkan potensi anak mereka melalui konsep keibu-bapaan berkesan atau ‘effective parenting”.

“Konsep ini bertujuan untuk mencorakkan perwatakan anak supaya ciri-ciri tingkah laku yang ditunjukkannya ialah baik atau sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Ibu bapa ialah sebaik-baik contoh kepada anak-anak”, katanya.

Hamidah turut menyambut baik cadangan kerajaan untuk membina bangunan Tabika Kemas diatas tanah sendiri pada masa akan datang. Pada ketika ini hampir separuh daripada 8000 tabika kemas diseluruh negara masih lagi menumpang bangunan milik pihak lain.

“Kita mengalu alukan usaha kerajaan untuk mengwujudkan lebih banyak Tabika Kemas setiap tahun termasuk di kawasan Parlimen Putatan,” katanya.



SIJIL…. Hamidah (dua dari kanan) menyampaikan sijil kepada kanak-kanak pra-sekolah di majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
3 November 2006

PAPAR: Sabah memerlukan tenaga muda dan professional dalam mentranfomasi amalan teknologi moden untuk membangun dan memajukan sektor pertanian.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, ini adalah kerana negeri Sabah masih mempunyai tanah terbiar yang perlu diusahakan dan dimajukan dengan pelbagai tanaman untuk tujuan komersial.

Pendekatan ini katanya perlu memandangkan negeri Sabah masih mengimport sebahagian besar bahan-bahan makanan dari luar negara.

“Dengan mengusahakan sepenuhnya tanah-tanah pertanian yang ada dengan tanaman-tanaman yang relevan, maka kita berkemungkinan akan mencapai tahap berdikari bagi produk-produk tertentu di masa akan datang.

“Dalam merealisasikan halatuju dan dasar pembangunan negeri Sabah, sektor pertanian memerlukan golongan muda dan professional dalam meningkatkan hasil pengeluaran makanan di negeri ini” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Peringkat Sekolah dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sempena sambutan Hari Raya Sekolah Kebangsaan (SK) Kelatuan di sini.

Di samping itu Abdul Rahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Manis menegur sikap masyarakat hari ini khususnya golongan remaja yang terlalu memilih pekerjaaan.

Beliau berkata, peluang pekerjaan sebenarnya di negeri ini masih lagi terbuka luas dan ia adalah bergantung kepada diri sendiri untuk mengusahakannya dan berdikari.

Dalam majlis itu juga Abdul Rahim turut merasmikan surau SK Kelatuan yang dibina hasil sumbangan para dermawan, ahli pernigaan, orang kampung dan penduduk setempat.



KEMUDAHAN… Abdul Rahim merasmikan surau SK Kelatuan hasil sumbangan pelbagai pihak.

Category: General
Posted by: keruak
3 November 2006.



MESRA….Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin menghadiri Majlis Jalinan Mesra sempena Hari Raya Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah di pejabat jabatan itu di Wisma MUIS, Kota Kinabalu, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna disambut oleh pengarah jabatan itu, Siti Sapoo Ahok, Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah, Datin Asnimar Haji Sukardi.

Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Michael Emban; Timbalan Setiausaha Tetap, Janet Chee; dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Amri Suratman.

Category: General
Posted by: keruak
3 November 2006

PAPAR: Kira 50 kanak-kanak dan ibu bapa menyertai Sukaneka Tadika Kemas Kampung Seberang Benoni dengan penuh meriah, di Padang Tadika Kg. Seberang Benoni, di sini.

Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, dalam ucapannya menyeru ibu bapa supaya membabitkan diri secara aktif dalam aktiviti sedemikian kerana ia sekali gus menerapkan sikap positif kepada anak-anak.

Katanya penganjuran aktiviti sukan di peringkat prasekolah amat digalakkan dan memberi pendedahan kepada kanak-kanak itu tentang budaya hidup sihat.

“Ibu bapa hendaklah menggalak kanak-kanak tersebut dengan bersukan selain memberikan keutamaan dalam bidang pendidikan,” katanya, sambil menyatakan bahawa pembabitan masyarakat sangat penting.

Selain itu, katanya, ibu bapa juga perlu menseimbangkan pendidikan anak-anak dengan kokurikulum sekolah kerana ia juga sama penting.

Rosnah yang juga Naib Ketua Puteri UMNO berkata amat penting bagi ibu bapa memastikan kanak-kanak kecil diajar dan dididik suasana yang positif untuk mengamalkan cara hidup sihat.

“Hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti untuk mewarisi negara akan tercapai. Adalah penting sikap-sikap positif ini ditanam dari awal lagi,” jelasnya.

Hadir sama Penyelia Prasekolah daerah Papar, Junainah Junaidi, Penyelia cawangan Pendidikan Masyarakat, Suyarineh Sailan, Ketua Daerah, Hj. Ag Taib Aliumar, Ketua Kampung Seberang Benoni, Haji Kassin Wali, Wakil Ketua Anak Negeri, Hj Pg Jali Pg Ludin, guru-guru dan kanak-kanak tabika kemas.



BERAMAH MESRA....Rosnah beramah mesra dengan kanak-kanak tadika kemas

Category: General
Posted by: keruak
3 November 2006

LABUAN: Seramai 20 pensyarah Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL) telah menghadiri Bengkel Penerbitan dan Penghasilan Video dan Pendidikan di Bilik Mesyuarat SSIL, Tingkat 5, Bangunan Menara, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL), di sini.

Turut hadir Dekan SSIL, Dr Rozaini Roslan dan Timbalan Dekan (Akademik dan HEP), Muzaffar Hamzah.

Bengkel sehari itu dikendalikan Mohd Rozy Mohd Ros, penyunting dan penerbit bebas dari PPFM.

Sementara itu, SSIL turut mengadakan bengkel itu untuk 150 orang pelajar Tahun Satu dan Dua, Teknologi Multimedia di DKA4.

Dr Rozaini berharap pensyarah dan pelajar yang menyertai bengkel itu akan memanfaatkan ilmu yang diperolehi untuk kepentingan diri dan SSIL pada masa depan.



MENIMBA ILMU…Dekan SSIL, Dr Rozaini Roslan (duduk dua dari kiri) dan Muzaffar Hamzah (duduk kanan sekali) bersama pensyarah yang menghadiri Bengkel Penerbitan dan Penghasilan Video dan Pendidikan di Bilik Mesyuarat SSIL.

Category: General
Posted by: keruak
3 November 2006

KOTA KINABALU: Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya (KPOKU) Papar, Datin Stella Yong dan jawatankuasanya mengadakan lawatan amal ke komples itu di Kimanis sempena sambutan Aidilfitri

Lawatan amal itu bertujuan merayakan sambutan Hari Raya dan juga perpisahan kepada pelatih terutamanya yang telah menamatkan latihan.

Stella yang juga isteri kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee turut menyampaikan hamper kepada beberapa orang golongan kurang upaya di majlis itu.

Dalam ucapannya, beliau berkata dalam kegembiraan menyambut Aidlifitri, nasib golongan yang kurang upaya tidak pernah dilupakan.

Stella Yong dan jawatankuasanya sambutan Aidilfitri bersama-sama golongan kurang upaya dan bersama pelatih menikmati jamuan makan tengah hari yang disediakan sambil dihiburkan persembahan nyanyian oleh pelatih pusat tersebut.

Kompleks pemulihan itu mempunyai 33 pelatih berumur 7 tahun hingga 35 tahun.

Sementara itu, Penguasa KPOKU Papar, Sitiameh dalam ucapannya merakamkan terima kasih kepada Stella kerana sudi melawat dan merayakan Aidilfitri bersama-sama pelatih di pusat ini.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Etong Terang; Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat KPOKU Papar, Hsieh Vang Vui dan Ahli-Ahli Lembaga Pelawat, Kakitangan, Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Ketua-Ketua Institusi dan kakitangan JPKA.



SUMBANGAN.,,Stella menyampaikan hamper kepada seorang golongan kurang upaya.

Category: General
Posted by: keruak
2 November 2006

KOTA BELUD: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak mengalu-alukan langkah kerajaan melaksanakan projek pembangunan minda kanak-kanak berusia kurang enam tahun yang akan dilaksanakan tahun depan dengan peruntukan RM20 juta.

Beliau berkata projek berkenaan yang dikenali sebagai Projek Jagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (Permata) atau Early Childhood Education and Care (ECEC) itu diyakini mampu melahirkan modal insan berkualiti dalam jangka masa panjang.

“Pelaksanaan projek ini adalah usaha proaktif yang mampu melahirkan generasi pelapis yang berwibawa dan mampu memberi sumbangan kepada negara pada masa depan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) St Edmund di sini hari ini.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata konsep pendidikan sedemikian sememangnya sudah lama dilaksanakan di beberapa negara dan berdasarkan maklum balas, ia terbukti membawa kesan positif.

Menurutnya, kanak-kanak yang melalui proses pendidikan sedemikian mempunyai minda lebih tajam dan berkembang lebih pantas serta mencatatkan pencapaian akademik lebih baik, berbanding mereka yang tidak mengikutinya.

Pelaksanaan Permata atau ECEC itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Kuala Lumpur semalam, sambil menyatakan bahawa Kabinet sudah meluluskan peruntukan bagi melancarkan program berkenaan di setiap negeri.

Najib berkata projek perintis itu menawarkan peluang pendidikan bukan formal kepada kanak-kanak berusia kurang enam tahun bagi meningkatkan daya kreativiti, imaginasi dan minat mereka.

Projek perintis akan dimulakan di kawasan terpilih yang mempunyai persekitaran hidup berbeza-beza seperti kawasan luar bandar, pinggir bandar, estet atau bandar.

Dalam pada itu, Salleh meminta ibu bapa supaya bersedia untuk `melabur’ dalam bidang pendidikan anak-anak mereka (invest for education) kerana ia prasyarat untuk mencapai kemajuan dalam apa jua bidang.

“Pendidikan merupakan benih yang perlu dibaja untuk disuburkan supaya membawa hasil di masa depan. Benih yang baik sekalipun jika tidak disiram baja, akhirnya akan terbantut pertumbuhannya,” katanya.

Sambil menyatakan bahawa bidang pendidikan sentiasa dekat di hatinya dan menjadi agenda keutamaan di kawasan Parlimen Kota Belud, beliau berkata usaha memajukan pendidikan anak-anak harus bermula sejak peringkat kecil lagi.

“Sebaiknya proses pembelajaran ini dimulakan seawal peringkat pra-sekolah dan pelaksanaan projek Permata ini adalah satu usaha yang begitu murni,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu PIBG mengambil peranan aktif dalam menyatukan dan mengembleng tenaga ibu bapa serta guru-guru demi memajukan pendidikan anak-anak, terutama di kawasan luar bandar.

Menurutnya, selagi anak-anak tidak dibekalkan dengan ilmu pendidikan secukupnya, maka selagi itulah sesebuah keluarga sukar untuk membebaskan diri daripada kepompong kemiskinan.



Category: General
Posted by: keruak
2 November 2006



SELAMAT HARI RAYA…..Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin (empat dari kanan) bersalam dengan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Karim Bujang, yang mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri di Kampung Sipanggil, Putatan, tengah hari ini.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas disertai Setiausaha Politik beliau, Abd.Kahar Mohd.Zain, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Petagas, Datuk Mohd.Din Sulai, Setiausaha UMNO Bahagian Putatan, Ishar Ramli dan beberapa orang ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Putatan.

Antara kenamaan yang turut menghadiri rumah terbuka itu ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan dan pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS), Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Melanie Chia, ADUN Kawang, Datuk Ghulamhaidar Khanbahadar, dan Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abd.Rashid Shirlin.

Category: General
Posted by: keruak
2 November 2006

LABUAN: Kerajaan akan membangunkan semula Hotel Labuan, satu-satunya hotel bertaraf lima bintang yang dimiliki Bumiputera bagi menjana ekonomi dan industri pelancongan tempatan pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, berkata kerajaan akan membeli hotel yang pernah menjadi mercu tanda sekitar 1980-an itu dengan nilai kira-kira RM38 juta untuk dibangunkan semula samada sebagai hotel atau Rumah Persekutuan.

Katanya, disebabkan jumlah pelancong tempatan dan antarabangsa ke pulau ini semakin bertambah, Labuan memerlukan jumlah bilik hotel yang mencukupi untuk menampung kehadiran pengunjung yang ramai terutamanya pada musim perayaan atau cuti persekolahan.

Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan berkata hotel berkenaan yang dimiliki bekas Ketua Menteri Sabah melalui syarikat keluarganya Hotel Labuan Sdn Bhd, Datuk Harris Salleh akan dibaikpulih dan dibangunkan semula oleh syarikat swasta dalam tempoh setahun akan datang.

“Hotel Labuan akan dibangunkan semula samada sebagai sebuah hotel bagi menampung kehadiran ramai pengunjung atau Rumah Persekutuan bagi menempatkan jabatan dan agensi kerajaan di pulau ini,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan .

Hotel Labuan yang mempunyai 150 bilik dan dibina pada 1979 setinggi 10 tingkat itu diarahkan Lembaga Pembangunan Labuan (LDA) untuk ditutup kerana masalah teknikal pada 1997.

Hotel tersebut yang menjadi kebanggaan kepada penduduk Labuan dan Sabah amnya pernah menjadi lokasi kepada beberapa acara penting kerajaan termasuk mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Suhaili berkata kerajaan tidak mahu bangunan bersejarah yang terletak berhampiran Dataran Labuan dan Wisma Perbadanan Labuan itu menjadi isu sehingga menjejaskan sumber kewangan kerajaan sekaligus mahu menyelamatkan wang kerajaan.

Sehubungan itu, katanya, rundingan dengan pemilik hotel itu pada dasarnya bersetuju untuk urusan jual beli untuk dipajakkan kepada individu atau pengendali hotel bertaraf antarabangsa seperti JW Marriot atau Hotel Hyatt yang berminat untuk dalam perniagaan perhotelan.

Beliau berkata terdapat 70 jabatan dan agensi kerajaan yang kini ditempatkan di bangunan Kompleks Ujana Kewangan mampu mengisi kekosongan di hotel berkenaan sekiranya dijadikan Rumah Persekutuan.

Selain itu, Suhaili berkata Perbadanan Labuan dan Majlis Tindakan Pelancoangan Labuan (MTPL) memerlukan penginapan baru bertaraf lima bintang bagi menampung jumlah pelancong yang semakin bertambah sekaligus menjana industri pelancongan pada masa depan.

Beliau berkata penaiktarafan Lapangan Terbang Labuan dan dasar langit terbuka yang diamalkan kerajaan kepada Labuan memerlukan pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan jumlah bilik hotel yang lebih banyak atau tempat yang mampu menampung penganjuran sesuatu acara bertaraf antarabangsa dan nasional.

“ Kita mengalu-alukan pengusaha hotel untuk datang ke Labuan sekaligus membantu menjana ekonomi dan industri pelancongan tempatan yang terus menunjukkan peningkatan setiap tahun, “ katanya.



KEMEGAHAN...Hotel Labuan di Jalan Dataran Labuan akan dibangunkan semula

Category: General
Posted by: keruak
2 November 2006

NABAWAN: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Bobbey Suan mengajak rakyat di negeri ini agar sentiasa mementingkan kesihatan agar dapat menjana produktiviti negara.

Beliau menjelaskan, kesihatan dari segi fizikal dan mental pada setiap individu itu amat penting bagi membangunkan negara seterusnya membentuk generasi yang cemerlang.

Katanya, kesihatan yang baik juga akan dapat melahirkan corak pemikiran yang lebih terbuka, berpandangan jauh, positif dan berdaya maju.

“Mereka khususnya generasi muda yang tidak mengamalkan kesihatan secara sihat akan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak sihat seperti terlibat dalam penyalahgunaan najis dadah, judi, melepak, dan pelbagai lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Gaya Hidup Sihat Belia Peringkat Daerah di Pentas Terbuka, Pekan Nabawan di sini.

Program gaya hidup sihat belia tanpa dadah, judi, arak, dan aids itu adalah anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Pejabat Daerah dan Klinik Kesihatan Nabawan.

Hadir sama Penolong-penolong Pegawai Daerah, Bubudan Majalu, Aloysius Anthony, Penolong Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan, Neldin Gimbang, Pemimpin Kemajuan Rakyat, Awong Lukap dan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta pemimpin masyarakat tempatan.

Selain daripada ceramah tentang kesedaran kesihatan, pelbagai aktiviti turut dirancang antaranya, pertandingan kuiz dan program menderma darah.

Bobbey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Nabawan menekankan mutu kerja yang baik juga mempunyai hubung kait dengan kesihatan.

Ini kerana katanya, mereka yang mempunyai gaya hidup yang sihat akan mudah melaksanakan sebarang pekerjaan kerana dapat berfikir secara kreatif dan bijak dalam mengaturcara sebarang arahan yang diberikan.

“Sebaliknya mutu kerja akan menjadi lebih baik apabila kita memiliki tubuh badan dan fikiran yang sihat.

“Pemakanan yang tidak seimbang juga sedikit sebanyak akan menjejaskan kesihatan kita disamping mudah diserang penyakit yang kronik seperti serangan sakit jantung,” jelasnya.

Beliau seterusnya mengajak orang ramai agar sentiasa bersenam kerana ia adalah kunci dalam mengekalkan tabiat hidup yang sihat.

Dalam zaman moden ini katanya, aktiviti harian kurang melibatkan pergerakan fizikal dan tidak menggunakan tenaga yang banyak, maka itu dengan cara bersenam kita dapat mengimbangkan cara hidup kita.

“Sebagai negara yang sedang pesat membangun sudah tentu negara memerlukan tenaga kerja yang sihat dan produktif.

“Tidak mungkin negara boleh bersaing dalam era globalisasi dan mencapai wawasan 2020 jika rakyatnya tidak sihat,” jelasnya.



PRIHATIN… Bobbey (tiga dari kanan) pada Program Gaya Hidup Sihat di Nabawan.

Category: General
Posted by: keruak
2 November 2006

TENOM: Sebanyak 10 rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) akan disiapkan di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap pada tahun 2006.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Radin Malleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap berkata sertiap rumah berkenaan membabitkan kos RM18,000.

Katanya, ia akan dibina untuk penerima yang dikenal pasti di beberapa kampung seperti di Kg Ponontomon, Batu-Batu, Mandalom Baru, Makakagas, Tuan, Kasiai dan Luang Pulong.



PERUMAHAN… Radin (kiri) diiringi Pegawai Daerah Tenom, Faimin Kamin (dua dari kanan) dan PKR Melalap Balasius Masuning meninjau satu tapak pembinaan rumah PPRT itu

Category: General
Posted by: keruak
2 November 2006

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin meninjau masalah perparitan di Jalan Indah, Kampung Ketiau, Putatan, pagi tadi.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas diiringi oleh Setiausaha Politik beliau, Abd.Kahar Mohd.Zain, Penolong Pegawai Daerah Kecil Putatan, Ag,Abd.Ghani Pg.Yusof, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Petagas, Datuk Haji Mohd.Din Sulai dan pegawai dari Jabatan Parit dan Saliran.

Beliau melawat dan meninjau masalah itu setelah menerima surat aduan daripada penduduk kampung mengenai masalah perparitan di kampung itu.

Sehubungan itu, Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna meminta Pejabat Daerah Kecil, Jabatan Perparitan dan Jabatan Kerja Raya mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan masalah itu.



TINJAU… Yahya (bertali leher) meninjau masalah perparitan di Kampung Ketiau.

Category: General
Posted by: keruak
1 November 2006

KOTA KINABALU: Sebuah akhbar berbahasa Inggeris arus perdana, The New Straits Times (NST) menyiarkan laporan mengenai perjuangan USBO yang dipimpin oleh bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak.

Dengan laporan bertajuk “Bajau big guns team up to help community”, akhbar itu mengupas mengenai penyertaan beberapa pemimpin kanan daripada masyarakat rumpun Bajau untuk menggerakkan USBO.

Laporan itu dibuat berdasarkan analisis wartawannya dan juga temuramah dengan Salleh.



INFORMASI…Keratan akhbar NST bertarikh 26 Oktober 2006.

Category: General
Posted by: keruak
1 November 2006

PITAS: Program Perubatan Percuma yang dianjurkan Persatuan Bangsa Tombonuo Pitas Sabah (PBTPS) di Tamu Daerah Pitas baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk daerah itu.

Program yang julung kali diadakan itu antara lainnya bertujuan memberi peluang kepada penduduk luar bandar yang kurang berkemampuan mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan secara percuma.

Walaupun program dianjurkan PBTPS, namun pemeriksaan dan rawatan yang diberikan bukan tertumpu kepada suku Tombonuo semata-mata, sebaliknya terbuka kepada seluruh masyarakat yang berkunjung ke tamu mingguan berkenaan.

Presiden PBTPS, Dr. Ahkin Ayu, berkata program perubatan percuma itu antara lain bertujuan mendekati masyarakat serta membantu mereka dari luar bandar mendapatkan pemeriksaan dan rawatan percuma.

Menerusi program itu juga pengunjung diberi kesedaran mengenai pentingnya penjagaan kesihatan diberi keutamaan.

“Program ini adalah wadah PBTPS mendekati masyarakat luar bandar dan kami berharap pemeriksaan awal yang dijalankan dapat mengenal pasti penyakit yang dihadapi seseorang untuk dirujuk kepada pihak berkenaan.” katanya.

Dr. Ahkin yang juga ahli Umno di Cawangan Rosob Tongkowit, Pitas berharap lebih banyak lagi persatuan lain menganjurkan program seumpamanya di masa hadapan.



UNTUK KESIHATAN…Dr.Ahkin (berdiri, kiri) dan Dr. Syed Mohamad (duduk kiri) melayan masyarakat luar bandar yang ingin pemeriksaan kesihatan pada majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
1 November 2006

BEAUFORT: Bagi kanak-kanak istimewa, Mohd.Khairul Azwan Taripin, 11, sambutan Aidilfitri tahun ini begitu istimewa dalam kehidupannya.

Selain dapat berkongsi kemeriahan Hari Raya dan,menerima duit raya di majlis rumah terbuka Wakil Rakyat Kawasan Klias, Datuk Lajim Ukin di Kampung Kebatu, dia juga mendapat perhatian secara peribadi daripada Lajim.

Lajim yang dikenali rakyat di kawasannya sebagai pemimpin prihatin memberikan ruang kepada kanak-kanak berkenaan bermesra dengan beliau seperti kanak-kanak lain yang sempurna fizikalnya.

Mohd.Kharul Azwan yang kini menunutut di sekolah pendidikan khas di daerah Beaufort menggunakan peluang itu untuk bermanja dan bermesra dengan Lajim.

Rumah terbuka Lajim itu turut dihadiri pemimpin negeri selain rakyat dari sekitar Beaufort. Antara pemimpin yang hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan dan ADUN Kuala Penyu, Datuk John Ghani.

Dalam pada itu, Lajim yang juga Ketua Umno Bahagian Beaufort akan menjadi tetamu kehormat dua acara berasingan sambutan Aidilfitri di Kuala Penyu pada 5 November ini.

Acara pertama yang akan dihadiri Lajim bersama kepimpinan Umno Bahagian Beaufort ialah rumah terbuka Umno Bahagian Beaufort yang akan diadakan di Dewan Dato Shah Bandar Makang bermula jam 9 pagi hingga 1 petang.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur majlis ini yang juga Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Beaufort, Mohd.Fazlee Abdullah berkata majlis rumah terbuka Aidilfitri itu bertujuan memberi peluang kepada ahli Umno dan rakyat khususnya di Kuala Penyu bertemu dengan kepimpinan Umno bahagian.

Fazlee yang juga Pegawai Kerja Majlis Daerah Kuala Penyu berkata, pelbagai acara disediakan sepanjang majlis itu, antaranya persembahan kebudayaan dan cabutan tiket bertuah.

Sementara pada sebelah malamnya, Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Klias akan bersama ahli Umno cawangan Kampung Jangkit dan seterusnya merasmikan Malam Ria Aidilfitri anjuran Umno cawangan kampung berkenaan

Jurucakap penganjur, Awang Ramlee Gati, berkata Malam Ria Aidilfitri diserikan pelbagai acara menarik, antaranya pertandingan karaoke solo dan padu suara yang bertemakan suasana Aidilfitri, pertandingan fesyen kanak-kanak cabutan tiket bertuah serta acara acara sampingan yang lain.



PRIHATIN... Lajim bermesra dengan Mohd.Khairul Azwan sambil disakikan Wakil Rakyat Kuala Penyu, Datuk John Ghani.



IRING…Lajim mengiringi Pairin yang menghadiri rumah terbukanya di Beaufort.

Category: General
Posted by: keruak
1 November 2006

LABUAN: Mahasiswa yang dipilih sebagai pemimpin sesebuah organisasi perlu memiliki jati diri, berdisiplin dan berwibawa supaya organisasi yang dipimpinnya mencapai kejayaan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Amran Ahmed berkata apabila dipilih untuk menerajui organisasi pelajar, mereka wajar menunjukkan contoh terbaik termasuk mematuhi peraturan yang ditetapkan universiti.

Beliau berkata mahasiswa yang dipilih sebagai ahli jawatankuasa (AJK) sebuah organisasi perlu membuang sikap sambil lewa atau hanya mahukan jawatan tersebut.

“Kita tidak mahu pelajar yang dipilih sebagai AJK atau pemimpin sesebuah organisasi hanya sebagai penumpang sehingga menjejaskan operasi perjalanan organisasi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi ramah mesra dengan AJK Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Beta dan Alpha, UMS Kampus Antarabangsa Labuan di Bilik Seminar universiti itu, di sini.

Pada majlis itu, 18 AJK Jakmas Beta dan Alpha menerima surat perlantikan daripada Dr Amran.

Turut hadir Penolong Pengurus Asrama Kolej Kediaman Alpha dan Beta, Saradli Arsat dan Roslinawaty Abd Rajak serta pegawai HEP UMS-KAL, Suffian Osman.

Beliau menasihatkan pemimpin dan AJK yang dipilih supaya menjalinkan kerjasama erat antara satu dengan yang lain bagi memastikan aktiviti yang dirancang berjalan lancar.

Dr Amran berkata sebagai seorang pemimpin, mereka harus menggunakan peluang dan ruang yang disediakan itu untuk mempelajari sesuatu ilmu yang baru dan mencari pengalaman ketika masih berada di universiti.



KENANGAN…Dr Amran Ahmed (tiga dari kanan) bergambar dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kebajikan Mahasiswa (Jakmas), Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
Category: General
Posted by: keruak
1 November 2006

KOTA KINABALU: Persatuan atau pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) tidak harus dijadikan platform bagi kepentingan peribadi, kata Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Sapawi Ahmad.

Sebaliknya kata beliau, sesbuah NGO wajar dilaksana sesuai dengan matlamat penubuhannya.

“Penubuhan sesebuah NGO sudah tentu bukan bermatlamat memecahbelahkan masyarakat atau menggugat perpaduan serta persefahaman kaum atau bersifat kepentingan pihak tertentu,” katanya pada majlis makan malam Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PBPPPM) Sabah di sini.

Majlis sempena sambutan Aidilfitri itu turut dihadiri Pengarah Pendidikan Sabah Normah Gagoh, Yang Dipertua PBPPPM Datuk Khamis Noyo dan Pegawai Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam Persekutuan Mohd Hekam Terimoh.

Sapawi berkata sesebuah NGO harus berperanan bagi membantu memperkukuhkan persefahaman dan perpaduan kaum di negara ini.

“Kita berharap NGO yang ditubuhkan tidak dijadikan kuda tunggang pihak tertentu untuk mencapai kepentingan peribadi…jika ini berlaku sudah tentu matlamat asal penubuhan NGO itu terpinggir dan akhirnya tidak dipergunakan,” katanya.

Beliau memberitahu selain membantu memperkukuhkan persefahaman dan perpaduan kaum, NGO juga berperanan membantu kerajaan bagi memastikan segala perancangan pembangunan hala tuju negeri dilaksanakan dengan berkesan.

Menurutnya setiap pemimpin NGO harus mengetepikan soal peribadi sebaliknya berusaha membawa NGO itu melaksanakan matlamatnya yang sebenar terutamanya menjaga kebajikkan ahlinya..

“Kita perlu sedar bahawa keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati ketika ini kerana kita mengutamakan persefahaman dan perpaduan…tanggungjawab mengekal dan memperkukuhkan persefahaman dan perpaduan kaum itu wajar diutamakan oleh NGO.

“Jangan jadikan NGO untuk memecahbelahkan dan mengelirukan rakyat sehingga persefahaman dan perpaduan itu tergugat,” katanya lagi.

Dalam pada itu Sapawi juga Timbalan Exco Pendidikan Negeri melahirkan harapan agar PBPPPM cawangan Sabah akan terus memainkan peranan bagi membantu mempertingkatkan pencapaian pendidikan di negeri ini.

Katanya pengalaman serta pengetahuan yang dimiliki oleh anggota PBPPPM sememangnya dihargai “dan ianya wajar terus disumbangkan khususnya untuk membantu melahirkan modal insan berkualiti tinggi dan berilmu pengetahuan.”



DIHARGAI…Sapawi menerima cendera kenangan daripada Datuk Khamis Noyo di majlis tersebut.
Category: General
Posted by: keruak
31 Oktober 2006

PAPAR: Kemeriahan Aidilfitri terus dirasakan di sini apabila Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Abdul Rahim Ismail mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Kampung Sungai Padang , di sini.

Seawal 9.30 pagi rumahnya di Pondok Sri Rimbawan sudah mula diserbu orang ramai. Rahim yang juga ADUN Pantai Manis, yang kelihatan segak dengan pakaian Melayu, sudah tercegat di depan rumah menyambut ketibaan para tetamu.

Turut mengunjungi rumah terbuka itu ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta pemimpin parti komponen BN. Juga hadir Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan ADUN Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan.

"Saya sangat terharu dan bersyukur kerana tidak menyangka begitu ramai orang datang," kata Abdul Rahim ketika ditanya sambutan masyarakat terhadap rumah terbukanya.

Abdul Rahim berkata kehadiran kira-kira 5,000 orang ke rumah terbuka itu menunjukkan 'keselesaan' masyarakat tempatan terhadap pemimpin BN, khususnya UMNO.

"Saya gembira apabila melihat yang hadir bukan sahaja pemimpin-pemimpin dari parti-parti kemponen BN tetapi rakyat dari pelbagai kaum dan agama.

"Inilah semangat perpaduan yang perlu dipupuk bukan sahaja melalui acara-acara politik tetapi melalui sambutan keagamaan seperti Hari Raya, Krismas, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Pesta Kaamatan" kata Abdul Rahim.

Di SANDAKAN, rumah terbuka Aidilfitri Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Aklee Abbas dan isteri, Datin Halizah Nasip di kediaman mereka di Taman Shun Ngen dekat sini, dikunjungi oleh masyarakat pelbagai kaum.

Aklee yang juga ADUN Sukau dalam ucapannya berkata umat Islam di negara ini seharusnya merasa bersyukur kerana masih lagi dapat berpuasa dengan sempurna serta menyambut Aidilfitri dalam suasana aman dan harmoni tanpa rasa takut.

Katanya, rakyat Malaysia amat bertuah kerana dapat meraikan apa juga perayaan dalam suasana aman dan harmoni tanpa perasaan takut.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Raymond Tan; Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah yang juga ADUN Gum-Gum, Datuk Zakaria Edris; ADUN Karamunting, Datuk Wong Lien Tat; Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Raden; Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong; Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura, Au Kam Wah; Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Sukau, Abdul Agas; Pegawai Kemajuan Rakyat, (CDO) Sukau, Ariffin Masdan; Naib Ketua Umno Kinabatangan, Saddi Abdul Rahman, Ketua Pemuda Umno Kinabatangan, Azman Mastar; dan Ketua Wanita Umno Kinabatangan, Aminah Johan.



MESRA…Abdul Rahim bersama sebahagian tetamu yang hadir di Papar.



KENANGAN…wakil media turut merakamkan gambar kenangan bersama Abdul Rahim



MERIAH…Aklee dan Halizah bergambar dengan sebahagian tetamu yang hadir di rumah terbukanya.

Category: General
Posted by: keruak
31 Oktober 2006

BEAUFORT: Sejumlah RM50 juta diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) bagi mempertingkatkan kemudahan prasarana di kawasan ini khususnya Dewan Undangan Negeri Klias.

Wakil Rakyatnya Datuk Lajim Ukin, berkata dari jumlah peruntukan tersebut di atas ia digunakan untuk mempertingkatkan kemudahan bekalan air, api, jalan raya dan pembinaan dua sekolah baru iaitu Sekolah Menengah Ugama Islam dan sebuah sekolah rendah yang akan dilaksanakan pada awal RMK9 ini.

“Dari jumlah peruntukan itu, sebahagian besarnya digunakan untuk mempertingkatkan kemudahan bekalan air, termasuk membina loji baru bagi mengganti loji yang ada sekarang yang tidak mampu menampung keperluan bekalan bagi penduduk bukan sahaja di daerah ini termasuklah di Kuala Penyu dan daerah kecil Menumbok” katanya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Kampung Kebatu, dekat sini.

Hadir sama di majlis tersebut Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan dan kemajuan Luar Bandar Datuk Jospeh Pairin Kitingan dan Datin Ganevieve Kitingan; Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd. Dun,,Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Edward Yong Oui Fah, Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk John Ghani.

Majlis rumah terbuka itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Naib Juara AF4 Lotter yang turut menghiburkan dengan beberapa lagu kepada pengunjung.



CERIA…Kanak-kanak yang hadir ke majlis itu turut menerima duit raya dari Lajim dan isteri, Datin Normila Siong.
Category: General
Posted by: keruak
31 Oktober 2006

MENUMBOK : Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lajim Ukin meminta rakyat khususnya ahli Umno agar tidak mudah terpengaruh dengan tohmahan serta isu semasa, sebaliknya perlu memahami keadaan sebenarnya sebelum membuat sebarang spekulasi.

Sehubungan itu, katanya langkah parti mengadakan sesi penerangan mengenai isu semasa khususnya mengenai dakwaan Tun Dr.Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kepimpinannya memang wajar diadakan di semua peringkat agar ahli akar umbi mendapat gambaran serta penjelasan sebenarnya.

“Sesi penerangan seumpana ini perlu bagi menangkis apa juga dakwaan tidak berasas agar rakyat memahami keadaan sebenarnya dan tidak mudah mempercayai dakwaan yang dibuat satu pihak saja,” katanya selepas merasmikan Malam Ria Aaidilfitri di Perkampungan Masyarakat Setempat (PPMS) di Kampung Sarap, Menumbok, di sini.

Menurut Lajim yang juga Ketua Umno Bahagian Beaufort penerangan ini juga penting agar tidak ada pihak lain terutama pembangkang “menanguk di air keruh” ekoran dari kemelut tersebut.

Sambil mengulangi pendirian Umno Bahagian Beaufort menyokong penuh kepimpinan Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, Lajim yang juga Pengerusi Barisan Nasional Perlimen Beaufort mahukan rakyat khususnya ahli-ahli Umno terus bersatu padu.



TAHNIAH….Lajim menyampaikan hadiah kepada seorang pemenang dalam salah satu acara yang diadakan sempena majlis itu.
Category: General
Posted by: keruak
31 Oktober 2006

PAPAR: Pergerakan Puteri UMNO akan meneruskan pelaksanaan program bersesuaian dengan minat golongan wanita muda, untuk menggalakkan mereka menyertai pergerakan tersebut,

Naib Ketua Puteri UMNO, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata penambahan keahlian yang diadakan seluruh negara berjaya menyumbang peningkatan 27 peratus keahlian baru sebulan dalam Puteri UMNO di semua peringkat.

Pada masa ini, jumlah keahlian Puteri UMNO meningkat 269,284 ahli yang mewakili golongan muda berusia antara 18 hingga 35 tahun perlu mengikuti perkembangan semasa agar kekal dinamik dan diminati.

Katanya, pergerakan itu juga akan meningkatkan usaha mendaftar ahli berusia 21 tahun ke atas sebagai daftar pemilih.

Menurut Rosnah yang juga Pengerusi Biro Keahlian Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Puteri UMNO sedang dalam usaha untuk menambah keahlian melalui program-program yang dianjurkan untuk menarik minat wanita muda.

Bagaimanapun, Rosnah berkata setiap program yang dianjurkan perlu menepati segala peraturan yang ditetapkan parti, selain mampu memberi kesedaran kepada ahli untuk kekal setia terhadap perjuangan parti.

Menurut beliau, antara program yang dilihat mampu menarik minat golongan muda ialah aktiviti sukan, kebajikan dan kesihatan yang diselit dengan persembahan hiburan.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Malam Aidilfitri 2006 di Dewan Serbaguna Kawang. Majlis perasmian disempurnakan Adun Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar. Lebih 1,000 anggota masyarakat Kampung Kawang menghadiri majlis tersebut.

Terdahulu Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar dalam majlis berasingan beliau telah merasmikan Malam Aidilfitri Kampung Sri Tanjung, Papar.

Dalam majlis itu Rosnah menyeru pemimpin masyarakat dan anggota masyarakat supaya mengamalkan budaya permuafakatan dan saling bantu membantu.

Beliau juga turut menyeru generasi muda juga perlu membuka minda dalam usaha, melalui memperkasakan diri dengan segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan aspek rohani untuk menjadi insan yang lebih matang tanpa terlalu mengharapkan bantuan daripada pihak lain

“Melalui pendekatan ini generasi di daerah ini mampu melahirkan dan membina generasi belia yang berketrampilan dalam bidang kepimpinan, keusahawanan, kemahiran dan pengurusan organisasi dengan pemupukan nilai-nilai murni dan gaya hidup berkualiti bagi memperkukuhkan integrasi nasional dan identiti bangsa Malaysia selaras dengan Wawasan 2020,” kata Rosnah.



TAHNIAH.....Rosnah menyampaikan hadiah kepada pemenang sukaneka di Malam Aidilfitri Kg. Sri Tanjung seamalm



TERIMA KASIH....pemenang pertandingan karaoke terbuka menerima hadiah daripada Adun Kawang, Datuk Ghulam sambil diperhatikan Rosnah
Category: General
Posted by: keruak
31 Oktober 2006 KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee menyokong pendirian dan tindakan tegas kerajaan terhadap pencerobohan tanah Hutan Simpan kerajaan di Paitan, Sugut.

Katanya, tindakan awal Jabatan Perhutanan dapat menghalang Hutan Simpan daripada terus diceroboh dan dibuka secara haram.

“Banyak tanah simpan kerajaan telah dibuka secara haram oleh penceroboh dan ini tentulah merugikan kerajaan”, katanya sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berhubung isu pencerobohan Hutan Simpan kerajaan di Paitan.

Kelmarin, Musa memberi amaran kepada peneroka tempatan agar tidak menceroboh Hutan Simpan negeri bagi mengelakkan menghadapi tindakan tegas termasuk merobohkan struktur.

Beliau berkata, Jabatan Perhutanan Sabah tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menceroboh hutan simpan.

Musa berkata, di bawah Akta Enakmen Hutan 1968, peneroka tidak dibenarkan menceroboh atau memasuki hutan simpan, apa lagi jika terbabit dengan penebangan pokok.

Ronald Kiandee berpendapat, jika tindakan awal tidak diambil, usaha untuk menghalau mereka (penceroboh) di kemudian hari akan mengundang banyak masalah.

Beliau bersetuju bahawa banyak tanah simpan kerajaan di Paitan telah dibuka oleh orang luar daripada kawasan berkenaan. Terdapat dikalangan mereka ini juga pernah membuka tanah simpan kerajaan secara haram di kawasan hutan simpan yang lain.

Katanya, pencerobohan terbaru hutan simpan di Paitan adalah berpunca daripada kelemahan tindakan penguatkuasaan Jabatan Perhutanan di masa yang lalu.

“Kerana kelemahan inilah ramai yang bertanggapan bahawa hutan simpan boleh diceroboh secara haram dan Jabatan Perhutanan akan membiarkan mereka berbuat demikian kerana pengaruh kawan, politik dan ketidaktegasan jabatan berkenaan.

“Tanggapan salah ini harus diperbetulkan, kerana banyak kawasan di hutan simpan Paitan yang telah dan sedang diceroboh dan bukan terhad kepada lokasi yang disiarkan di akhbar baru-baru ini”, jelasnya.

Sehubungan itu, Ronald memuji Jabatan Perhutanan kerana tindakan tegas mereka itu yang akan mengajar penceroboh dan peneroka tempatan untuk mematuhi undang-undang kerajaan.

Menurutnya, tindakan tegas kerajaan itu juga adalah untuk kepentingan negeri ini dan generasi masa depan, agar hutan simpan ini dapat diwarisi secara turun temurun dan dipelihara oleh Jabatan Perhutanan.



DATUK RONALD KIANDEE
Category: General
Posted by: keruak
31 Oktober 2006 LABUAN: Rafidah Mohamad muncul juara Sayembara Menulis Cerpen anjuran Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (Perwila) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah sempena Bulan Kemerdekaan 2006.

Tempat kedua, Othman Mahali, yang menampilkan cerpen Mengukir Cabaran manakala ketiga Mazlan Mohamad dengan cerpen Tekad Baru.

Lima pemenang saguhati ialah Masmah Md Ali, Rafidah Mohamad, Mazlan Mohamad, Othman Mahali, dan Abd Laham Rudin.

Sebanyak 15 cerpen telah dinilai termasuk tiga daripadanya tidak menepati syarat iaitu panjangnya kurang daripada lapan muka surat .

Cerpen-cerpen yang menyertai sayembara ini hendaklah bertemakan kehidupan sosial masyarakat Labuan yang diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984 dan Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC) pada 1990.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Pemangku Ketua 1 Perwila, Drs Harun Pudin di Bilik Mesyuarat SMK Lajau, kelmarin.

Turut hadir Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron dan Bendahari Perwila, Othman Mahali.



ANAK SENI…Drs Harun (duduk dua dari kiri), Sahar (duduk tiga dari kiri), Othman (berdiri tiga dari kiri) bersama pemenang Sayembara Menulis Cerpen Perwila 2006.
Category: General
Posted by: keruak
31 Oktober 2006

LABUAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan (JBPL) berjaya menyelamatkan harta benda bernilai RM4.149 juta sehingga September lalu berbanding RM10.3 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Pengarahnya, Nik Zulkifli Ibrahim, berkata dalam tempoh yang sama pada tahun ini pihaknya mencatat kerugian harta benda RM433,000 berbanding RM1.129 juta pada tahun lalu.

Selain itu, katanya, terdapat 283 kes kebakaran pada tahun lalu berbanding 74 kes dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini iaitu 54 kes membabitkan kebakaran belukar dan lalang, bangunan 12 kes dan dua kes kebakaran kenderaan.

“Tindakan yang lebih proaktif dan kefahaman orang ramai dengan melaporkan kejadian kebakaran dengan segera telah membantu mengurangkan kerugian harta benda dan kehilangan nyawa di pulau ini,” katanya.

Sementara itu, Nik Zulkifli berkata bagi memastikan premis di pulau ini selamat dikunjungi dan digunakan orang ramai, pihaknya mengadakan pemeriksaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa terhadap premis berisiko tinggi termasuk pusat membeli-belah, kompleks perniagaan dan pusat hiburan.

Beliau berharap orang ramai dan pemilik premis berkenaan memahami tanggungjawab masing-masing serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan dalam usaha menangani kejadian kebakaran dan bencana lain yang kebanyakannya berpunca daripada kesilapan manusia sendiri.
Category: General
Posted by: keruak
30 Oktober 2006

KOTA KINABALU: Genap seminggu umat Islam meraikan Aidilfitri, pemimpin politik dan masyarakat terus mengadakan rumah terbuka, sekali gus menjadikannya sebagai wadah untuk mengeratkan silaturahim serta perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Pemimpin negeri termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan menteri Kabinet negeri lain meneruskan kunjungan ke rumah-rumah terbuka yang diadakan di seluruh negeri.

Kini kebanyakan rumah-rumah terbuka itu tertumpu di kawasan luar ibu kota .

Di BEAUFORT, lebih 8,000 orang membanjiri perkarangan rumah ADUN Klias, Datuk Lajim Ukin dan keluarga di Kampung Kebatu, bagi sama-sama memeriahkan sambutan majlis rumah terbuka Aidilfitri.

Kehadiran yang di luar jangkaan itu adalah manifestasi jelas perpaduan rakyat begitu kukuh, sekali gus mencerminkan sokongan padu rakyat terhadap kepimpinannya dan kerajaan keseluruhannya.

Antara tetamu hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jospeh Pairin Kitingan dan Datin Geneva Kitingan; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Edward Yong Oui Fah; Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Azizah Mohd.Dun; dan ADUN Kuala Penyu, Datuk John Ghani.

Majlis rumah terbuka Lajim turut dimeriahkan dengan kehadiran naib juara AF4, Lotter Edwin yang bukan sahaja menghiburkan pengunjung, tetapi juga bermesra dengan penyanyi kelahiran daerah Membakut itu.

Bagi Lotter sendiri, ia adalah peluang terbaik untuk menyampaikan penghargaan kepada peminat di daerah ini yang banyak menyokong kejayaan kariernya sebagai penghibur.

Di LIKAS, Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri di kediaman seorang pemimpin masyarakat, Mariah Takim dan MY Ismail sambil menikmati juadah dihidangkan.

Rosnah menyifatkan Aidilfitri kali ini sebagai cukup meriah kerana masyarakat pelbagai kaum turut sama hadir dan menjalin persefahaman.

“Sambutan perayaan ini oleh masyarakat Malaysia yang mempunyai kepercayaan lain mencerminkan perpaduan, keharmonian dan toleransi agama yang wujud dalam masyarakat Malaysia yang berbilang budaya.

“Ciri-ciri inilah yang menjadikan kebanyakan masyarakat dunia menyanjung malah merasa iri hati kepada kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dan bersyukur kepada ciri-ciri tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Penyu, Zahari Mohd.Zinin turut mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Taman Likas Jaya.

Antara kenamaan yang hadir ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Azizah Mohd.Dun; Penolong Pengarah Bahagian Risikan ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin; Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Yussuf Kasim; Timbalan Ketua Umno bahagian Kota Kinabalu, Saruji Nawawi; dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Sabah, Mohd Nazri Abdullah.

Zahari berkata amalan rumah terbuka perlu menjadi tardisi bukan sahaja memberi peluang kepada umat Islam berkunjung, tetapi juga kaum lain untuk sama-sama memeriahkan sambutan, sekali gus mengeratkan silatulrahim dan perpaduan.

Di KOTA BELUD, seramai 37 anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Darul Bakti, Kota Belud diraikan oleh Sabah Shell Petroleum Co (SSPC) di Rumah Rehat Kota Belud.

Majlis dianjurkan Sabah Shell Cawangan Kota Belud dengan kerjasama SSPC Corporate Affair dan Pengurusan KBH.

Pengarah Urusan Sabah Shell, George Ling menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan pengurusan Rumah Anak Yatim Darul Bakti. Turut hadir North Sabah OIM, Fadil Fahmi; Ketua Rumah Anak Yatim Darul Bakti, Rahmat Lokman; dan pengerusi penganjur, Basran Jamil.

Di LUMADAN, Kemeriahan Aidilfitri terus dirasai apabila wakil rakyat Lumadan, Datuk Surinam Sadikun bersama Unit Pemimpin Kemajuan Rakayat (UPKR) Lumadan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Dewan Serbaguna Lumadan.

Pada majlis itu Surinam yang juga Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Lumadan membahagi-bahagikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir, manakala hadirin dihiburkan oleh persembahan Gambus yang didatangkan khas dari Bongawan.

Hadir sama pada majlis itu termasuk Pembantu Menteri kewangan Datuk Sapawi Ahmad dan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Melanie Chia.



CERIA… Lajim (kiri) bersama Naib Juara AF4 Lotter dan Edward Yong (kanan) serta sebahagian tetamu yang mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri.



JAMU SELERA….Rosnah (kiri) menjamu selera dengan tetamu yang hadir di rumah terbuka Mariah Takin.


LAYAN,,,Zahari (kiri) bersama isteri ketika melayan sebahagian tetamu yang hadir pada rumah terbukanya itu/Gambar – Anak-anak yatim Rumah Anak Yatim Darul Bakti bergambar kenangan dengan pengurusan Sabah Shell.


IKHLAS…George (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada Rahmat sambil diperhatikan Fadil (kanan sekali) dan Basran (tengah).


KENANGAN… Surinam (tengah) merakamkan kenangan bersama Sapawi (kiri) dan Melanie serta sebahagian hadiran yang hadir.
Category: General
Posted by: keruak
29 Oktober 2006

SANDAKAN: Lebih 5,000 orang menghadiri rumah terbuka Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di Dewan Masyarakat Sandakan di sini hari ini.

Turut hadir isteri Ketua Menteri, Datin Faridah Tussin; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Juhar Mahiruddin; Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Raymond Tan; dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin.

Hadir sama pemimpin masyarakat setempat serta wakil rakyat daripada Umno dan BN selain ketua-ketua Umno bahagian di Sabah .

Dalam pada itu, Musa yang juga Pengerusi BN Sabah meneruskan kunjungannya ke rumah-rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan oleh pemimpin dari pelbagai peringkat di negeri ini.

Antara tempat dikunjunginya termasuk rumah terbuka Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail di Papar; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajiji Noor dan ADUN Membakut, Ariffin Arif di Kampung Pimping, Membakut.

Di LABUAN, majlis rumah terbuka Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan pula dihadiri kira-kira 10,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Majlis yang bermula jam 10 pagi hingga 3 petang itu turut dihadiri pemimpin masyarakat, parti komponen Barisan Nasional (BN), ahli perniagaan, kakitangan jabatan kerajaan dan swasta.

Di SIPITANG, Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Sapawi Ahmad turut mengambil kesempatan meluangkan masa mengunjungi rumah terbuka ahli politik dan penduduk setempat di sekitar daerah itu.

Kunjungan itu turut disertai Pegawai Pembangunan Masyarakat Abdul Rahman Mohd Noh, Pegawai JASA Sipitang, Buang Bulat, Setiausaha Kerja Umno Sipitang, Mat Rudi Kahan, Pengerusi Pemuda Putera Umno Sipitang Jafar Jalap dan Ahli Perniagaan, Junaidi Zainal.

Di TUARAN, Ketua Pemuda Umno Tuaran, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan, turut mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Kampung Penampang Baru, dekat sini.

Beliau mahu supaya semua pihak memupuk perpaduan serta kemakmuran yang sedia terjalin di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini demi menentukan keutuhan kerajaan yang ditunjangi oleh Umno.

Rumah terbuka itu dihadiri pemimpin parti komponen BN serta masyarakat setempat. Antaranya ADUN Sulaman, Datuk Hajiji Noor dan Timbalan Presiden PBS, Datuk Dr Yee Moh Chai.


NIKMATI JUADAH…Musa (dua dari kanan), Faridah (kanan), Juhar (tengah), Prof. Dr. Noh (kirit) dan ADUN Labuk, Datuk Michael Asang (dua dari kiri) pada rumah terbuka Musa di Sandakan.


APA KHABAR…Datuk Musa Aman bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada rumah terbuka Abdul Rahim (kiri) di Papar.


MESRA…Datuk Musa Aman bertemu orang ramai yang mengunjungi rumah terbuka Arifin Arif (kanan) di Kampung Pimping, Membakut.


IKATAN PERPADUAN....Abdul Rahman (berdiri) mengabadikan gambar kenangan bersama Hajiji (dua dari kanan), Yee Moh Chai (tiga dari kanan) serta rakan-rakan dari kaum Cina yang lain pada majlis itu.


KENANGAN…Suhaili bergambar kenangan bersama pemimpin masyarakat Cina yang mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan .


MUHIBAH…Sapawi (empat dari kiri) merakamkan kenangan di rumah terbuka Pengerusi JKKK Kampung Ulu Sipitang, Daim Bakar (tiga dari kiri).

Category: General
Posted by: keruak
29 Oktober 2006

KOTA KINABALU: Presiden Kehormat Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS), Datuk Seri Salleh Said Keruak menghadiri majlis penghargaan pertukaran Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah, Md Salim Sulaiman, yang bertukar menjadi Pengarah LPP Perlis, dan jamuan Aidilfitri PPNS.

Tetamu kehormat majlis itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Abdul Rahim Ismail (kanan). Hadir sama Pengerusi PPNS, Mohd Nazri Abdullah; bekas Timbalan Ketua Pengarah LPP, Md Safian Md Hussin dan Pengurus Besar, Sawalludin Ahmad.

Majlis diadakan di sebuah hotel di ibu negeri dan dihadiri lebih 100 warga peladang serta agensi yang berkaitan dengan pertanian, perikanan dan penternakan.

Dalam ucapannya, Salleh mengingatkan pegawai serta kakitangan semua agensi kerajaan supaya turun padang dan `bermain’ bersama-sama mereka sebagai pendekatan untuk memahami dan merasai kehidupan mereka, sekali gus mengambil inisiatif menyelesaikan masalah mereka.

“Kita tidak boleh sekadar turun padang dan memberikan arahan, sebaliknya kita mestilah bersama-sama mengambil bahagian atau `bermain bersama’ barulah kita dapat menyelami kehidupan mereka,” katanya.


MESRA…Salleh (tengah) berbual dengan Abdul Rahim (kanan) dan Mohd Nazri (kiri) pada majlis itu.


KENANGAN…Salleh (tengah) dan Rahim bergambar dengan Mohd Salim serta sebahagian tetamu yang hadir. Turut kelihatan Md Salim (empat dari kiri).
Category: General
Posted by: keruak
29 Oktober 2006

TUARAN: Rumah terbuka dan sambutan Aidilfitri Yayasan Kebajikan Suria (YKS) di Kampung Panjut, Berungis, di sini pada hari raya kedua, cukup meriah dengan dihadiri ratusan pengunjung sejak awal pagi.

Lebih meriah lagi apabila sambutan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1 menerusi segmen Selamat Pagi Malaysia (SPM) selama kira-kira setengah jam.

YKS adalah institusi kebajikan tunggal dipilih RTM untuk mengadakan siaran lintas langsung sempena Aidilfitri itu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajiji Mohd Nor yang juga ADUN Sulaman menjadi tetamu kehormat pada majlis itu dan menjadi `pelakon utama’ dalam siaran lintas langsung berkenaan.

Beliau mengagihkan sumbangan Aidilfitri termasuk `angpau’ kepada penghuni pusat berkenaan.

Hadir sama Penaung YKS, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Pegawai Daerah, Awang Samsih Jamih.

Pengerusi YKS, Datin Seri Raya Erom, turut ditemuramah secara langsung mengenai sejarah dan objektif penubuhan yayasan berkenaan yang kini menempatkan lebih 40 penghuni dari seluruh negeri.

Selain dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi kelahiran Sabah , Nazri, pengunjung rumah terbuka itu turut dihidangkan jamuan Aidilfitri.

Hadir sama bagi memastikan kelancaran siaran langsung itu ialah tiga pegawai kanan daripada RTM, iaitu Penerbit Siaran Langsung, Winnie Lingam; Penerbit Penyelaras, Razali Baba; dan Ketua Unit Hal Ehwal Semasa RTM Sabah, Doris Disimon.


SUMBANGAN…Datin Seri Raya menyampaikan sumbangan pada majlis Aidilfitri YKS itu.


PERSEDIAAN…Razali Baba (tengah) memberi taklimat mengenai kepada Hajiji (kiri) dan Raya (kanan) sebelum lintas langsung bermula jam 9.08 pagi itu.


MERIAH…dua pengacara yang menyempurnakan acara lintas langsung itu bersama penyanyi, Nazri.


TEMURAMAH…Datin Seri Raya (kanan) ditemuramah secara langsung menerusi segmen Selamat Pagi Malaysia .


BINCANG…Salleh (kanan) berbual dengan Hajiji (kiri) pada majlis itu.
Category: General
Posted by: keruak
29 Oktober 2006

KOTA KINABALU: Pemimpin peringkat akar umbi termasuk ketua kampung serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung diingatkan supaya bersikap adil sepanjang masa supaya terus mendapat sokongan rakyat.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Jainab Ahmad berkata ini penting kerana sokongan rakyat boleh berubah jika pemimpin tidak bertanggungjawab atau hanya memberi tumpuan kepada pihak tertentu atau puaknya.

“Oleh itu, pemimpin tidak harus memikirkan bahawa mereka boleh mendapat sokongan rakyat dengan hanya membabitkan faktor dasar kerajaan. Ini bermakna sikap pemimpin itu sendiri penting bagi meraih sokongan.

“Pemimpin masyarakat pada peringkat akar umbi perlu bersikap adil. Jika mereka bersikap memihak atau mementingkan sesetengah puak, sudah tentu rakyat akan marah dan akan turut menempelak parti.

“Suasana politik negara sekarang bukan lagi seperti selepas merdeka sehingga 1970-an, iaitu rakyat sentiasa memberi sokongan padu, tetapi sokongan rakyat boleh berubah berikutan tahap pendidikan mereka semakin baik,” katanya berucap pada majlis penyerahan pembesar suara kepada pengerusi surau dan sekolah agama dalam DUN Karambunai di Rumah UMNO Sepanggar, di sini.

Turut hadir PKR Karambunai, Manjah Awang Bahar dan pemimpin masyarakat.

Jainab yang juga Adun Karambunai berkata, keupayaan pemimpin Umno dan masyarakat pada peringkat akar umbi bukan saja dinilai pemimpin atasan, malah rakyat sendiri.

Justeru, katanya, pemimpin peringkat akar umbi perlu turun padang dan mendengar nasihat pucuk pimpinan parti supaya sokongan rakyat terus kekal.


SUMBANGAN... Jainab menyampaikan pembesar suara kepada sekolah agama di dalam DUN Karambunai
Category: General
Posted by: keruak
28 Oktober 2006

KOTA KINABALU: Sambutan Aidilfitri di Sabah selama kira-kira seminggu ini begitu meriah dengan rumah-rumah terbuka diadakan di pelbagai peringkat sejak pada hari pertama Hari Raya lagi.

Tradisi rumah terbuka itu menjadi wadah mengeratkan silaturahim, bukan saja sesama umat Islam yang menyambutnya, tetapi juga dengan masyarakat dan penganut agama lain yang datang berkunjung.

Mendahului senarai rumah terbuka pada hari pertama ialah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmad Shah Abdullah di Istana Negeri dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman bersama anggota Jemaah Menteri di Kompleks Sukan Likas, di pinggir ibu negeri.

Pemimpin lain turut mengadakan rumah terbuka secara berperingkat di kawasan masing-masing.

Orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat saling kunjung mengunjungi sambil menikmati juadah yang dihidangkan.

Di Kompleks Sukan Likas saja, lebih 10,000 orang menghadiri rumah terbuka Ketua Menteri untuk mengucapkan Selamat Aidilfitri kepadanya dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin, serta anggota Kabinet negeri yang lain.


SALAM AIDILFITRI…Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman (kanan) menyambut Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah yang hadir pada majlis rumah terbuka di Kompleks Sukan Likas


BERTEMU RAKYAT…Yang Dipertua Negeri Sabah , Tun Ahmadshah Abdullah bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri rumah terbuka Musa dan anggota Kabinet negeri di Likas.


SUMBANGAN…Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menyampaikan sumbangan kepada anak yatim pada majlis Aidilfitri Umno Bahagian Penampang di Wisma SESB Kota Kinabalu, sambil diperhatikan Ketua Puteri Penampang, Noraini Idris.


MESRA…Ketua Menteri Datuk Musa Aman bersalaman dengan orang ramai pada jamuan Aidilfitri ADUN Kawang, Datuk Ghulam Khaidar Khan (kiri) di kediamannya di Papar.


SATU PERJUANGAN…ADUN Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan menyambut ketibaan ADUN Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail pada rumah terbukanya di Kawang. Kedua-dua DUN Kawang dan Pantai Manis dalam kawasan Parlimen Papar.


KENANGAN…ADUN Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan (tengah) bergambar kenangan dengan wartawan yang mengunjungi rumah terbukanya di Kawang.


SELAMAT HARI RAYA…ADUN Karambunai, Jainab Datuk Ahmad (kiri) bersalaman dengan Tun Ahmadshah Abdullah dan isteri sempena Aidilfitri di Istana Negeri.


UNTUK ALBUM…ADUN Karambunai, Jainab Datuk Ahmad bergambar kenangan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada rumah terbuka Aidilfitri.


KENANGAN…artis AF4 Lotter bergambar dengan Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin (kanan) serta sebahagian tetamu yang hadir pada rumah terbuka Rosnah sempena Aidilfitri di Papar.


MESRA MEDIA…Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin bergambar kenangan dengan wartawan yang mengunjungi rumah terbukanya.


LEBARAN ERATKAN HUBUNGAN...ADUN Klias, Datuk Lajim Ukin (kiri) bersalaman dengan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jospeh Pairin Kitingan sempena rumah terbuka Ketua Menteri di Likas.


MUHIBAH…Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan (tengah) menghadiri rumah terbuka Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Dr Othman Minudin (tiga dari kiri) di kediamannya di Kg Silou, Ranau.


KENANGAN…Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Sapawi Ahmad (kanan) bersama Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Dr Yusof Yacob bergambar pada majlis rumah terbuka Umno Sipitang.


LAYAN TETAMU….Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putatan, Shahelmey Yahya bersama sebahagian tetamu yang mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Taman Grand Millenium, Off. Jalan Penampang.


ISTIMEWA…Menteri Belia dan Sukan, Datuk Masidi Manjun (tengah) bergambar dengan sebahagian tetamu yang menghadiri rumah terbuka Umno Bahagian Ranau.


HIBURAN…artis kelahiran AF4 Lotter menghiburkan kanak-kanak yang mengunjungi rumah terbuka Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin.


SUKAN…ADUN Usukan, Datuk Japlin Akim, berrmain sepak raga pada sambutan Aidilfitri dan Hari Keluarga di Kampung Pirasan, Kota Belud.
Category: General
Posted by: keruak
26 Oktober 2006

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak bersalaman dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman ketika berkunjung rumah terbuka Aidilfitri di Kompleks Sukan Likas, di sini.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri tiba kira-kira jam 11 pagi dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Rumah terbuka itu dihoskan oleh Ketua Menteri bersama anggota Kabinet negeri yang lain. Hadir sama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah.

Orang ramai membanjiri kawasan itu seawal jam 9 pagi.

Tiga gambar berikut adalah antara aksi menarik pertemuan Salleh dengan Musa yang sempat dirakam lensa Keruak.Com.


SALAM AIDILFITRI…Salleh mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Musa


MESRA…Salleh berbual dengan Musa


MUHIBAH…Salleh bersama Musa
Category: General
Posted by: keruak
26 Oktober 2006

KOTA KINABALU: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, adalah antara lebih 10,000 orang yang menghadiri rumah terbuka Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman bersama anggota Kabinet negeri di Kompleks Sukan Likas pada hari raya pertama.

Beliau yang kini menjadi ADUN Tempasuk dan Ketua Umno Bahagian Marudu tiba di situ kira-kira jam 11.30 pagi dan bersalaman dengan Musa serta menteri-menteri Kabinet negeri serta pemimpin politik yang hadir.

Sambil mengucapkan Selamat Aidilfitri kepada tetamu yang hadir, beliau yang lebih mesra dengan panggilan `Pa Min’ turut bersembang-sembang dengan rakan seperjuangan daripada parti-parti komponen BN.

Pandikar Amin yang dilantik sebagai Setiausaha Agung USBO turut berkesempatan berbual-bual dengan Bendahari Agung USBO, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, yang turut hadir pada rumah terbuka itu.

Berikut sebahagian penampilan menarik Pandikar Amin yang sempat dirakam Keruak.Com sepanjang majlis rumah terbuka itu.


MUHIBAH.. bersama Datuk Musa Aman.


KENANGAN…potret bersama Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan


SEMBANG…berbual bersama Tan Sri Chong Kah Kiat


SEPERJUANGAN…bersama Datuk Amir Kahar Tun Mustapha


MENDENGAR…bersama ADUN Bugaya, Datuk Basalie Abdul Hamid
Category: General
Posted by: keruak
25 Oktober 2006

PAPAR: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar di Kampung Pengalat, di sini.

Hadir sama isteri Musa, Datin Faridah Tussin, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Abd.Rahim Ismail, Pegawai Daerah Papar, Iman Ali, pemimpin UMNO, parti komponen Barisan Nasional (BN) dan masyarakat setempat.

Abd.Rahim yang juga ADUN Pantai Manis turut menyanyikan dua lagu bagi menghiburkan orang ramai yang hadir.

Ghulam turut menerima kunjungan daripada rombongan media yang mewakili pelbagai akhbar, termasuk akhbar berbahasa Cina.


SALAM AIDILFITRI… Musa bersalam dengan orang ramai yang menghadiri rumah terbuka Datuk Ghulam (kiri).


ERAT..Datuk abd.Rahim Ismail berpeluk mesra bersama Datuk Ghulam.


UNTUK ALBUM….Datuk Ghulam ( lima dari kanan)dan isteri bergambar kenang-kenangan bersama rombongan media yang menghadiri rumah terbuka beliau.

Category: General
Posted by: keruak
25 Oktober 2006

KOTA KINABALU: Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai bersetuju untuk memainkan peranan dalam Pertubuhan Sabah Bajau Bersatu (USBO), kata Presiden USBO, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau berkata jawatan rasmi Sakaran dalam USBO akan dimaklumkan dalam kunjungan hormat ke atas bekas Yang Dipertua Negeri itu dalam sedikit masa lagi.

“Kita gembira dengan persetujuan Tun (Sakaran) untuk memainkan peranan dalam USBO memandangkan beliau seorang pemimpin yang disegani di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri rumah terbuka Sakaran sempena sambutan Aidilfitri di kediamannya di sini.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri berkata penyertaan Sakaran dalam perjuangan USBO sangat bermakna kerana beliau adalah antara pemimpin yang terbabit secara langsung dalam proses memerdekakan Sabah dahulu.

Sakaran yang pernah menjadi Ketua Menteri sebelum dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah,. kini menjadi Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).

Penyertaan Sakaran dalam USBO menambahkan jumlah pemimpin dalam pertubuhan itu selepas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilantik sebagai Setiausaha Agung, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha sebagai Bendahari Agung.

Dalam pada itu, Salleh mengulangi pendirian USBO sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang komited untuk memberi sokongan kepada usaha membantu kekuatan Umno di negeri ini.

Menurutnya, perjuangan USBO berpaksi kepada usaha membela nasib masyarakat rumpun Bajau keseluruhannya agar mereka dapat menyertai arus pembangunan, dan bukan sebaliknya sebagai penonton semata-mata.

Beliau berkata penekanan utama diberikan kepada bidang ekonomi dan pendidikan memandangkan kedua-duanya adalah prasyarat bagi sesebuah tamadun bangsa mencapai kemajuan dalam persaingan global.

Selepas kunjungan ke atas Sakaran itu, Salleh kemudiannya menghadiri rumah terbuka Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman bersama anggota Kabinet negeri di Kompleks Sukan Likas, dekat sini.

Pada majlis rumah terbuka itu, beliau berkesempatan bersalaman dan bertemu ramai rakan-rakan seperjuangan dalam komponen BN selain rakyat biasa.

Berikut sebahagian rakaman lensa Keruak.Com pada majlis itu.


MENARIK…ada sesuatu diperkatakan oleh Salleh bersama Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Raymond Tan Shu Kiah (kanan) dan Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee.


PERTEMUAN DUA PRESIDEN…Salleh (kanan) bersama Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Lajim Ukin (kiri)


MESRA…Salleh bersama Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan dan Timbalan Presiden PBS, Datuk Dr Yee Moh Chai.


BINCANG…Salleh bersama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Rahim Bakri (kiri).
Category: General
Posted by: keruak
25 Oktober 2006

KOTA KINABALU: Tiga presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) adalah antara ratusan pemimpin dan ahli parti yang menghadiri rumah terbuka Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak di kediamannya di Likas pada malam hari pertama Aidilfitri.

Mereka ialah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joseph Pairin Kitingan; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee; dan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk V K Liew.

Lebih 500 tetamu berkunjung ke rumah itu untuk mengucapkan Selamat Aidilfitri kepada Salleh dan isteri, Datin Seri Raya Erom serta keluarga.

Turut hadir termasuk Timbalan Presiden PBS, Datuk Dr Yee Moh Chai; Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Bernard Maraat; Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kinandee; Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirul; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha; Ketua Pemuda Upko, Donald Mojuntin; dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk K Y Mustafa.



BERKUNJUNG…Salleh mengiringi Amir Kahar yang mengunjungi rumah terbukanya sempena Aidilfitri di Likas


KENANGAN…tiga bekas Ketua Menteri bergambar – Salleh, Pairin dan Yong. Turut kelihatan Bernard Maraat (kiri).


MESRA…Salleh menyambut Ahli Majlis Tertinggi SAPP merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Penampang, Chong Pit Fah yang mengunjunginya


MESRA MEDIA…Salleh bersembang dengan sekumpulan wartawan yang hadir pada rumah terbukanya itu.
Category: General
Posted by: keruak
22 Oktober 2006

KOTA KINABALU: USBO sekali lagi mendapat perhatian umum apabila sebuah akhbar berbahasa Melayu di Sabah, Utusan Borneo, menyiarkan temuramah khas dengan Presiden USBO, Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam keluaran hari ini.

Laporan berkenaan menghuraikan secara terperinci mengenai USBO merangkumi soal prinsip dan objektif perjuangannya.

Dalam temuramah itu, Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah sekali lagi mengulangi penegasan bahawa USBO adalah sebuah NGO yang berjuang untuk membela nasib masyarakat rumpun Bajau keseluruhannya, sekali gus membantu mengukuhkan kedudukan Umno sebagai tulang belakang kerajaan negeri.

Sebab itu, katanya, beberapa pemimpin UMNO turut serta menyertai perjuangan USBO yang sebelum ini dikenali sebagai PSBB.

Di akhir temuramah itu, Salleh yang juga Ahli Parlimen Kota Belud membayangkan kemungkinan lebih ramai lagi akan menyertai USBO kerana ia terbuka kepada semua `yang bersedia untuk bersama kita.’

Berikut diperturunkan semula transkrip temuramah yang disiarkan dalam Utusan Borneo itu.


SOAL: Akhir-akhir ini, USBO begitu aktif dan ia menarik perhatian ramai. Apakah USBO itu sebenarnya?
JAWAB: Saya sedar dan mengakui cerita USBO ini banyak dibualkan. Malah di kedai-kedai kopi orang bercerita mengenainya. Ini menunjukkan mereka prihatin dengan perkembangan semasa. Mengikuti cerita yang berlaku di sekeliling mereka. Ia juga gambaran bahawa masyarakat kita tidak lagi ketinggalan dalam pencarian maklumat.

Sebenarnya tidak ada yang baru dalam USBO ini . Cuma namanya saja berubah. Dulu ia dikenali sebagai PSBB atau Persatuan Seni Budaya Bajau di mana fokus kegiatannya lebih menjurus kepada kesenian dan kebudayaan. Dari segi dasar, objektif dan keahlian, USBO kekal macam PSBB dulu. Cuma skopnya kini diperluaskan sedikit merangkumi banyak bidang, terutama ekonomi dan pendidikan yang kini beri keutamaan sekarang ini.

SOAL: Orang cakap USBO ini menjurus kepada politik?
JAWAB: Tidak. USBO hanyalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bermatlamat membela nasib dan kepentingan masyarakat rumpun Bajau keseluruhannya. Dalam semua aspek dan segala lapangan. Jangan silap dan keliru dalam hal ini. Sebab itu dalam beberapa siri perjumpaan saya dengan ahli akar-umbi, saya menjelaskan kepada mereka pendirian kita untuk menyokong dan mengukuhkan kedudukan UMNO sebagai tulang belakang kerajaan. USBO berdiri bersandar pada tiang UMNO.

Kita bergerak seiringan dengan kerajaan. Tidak menentang. Tidak berkonfrantasi. Jauh sekali mahu bermusuhan. Kita tidak akan menjadi kumpulan pendesak atau `pressure group’. Kita faham kemungkinan ada segelintir orang yang memandang perjuangan USBO ini secara sinis. Tapi kita percaya, majoriti lebih matang dan memahami. Majoriti tidak mudah untuk dikelirukan.

SOAL: Datuk konsisten dengan istilah rumpun Bajau, apakah yang Datuk maksudkan itu?
JAWAB: Ya, perjuangan USBO merangkumi masyarakat rumpun Bajau keseluruhannya. Ia mengandungi banyak kumpulan etnik dan sub-etnik, kalau tidak silap saya, lebih 12 sub-etnik semuanya. Ia disebutkan dalam keahlian pertubuhan ini, sejak PSBB dahulu hinggalah sekarang dikenali USBO. Kita tidak ada mengubah status keahlian. Yang saya ingat, antara sub-etnik yang terangkum ialah Irranun, Sama, Suluk, Binadan/Bannaran, Ubian, Sama Delaut, Sibutu’, Sikubung, Simunul, Samal, Yakan dan Jama Mapun.

Saya menggunakan istilah masyarakat rumpun Bajau kerana skop kita besar dan luas. Dan saya ingin menegaskan bahawa istilah rumpun Bajau ini tidak bermaksud mengikis atau menghapuskan identiti mana-mana etnik atau sub-etnik. Mereka kekal dengan identiti, budaya dan adat warisan masing-masing. Tidak sama-sekali meminggirkan mereka. Jadi, soal kaum-kaum dalam sub-etnik ini takut kehilangan jati diri tidak berbangkit sama-sekali.

Saya ingin mengambil contoh rumpun Melayu yang merupakan rujukan kepada mereka yang bernaung di bawah UMNO. Kita yang menjadi ahli UMNO, sama ada suka atau tidak, secara langsung menjadi rumpun Melayu. Baik Bajau, Berunai, Kadazandusun/Murut atau Rungus, yang menyertai perjuangan UMNO sudah dikira sebagai rumpun Melayu. Ia tidakpun menghakis identiti kaum-kaum ini. Mereka bebas dan terus dengan amalan etnik masing-masing. Begitu juga di Semenanjung, mereka yang bernaung di bawah UMNO dikira rumpun Melayu – biar dari kaum Jawa, Minang, Bugis mahupun orang Pattani (masyarakat Melayu di sempadan Malaysia/Thailand). Mereka tidak hilang jati diri.

Jadi, saya ingin memberi jaminan di sini bahawa semua etnik atau sub-etnik dalam rumpun Bajau ini tidak akan hilang identiti atau jati diri mereka. Dalam USBO, kita mempunyai beberapa pemimpin dari sub-etnik ini dan mereka berasa cukup selesa.

SOAL: Dulu Datuk melepaskan jawatan Presiden PSBB tapi kini masuk semula dan memimpin USBO, apa pendirian Datuk sebenarnya?
JAWAB: Ya, betul. Dulu saya melepaskan jawatan Presiden PSBB kerana saya berpendapat pada ketika itu matlamatnya dalam bidang kesenian dan kebudayaan yang merupakan objektif utamanya, sudah tercapai. Lagipun saya berpendapat, ramai pemimpin pengganti boleh menyumbang dan meneruskan perjuangan.

Tetapi kemudiannya, mereka (kepimpinan PSBB) meminta saya untuk terus membantu. Saya katakan okay kepada mereka dengan syarat supaya skop persatuan itu diperluaskan, barulah saya menyertai mereka, kerana ada perjuangan baru. Lantas mereka terus mengambil langkah baru, menukar nama dan memperluaskan skop kegiatan, Maka, lahirlah USBO. Beberapa waktu kemudian, mereka berjumpa saya semula dan memaklumkan perubahan itu. Saya akur dan menerima pelawaan mereka. Dengan objektif yang lebih luas ini, saya rasa lebih selesa dan gembira untuk memberi sumbangan. Dan alhamdulilah, ternyata kini USBO semakin mendapat sambutan dan perhatian ramai. Sebenarnya tidak ada yang baru dalam USBO ini. Apa yang berlaku hanyalah proses `penjemanaan semula’ atau `re-branding’. Macam lagu lama yang diberi nafas baru.

SOAL: Ada yang mengaitkan USBO ini dengan USNO?
JAWAB: Satu soalan bagus. Saya ada juga mendengar suara-suara begitu. Tetapi saya ingin menegaskan di sini bahawa kita bukan entiti politik, USBO adalah sebuah NGO. NGO yang komited menyokong UMNO. Dan dalam konteks negeri Sabah , kita menyokong penuh kepimpinan UMNO yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, yang dipilih oleh UMNO. Kita menyokong segala pendekatan dan dasar yang dibawa oleh UMNO, termasuklah menjayakan Misi Nasional yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Orang mengaitkan kita dengan USNO kerana sentimen barangkali. Almaklumlah, USNO itulah yang memberi laluan yang membolehkan UMNO bertapak di Sabah . Ini satu realiti yang tidak boleh disangkal. Jadi, orang-orang yang tebal sentimen ini, barangkali rindukan semangat sedemikian. Tapi satu hakikat jelas, USNO telah tiada dan tidak mungkin bangkit semula.

Mungkin secara kebetulan ada bekas pemimpin USNO dahulu ada dalam bot USBO ini. Lantas mereka membuat kesimpulan sendiri. Bagi kepimpinan USBO, kita komited memberi sokongan dan kekuatan kepada UMNO. Inilah parti kita. Tempat kita berteduh dan tiada sebab untuk kita berkonfrantasi dengannya.

SOAL: Apa agenda Datuk dalam USBO?
JAWAB: Sebagaimana yang kerap saya jelaskan, agenda kita adalah untuk menentukan pembelaan sewajarnya masyarakat rumpun Bajau, dalam semua bidang agar tidak ketinggalan daripada bangsa lain. USBO akan ‘motivate’ untuk mengubah sikap mereka. Kita tidak mahu masyarakat ini menjadi penonton pembangunan dan penunggu bantuan saja. Kita mahu mereka berdikari, meneroka segala peluang, kemudian merebut apa juga potensi yang tersedia.

Sebab itu dalam bidang ekonomi, kita mahu menentukan masyarakat rumpun Bajau ini menjadi pesertanya. Jangan ketinggalan. Jangan terlepas peluang. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) misalnya membawa banyak ruang untuk disertai. USBO mahu orang kita, yang merupakan kumpulan Bumiputera Islam terbesar, turut serta dalam proses menjayakan Misi Nasional.

Kita juga mahu menikmati kek ekonomi kerana inilah hasil kemerdekaan yang diperjuangkan oleh nenek moyang kita terdahulu. Umum mengetahui, ramai pemimpin dan tokoh daripada masyarakat rumpun Bajau terlibat secara langsung dalam proses kemerdekaan negeri ini dahulu. Inilah agenda besar USBO. Jika tiada usaha diambil, kita khuatir akan tertinggal dalam arus persaingan global.

SOAL: Apa harapan dan matlamat akhir USBO?
JAWAB: Harapan kita ialah supaya masyarakat rumpun Bajau atau bangsa USBO ini keseluruhannya mencapai kemajuan dalam semua bidang. Menerusi USBO, kita menggerakkan aktiviti yang berorientasikan kepentingan masyarakat – misalnya dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Kita sudahpun menubuhkan biro khas untuk kedua-dua biro ini, masing-masing diketuai golongan professional serta ahli ekonomi, dengan harapan ia mampu membawa perubahan kepada masyarakat kita.

Matlamat akhir USBO ialah memastikan masyarakat kita tidak terpinggir atau disisihkan. Untuk mencapainya, kita terus berusaha dan berganding bahu bersama kepimpinan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO. Kita gembira dan senang hati kerana ramai tokoh politik menyertai perjuangan USBO. Kita sekarang sudah ada Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Setiausaha Agung dan Datuk Amir Kahar Tun Mustapha sebagai Bendahari Agung selain ramai golongan intelektual dan professional. Tidak lama lagi berkemungkinan ramai lagi yang akan menaiki `lepa’ USBO ini. Kita tidak menolak sesiapapun yang bersedia untuk bersama kita.

null
Category: General
Posted by: keruak
22 Oktober 2006

LABUAN: Dua imam hafiz menerima penghargaan selepas menjadi imam sepanjang Ramadan pada majlis perpisahan di Masjid Layang-Layangan, dekat sini.

Mereka ialah Al-Hafiz Ustaz Ahmad Raslan Sidek, 22, dan Al-Hafiz Ustaz Ahmad Shahrul Ishan Ismail, 21, yang juga tenaga pengajar Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Tok Jiring, Terengganu.

Majlis penyampaian penghargaan itu disempurnakan Pengerusi Masjid Layang-Layangan (MJLL), Datuk Yusuf Mahal.

Turut hadir Ketua Kampung, Majid Magal, Timbalan Pengerusi MJLL, Basran Jamil, Setiausaha, Hamir Zahari dan Imam masjid tersebut, Tamrin Khalid.

Pada majlis itu, turut menerima sumbangan berupa wang tunai ialah 10 petugas masjid, belia yang mengikuti program tadarus Rakan Muda anjuran Jabatan Belia dan Sukan serta 10 warga emas yang istiqamah sepanjang bulan Ramadan lalu.

Menurut Yusuf, kehadiran imam hafiz itu merupakan tahun ke lima dianjurkan masjid berkenaan untuk mengimarahkan solat Terawih, Tadarus dan Qiamulail sepuluh akhir Ramadan.

Pix 1:
KENANGAN…Yusuf (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Ahmad Raslan sambil diperhatikan Tamrin (dari kiri), Basran dan Majid di Masjid Jamek Layang-Layangan, Labuan .
Category: General
Posted by: keruak
22 Oktober 2006

PAPAR: Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin meminta warga daerah ini supaya tidak melupakan jasa anggota pasukan keselamatan yang tidak pernah jemu berkhidmat untuk kesejahteraan negara walaupun pada musim perayaan.

Menurutnya, setiap individu perlu mempunyai kesedaran untuk menghargai pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang sedia berkhidmat pada bila-bila masa.

Beliau berkata rakyat harus ingat bahawa keamanan dan pembangunan pesat yang dinikmati kini merupakan hasil perjuangan pasukan keselamatan menentang musuh.

‘‘Pengorbanan dan jasa mereka perlu dihargai kerana peranan mereka amat besar dan tidak dapat dibandingkan dengan wang ringgit atau sebagainya. Kerana mereka, kita semua dapat menikmati kehidupan yang selesa pada hari ini,” katanya selepas majlis berbuka puasa dengan anggota polis di Balai Polis Daerah Papar, semalam.

Turut hadir, Adun Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Pegawai Daerah Papar, Iman Ali, Cif Insp. Mohd Fauzi Saat, Cif Insp. Rosmalah Salleh dan aggota polis daerah Papar.

Menurut Rosnah yang juga Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, jasa dan sumbangan pasukan keselamatan sentiasa diingati oleh kerajaan dan rakyat kerana terhadap perkhidmatan mereka kepada bangsa dan negara.

Rosnah juga turut menyeru masyarakat terutama pengguna jalan raya agar mengamalkan pemanduan berhemah, merancang perjalanan dengan sempurna bagi mengelakkan memandu dalam keadaan tergesa-gesa dan memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan balik kampung.

Tegasnya undang-undang, penguatkuasaan serta penganjuran kempen kesedaran keselamatan jalan raya tidak akan memberikan makna dan kesan sekiranya pengguna jalan raya masih mengamalkan sikap tidak berhemah, tidak berdisiplin dan beretika semasa menggunakan jalan raya.

“Kita semestinya berusaha gigih untuk menangani masalah keselamatan jalan raya ini. Jika langkah-langkah pencegahan tidak diambil, insiden kemalangan sudah pasti akan terus meningkat setiap tahun,” tambahnya.

Pix 1:
MESRA.....Rosnah (dua dari kanan) berbual dengan Cif Inps. Rosmalah Salleh (kanan sekali) sambil diperhatikan Viola Giluk Dompok (dua kiri) pada majlis berbuka puasa dengan anggota Polis Papar semalam.

Pix 2:
BERBUKA....Ghulam Haidar (kanan) Cif Insp Mohd Fauzi dan Iman Ali (kiri sekali) pada majlis berbuka puasa itu.